.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Sulh produk baru Mahkamah Syariah

|

MASALAH kes tertangguh di Mahkamah Syariah dijangka berkurangan selepas kaedah sulh diperkenalkan. Kaedah sulh atau mediasi yang mengutamakan instrumen penyelesaian pertikaian secara perdamaian, dilihat satu produk terbaru Mahkamah Syariah yang bakal diperluaskan ke semua Mahkamah Syariah seluruh negara.

Jika sistem perbankan ketika ini terkenal dengan pelbagai skim muamalah seperti Mudharabah, Bai Bithamanin aji atau Qardu Hasan, maka sulh pula adalah skim perundangan Mahkamah Syariah ketika ini.

Sulh yang mengetengahkan elemen perdamaian memenuhi tuntutan Islam dan satu cara mencegah persengketaan berpanjangan di kalangan umat Islam.

Ini kerana, walau umat Islam berselisih pendapat atau hak mengenai sesuatu perkara, biarlah diselesaikan melalui jalan permuafakatan serta mengikut perasaan kasih sayang sesama insan.

Justeru, umat Islam dilarang bermusuhan-musuhan, apatah lagi tindakan sedemikian akan mencacat imej Islam di kalangan bukan Islam.

Inilah di antara hikmah tersurat dan tersirat dalam penggubalan kaedah sulh dalam enakmen atau akta prosedur mal Mahkamah Syariah negeri hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman mengakui sulh adalah antara kaedah terbaik yang seharusnya dimanfaatkan pihak bertikai, demi menghilangkan perasaan dendam. Di samping itu, keadaan itu dapat mengukuhkan persaudaraan ahli keluarga akibat pertikaian kedua-dua pihak.

Katanya, kedua-dua pihak yang bertikai tidak sepatutnya berpuas hati selepas berjaya mengalahkan pihak lawan dalam menuntut sesuatu haknya dalam perbicaraan.

Beliau yang juga Ketua Hakim Syarie berkata, berkemungkinan kemenangan diperoleh itu disebabkan pihak lawan kurang teliti ketika mengemukakan hujah sehingga menyebabkan tuntutan atau rayuannya ditolak oleh Mahkamah Syariah.

Secara tidak langsung, katanya, ia menyebabkan ketidakpuasan, lalu mewujudkan jurang permusuhan antara satu dengan lain. Sesungguhnya, memang benar apa yang diucapkan Sheikh Ghazali itu.

Sebagai seorang berpengalaman dalam bidang kehakiman Islam, beliau tentu memahami dan mengerti apakah yang berlaku setiap kali penghakiman dijalankan.

Bagi kes tuntutan harta sepencarian umpamanya, ada pihak tidak berpuas hati kerana haknya yang sebenar gagal diputuskan Mahkamah Syariah, disebabkan kelemahan diri mengemukakan fakta kes atau kebijaksanaan peguam pihak lawan. Bagaimanapun, masalah sebegini tidak berlaku jika dilakukan melalui kaedah sulh.

Ini kerana, sulh beramal di atas prinsip reda-meredai dan tolak ansur antara satu dengan lain.

Mengikut kaedah sulh, penuntut dan yang dituntut atau peguam dilantik akan menghadiri majlis perbincangan membabitkan timbang tara serta tolak ansur kedua-dua pihak yang dipengerusikan pegawai sulh.

Apabila kedua-dua pihak mencapai persetujuan, pegawai sulh akan membuat perakuan persetujuan berserta syarat untuk dikemukakan kepada hakim yang akan membuat perintah persetujuan.

Dalam pada itu, kes berkenaan akan berakhir selepas tamat majlis sulh.

Jelas di sini, penyelesaian melalui sulh tidak sesekali menimbulkan kebencian dan dendam mana-mana pihak kerana diselesaikan secara muafakat.

Paling membanggakan, penyelesaian melalui kaedah ini turut menampakkan keadilan kepada kedua-dua pihak.

Perkara ini turut diakui oleh ijmak ulama (kesepakatan ulama) mengenai sulh, iaitu penyelesaian secara sulh dalam pertikaian. Lebih tepat lagi untuk mencapai keadilan disebabkan kedua-dua pihak mengetahui hak yang sepatutnya mereka peroleh ke atas apa yang didakwa.

Berdasarkan perkembangan mutakhir, beberapa negeri sudah menerima konsep sulh dan akan menjadikannya sebagai enakmen atau salah satu subseksyen dalam Kanun Prosedur Mal Syariah masing-masing.

Contohnya, dalam Bahagian 14 Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah (Selangor) 1991, Seksyen 87 serta bahagian dan seksyen sama Ordinan Acara Mal Syariah (Sarawak) 1991 memperuntukkan mengenai sulh dan Seksyen 88 mengenai penyelesaian.

Sesungguhnya, satu langkah diambil bagi memantapkan kaedah sulh dan mempercepatkan penyelesaian kes di Mahkamah Syariah serta menyelaraskan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

Sheikh Ghazali berkata, langkah berkenaan yang dilaksanakan Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil pada peringkat Persekutuan bagi menyediakan satu draf iaitu Kaedah-Kaedah Prosedur Mal (Sulh).

Natijahnya, kata beliau, satu kaedah sulh digubal iaitu Kaedah-kaedah Sulh Wilayah Persekutuan 1996.

Berikutan perkembangan itu, Selangor mengorak langkah lebih awal dengan mewartakan kaedah sulh melalui Kaedah-kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001.

Dengan pewartaan kaedah ini, beberapa pegawai syariah dilantik secara kontrak untuk berkhidmat sebagai Pegawai Sulh di 10 mahkamah rendah syariah daerah seluruh Selangor.

Pelaksanaan Kaedah-Kaedah Prosedur Mal (Sulh) itu turut meningkatkan fungsi pendaftar Mahkamah Syariah kerana bertanggungjawab mempengerusikan Majlis Sulh iaitu satu tugas yang sebelum ini dijalankan unit lain.

Justeru, Sheikh Ghazali mencadangkan Bahagian Pentadbiran atau Kewangan Mahkamah Syariah dikaji dan disusun semula dengan mengambil kira fungsi baru pendaftar mengikut Kaedah-Kaedah Prosedur Mal (Sulh) terutama mewujudkan Unit Sulh atau menambah bilangan Pendaftar Mahkamah Syariah.

Katanya, Manual Kerja Sulh menggariskan beberapa kaedah pengendalian proses perdamaian dijalankan.

"Pegawai sulh selaku pengerusi majlis sulh hendaklah meminta pihak plaintif dan defendan mengambil tempat masing-masing, memperkenalkan diri dan membaca doa.

"Pegawai sulh hendaklah memaklumkan kedua-dua pihak mengenai prosedur yang dipakai, sambil memberi keyakinan kepada mereka mengenai prosedur sulh seperti bercakap mengikut giliran dengan pihak lain mendengar dan memberi perhatian.

"Bercakap tenang dan tidak meninggikan suara, bercakap dengan sopan dan tidak menyerang peribadi pihak lain, tidak bercakap sesama mereka tanpa kehadiran pegawai sulh dan membuat aku janji akan mematuhi peraturan itu," katanya.

Sesungguhnya, kaedah sulh bakal menaikkan imej Mahkamah Syariah sebagai institusi kehakiman Islam yang terulung di negara ini dengan kaedah mengurangkan kes tertangguh.

Oleh itu, negeri lain perlu mewartakan segera Kaedah-Kaedah Sulh. Ini kerana, kejayaan daripada sulh tidak dinafikan lagi.

Kajian JKSM mendapati kaedah itu berjaya mengurangkan hampir 65 peratus kes di Mahkamah Syariah Selangor sejak kaedah itu diperkenalkan tahun lalu. Perkara sama berlaku di Singapura di mana sebanyak 60 peratus kes berjaya diselesaikan melalui kaedah itu.

BERITA HARIAN
17 SEPTEMBER 2002

Hukuman denda punca kesalahan khalwat dipandang remeh

|

Berita Harian 21 mei 2009

SAYA mengikuti kes khalwat di negara ini sejak undang-undang diwujudkan. Saya melihat hakim hanya menjatuhkan hukuman denda dan kadangkala denda serta penjara. Tidak bolehkah undang-undang diseragamkan dengan semua pesalah khalwat dikenakan hukuman penjara. Ini menampakkan seolah-olah hukuman di Mahkamah Syariah bertaraf rendah.

Warga Prihatin,
Kuala Lumpur.

Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan: “Lelaki yang didapati berada bersama seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isterinya atau mahramnya di mana-mana tempat terselindung atau dalam rumah atau bilik dalam keadaan boleh menimbulkan syak mereka melakukan perbuatan tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan”.

Apabila sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Peruntukan itu jelas menunjukkan kesalahan khalwat bukan saja membabitkan seorang lelaki dengan perempuan, malah juga antara seorang atau ramai lelaki dengan seorang atau ramai perempuan bukan muhrim.

Mereka berada sama ada dalam sebuah rumah, bilik atau tempat terselindung (dalam kereta atau di celah pokok) yang keadaan mereka ketika itu boleh mendatangkan syak sedang melakukan maksiat. Hukuman yg boleh dijatuhkan ke atas tertuduh ialah salah satu daripada tiga hukuman yg diperuntukan iaitu denda tidak melebihi 3000 atau penjara tidak melebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ini peruntukan undang-undang dan kuasa menjatuhkan hukuman yang diberikan kepada hakim Mahkamah Syariah. Mereka tidak boleh melangkaui kuasa diberikan. Namun, berdasarkan peruntukan seksyen 29 mahkamah mempunyai budi bicara menjatuhkan hukuman secara khusus (penjara atau denda saja), tidak perlu menurut turutan.

Peruntukan berkenaan menggunakan perkataan ‘boleh dihukum’ yang tidak mengikat mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut turutan seperti dalam peruntukan. Seksyen itu juga menggunakan perkataan ‘atau’ yang diertikan sebagai pilihan.

Apa yang berlaku, hakim mengambil pendirian mengenakan denda. Dalam menentukan hukuman, perlu dipertimbangkan adakah ia boleh menjadi iktibar, inzar, pengajaran, peringatan dan balasan bukan saja kepada tertuduh malah masyarakat Islam, supaya tidak melakukan kesalahan sama.

Dalam kes hukuman takzir, kuasa mahkamah menentukan hukuman agak luas. Merujuk kitab Al Ahkam As Sultaniyyah karangan Al-Mawardi menyebut: “Takzir juga istilah yang jika disebut secara tunggal akan bermaksud hukuman atau keseksaan. Bagi maksud kesalahan ia perlu disebut kesalahan takzir. Sebagai hukuman fuqaha mendefinisikannya sebagai hukuman atau keseksaan yang tidak ditentukan secara terperinci oleh syarak dan dilaksanakan sama ada untuk kepentingan individu atau masyarakat dalam semua kes selain kes hudud dan qisas.”

Kitab Al-Fiqh al-Islami waadillatuh pula menyebut: “Takzir adalah hukuman ke atas jenayah atau maksiat yang tidak ditentukan hukuman had atau kaffarah.”

Dr Aziz Aamir dalam kitab At-Ta’zir Fi Al-Syariah Al- Islamiah menyebut: “Fuqaha mentakrifkan (takzir) sebagai satu pembalasan yang ditetapkan kadarnya, diwajibkan sama ada sebagai hak Allah atau manusia, dalam setiap maksiat yang tiada pembalasan had atau kaffarah, mempunyai tujuan sama seperti pembalasan had (hudud) iaitu memberikan pengajaran (takdib), mengadakan pemulihan (islah) dan mewujudkan ingatan yang menakutkan (zajr).”

Dalam memutuskan hukuman pesalah khalwat, hakim masih tertakluk kepada peruntukan hukuman seksyen 29 itu. Apa yang penting, hakim perlu pastikan hukuman dijatuhkan terhadap seseorang pesalah adalah setimpal.

Hukuman boleh dijadikan panduan, mendidik tertuduh serta masyarakat supaya patuh kepada perintah Allah, Rasul dan pemimpin.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman! Taatilah Allah dan Rasul-Nya dan pemimpin kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu maka hendaklah kembalikan ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (sunnah).” (Surah an-Nisa’, ayat 59). Pemimpin yang kita pilih inilah yang membuat undang-undang dilaksanakan ke atas kita.

Jawapan disediakan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang.

|

...اَللّهُمَّ ارْحَمْهُ، فَإِنِيْ أَرْحَمْهُ

Ha...bagi pasangan suami isteri yang hendak menambah kemesraan, kasih dan sayang dalam rumahtangga..bacela doa ini setiap kali menyentuh suami atau isteri...kalu suami sentuh isteri, tukar sahaja perkataan "hu" diatas dengan perkataan "ha"...

Bagi yang belum berkahwin bagaimana pulak?? Hmm anda blh amalkan doa ini ketika anda menyentuh ibu atau bapa, anak saudara, adik dan sape2la..pada kawan karib pun blh amal juga…tapi kalu nak sentuh tu, bg yg muhrim jela..

Amalkanla doa ini selalu krn doa ini pernah diamalkan oleh nabi Muhammad saw ketika menyentuh cucunya hasan dan husin..yela benda baik kan? Lebih baik kita amalkan? Lagipun pendek je kan doanya..pada sentuh saja suami tu, baik bace doa sekali..

Rahmat dan berkat pun dapat..kasih dan saying pun dapat..barula suami tak lari cari yg lain…betul tak?? Hehe..bagi pasangan yang tidak tahu dan susah nak hafal doa dalam bahasa arab tu, blh gak bace yg terjemah punya..

"Ya Allah ya Tuhanku sayangilah dan kasihilah dia ( suami atau sesiapa sahaja yg kita sentuh )kerana sesungguhnya aku juga menyayanginya"..

Manusia semuanya sama..

|

Yup!! Manusia semuanya sama jer..kaya ker miskin ker ape2lah..so jgnlah kita berbangga dengan kelebihan dan nikmat yg Allah kurniakan kepada kita..kerana idup ini tak lama, paling tinggi pun 60 taun jer..tapi ada yg da meninggal dulu pun sebelum mencecah umur 60 tu..jadi insanf2lah..

Kita semua sebenarnya hidup di dunia ini sama-sama bertanggungjawab untuk mengabdikan diri kepada Allah. Dan janganlah nak bangga-bangga diri..Sebab kita semuanya sama, Asal dari 1 bapa iaitu sebagai zuriat Nabi Adam..

Rasulullah SAW ada berpesan semasa menunaikan Haji Wada` maksudnya:

Wahai sekalian manusia. Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu. Sesungguhnya tidak ada kelebihan orang Arab terhadap orang bukan Arab, tidak juga bukan Arab terhadap Arab. Tidak ada kelebihan orang yang berkulit merah ke atas orang yang berkulit hitam dan orang yang berkulit hitam ke atas orang yang berkulit merah, melainkan dengan takwa.

(Riwayat Ahmad)

Dengan ucapan ini Rasulullah memperkuatkan lagi mesej yang disampaikan oleh al-Quran kepada seluruh manusia melalui surah al-Hujurat [49]:13 mafhumnya:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.”

Namun dalam ayat ini yang menetapkan persamaan antara manusia, Tidak pula membatalkan mengkhususkan rumpun-rumpun bangsa. Al-Quran mengiktiraf bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan tujuan mereka dapat saling kenal-mengenal...


GLOBALISASI MENURUT AL-QARDAWI

|

Ketika mengulas mengenai definisi globalisasi, al-Qardawi telah memetik pandangan Dr. Muhammad Abid al-Jabiri yang menyatakan globalisasi bermaksud menjadikan sesuatu berada di peringkat antarabangsa. Iaitu memindahkan sesuatu dari kawasan yang terhad dan dapat diawasi ke kawasan tanpa had yang jauh daripada sebarang pengawasan.

Justeru, globalisasi mencakupi maksud membatalkan sempadan negara, beridentitikan kebangsaan dalam lapangan ekonomi dan membiarkan segala urusan dapat bergerak bebas menyeberangi alam dan ruang angkasa yang berada dalam lingkungan planet Bumi. Bertolak dari sini maka negara-negara beridentiti kebangsaan, kerajaan dan sesuatu umat berada dalam zaman yang ditunjangi oleh globalisasi.

Globalisasi (‘Aulamah) dan Kesejagatan (‘Alamiyyah)

Menurut al-Qardawi, secara eksplesit, erti globalisasi hampir sama dengan kesejagatan ataupun universal yang dibawa oleh Islam. Kesejagatan disebutkan dengan jelas oleh al-Quran dalam surah al-Anbiyaa’ [21]:107 mafhumnya:

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”.

Tegasnya kesejagatan dalam Islam adalah berdasarkan kepada memuliakan semua keturunan manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra’[17]:70 mafhumnya:

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam”

Allah menjadikan manusia sebagai khalifahnya di muka Bumi. Semua yang ada di langit dipermudahkan Allah untuk mereka. Kesejagatan juga ditegakkan atas asas persamaan antara manusia dari sudut kemuliaan kemanusiaannya dan dari segi taklif dan tanggungjawab. Manusia semuanya sama-sama bertanggungjawab untuk mengabdikan diri kepada Allah. Mereka semuanya sama sebagai zuriat Adam sebagaimana sabda Rasulullah SAW di hadapan perkumpulan ramai semasa Hajj Wada` maksudnya:

“Wahai sekalian manusia. Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu. Sesungguhnya tidak ada kelebihan orang Arab terhadap orang bukan Arab, tidak juga bukan Arab terhadap Arab. Tidak ada kelebihan orang yang berkulit merah ke atas orang yang berkulit hitam dan orang yang berkulit hitam ke atas orang yang berkulit merah, melainkan dengan takwa.

(Riwayat Ahmad)

Dengan ucapan ini Rasulullah memperkuatkan lagi mesej yang disampaikan oleh al-Quran kepada seluruh manusia melalui surah al-Hujurat [49]:13 mafhumnya:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.”

Namun dalam ayat yang menetapkan persamaan antara manusia ini, al-Quran tidak pula membatalkan kekhususan rumpun-rumpun bangsa. Al-Quran mengiktiraf bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan tujuan mereka dapat saling kenal-mengenal.

Sedangkan globalisasi menurut faham Barat seperti yang nyata kepada kita melalui propagandanya hingga ke hari ini adalah, pemaksaan pengaruh politik, ekonomi, pengetahuan, budaya dan sosial dari Amerika Syarikat kepada dunia, khususnya dunia Timur atau dunia ketiga, lebih khusus lagi dunia Islam. Inilah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat berbekalkan kemajuannya dalam bidang ilmu dan teknologi, kekuatan ketenteraannya, keupayaan penguasaan ekonominya dan keangkuhannya yang menganggap dirinya sebagai ketua dunia ini.

Globalisasi ala Amerik bukan bererti layanan saudara terhadap saudaranya sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam, malah bukan juga bererti layanan sekutu terhadap sekutunya sebagaimana yang dikehendaki oleh orang-orang yang terhormat dan merdeka di mana-mana tempat di dunia ini, tetapi ia sebenarnya bermaksud layanan tuan-tuan kepada hamba abdinya, gergasi kepada si kerdil dan orang yang membesarkan diri terhadap orang yang lemah.

Menurut al-Qardawi lagi, globalisasi dalam gambaran yang sangat ketara pada hari nin bererti membaratkan dunia atau dengan kata lain mengamerikakan dunia. Ia adalah nama yang digunakan untuk penjajahan bentuk baru. Digunakan nama yang baru untuk disesuaikan dengan zaman yang baru dengan tujuan hendak menguasai dunia di bawah satu ungkapan yang lunak iaitu globalisasi. Jadi, ia bererti pemaksaan pengaruh Amerika ke atas dunia. Mana-mana negara yang berani menentang atau melawan mesti diajar atau dihukum sama ada dengan sekatan ekonomi, ancaman ketenteraan, atau diserang secara langsung sebagaimana halnya yang terjadi kepada Iraq, Sudan, Iran dan Libya. Ia juga bererti pemaksaan polisi-polisi yang diinginkan oleh Amerika Syarika melalui pertubuhan-pertubuhan atau organisasi-organisasi antarabangsa yang kebanyakannya dikuasai oleh Amerika seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) dan lain-lain lagi.

Globalisasi turut bermaksud, pemaksaan budaya Amerika yang khusus yang tegak di atas falsafah materialisme (kebendaan) dan utilitarianisme (mengutamakan kepentingan diri dan membuka kebebasan seluas-luasnya sehingga ke tahap menghalalkan apa sahaja). Segala prasarana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencanangkan tujuan tersebut melalui muktamar-muktamar atau persidangan-persidangan antarabangsa. Semua rumpun bangsa dikerah supaya menyetujui objektif tersebut sama ada dengan cara ugutan atau pun dengan cara pujuk rayu atau janji-janji manis.

Menurut al-Qardawi, hal ini nampak jelas dan ketara dalam Persidangan Penduduk yang dilangsungkan di Kaherah pada musim panas tahun 1994M. Matlamat muktamar atau persidangan tersebut ialah untuk mencanangkan satu deklarasi yang menghalalkan pengguguran anak secara mutlak, biar apa pun sebabnya, menghalalkan perkahwinan sejenis, memberikan kebebasan mempraktikkan seks di kalangan anak-anak, memperakui kelahiran yang bukan melalui perkahwinan yang sah, sehingga hal-hal lain yang bercanggah sama sekali dengan mana-mana agama langit dan bercanggah dengan mana-mana peraturan yang diketahui oleh rumpun masyarakat kita. Padahal perkara-perkara merupakan salah satu elemen yang membentuk masyarakat dan tamadunnya.

Bertolak dari sini menurut al-Qardawi lagi, kita dapati Universiti al-Azhar, Rabitah al-‘Alam al-Islami di Makkah, Republik Islam Iran dan pelbagai jamaah Islam mengambil pendirian yang seiringan Vatican (Roman Khatolik) dan tokoh-tokoh gereja untuk menentang aliran yang merosakkan ini. Semuanya dapat merasai bahawa bahaya besar sedang menanti dan mengancam nilai-nilai keimanan kepada Allah dan risalah-Nya, serta mengancam keluhuran akhlak yang menjadi sebab Allah mengutuskan para Rasul-Nya.

Kesan globalisasi juga nampak ketara melalui Persidangan Wanita yang diadakan di Peking, China pada tahun 1995M. Ia adalah lanjutan, pengukuhan, dan penyempurnaan kepada persidangan yang diadakan di Kaherah (1994).

Menurut al-Qardawi, Islam memperakui kekhususan-kekhusasan yang telah ditentukan kepada mana-mana bangsa kerana ia merupakan satu isu yang penting agar manusia tidak mengambil sikap melampaui terhadap manusia yang lain sehingga menyebabkan mereka berusaha memadam kehendak naluri orang lain tanpa kerelaannya dan memaksa orang lain mengikut kehendaknya.

Fahami globalisasi yg sebenar..

|

Globalisasi ini sebenarnya ada baiknya dan buruknya..tetapi hakikatnya globalisasi menurut Prof. Dr.Yusuf al-Qardawi ia amat merugikan umat Islam secara umumnya. Ini dapat dilihat daripada beberapa ciri-ciri globalisasi itu sendiri :

1. Bersiifat tanpa batasan
Dunia tanpa sempadan menjanjikan pelbagai peluang dan dugaan yg bakal dimanfaatkan oleh manusia. Ia juga sebagai suatu proses di mana sempadan negara-negara termasuk negara umat Islam semakin runtuh dan seluruh alam ini semakin berubah menjadi suatu unit.

2. Wujud Unsur-unsur Sains dan Teknologi
Sifat globalisasi yang berasaskan unsur-unsur sains dan teknologi merupakan tempias daripada kehebatan dan kecanggihan teknologi maklumat dan komputer serta teknologi komunikasi dan satelit yang mendominasi ruang lingkup hidup manusia kini. Ini bermakna mana-mana masyarakat di planet Bumi ini terdedah secara terus-terusan kepada terobosan apa juga bentuk penyiaran asing tanpa boleh dibuat sebarang tapisan secara berkesan.

3. Wujudnya Elemen Dominasi (Penguasaan)
Globalisasi juga bersifat dominasi iaitu penguasaan sesuatu pihak ke atas pihak yang lain. Elemen dominasi bukanlah suatu perkara baru, malahan sudah lama wujud dan bertapak. Ini kerana, pemikiran Barat adalah pusat dan paksi dunia. Kepercayaan itulah yang dijadikan justifikasi terhadap dominasi Barat ke atas rantau lain yang dianggap sebagai daerah pinggiran.Dominasi ini bukan sahaja melibatkan aspek tamadun, malahan aspek budaya, politik, ekonomi dan sebagainya.

Pemikiran Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi

|

Latar Belakang

Dr. Yusuf al-Qardawi merupakan seorang tokoh pemikiran Islam semasa dan ulama Islam yang amat disegani serta berfikiran luas dan terbuka. Hasil karyanya meliputi pelbagai bidang. Antaranya ialah bidang ekonomi, politik, perundangan, isu-isu semasa dan sebagainya. Ini menggambarkan bahawa beliau merupakan seorang ulama yang prolifik sifatnya.

Beliau dilahirkan pada 9 September 1926 M di sebuah perkampungan bernama Saft Turab, bahagian barat Mesir. Beliau berasal dari keluarga yang sederhana tetapi taat beragama. Beliau tidak berkesempatan mengenali ayahnya kerana belum sampai umurnya 2 tahun ayahnya telah meninggal dunia. Beliau kemudiannya dibesarkan oleh ibu kandung, nenek dan ibu saudaranya. Kemudian, ketika beliau berada pada tahun keempat Ibtida’iyyah ibunya pula meninggal dunia. Setelah itu beliau diasuh dan dibimbing oleh bapa saudaranya.

Sebelum mencapai umur sepuluh tahun, beliau telah menghafal keseluruhan al-Quran. Pada tahun 1953 M, beliau berjaya meraih ijazah pertama di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dengan keputusan cemerlang. Pada tahun 1954, beliau memperolehi ijazah Pendidikan Fakulti Bahasa Universiti al-Azhar.

Pada tahun 1958, beliau memperoleh Diploma Tinggi dalam bidang Bahasa & Sastera di Ma’ahad al-Buhuts wa al-Dirasat al-Arabiyyah. Pada tahun 1960, beliau memperoleh ijazah master (M.A.) Syu’bah ‘Ulul al-Quran & al-Sunnah Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar.

Beliau memperoleh ijazah Ph.D.nya pada tahun 1973 melalui kajiannya yang bertajuk “Zakat dan Kesannya Dalam Gelombang Kemiskinan” yang kemudian disempurnakan menjadi sebuah buku berjudul “Fiqh al-Zakat”, sebuah buku yang sangat komprehensif membahas persoalan zakat dengan ekonomi moden. Beliau lewat menyiapkan kajian Ph.D.nya kerana terpaksa meninggalkan Mesir akibat kekejaman pihak berkuasa ketika itu. Beliau terpaksa menuju ke Qatar pada tahun 1961 dan di sana beliau telah dilantik sebagai Dekan salah sebuah Koleh Agama. Pada masa yang sama, beliau juga mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi. Beliau mendapat kewarganegaraan Qatar dan menjadikan Doha sebagai tempat tinggalnya.

Pada tahun 1973, setelah menamatkan ijazah Ph.D.nya, beliau telah menubuhkan dua buah fakulti untuk putera dan puteri serta mengasaskan Jabatan Pengajian Islam di Qatar.

Pada tahun 1977, beliau mengasas serta mengetuai Fakulti Syariah dan Pengajian Islam Universiti Qatar. Pada tahun 1989, beliau menjadi pengetua yang bertanggungjawab mengasaskan Pusat Kajian al-Sunnah dan Sejarah Universiti Qatar.

Anugerah yang diperolehi:

  • Pada tahun 1991, beliau memperoleh Anugerah Bank Pembangunan Islam.
  • Pada tahun 1993, beliau memperoleh Anugerah al-Malik Faisal.
  • Pada tahun 1996, beliau memperoleh Anugerah Kecemerlangan Ilmu UIAM (Malaysia)
  • Pada tahun 1997, beliau memperoleh Anugerah Sultan Hasan Bolkiah, Brunei dalam bidang fiqh Islam.

Dr. Yusuf al-Qardawi telah melibatkan diri secara aktif dalam kerja-kerja dakwah Islamiyyah sejak dari muda lagi dan bergabung dengan gerakan Ikhwam al-Muslimin. Oleh sebab itu, beliau telah ditangkap dan dipenjara beberapa kali (pada zaman Raja Faroq dan ketika revolusi). Beliau dikenali sebagai ulama yang sangat produktif dan menghasilkan lebih daripada 50 buah buku, di samping terkenal sebagai pemidato yang handal dan mampu menambat hati dan perasaan para pendengar, seorang faqih yang teguh dan bersikap adil. Fatwa-fatwa dan pandangan-pandangannya tersebar di seluruh dunia, Barat dan Timur. Seorang ulama yang menguasai bidang-bidang ilmu keislaman dan menggabungkan antara disiplin ilmu ahli Kalam dan ahli Hadis, beliau juga dikenali sebagai sasterawan dan penyair di mana syair-syairnya dihafal generasi Islam di Barat dan Timur.

Hasil karya al-Qardawi mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di seluruh dunia Islam. Karya-karyanya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia. Mereka yang menulis mengenai beliau menyifatkannya sebagai seorang pemikir Islam yang ulung,mampu memadukan – secara berkesan – antara keteguhan syariat Islam dan tuntutan kehidupan manusia moden. Tulisan-tulisannya bercirikan ketelitian seorang faqih, kecemerlangan seorang sasterawan, ketajaman pandangan seorang mujaddid dan semangat seorang juru dakwah.

Beliau menjadi ahli dalam pelbagai institusi dan yayasan pendidikan dan dakwah di arena antarabangsa. Antara lain ialah Pusat Kajian Feqah, Rabitah al-‘Alam al-Islami di Mekah, Pusat Kajian Kebudayaan Islam Diraja, Jordan, Pusat Pengkajian Islam di Oxford, Dewan Pembimbing Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, Pertubuhan Dakwah Islamiah di Khourtum, Sudan dan Dewan Pengawas Syariah dalam pelbagai institusi kewangan Islam.

Di samping itu beliau juga dikenali sebagai seorang tokoh penyeru aliran “Keadilan Islam” (al-Wasatiyyah al-Islamiyyah) yang memadukan antara nilai-nilai murni dan pembaharuan; mengikat pemikiran dengan pergerakan, mengambil kira semua aspek feqah (fiqah al-Sunan, fiqah al-Maqasid, feqah al-Awlawiyyat) dan pertimbangan antara keteguhan ajaran Islam dan tuntutan perubahan zaman, berpegang teguh dengan nilai-nilai lama yang bermanfaat, menerima kehadiran perkara baru yang berguna, menjadikan masa lalu sebagai pengajaran, memberikan jalan keluar bagi permasalahan yang sedang dihadapi sekarang dan menyongsong kehadiran masa hadapan.

Salah satu bidang yang banyak disentuh oleh al-Qardawi dalam tulisan-tulisannya ialah mengenai ekonomi. Bagi al-Qardawi Islam amat menitik berat masalah ekonomi. Oleh itu, menurut beliau perbincangan tentang ekonomi Islam adalah panjang. Bagi kita, cukup dengan mengambil beberapa pemikiran utama dan kaedah yang menjadi tunggak pembinaan ekonomi di dalam masyarakat Islam.

LATIHAN MENEMBAK SENJATA BANTUAN..

|


Latihan ni di buat di lapang sasar Asahan Melaka taun lepas..rasanya lapang sasar yang terbesarla..sebab terdapat banyak sgt lapang sasar di sana.

NAFKAH WAJIB KE ATAS SUAMI..

|

Sambung..

Memang ada pasangan sebelum masuk dewan perbicaraan baik jer..tapi bila da masuk dalam berperang..huhuh..ade gak yg berperang sebelum masuk dewan ag..hmm..mcm2 ragam orang yer

Sambung bab nafkah hari tu…hmm mmg bab nafkah ni wajib ke atas suami. Kalau suami tak bagi nafkah, mmg pihak isteri ada hak untuk mohon cerai fasakh atau membubarkan perkahwinan tersebut di mahkamah

Kalau nak rujuk banyak kitab muktabar yang membicarakan hal ni..salah satunya dapat dilihat dalam kitab Sunan al-Matalib bin Syarki Raudi al-Matalib yg menjelaska

” bagi seorang isteri kepada seorang suami yang tidak mampu memberi nafkahnya dan dia mempunyai . hak fasakh atas perkahwinannya. Dan bahawa jika ia ( isteri ) memilih untuk bersabar ia boleh bersabar dan membelanjakan wang ringgitnya sendiri untuk dirinya dengan perkiraan perbelanjaan itu ditanggung oleh suaminya hingga suami itu terlepas dari kesusahan yang dihadapi. Dan sekiranya ia ( isteri ) memilih fasakh, maka ia berhak berbuat demikian”.

Secara umumnya berdasarkan perbahasan dalam kitab-kitab muktabar bab nafkahnya ni hanya dijelaskan berkenaan dengan nafkah makan minum, pakaian, tempat tinggal dan alat pembersihan diri jer yang wajib suami tanggung…tapi kerperluan lain secara prinsipnya terpulang kepada suami. Jika suami sanggup menanggungnya maka suami kena bayar, jika sebaliknya isteri sendirilah yang menanggungnya.

Kegagalan suami menanggung salah satu keperluan nafkah tersebut disifatkan suami telah cuai untuk beri nafkahnya..hmm..aku mcm mana pulak nanti? InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk tak abaikan tanggungjawab bila da bekerja nnt...Sabarla dulu..

PENATNYER..NGANTUK..

|

Semalam aku men badminton sampai kul 2 pagi..pastu pg kena bagun awal nak g praktikel lak.huhuhu..biasalayu..Hari ini da hari ke sepuluh aku praktikal di Mah. Syariah Kajang..mcm2 kes da aku baca dan dengar dalam dewan perbicaraan. Kes yang paling tip top ialah kes2 cerai..

huhuhu.. napela ramai sangat orang nak bercerai...nak kawin bukanla main susah. nak cerai sekejap jer.tak sampai pn 5 saat, hanya dengan beberapa perkataan jer "aku ceraikan kau". ringkas dan pendekkan lafaznya?? tapi kesan dan akibatnya teramat besar sekali. fikirla panjang-panjang yer bagi pasangan yang dah berkahwin..

kesan terutamanya kepada perempuanla..da dapat status baru..bagi lelaki rasenye tak de masalah sangat walaupun da dapat status len sebabnyer die takde hilang ape2, dara ker ape ker..tetap mcm tu jugak..so bagi isteri2 dan suami2 kat luar sana jagalah baik-baik hubungan anda. terutamanya pada isteri, kalau lah isteri ok..baik..jaga rumahtangga dengan baik, layan suami..tak kan tak semena-mena suami nak marah kan?..bgitu juga dengan suami. pakat2 jagala..tapi parahnya lagi bila ada anak..lagila kesian anak2 tu membesar tanpa kasih sayang secukupnya daripada mak dan ayahnya..nak pula si ayah yang tidak bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak..huhuhu

Ade juga perceraian yg bukan datang dari suami tapi penceraian yang difailkan oleh isteri..samada cerai fasakh dan cerai secara baik..mungkin mereka ( isteri-isteri ) ada sebab dan alasan yg tersendiri..itu adalah hak isteri..

Bagi para isteri-isteri yang sudah tiada jalan lain untuk menyelesaikan masalah konflik rumahtangga anda, anda mempunyai hak untuk mohon cerai fasakah..tapi ade syarat-syaratnya la..bukan mudah2..

Antara salah satu sebabnye bila suami dah cuai dan tak bagi nafkah dalam masa 3 bulan..jadi bila lebey 3 bulan tu blh la nak mohon cerai fasakh kat mana2 mahkamah syariah yang berdekatan..tapi dengan syarat kamu tak redhola si suami tadi tak bg nafkah..sbb nafkah wajib keatas suami..tapi bila kamu redho atau ada persetujuan atas sebab-sebab tertentu takpela..tak jadi masalah..

Tahu tak nafkah ni aper?? hmm..nafkah seperti yang dijelaskan oleh YA Hakim Bicara Tuan Hakim Abu Bakar bin Ahmad berdasarkan kes rosnani bt Abd. Ghani v Zulkifli :

nafkah ialah segala yang dibelanjakan, kata nafkah hanya boleh digunakan untuk kebajikan, sebab-sebab wajib nafkah ada tiga perkara iaitu disebabkan nikah, qarabah dan milik. Hak isteri dari suaminya itu ada tujuh :

1. makan
2. lauk
3. pakaian
4. kebersihan
5. pakaian
6. perkakas rumah tempat tinggal
7. khadam jika biasa berkhadam.

Kesimpulanya adalah wajib suami memberi nafkah kepada isteri atau di dalam tanggungan sepertimana di dalam syarah

hmm tapi...kebanyakkan alasan yg aku baca dan dengar dengan mate dan telinga aku sendiri di dalam dewan perbicaraan, alasanya tidak bersefahaman dll. Ade jugak alasan yang pelik2..hehehe tp ade juge yg kelakar. Nak tahu tak ape dia? alasan die cakap "suami saya suruh buat oral seks, saya tak mahu..saya geli" dll bermacam-macam lagi. Nak tahu kejela kat mahkamah. Sikit-sikit je blh cite..cite ni pun nak share untuk pengajaran..

Ade pasangan kat luar dewan baik jer sembang2..masuk je dewan..huhuhuhu
nnt sambung len..ader keje...

APAKAH HUKUM MELABUR DI INTERNE SEPERTI SwissCash Mutual Fund ?

|

Pelaburan yang menjamin keunungan secara tetap seperi yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar egara seperti SwissCash Mutual Fund dan lain-lain adalah haram kerana ia mengandungi unsure riba dan gharar. Oleh itu, Umat Islam dilarang terlibat dengan pelaburan seumpama ini kerana banyak alternatif lain berdasarkan Islam yang boleh disertai oleh umat Islam.

Sumber : Majalah At-taqwa – Jabatan Mufi Negeri Selangor.

GURU…

|

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun Negara akan menyambut perayaan Hari Guru bagi menghargai jasa serta kesungguhan guru yang telah memerah keringat berjuang membentuk generasi yang berilmu

“ Meminjam kata-kata sasterawan dan seniman agung Usman Awang dalam karyanya:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang raja menaiki tahta,

Jika hari ini presiden sebuah Negara,

Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam yang manang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa saja yang menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa."

( Usman Awang – 1979 )

Betapa hebat serta mulia tugas dan tanggungjawab seorang guru yang mampu membentuk perwatakan serta keperibadian seorang itu

Sekiranya disingkap sejarah perjuangan kemerdekaan serta pergerakan perjuangan bangsa juga bermula daripada golongan pendidik

Kegigihan golongan guru sebelum merdeka dengan perjuangan selepas merdeka untuk membentuk sebuah Negara bangsa yagn Berjaya serta dikagumi dunia cukup hebat. Mereka sanggup bertugas ke mana sahaja dan peranan mereka cukup besar dalam masyarakat pada ketika itu

Tugas yang mulia ini bukanlah suatu perkara yang mudah, hanya mereka yang benar-benar cinta dan minat yang mendalam sahaja yang akan mampu melaksanakannya dengan sempurna serta mampu menjana kecemerlangan

Selamat hari guru…jasa kalian semua tetap akan dikenang oleh masyarakat

PANDUAN MENGHADAPI TEMUDUGA

|

Setelah puas mencari kerja yagn sesuai dan menunggu selama berbulan-bulan, akhirnya anda dipanggil menghadiri temuduga. Inilah masanya anda berdepan dengan bakal majikan dan “ menjual “ segala pengalaman, kemahiran, semangat dan kesungguhan yang ada pada diri anda.

Masalahnya, anda hanya mempunyai 15 atau 20 minit untuk meyakinkan majikan tanpa mengetahui apa sebenarya yang mereka mahukan daripada anda.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat untuk membantu anda mengharungi temuduga dega yakin. Semoga Berjaya!

Kajian – lakukan edikit kajian latar belakang syarikat ( lokasi, laman web, jenis industri, perkhidmatan ditawarkan ) waktu bekerja, bidang tugas.

Berlatih – dengar bantuan untuk berlatih dirumah dengan kuat untuk meningkatkan keyakinan diri, perbaiki percakapan supaya lebih jelas, tepat dan tidak gementar semasa temuduga sebenar.

Berpakaian kemas – tanggapan pertama majikan terhadap anda adalah sangat penting. Jika temuduga anda untuk kerja pejabat, pilihan terbaik adalah memakai su konservatif berwarna gelap ( lelaki dan wanita ). Jika kod pakaianya lebih kasual ( kilang atau tapak pembinaan ) pakai sepasang seluar slek dan kemeja berkolar. Elak barang kemas terlalu sarat dan minyak wagi yang kuat atau pakaian ranggi.

Etiket temuduga – beberapa aspek penting yagn perlu diingati adalah ketepatan waktu, gerak geri ( jangan terlalu keras dan gementar ), jangan duduk membongkok ( memberi gambaran adnda seorang pemalas atau tidak berminat dengan jawatan ditawarkan). Kekalkan intraksi mata dengan penemuduga, bercakap dengan sopan, elak slangan atau kata-kata kasar.

Bertanya soalan – jangan cuba mengambil alih tugas sebagai penemuduga, sebaliknya gunakan kajian anda tadi untuk bertanya beberapa soalan tambahan mengenai perniagaan, jawatan, ciri kelayakan dan apa diharapakn daripada calon yang mengisi posisi iu kelak.

Ucapan terima kasih – pasikan anda meluahkan penghargaan kepada pihak majikan kerana memberi anda peluang ditemuduga.

Kesimpulanya, anda perlu ingat tiga perkara pening sebelum menghadiri temuduga yang bakal mencorakkan kerjaya masa depan anda iaitu : bersedia, professional, dan bersopan untuk memberi tanggapan yagn tepat mengenai potensi diri anda.


UTUSAN MALAYSIA - 15 MEI 2009

MENGEMASKINI RESUME DAN PERSEDIAAN TEMUDUGA

|

Resume merupakan dokumen penting yang memperomsikan pengalaman, pendidikan, kemahiran dan kejayaan anda kepada calon majikan.

Malah resume yang dikarang dengan baik dan lengkap mampu mencerahkan peluang anda untuk maju selangkah lagi dalam usaha pencarian kerja impian.

Elemen asas yang perlu disertakan dalam resume adalah :

Kepala - ( heading ) - nama, alamat penuh (terkini), nombor talifon dan email.

Objekif – memberi tumpuan kepada resume anda dengan meletakkan jawatan yang anda ingin kan, samada katagri pelatih, sementara atau sepenuh masa. Ia juga menunjukan kecenderungan dan sasaran kerjaya peribadi anda.

Pendidikan – mulakan dengan kelayakan akademik terkini termasuk nama kolej atau universiti atau ijzah, bidang pengkhususan tarikh tamat pegajian dan CGPA.

Kerja khusus berkaitan – khursus pra atau pasca ijazah, kertas kajia, seminar dan projek berkaitan jenis kerjaya yang dicari.

Pengalaman – gunakan frasa pendik ( bukan ayat) untuk menekankan perngalaman bekerja dan kemahiran diguakan secara dinamik. Sertakan pengalaman ermasuk sebagai pelatih, guru semnetara, kerja klinikal, sukarelawan dan prijek kajian.

Lain-lain katagori – sijil, anugerah, penghargaan kemahitan berbahasa tahap leterasi computer, akiviti luar kekuatan peribadi, kemhiran teknikal, keahlian profesom, penerbitan.

Rujukan – jangan senaraikan nama rujukan secara individu pada resume anda. Buat senarai rujukan di mukan surat baru, sebelum itu dapatkan kebenaran daripada individu terbabi untuk menggunakan mereka sebagai rujukan anda.

SELAWAT NABI

|



SYARIAH 2006 UDM-KUSZA

|

kaedah berkesan tangani histeria

|


Laungkan azan kaedah berkesan tangani histeria

SEORANG pelajar histeria cuba ditenangkan rakan sekelasnya. - Gambar hiasan.

HISTERIA atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kerasukan sesuatu yang benar-benar wujud. Sebagai contoh, Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 275 bermaksud: "Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama saja seperti riba". Padahal Allah sudah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang sudah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang sudah diambilnya dulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkara itu terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi (perbuatan mengambil riba), maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."

Dirasuk ditafsirkan oleh ulama, contohnya Ibn Kathir dalam tafsir al-Quran al-Azim bahawa pemakan riba tidak dapat berdiri dengan betul pada hari kiamat. Mereka akan berjalan terhuyung-hayang seperti orang kerasukan.

Sebagai keterangan lanjut yang berkaitan, dalam hadis sahih riwayat al-Hakim daripada Kharijah As-Shalt daripada Alaqah Sahar, dia berkata: "Pada zaman Nabi dulu, penduduk sebuah kampung pernah meminta tolong kepadaku mengubati seorang yang selalu ditimpa penyakit gila dan kerasukan di kalangan mereka. Orang lelaki ini diikat bagi mengelakkan dia menyusahkan orang lain.

"Alaqah akhirnya membacakan al-Fatihah untuk orang yang ditimpa musibah itu setiap hari, pagi dan petang selama tiga hari berturut-turut sehingga dia sembuh dan dilepaskan daripada gangguan syaitan itu."

Merujuk bukti al-Quran dan hadis yang sangat banyak, ulama ahli Sunnah bersepakat mengatakan kerasukan syaitan benar-benar wujud. Ia satu bentuk penguasaan syaitan ke atas manusia di samping cara mempengaruhi yang lain.

Allah SWT menjelaskan dalam surah al-Mujadalah ayat 19 bermaksud: "Syaitan sudah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah."

Matlamat terakhir gangguan syaitan seperti digambarkan dalam surah al-A'raf ayat ke-17 bermaksud: "Kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."

Bagi mengatasi masalah gangguan itu, cara paling berkesan terutama apabila berlaku kepada ramai, seseorang melaungkan azan. Nabi SAW menyatakan dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim: "Apabila azan dilaungkan, syaitan bertempiaran lari sambil membunyikan kentutnya kerana tidak mahu mendengar suara azan"

Dalam hadis lain, rawatan yang sangat berkesan ialah membaca surah al-Fatihah, ayat Kursi, dua ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Cara dicadangkan menurut hadis riwayat Abu Daud ialah membuat tiupan kepada pesakit dan mengulangi bacaan itu tiga kali atau lebih.

Bagi mengelak ditimpa gangguan syaitan yang pelbagai, kita perlu sentiasa zikir dan wirid sekurang-kurangnya selepas solat, sentiasa membaca al-Quran dan mengamalkan doa pilihan.

Sebagai contoh pembaca boleh merujuk kitab zikir nabi karangan al-Imam an-Nawawi yang sangat padat dengan amalan dan petua yang dianjurkan Baginda SAW. Nabi juga pernah mengalami gangguan syaitan akibat disihir oleh Yahudi Labid al-A'sam, tetapi Baginda diselamatkan Allah dengan amalan membaca al-Falaq dan an-Nas

Sebagai wasiat yang penting daripada Nabi SAW seperti yang diriwayatkan al-Imam al-Bukhari dan Muslim, Baginda bersabda

"Apabila kegelapan malam tiba, iaitu waktu petang, tahan anakmu, sesungguhnya syaitan bertebaran pada waktu itu. Apabila malam mula berlalu, maka lepas mereka, tetapi tutup pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup, tutup makanan dan minuman serta sebut nama Allah SWT, sekalipun dengan meletakkan sesuatu di atasnya."

INFO: Elak gangguan syaitan:

  • Membaca surah al-Fatihah, ayat Kursi, dua ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas
  • Membuat tiupan kepada pesakit dan mengulangi bacaan di atas sebanyak tiga kali atau lebih
  • Zikir dan wirid sekurang-kurangnya selepas solat, sentiasa membaca al-Quran dan mengamalkan doa pilihan
  • Larang anak keluar ketika Maghrib dan tutup pintu rumah kerana syaitan bertebaran pada waktu itu
#BH 17/5/09

TELUR MENYIHATKAN

|

BAIK ATAU BURUK PENGAMBILAN TELUR.


BAIK PUN ADE BURUK PUN ADER

BENARKAH pengambilan telur boleh mendatangkan komplikasi kesihatan kepada anda dan pengambilan suplemen dapat memberikan perlindungan daripada penyakit??

TIDAK lama dahulu pengambilan telur dianggap diet yang negatif. Hakikatnya telur tidaklah semudarat yang disangka.

Telur tidak digemari kerana kandungan kolesterol di bahagian yang berwarna kuning. Kolesterol mudah terkumpul di dalam salur darah sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung dan strok

Namun pada hari ini mengambil telur bukanlah punca utama yang meningkatkan kolesterol dalam darah. Sebaliknya lemak tepu di dalam mentega dan lemak haiwan yang lain akan memberi kesan yang lebih teruk

Jika anda sihat dan mengamalkan diet yang seimbang, kehadiran kolesterol di dalam makanan yang diambil seperti telur, tidak perlu dirisaukan

Menurut Profesor Mark Wahlqvist dari Universiti Monash, dan Barbara Eden dari Yayasan Jantung Australia, biarpun telur mengandungi lemak, jumlahnya hanyalah sekitar lima gram, dan lebih daripada separuh jumlah itu adalah lemak tidak tepu, iaitu lemak baik yang membantu mengurangkan kesan arteri tersumbat akibat kolesterol

Mesej yang cuba disampaikan di sini ialah telur tidak membahayakan diri anda, sebaliknya ia didatangkan dengan protein, vitamin dan antioksida. Telur sebenarnya merupakan sumber vitamin D yang jarang ditemui

Jika anda menghidap sakit jantung atau berisiko tinggi untuk menghidapinya kerana tekanan darah tinggi atau faktor lain, anda mungkin perlu mengehadkan pengambilan telur dalam menu harian anda

Namun bagi kebanyakan orang yang sihat, pengambilan empat biji telur dalam sehari bukan sahaja baik tetapi amat disarankan

BURUK - VITAMIN MEMBUNUH

FAKTA yang tidak dapat disangkal: kita pengamal suplemen. Tidak ada bukti yang mengatakan ia banyak membantu, tetapi kenyataan itu tidak menghalang kita daripada terus mengambilnya

Apa yang kita beli sebenarnya bukanlah perlindungan daripada penyakit, tetapi kesejahteraan hidup - ilusi bahawa kita sedang berusaha mengekalkan kesihatan tubuh, dan ia dapat melegakan perasaan kita

Pakar kesihatan sedar ia hanyalah satu penipuan, tetapi mereka mendiamkannya kerana bahan-bahan itu tidak memudaratkan. Tambahan pula, itu adalah pilihan pengguna

Bagaimanapun, kajian ke atas vitamin oleh pengkaji Denmark dan diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika bakal mengejutkan dunia

Mereka lebih terarah kepada ujian klinikal yang melibatkan vitamin antioksida yang lazim seperti beta karotena, vitamin A, vitamin C (asid askorbik), vitamin E, dan selenium

Kajian ini membandingkan kumpulan konsumer yang mengambil vitamin secara tunggal atau kombinasi, dengan kumpulan yang hampir sama yang mengambil plasebo atau tidak mengamalkan apa-apa.

Kajian itu menemukan terdapat peningkatan risiko kematian yang signifikan di kalangan mereka yang mengambil vitamin, sama ada secara tunggal atau kombinasi

Vitamin A meningkatkan risiko kematian sehingga 16 peratus. Vitamin E pula sebanyak empat peratus dan beta karotena kepada tujuh peratus. Selenium dan vitamin C tidak menunjukkan peningkatan risiko

Antioksida menyerap radikal bebas. Bagaimanapun pengkaji mencadangkan penyingkiran radikal bebas boleh mengganggu proses sel penting yang lain seperti apoptosis iaitu proses penuaan dan pemusnahan kendiri sel yang dapat mengelakkan pembentukan sel kanser, atau fagositosis iaitu proses sel darah putih menelan bakteria

Vitamin yang larut lemak, termasuk A, D, E dan K, jika diambil dalam kuantiti yang banyak untuk tempoh yang lama, boleh terkumpul di dalam hati dan membentuk toksik

KOSMO 21/6/08

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB