.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Rahsia tarian "Poco-Poco" terbongkar..

|


Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju.

Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.

Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.

Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.

Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

Fahami erti Kemerdekaan sebenar

|


Sibuk sekarang ni org nak tulis tentang merdekakan? Hmm takpela..tak salah kalu nak sambut merdeka..tapi sekurang2nya atau sikitpun jadila, kena faham gak kan ape erti kemerdekaan yang sebenar..

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bersejarah kepada warga Malaysia Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa kerana mengekalkan nikmat kemerdekaan dan keamanan negara sehingga ke saat ini.

Namun hakikatnya, kita hanyalah merdeka dari segi lahirriah (luaran) sahaja. Setuju atau tak buktinya, jiwa, pemikiran, budaya, dll..masih lagi terpengaruh dengan ideologi barat yang rosak. Lihatlah contoh disekeliling kita pada hari ini, ada dikalangan anak muda dan termasuk juga org dewasa mahupun tua, budaya, pemikiran dan ideologi mereka masih dibelenggu kemungkaran dan hiburan semata-mata.

Apakah kita telah merdeka dalam erti kata yang sebenarnya?? perkataan "lu pikirla sendiri" mungkin tidak sesuai untuk digunakan disini...perkataan "kita kena sama2 fikir" lebih rasional untuk digunakan dalam isu ini. Sbb inikan melibatkan masalah masyarakat umum. Jadi kita pun bertanggungjawab untuk menyelamatkan umat. Kita akan ditanya berkenaan perkara ini..

Ada satu artikel yang aku bca dan aku tertarik dengan perkataan ini :

"Apa erti bendera dikibarkan, sekiranya yang mengibarkan itu berjiwa penagih? Apa erti berbaris, selepas perbarisan itu mengadakan lumba haram? Apa erti sekiranya bersatu ketika perbarisan sekiranya rumah tangga berkecai tanpa kasih sayang? Suara lantang memekik merdeka, merdeka, sedangkan suara itu juga yang memaki hamun anak dan isteri dan suara itu juga yang memaki ibu bapa.

Kita boleh belajar daripada barat, tetapi janganlah sampai memalukan seperti berlaku kepada sesetengah remaja kita, belum dapat ilmu tetapi jiwa mereka sudah berjiwa barat.Jika dibandingkan dengan orang dulu, mereka berjuang di atas jalan yang betul, mati juga di jalan betul. Tetapi remaja kita mati di jalan lurus, sebabnya lumba haram. Tidak boleh tengok jalan lurus, mereka pecut".

Berkata seorang ilmuan Islam : “Telah pergi orang Inggeris yang berkulit merah namun masih kekal Inggeris berkulit sawo matang”. Sawo matang tu sape??ha yang ni baru la sesuai nak guna, lu fikirla sendiri..sape makan cili terasala pedasnya.

Sempena ulang tahun kemerdekaan kali ini, marilah kita sama-sama menyambutnya dengan penuh pengertian dan kesedaran serta dengan penuh kesyukuran kpdNya.

  • Merdekakan jiwa dari kebatilan.
  • Merdekakan minda dari kejahilan.
  • Merdekakan perbuatan dari maksiat.
  • Merdekakan akal dari kejumudan.
  • Merdekakan hati dari buruk sangka.
  • Merdekakan iman dari kekufuran.
  • Merdekakan keluarga tanpa kasih sayang.
  • Merdedakan Masyarakat dari kealpaan..

Semoga dengan memahami erti sebenar kemerdekaan , akan menambahkan keberkatan kepada kehidupan kita di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT;

Maksudnya: “Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,
tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi...(al-A’raaf: 96)

Sebatan Jenayah Syariah dan Sivil

|



Ada sesetengah pihak yang membantah hukum sebat dikenakan kepada kartika, hakikatnya Islam bukanlah satu agama yang zalim dan kejam.. Malah setiap perkara yang disyariatkan oleh Islam ada hikmah dan tujuan yang jelas..

Sesekali di Uji..

|


Kehidupan kita sebagai Manusia tak terkecuali daripada Ujian dan Cabaran. Allah sentiasa menguji Manusia dengan pelbagai ujian, apatah lagi orang Islam yang beriman kpd-Nya.

Setiap yang direncanakan oleh Dia mesti ada hikmah dan kebaikkan tersendiri kan..tak kan Allah nak uji kita saja2..mustahil bg Allah melakukan sesuatu perkara kalau tanpa sebab dan maksud tertentu. Mungkin Allah nak uji kesabaran dan kepercayaan kita kpd-Nya, samada kita sabar atau sebaliknya. Sangat beruntungla bagi mereka yang bersabar..

Kita sebagai hambanya sepatutnya tidak mempertikai dan melawan dengan takdirNya..yela kita hanyalah hamba yang lemah, takda pe2 pun.. Sepatutnya kita harus meyakini setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya. Dia yang mengetahui segala-galanya..

Cuba kita renung dan fikirkan betapa banyaknya kenikmatan dan kesedapan yang Allah berikan kepada kita dari lahir hingga sekarang?? Mesti tidak terhitungkan.. So, sesekali di uji apa salahnya.. Terimalah dengan redho.

Firman Allah bermaksud:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Jelas, ujian Allah bertujuan mendidik manusia agar menghadapi hidup dengan tabah dan yakin kpd-Nya. Nilai keimanan seseorang bergantung sejauh mana kita sanggup mengharungi pahit getir hidup dengan bersabar.

Begitulah kelebihan sifat sabar yang bukan sahaja menjanjikan kejayaan di dunia bahkan kenikmatan di akhirat.Kesabaran seharusnya menjadi teras yang melatari serta menunjangi hidup kita agar kejayaan dunia dan akhirat akan menjadi milik umat Islam seluruhnya.

“ Jika Allah cepat memakbulkan doamu, Dia menyayangimu,
Jika Allah lambat memakbulkan doamu, Dia sedang mungujimu, tetapi,
Jika Allah tidak memakbulkan doamu, Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu..”

Sesekali di Uji..

|


Kehidupan kita sebagai Manusia tak terkecuali daripada Ujian dan Cabaran. Allah sentiasa menguji Manusia dengan pelbagai ujian, apatah lagi orang Islam yang beriman kpd-Nya.

Setiap yang direncanakan oleh Dia mesti ada hikmah dan kebaikkan tersendiri kan..tak kan Allah nak uji kita saja2..mustahil bg Allah melakukan sesuatu perkara kalau tanpa sebab dan maksud tertentu. Mungkin Allah nak uji kesabaran dan kepercayaan kita kpd-Nya, samada kita sabar atau sebaliknya. Sangat beruntungla bagi mereka yang bersabar..

Kita sebagai hambanya sepatutnya tidak mempertikai dan melawan dengan takdirNya..yela kita hanyalah hamba yang lemah, takda pe2 pun.. Sepatutnya kita harus meyakini setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya. Dia yang mengetahui segala-galanya..

Cuba kita renung dan fikirkan betapa banyaknya kenikmatan dan kesedapan yang Allah berikan kepada kita dari lahir hingga sekarang?? Mesti tidak terhitungkan.. So, sesekali di uji apa salahnya.. Terimalah dengan redho.

Firman Allah bermaksud:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Jelas, ujian Allah bertujuan mendidik manusia agar menghadapi hidup dengan tabah dan yakin kpd-Nya. Nilai keimanan seseorang bergantung sejauh mana kita sanggup mengharungi pahit getir hidup dengan bersabar.

Begitulah kelebihan sifat sabar yang bukan sahaja menjanjikan kejayaan di dunia bahkan kenikmatan di akhirat.Kesabaran seharusnya menjadi teras yang melatari serta menunjangi hidup kita agar kejayaan dunia dan akhirat akan menjadi milik umat Islam seluruhnya.

“ Jika Allah cepat memakbulkan doamu, Dia menyayangimu, Jika Allah lambat memakbulkan doamu, Dia sedang mungujimu, tetapi,Jika Allah tidak memakbulkan doamu, Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu..”

Assgment..Oh Asgment..

|

Berehat jap..da dua ari aku wat Ass Undang-undang Keluarga Perbandingan ni..tak kuar gi mana2 pun ag rini..ingat petang ni la kut, nak kuar jap gi beli makanan nak berbuke..

Hari sabtu semalam kelas dip kehakiman dan guaman..sehari suntuk kelas. Lepas myg terawih semalam tgok bola jap pastu balik wat Ass, ngantok then tido..So rinila yang free sikit untuk nak siapkan keje..Tu pun..Nasib baikla minggu ni PALAPES tak de latihan. Kalu ada, aku tak tahula nak wat macam mana..Pening gak tu..

Sume ni angkara aku terlewat gi kelas hari rabu baru ni la ni...Masa tu aku dimaklumkan oleh dak-dak ni dierg ngah bincang sape nak bentang dulu..compemla dirg tak nak awal kan?? tup..tup..aku baru sampai dan masuk dalam kelas..terus lec letak nama aku first untuk perbentangan..huhu...dala ape pun tak buat ag..buku rujukan pun tak dak lagi huhu..tergamam jugak aku..tapi nak wat mcm mana, tak kan nak bantah..ikut jela.."samikna waatoqna"..bak kata lec ake..hehehe

Kalau se
takat 1 Ass jer...aku tak de la kisah sangat..tpi 2 tuh...Undang-undang tort satu lagi..huhu..Esok aku kena bentang. Nak bentang apa aku pun tak tau lagi..kes pun tak study lagi..takpe2 cool jer..releks2..kalut2 nak pi mana..hahaha..motivasi diri..

Pepun thanks kpd lec aku..sbb bagi aku baucer free Ayamas dua set lepas kelas ritu..hehehe

RAMADHAN KARIM..

|

Bila tiba bulan Ramadhan biasanya akan timbul berbagai kemusykilan mengenai ibadat puasa. Ada yang bertanya mengenai kontek lens, bertitik mata, 'bainjik, pemindahan darah, memasukkan ubat melalui lubang yang ditebuk pada perut, menitik ubat ke dalam telinga dan bermacam-macam lagi. Pertanyaan ini ditimbulkan semata-mata untuk mempastikan ibadat puasa yang ditunaikan itu sah dan sempurna.

Bagi menjawab sah atau batal puasa seseorang itu pertama sekali perlu dilihat dulu apakah perkara yang membatalkan puasa itu. Cuba perhatikan, pekara-perkara yang membatatkan puasa ialah :-

  1. Datang haidh dan nifas.
  2. Makan dan Minum dengan senghaja.
  3. Muntah dengan senghaja.
  4. Mengeluarkan air mani dengan senghaja.
  5. Menjadi gila atau hilang akal sepanjang hari.
  6. Menjadi Murtad.
  7. Bersetubuh.
  8. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja melalui lubang yang terbuka dari Bahagian tubuh manusia.

Biasanya persoalan yang selalu ditimbulkan ialah dalam perkara memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan senghaja. Untuk itu perlu dijelaskan dulu apa yang dimaksudkan dengan benda, lubang yang terbuka, sengaja dan rongga itu.

Maksud dengan 'benda' di sini ialah apa-apa jua benda walaupun sedikit, samada yang boleh dimakan seperti sebiji lenga atau yang tidak boleh dimakan seperti sebutir pasir. Tidak termasuk benda itu ialah rasa, warna atau bau. Apabila masuk ke dalam rongga seseorang itu sesuatu yang bukan benda seperti rasa, warna atau bau, tidaklah membatalkan puasa.

Yang dimaksudkan dengan lubang yang terbuka itu ialah tempat masuk atau keluar sesuatu, samada lobang itu semulajadi adanya seperti mulut, hidung dengan sebagainya atau yang baru wujud seperti luka.

Adapun maksud 'sengaja' itu pula ialah dilakukan sendiri atau oleh orang lain dengan keizinannya.

Manakala maksud rongga pula ialah apa-apa saja yang dinamakan rongga samada rongga itu mempunyai kuasa memproses makanan atau ubat ataupun tidak seperti rongga otak, kerongkong atau rongga mulut, rongga hidung, rongga telinga, perut, dubur, faraj, pundi-pundi kencing, lobang tempat keluar air kencing lelaki, lobang tempat keluar air susu ( al-ihlil).

Untuk jelasnya berikut adalah huraian maksud tiap-tiap satu dari rongga-rongga yang disebutkan itu.

Rongga Otak

Adapun yang dinamakan ronga otak itu ialah tempurung kepala. Maka jika dimasukkan ubat ke dalam kepala melalui lubang yang ditebuk di kepala atau yang luka, apabila sampai sahaja ubat itu ketempurung kepala (kharithah al-dimagh) adalah membatalkan puasa walaupun tida sampai ke dalam otak.

Kerongkong atau rongga mulut

Rongga mulut itu terbahagi kepada had zahir dan had batin. Had zahir mulut itu ialah dari tempat keluar makhraj huruf hingga ke atas mulut, manakala had batin mulut itu ialah dari tempat keluarnya makhraj huruf atau hingga ke bawah (kerongkong). Maka yang dikatakan rongga mulut yang membatalkan puasa itu ialah apabila sampai sesuatu yang dimasukkan ke dalam mulut ke had batin (makhraj huruf atau ).

Adapun air liur yang ada pada had zahir mulut itu apabila ditelan tidaklah membatalkan puasa kecuali air liur yang berpisah dari lidahnya dan memilih keluar ke bibir, apabila ditelan adalah membatalkan puasa.

Manakala kahak atau hingus yang sampai pada had zahir mulut, yang seseorang itu berkuasa meludahkannya apabila ditelannya, adalah membatalkan puasa.

Rongga hidung

Apa-apa jua yang dimasukkan ke dalam hidung yang melebihi pangkal batang hidung (khaisyum) adalah membatalkan puasa.

Rongga telinga

Adapun rongga telinga yang membatalkan puasa itu ialah batin telinga (bathin al-udzun). Maka jika dimasukkan sesuatu seperti menitikkan ubat ke dalam telinga dan sampai ke batin telinga (bathin al-udzun) adalah membatalkan puasa.

Rongga perut

Batal puasa seseorang itu apabila dimasukkan sesuatu seperti ubat melalui lubang yang dittebuk pada perut dan sampai ke dalam perut walaupun tidak sampai ke perut panjang (al am' a'). Begitu juga jika dia menikam perutnya dengan sengaja atau oleh orang lain dengan izinnya, maka batal puasa dengan sampainya alat seperti pisau yang digunakanuntuk menikam itu.

Rongga dubur

Rongga dubur yang membatalkan puasa itu ialah apabila sampai sesuatu seperti ke tempat yang tidak wajib dicuci ketike beristinja'.

Demikian juga halnya dengan najis yang telah keluar tetapi tidak terpisah daripada dubur, apabila dikecitkan dubur tanpa ada keperluan dan najis itu masuk kembali ke dalam, maka batal puasa seseorang itu,kerana dimasukkan dengan sengaja iaitu perbuatan menarik balik yang tidak diperlukan, tetapi jika terpaksa seperti orang yang sakit buasir, maka tidaklah batal puasanya.

Rongga faraj

Adapun rongga faraj yang membatalkan puasa ialah jika masuk sesuatu yang melebihi had faraj. Had zahir faraj itu ialah apa yang nyata ketika seorang perempuan itu duduk mencangkung di atas kedua betisnya. Sebagai contoh jika dimasukkan jari atau apa-apa benda seperti kapas atau alat pencegah hamil melebihi had zahir, maka batallah puasanya.

Pundi-pundi kencing (matsanah) Adalah batal puasa seseorang itu jika sampai sesuatu ke pundi-pundi kencing seperti ditebuk di bahagian ari-ari bagi tujuan memasukkan ubat atau alat ke pundi-pundi kencing.

Lubang tempat keluar air kencing lelaki dan lubang tempat keluar air susu (al-ihlil).

Apabila dimasukkan sesuatu benda atau menitikkan ubat ke lubang tempat keluar ai kencing atau lubang tempat keluar air susu, walaupun tidak sampai ke pundi-pundi atau tidak melebihi hasyafah atau melebihi puting susu adalah membatalkan puasa.

Maka selain daripada apa yang disebutkan di atas, tidaklah termasuk dalam apa yang disebut sebagai rongga seperti lubang bulu roma, zahir mulut, zahir telinga, zahir hidung dan mata.

Dari penjelasan yang diberikan telah menjawab beberapa kemusykilan yang ditimbulkan. Bagaimana pula dengan memakai kontek lens, bertitik mata dan pemindahan darah?.

(i) Memakai kontek lens dan bertiitik mata.

Adapun mata adalah tidak termasuk dalam apa yang dikatakan rongga itu, demikian dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Raudhah at-Thalibin. Dari hal yang demikian, maka memasukkan sesuatu ke mata dengan sengaja seperti memakai kontek lens di kelopak mata ketika berpuasa itu tidak membatalkan puasa sipemakainya.

Begitu juga menitiskan air titik mata pada mata ketika berpuasa kecuali jika diyakini benda ('ain) cecair yang dititikkan itu masuk melalui lubang yang ada pada mata itu, dan sampai ke kerongkong, maka apabila benda itu ditelan, batal puasanya. Jika diludahkannya tidaklah membatalkan puasanya. Tetapi jika yang sampai ke kerongkong itu hanya rasanya bukan benda cecair itu, walaupun ditelan tidaklah membatalkan puasanya, kerana rasa itu dinamakan benda ('ain). Hal ini diqiyaskan pembicaraan ulama tentang memakai celak mata ketika berpuasa.

(ii) Pemindahan darah.

Pemindahan darah itu sama ada mengeluarkan darah dari dalam badan atau memasukkan darah ke dalam badan.

Adapun hukum mengeluarkan darah dari dalam badan orang yang berpuasa, tidak membatalkan puasa seperti orang yang berbekam, kerana diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu'anhuma beliau berkata:

  1. h_irsyad1.jpg (5899 bytes)

    Maksudnya:'' Sesungguhnya Nabi Sallallahu'Alaihi Wassalam berbekam sedang baginda seorang yang berpuasa."

    (Hadits riwayat Bukhari)

    Walaupun begitu, perbuatan berbekam ini adalah makruh bagi orang yang berpuasa kerana ditakuti akan melemahkan dirinya.

    Demikian juga hukum berderma darah di siang hari bulan Ramadhan bagi orang sedang berpuasa, tidaklah membatalkan puasa, hanya dihukumkan makruh sahaja, kerana perbuatan ini bukan memasukkan sesuatu ke dalam sebarang rongga tetapi sebaliknya iaitu mengeluarkan darah.

    Manakala memasukkan darah ke dalam tubuh badan orang yang sedang berpuasa atau penyucian darah dengan menggunakan mesin bagi orang yang mengalami sakit buah pinggang adalah membatalkan puasa, kerana darah yang dimasukkan itu akan sampai ke anggota yang boleh dipanggil rongga, seterusnya ke jantungnya dan darah itu akan diproses untuk sampai ke seluruh badan.

    Hal ini sama dengan menyuntikkan cecair ubat seperti air gelukos melalui urat darah bagi tujuan memberi tenaga atau lain-lain tujuan pencegahan atau kesihatan adalah membatalkan puasa, kerana dalam hal ini benda ('ain) itu pasti sampai ke perut panjangnya dan ma'idahnya iaitu tempat memproses makanan, maka sudah tentu perbuatan ini lebih utama membatalkan puasa daripada perbuatan menambah darah.

    Mudah-mudahan dengan panduan yang diberikan itu menambah pengetahuan dalam perkara ibadat puasa dan dapat dijadikan panduan agar kewajipan puasa itu dapat ditunaikan dengan sempurna dan akan diterima oleh Allah Subhanahu Wataala.

SALAM RAMADHAN..

|

Besi itu kuat,tp API mampu m’cairkannya…
API itu kuat,tp AIR boleh memadamkannya…
AIR itu kuat,tp MATAHARI BLEH sejatknnya…
MATAHARI itu kuat,tp AWAN mampu menahannya…
AWAN itu kuat,tp AWAN ditiup ANGIN…
ANGIN itu kuat,tp GUNUNG mam
pu menahannya…
GUNUNG itu kuat,tp MANUSIA mampu meratakannya…
MANUSIA itu kuat,tp NAFSU dapat kalahkannya…
NAFSU itu kuat,tp IMAN dapat kawalkannya…
IMANlah terkuat antara smua…
Hargailah Iman yg wujud dlm hati kite…
MOga dilindungi
Allah slalu…
Salam ramadhan…. Ampun maaf jika ada salah n slap…

POLITIK MALAYSIA..

|



Macam-macam tak thu satu yang betul sekarang..tapi apa yang penting prinsip Islam dan Iman perlu ada dalam diri kita..Sbb dengan Islam dan Iman sahaja yang dapat menyelamatkan kita di dunia mahupun akhirat...Kalu kita tidak berpegang dengan Islam, nak berpegang kepada apa lagi??..Jgn jadik seperti lalang yang tiada pegangan dan pendirian..renung2 dan fikir2 kan lah..

Kenangan di KUSZA

|



p/s kalu pandai carik mana satu aku..hehehe compem tak nampak kan?

PESTA KONVO..

|

Hahaha.. Agak melucukan dan lawak bila difikirkan aku men kete laga semalam. da sekian lama atau berkurun tak main mende alah tu tapi semalam aku main.haha..Seingat aku, last men masa darjah 5 dulu masa kat Pesta Penang.Aku bukan men sorg2, tapi ngan member2la..tu yang lagi best tu..hahaha..

Tapi apepun enjoyla..nak2 ngan member2kan? lagila..hmm..tapi main2 gak perasaan dalam ati tetap ade risau.mane taknye da dekat 3 bulan ngaji dalam otak masih tak de pe2 lagi..belajer ape pun tak thu sem ni..huhu..terukkan? gi kelas nganga ja..tak tau pa.

Sedar,bukan tak sedar tapi tak cek taula..mood nak study tu tak mai lagi..kepala otak masih pikir nak enjoy dan seronok jer..semalam lepak kat pesta konvo sampai kul 12 pastu balik men badminton lak sampai kul 3 pagi, balik penat dan terus landing..tak thu mcm mana nak bagi ada mood study..bak kata kawan2 aku, tunggu malam examlaa, compem ada..ha masa tu mulala baru nak carik nota dan len2...

Fush..sedarlah wahai diri....

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB