.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Hukum mecapai kepuasan seks melalui mulut..

|

Soalan:

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya apakah hukumnya seksmulut (yakni mencapai kepuasan seks melalui mulut) antara suami dan isteri? Harap ustaz dapat memberikan penjelasan....Sekian. Terima kasih.

Jawapan;

Menurut Syeikh Muhammad Bakar Ismail -salah seorang ulamak al-Azhar- dalam buku himpunan Fatwanya; "Perbuatan tersebut adalah keji dan kotor yang tidak akan diingini oleh tabiat yang baik/normal. Namun aku tidak menjumpai sepanjang pembacaanku ada ulamak yang memfatwakan ia adalah haram, malah aku menemui ada ulamak yang mengharuskannya -antaranya Imam al-Qurtubi-. Yang soheh ialah; hukum perbuatan tersebut adalah makruh kerana dibimbangi boleh mendatangkan mudarat dan bertentangan dengan tabiat manusiawi pada kebiasaannya" (Baina as-Sail Wa al-Faqih, halaman 281-282).

Pandangan beliau menyamai pandangan Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang juga menghukum perbuatan tersebut sebagai makruh. Beliau menjelaskan dalam fatwanya; "Tidak ada nas tertentu (yang mengharamkan perbuatan tersebut), cuma ia dipandang kotor oleh manusia. Jika ada seorang manusia beristimta' (yakni berseronok dengan isterinya) melalui jalan mulut, perlakuannya itu sememangnya tidak lurus, namun tidak boleh kita mengharamkannya (kerana tiada dalil yang mengharamkannya) terutama apabila isteri menyetujuinya dan turut memberi kenikmatan kepada suami/isteri" (Fatwa beliau oleh dibaca dalam laman web Islamonline di alamat;


Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Baina as-Sail Wa al-Faqih, Dr. Muhammad Bakar Ismail.

ahlan wasahlan..

|


Selamat datang adik ke Universiti Kebangsaan Malaysia..Sesungguhnya hidup sebagai seorang mahasiswa di Universiti ini amat mencabar. Ia tidak seperti kehidupan kita di sekolah atau pun di kolej2 suatu ketika dahulu. Kehidupan disini amat berbeza...

Ape yang penting persediaan dari segi mental adalah sangat penting supaya adik2 semua dapat menerima kehidupan disini secara perlahan-lahan. Bagi yg belum pernah merasai hidup berdikari mungkin akan rase sedikit kejutan dengan suasana disini..

Ape2 pun harapan saya agar adik2 semua tetapkan dan betulkan niat ketika menjejak kaki ke universiti ini..agar tidak terpesong dari landasan yang sebenar untuk menuntut ilmu dan mencari keredhoanNya..

semoga adik2 semua menjadi mahasiswa/wi yang berjaya..

bertahan sehingga ke hujung nyawa

|

Adoiilaa..tiap2 malam ada latihan kawad..huhuhu..penat dan banyak gak buang masa, dah nak buat macam mana tula nak jugak masuk PALAPES. dala kawad tepat kul 8 da nak ada kat markas habis lak lewat..kul 11 baru habis. latihan kawad ni untuk pemashuran diraja sempena canslor baru UKM. mmg la dapat pengalaman...tp masa untuk nak wat mende lain pun terbuang..

festival kawad akan berlangsung pada hari jumaat ni..start kul 9pg..berpanas pulak la aku dan kena menanggung beban berat senjata ag di tengah2 paneh..

hmm...kalu stakat kawad tak pe lagi..ni pulak bila habis kawad hari jumaat ni..terus sambung untuk latihan TTS (tempor tanpa senjata) huhuhu yg ni lagi la penat.. kena melompat sana.. melompat sni.. main terbang2 dalm gelong api dan bersenjatakan benet.

Ala bersilatla.. tapi ni askarnye latihan.. so faham2la.. okla aku nak rehat dulu dan nak sambung buat keje..nila nasib seorang prajurit bersiap sedia sebilang masa. nasib la tahun depan aku da nak tauliah. bertahan sehingga ke hujung nyawa..

jadual yg padat

|

Hari ni adalah hari pertama aku ke kuliah..sbb minggu lepas aku masih lagi menjalani Latihan Amali di Mahkamah untuk cukupkan hari yg aku telah tinggal.

Hmm..ptg td belajar tentang Criminal Prosedur in Malaysia.. Baru sentuh bab FIR (First Information Report). bg aku tak pening sgt da la ngan undang2 ni. sbb sebelum ni pun da banyak pening memikirkan kes dan cara nak menyelesaikannya..

Kos yg aku amik kat UKM ni amat berbeza apa yg aku belajar di KUSZA dulu.. di KUSZA dulu aku amik Syariah jugak tapi tak sama ape yg aku amik syariah undang-Undang Perbandingan di UKM ni. di UKM aku amik dua sekali gus..Selain degree aku juga kena amik Diploma Pentadbiran kehakiman dan Guaman Malaysia. Aku terpaksa amik Diploma ni..Sbbnya aku dah amik degree undang2. Degree ku ibarat kereta dan Diploma tu ibarat lesan...Klau ada kerata tapi tak de lesen tak blh bawak jugak kan??

sebenarnya tempoh pengajian sebenarku 5 tahun. Oleh kerana aku nak cepat habis aku buat dlm masa 3 tahun..So bayangkan la mcm mana.

Bagi aku hujung minggu da takder..hari sabtu pagi lagi kena pergi naik Markas PALAPES lapor diri dan buat Fizikal Traning. Lepas tu da dekat kul 9pagi aku mintak pelepasan dari Pegawai untuk nak pergi kelas sampai ke ptg lbh kurg dekat kul 5 cam tulaa..

Hari ahad lak..Full Training PALAPES..kalu tak de latihan aku kuar gi keje ( Catering )..blh la sikit2 untuk nak beli buku... Buku Undang2 pulak faham2 jela mcm mana..sebiji pun da 90 ringgit...dan ade yg 100 lebih.. Buku MLJ yg mahal tu (Malay Law Jurnal Report). Hari pertama je aku da abis berpuluh2..pastu ade byak ag buku yg nak kena beli..takpela..beli buku bukan membazirkan??

ni jadual aku sem ni..



Bil

Kod Kursus

Tajuk Kursus

Taraf

1

PPPG3123

FIQH AL-MAWARITH

WJ

2

PPPG3222

PROJEK ILMIAH

WJ

3

PPPG3533

UNDANG-UNDANG ACARA JENAYAH PERBANDINGAN

WJ

4

PPPG3543

UNDANG-UNDANG ACARA SIVIL PERBANDINGAN

WJ

5

PPPG3553

UNDANG-UNDANG KELUARGA PERBANDINGAN I

LJ

6

PPPG3573

UNDANG-UNDANG TORT PERBANDINGAN

LJ

7

PPPG3163

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF

LJ

macam2 kes..

|

dilahirkan sebagai seorang lelaki, sememangh nya ade orang cakap, tak pandai sangat uruskan hal budak2 ni. tapi, bagi aku ia tak menjadi 1 masalah. dah banyak kali aku jaga budak kecik..tapi kali ni budak kecik yang sememangnya kecik. dan ia sedikit mencabar fizikal aku.. may be sebab ia masih baby..tak sampai 1 thn. and lebih kurang 8 bulan.


kenapa? ni anak aku ke? tak. anak aku tolong jaga. hehe. sebab mak ayahnya masuk dewan mahkamah untuk sebutan dan perbicaraan kes pengesahan lafaz cerai. banyak sungguh kes cerai2 sekarang. sepanjang aku di sini, aku rasa kes cerai bukan mengurang, tapi makin hari makin bertambah ada la...

oh ya, berbalik pada cerita asal, aduhai, nasib baik la baby ni baik. tak nangis.. kalau tak, haru biru hidup aku nak pujuk kasik diam. jenuh laa aku bawak pusing 1 mahkamah.. perkenalkan mahkamah kajang ni dekat baby ni. besar2 nanti jangan nakal2 tau. :)

sebelum ni, aku pernah jaga budak. tapi tak de la sekecik ni. budak yang aku pernah jaga dah besarla.. siap bawa keluar jengjalan, pergi kantin, beli air dan makanan.

pesanan : lain kali kalu nak datang mahkamah janganlaa bawak baby. nasib baik aku yang praktikal kat sini ada. kalau tak, siapa yg nak jaga. kalau nak harapkan staff mahkamah..huhu mmg tak sempat. bukan diorang tak nak tolong jaga tp memang tak sempat nak jeling pun. sebab kat mahkamah ni memang mahkamah paling sibuuk, top ranking dalam negeri selangor.. kes banyak nak handle.. mana sempat nak jeling anak orang..

dah keluar, aku kasik balik,. ish, tak kan la nak buat macam anak sendiri kot. hehe

aku ade gak tanya pembantu hakim..mak ayah die rujuk balik tak.. pembantu hakim mengangguk.. baguslaa detik hati aku. kalau tak, kesian kat anak tu . salah ibu bapa, anak yang kena tanggung.

masa tu aku dengar ceriter mak ayah die dah wat pengesahan lafaz cerai kali yg ketiga dah..jadi maknya kalu la sabit lafaz yg ketiga ni..jatuh la talak 3..huhuhu.

pengajarannya : cerai bukan boleh dibawak main2. so hati2 lah dalam menjaga lafaz cerai.

akibatnya, aku tanggung..

|

Amir Muslim adalah seorang yang bertanggungjawab. baik. hormat orang tua. taat dalam beragama. yang penting pada zaman sekarang ialah sembahyangnya sempurna 5 waktu. tiada satu waktu pun tertinggal. bak kata orang, cukup perfect, sempurna untuk menjadi seorang suami.

ada ke suami yang sempurna zaman sekarang? ada! tapi mungkin 1 dalam 1000 or 1 dalam sejuta..

rumah tangga Amir Muslim tak pernah bergoyah atau dalam erti kata lain, tak de angin, ribut, taufan, puting beliung, semua itu tiada dalam rumah tangga nya. dia amat bertuah memiliki seorang isteri yang amat memahaminya. memahami dari sudut karier, masa, sikap, dan bagi Amir, isterinya cukup faham dan tahu apa kehendaknya, sama ada kehendak zahir dan kehendak batin.

selain daripada cantik, Afika Balqis juga seorang yang terpelajar. dia seorang yang amat lembut dan baik hati. sikap inilah yang menyebakan Amir sangat menyayangi Afika. dalam erti kata lain, tiada orang yang dapat menggantikan Afika.

setelah 5 tahun mereka menjalani hidup berdua. mereka tetap hidup dalam aman dan bahagia walaupun tidak dikurniakan dengan cahaya mata. mungkin Allah tahu, belum tiba masanya lagi untuk Amir Muslim mempunyai cahaya mata seperti mana yang diharapkan itu. walaupun begitu mereka tidak putus2 berdoa. tapi rezeki belum juga tiba. mereka hanya menyerah diri pada Allah, kerana Dia lah perancang segalanya.

"Fika.. Fika" Amir menjerit.
Afika terkecoh2 dari dapur naik ke tingkat atas. biasanya suaminya tidak akan menjerit begitu jika mahukan sesuatu. apa yang tak kena kali ni. pelik fikirnya.
"ye bang, ada apa? kalau ye pun jangan la jerit2. Fika kan ada ni. dekat je sayang" kata Afika manja.
"Fika, ni kenapa ni?"
"Ada apa bang?"
"pagi tadi kan abg dah pesan pada Fika."
"pesan?"

Afika kebingunggan. mungkin dia tidak mendengar pesanan suami nya kerana dia agak kelam kabut pagi tadi. tapi dia tetap berlembut dan memohon maaf.

"Fika mintak maaf bang. Fika tak dengar abang pesan apa pagi tadi. kan kita terlewat untuk ke pejabat tadi. mungkin Fika tak terdengar."
"habis tu kenapa Fika ia kan je apa yang abang bagitahu pagi tadi?"
"Fika mintak maaf. Fika tahu, Fika salah. Fika betul2 tak sengaja bang."
"Fika ni kan....Ish.." Amir mendengus marah.

api amarah Amir yang tak pernah naik selama ni, naik mendadak. entah kenapa dia patut marah kan Afika. Apa salah dia?

"abang ceraikan Fika dengan talak 1."
"abang.."

Amir berlalu. meninggalkan Fika di dalam bilik terkebil2. dia tidak menyangka bahawa hanya isu ini dia boleh di ceraikan oleh Amir.

"abang.. kenapa macam ni sayang? Fika mintak maaf. Fika sayang abang. Fika tak nak berpisah dengan abang. abang, kita bincang la dulu sayang.."

Afika teresak2. dia tak tahu kenapa dia harus di ceraikan. dia inginkan kepastian.

"abang ceraikan Fika talak 1." hanya itu yang Amir lafazkan.
"abang.. apa salah Fika bang?"

Amir mendesak marah.

"kalau Fika salah, Fika mintak maaf. Fika akan baiki sikap Fika. Fika tak kan buat abang marah lagi. 5 tahun kita hidup sama2 bang. abang tak pernah marah macam ni."

Afika menangis. dia tidak mahu kehilangan Amir, suaminya yang dia sangat cintai.

"abang, jangan lah macam ni sayang.."

Amir diam. dia berlalu pergi. beberapa minit kemudian dia kembali. dia menyatakan kenapa dan mengapa dia menceraikan isterinya. dan sekali lagi dia menyebut..

"abang ceraikan Fika talak 1."

Afika kelu lidah. tidak tahu apa yang patut dikatakan. dia menyebam muka nya ke bantal. menangis semahunya. menangis dan terus menangis. apa yang dia boleh buat. hanya itu yang dia ada. dia tidak mahukan perpisahan. dia tidak biasa hidup tanpa Amir.

baginya Amir lah segala2nya. segala2nya, dia abdikan pada Amir, suami kesayangannya. dia tidak biasa hidup tanpa Amir di sisi. Afika dapat bayangkan suasana tanpa Amir. tanpa gelak tawa Amir. tanpa senyum manja Amir. tanpa pelukan mesra Amir. tanpa AMIR!! dia tidak dapat membayangkannya.

selang beberapa jam. api amarah Amir mengendur. dia masuk ke bilik. Afika masih menangis. sudah bengkak matanya.

"Fika." Amir memanggil lembut. sambil mengusap manja bahu Afika. Afika masih seperti tadi. menangis.

"abang mintak maaf ye sayang. abang tak nak kehilangan Fika. tadi abang marah sangat sayang. abang tak dapat mengawalnya. abang janji, lain kali abang tak kan buat lagi."

Afika masih menangis. Amir tak pernah terfikir kenapa Afika menangis semahu2nya. Amir terus memujuk.

"apa guna abang pujuk Fika. Fika bukan isteri abang lagi."
"kita rujuk balik sayang."
Afika menggeleng. dia menangis kembali.
"Fika, abang mintak maaf. tadi abang tak dapat kawal marah abang. abang tak sengaja sayang."
"apa guna abang pohon maaf. abang dah ceraikan Fika dengan talak 3."

Amir melopong. sekarang dia sedar mengapa dan kenapa Afika menangis. dan dia ingat. dia memang melafazkan 3 talak beberapa jam yang lalu. kini giliran Amir menangis.

"Fika, abang tak boleh kehilangan Fika. tolonglah abang Fika. tolongla abang."
"abang, walaupun Fika dapat terima abang. tapi Allah tidak menerima ikatan kita sayang."
"Fika, jangan tinggalkan abang sayang.."
"Fika tak nak tinggalkan abang. tapi abang yang tinggalkan Fika. Fika tak tahu bang.. Fika tak tahu....."

apa yang dapat di buat lagi selain memfailkan pengesahan cerai mereka di mahkamah.

**********

"kenapa nak bercerai. kamu berdua ada masalah?"
kedua2nya menggeleng. hakim mengerutkan muka.
"habis kenapa kamu datang untuk mengesahkan penceraian?"
Afika sudah teresak2 menahan sedu sedan tanda tidak mahu melepaskan suaminya pergi.
"saya tersilap melafazkannya 3 x ya Arif."
hakim mengangguk tanda memahaminya. ada sesuatu yang dia tidak faham.
"atas sebab apa kamu melafazkannya?"
Amir kelu. Apakah alasan sekecil ini harus di sebut di mahkamah. di hadapan hakim dan hadirin yang hadir? tapi dia harus juga mengeluarkan kisah benar. membohongi mahkamah adalah 1 kesalahan yang besar. Amir menceritakannya dari awal hingga akhir sambil air matanya mengalir.
"betul Puan Afika?"
Afika tidak mampu berkata apa2. dia hanya mengangguk dan menjawab..
"ya, ya Arif."
*********

pengesahan sudah selesai dibuat. Afika hanya memandang Amir dengan air mata. dia menangis dan terus menangis. dia sudah kehilangan suaminya buat selamanya. dia tidak menyangka jodohnya hanya di sini bersama Amir Muslim. dia tidak menyangka bahawa hanya dengan sehelai kain pelikat yang di pesan oleh suaminya untuk di basuh, dia telah diceraikan. tapi dia tidak mendengar pesanan itu. dia tidak sengaja mengabaikan tanggungjawabnya. dia tidak sengaja sama sekali.

**********

nota kaki : cerita di olah dari fakta asal yang di dengar dalam mahkamah tempat aku praktikal.

pesanan untuk kaum suami : jangan senang untuk melafazkan cerai. kerana akibatnya anda yang sendiri tanggung. kerana cerai bukan perkara yang boleh dimain2 dan di perkotak katikkan.

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB