.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Tadabur al-Quran

|

Stok tadabur al-Quran 30 juzu' setiap hari bersama Ustaz Nouman Ali Khan.

1 hari satu juzu' dan satu video.

Bulan Ramadhan, bulan memahat hati dengan al-Quran. Jom warming up!

Juz 1: https://www.youtube.com/watch?v=pt9fUcL8njY
Juz 2: https://www.youtube.com/watch?v=gWZDVYom3RE
Juz 3: https://www.youtube.com/watch?v=wFsYnwI6zEA
Juz 4: https://www.youtube.com/watch?v=h2kwFI7bKi0
Juz 5: https://www.youtube.com/watch?v=9C6QyjX53cg
Juz 6: https://www.youtube.com/watch?v=KVh-W6CjIOc
Juz 7: https://www.youtube.com/watch?v=tXsMMj7m9tQ
Juz 8: https://www.youtube.com/watch?v=6NFo35g7zo8
Juz 9: https://www.youtube.com/watch?v=2i80milYJAc
Juz 10: https://www.youtube.com/watch?v=RlKDxmw466Y
Juz 11: https://www.youtube.com/watch?v=Btsvfuu2eE4
Juz 12: https://www.youtube.com/watch?v=K1uQ1l4LQFE
Juz 13: https://www.youtube.com/watch?v=eThSNtJe7SY
Juz 14: https://www.youtube.com/watch?v=Vvn2WCO_zPg
Juz 15: https://www.youtube.com/watch?v=3xOK85qRQ_o
Juz 16: https://www.youtube.com/watch?v=WAwI1MvBViE
Juz 17: https://www.youtube.com/watch?v=x9nMCACgvqk
Juz 18: https://www.youtube.com/watch?v=y5YpDilwN04
Juz 19: https://www.youtube.com/watch?v=T_DMb8o32c8
Juz 20: https://www.youtube.com/watch?v=DzSDr5xiGIE
Juz 21: https://www.youtube.com/watch?v=0qAhT7MV0Fg
Juz 22: https://www.youtube.com/watch?v=bFUACCm25ok
Juz 23: https://www.youtube.com/watch?v=PKFc1o8Yvzk
Juz 24:https://www.youtube.com/watch?v=R6XHHcbcitI
Juz 25: https://www.youtube.com/watch?v=iLvV_1JT2Ik
Juz 26: https://www.youtube.com/watch?v=v_zrDh9Ny8g
Juz 27: https://www.youtube.com/watch?v=kvUU1g4i2bk
Juz 28: https://www.youtube.com/watch?v=xJRf_4tojx4
Juz 29: https://www.youtube.com/watch?v=Ugx4MZK3EGQ
Juz 30: https://www.youtube.com/watch?v=9JL09VjJQWE

KUTIPLAH SETIAP YG BERMANFAAT

|

KUTIPLAH SETIAP YANG BERMANFAAT

SEBATANG POKOK DAPAT MEMBUAT JUTAAN BATANG MANCIS,

TAPI SATU BATANG MANCIS JUGA MEMBAKAR JUTAAN POKOK.

JADI, SATU FIKIRAN NEGATIF DAPAT MEMBAKAR SEMUA FIKIRAN POSITIF.

MANCIS MEMPUNYAI KEPALA, TETAPI TIADA OTAK,

OLEH ITU SETIAP KALI ADA GESEKAN KECIL, SANG MANCIS
TERUS TERBAKAR.

KITA PULA MEMPUNYAI KEPALA, DAN JUGA OTAK,

KITA TIDAK PERLU MUDAH TERBAKAR MARAH HANYA KERANA GESEKAN
KECIL.

KETIKA BURUNG HIDUP, IA MAKAN ULAT,

KETIKA BURUNG MATI,
ULAT MAKAN BURUNG.

WAKTU TERUS BERPUTAR.
KITARAN KEHIDUPAN TERUS BERLAKU.

JANGAN MERENDAHKAN
SESIAPAPUN DALAM HIDUP,
BUKAN KERANA SIAPA MEREKA, TETAPI
KERANA SIAPA DIRI KITA.

KITA MUNGKIN BERKUASA TAPI ALLAH LEBIH BERKUASA DARIPADA
KITA.

WAKTU KITA SEDANG BERJAYA, KITA RASA RAMAI TEMAN
DI SEKELILING KITA.

WAKTU KITA SUSAH, BARU KITA KENAL SIAPA SAHABAT KITA.

DAN WAKTU KITA SAKIT, BARU KITA TAHU BAHAWA NIKMAT SIHAT ITU SANGAT BERNILAI, JAUH MELEBIHI HARTA.

KETIKA KITA TUA, KITA BARU TAHU BAHAWA MASIH BANYAK YANG
BELUM KITA KERJAKAN.

DAN, SETELAH DI AMBANG AJAL, KITA BARU
TAHU BEGITU BANYAK WAKTU YANG TERBUANG SIA-SIA.

HIDUP TIDAKLAH LAMA,
SUDAH SAATNYA KITA BERSAMA-SAMA
MEMBUAT HIDUP LEBIH BERHARGA.

SALING MENGHARGAI, SALING MEMBANTU DAN MEMBERI,
JUGA SALING MENYOKONG.
JADILAH TEMAN PERJALANAN HIDUP YG TANPA BANYAK SOAL DAN
SYARAT.

BELIEVE IN "CAUSE AND EFFECT"
APA YANG DITABUR,
ITULAH YANG AKAN KITA TUAI .

SAMA2 MERENUNG SIAPA KITA DI HARI INI DAN JGN
BIARKAN MASA BERLALU TANPA SEBARANG AMAL SOLEH & KEBAIKAN. APATAH LAGI HARI2 YG BERLALU PENUH DENGAN DOSA DAN KEJAHATAN SERTA KEDENGKIAN PADA
ORANG LAIN.

SELAMAT BERAMAL...

MATI ITU PASTI...

SYURGA ITU PASTI ..

NERAKA ITU PASTI...

NIKMAT DAN AZAB ITU PASTI...

DAN INGAT... KITA SEDANG MENITI SAATNYA...

USAH DISIAKAN WAKTU YANG ADA...

Allah MAHA mengetahui

|

Sedikit tazkirah ye kwn2..
Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati yang membacanya..
Tazkirah..
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
-------------
Pinjam 1 minit, baca ayat ni 
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"
.... sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W .... p/s: silakan share kepada saudara se-islam kita...

Aqidah bola

|

 AQIDAH BOLA ⚽

 Kalau menang bola,
Cuti seluruh negara,
Menang musabaqah,
 Senyap je,

⚽ Kalau menang bola,
 Sambut di merata-rata,
 Menang musabaqah,
Tak cakap apa-apa,

⚽ Kalau menang bola,
 Hadiah berjuta-juta,
 Kalau menang musabaqah,
Kadar kenduri kesyukuran je,

 Kalau menang bola,
 Berita tajuk utama,
 Kalau menang musabaqah,
 Berita ringkas je,

Kalau jurulatih bola,
Gaji berjuta-juta,
 Kalau musabaqah,
200 je,

⚽ Kalau pasal bola,
Berbicara dimana-mana,
Kalau pasal musabaqah,
Setakat di masjid je,

⚽ Kalau pasal bola,
⏰ Sanggup bangun pukul tiga,
 Kalau musabaqah,
 Bas free pun tak nak pergi juga,

Kalau pasal bola,
Sehari semalam pun pergi juga,
Kalau musabaqah,
Tak rase glamour ape-ape,

Kalau pasal bola,
Sampai brazil pun pergi jua,
Kalau musabaqah,
Dalam rumah pun tv ditutup juga,

⚽ Kalau pasal bola,
Tak pandai pun cakap bukan main terer,
Kalau musabaqah,
Tak ulas ape-ape,

Kalau pasal bola, Sultan dan MB mesti turun padang,
Kalau musabaqah,
Wakil ke Mufti je,

Kalau bab bola,
Umur 80 dan 90 pun cergas je,

Kalau bab masjid,
Setahun sekali dua je,
Itupun kerana diminta merasmikan saje,

Kalau baca quran pun suruh orang lepas mati je,
Masa hidup puja lagu artis je,

Kalau baca quran, asyik al fatehah dan yasin je,
Kalau lagu semua album hafal belaka,

Kalaulh begini keadaannya, macam mana agama nak trbela.

Masuk syurga, setakat angan-angan je. Lepas masuk kubur pun, suruh orang je buatkan ibadat utk kita.


Macamlah agama ni boleh upah orang buat!!
Hmmmm....Bola Bola  ⚽

Pujian

|

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 9A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai  saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan

Puasa sudut kesihatan

|

Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Tajuk ' Ramadhan Pesta. Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah '

-Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bln Ramadhan adlh pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat
- Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adlh pesta makanan
-Ramadhan adlh bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas bes
ar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawik solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi
, mariami

Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr 8 jam

Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ra[truncated by WhatsApp]

SUAMI TERTEKAN...

|

Sayangi suami anda. Sedih saya baca kisah ini
Release tension sikit

Kisah Suami Yang Tertekan

ISTERI: Kenapa abang call?

SUAMI: Abang tertekan.

ISTERI: Abang ok?? Abang ada
masalah apa? Citer la kat saya...

SUAMI: ??? Saya tertekan jer...
Mana ada masalah apa-apa...

ISTERI: Kalau abang ada masalah
cerita laa....

SUAMI: Masalah apa nye... Abang
ok jer... Abang cuma tertekan
jer...

ISTERI: Ye la... Kalau abang
tertekan.. abang kena cerita kat
saya...

SUAMI: Adoii… Tertekan pun kena
cerita ke? Masa keluarkan telefon
dari poket, abang tertekan nombor
telefon sayang, abang dah cakap
‘TERTEKAN’ tapi awak tak faham-
faham…

ISTERI:

Link

|

CADBURY - MELAYU ISLAM MASUK PERANGKAP

|

Benar @ tidak kenyataan ini??? Hanya Allah yg maha mengetahui:

Sekadar sharing utk sama2 direnungkan....

CADBURY - MELAYU ISLAM MASUK PERANGKAP

Kemelut coklat cadbury bermula apabila tersebar foto 2 dokumen makmal kementerian kesihatan yang mengesahkan 2 produk coklat cadbury iaitu coklat kacang hazel batch pengeluaran 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat kacang almond batch pengeluaran 221013N01RI1 bertarikh luput 15 Jan 2015 di katakan mengandungi lemak porcine iaitu lemak babi.

Ianya kemudian disahkan oleh ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut mengesahkan 3 sampel telah di uji KKM dan sampel ke 3 coklat cadbury tanpa kacang bebas dari porcine.

Persoalan yang timbul ialah :

- Kalau betul cadbury menggunakan lemak porcine dalam sebatian coklatnya sebagai pengawet kenapa sampel ke 3 iaitu coklat tanpa kacang di kesan tiada mengandungi porcine?. Adakah porcine tersebut datang dari kacang hazel dan almond? Sudah tentu tidak, kerana porcine adalah salah satu sebatian dalam coklat.

Disinilah dapat di lihat agenda tersirat di sebalik kemelut cadbury ini.

Mungkinkah ada pihak2 tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut di hasilkan.

Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah syarikat milik Melayu di mana pemegang2 saham terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Felda. Ianya juga di uruskan oleh ramai pekerja2 melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah ke pengeluaran.

Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam menyerang produk keluaran bangsa mereka sendiri. Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap dalam permainan ini. Kedua dua NGO ini yang sebelum in begitu lantang mengajak kita memboikot produk kaum Cina kini menyerang syarikat milik Bumiputra. Setelah berjaya melaga2kan Melayu di pentas politik kita fasa seterusnya i
alah melaga2kan kita di pentas ekonomi pula.

Dan nampaknya seperti sebelum ini misi mereka berjaya. Kita
terus bertelagah sesama kita saling tunding menunding. Retak yang tiada siapa peduli kini menanti masa bila2 sahaja akan terbelah.

Benarlah pesanan nenek moyang kita dahulu :
" Menang sorak kampung tergadai"

Mcm kes roti gardenia dulu le....kes timbul bila syed bukhari amik alih.semua terpedaya.senang je nk perangkap org melayu ni.main isu agama cukup.

Cerita copy paste..

|

nak kongsi [Kisah Benar]
Jenazah Mufti Tersemadi Di Perkuburan Kristian ! | Ini adalah suatu kisah benar berdasarkan apa yang diceritakan oleh seorang sahabat saya. Ketika saya mendengar cerita itu, bulu roma saya meremang ketakutan. Saya bimbang mengenai tahap iman saya. Adakah ia sempurna atau sebaliknya. Diharapkan kisah jenazah Mufti tersemadi Kristian ini memberi kita ruang dan peluang untuk membaiki diri.

Jenazah Mufti Tersemadi Di Perkuburan Kristian !

Kisah ini terjadi di India. Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama juga, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian.
Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti!
Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan orang lain. Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Kristian tadi. Pelik bin ajaib!
Orang ramai semakin bingung. Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka bertanya kepada waris si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan dan mufti itu ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak jadikan pengajaran terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu.
Ibu bapa kepada jenazah perempuan Kristian itu memberitahu, ”Ketika anak kami hidup, dia ada berhasrat untuk memeluk agama Islam tetapi kami menghalangnya. Kami sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia meninggal dunia. Adakah masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara senyap-senyap.”
Isteri kepada mufti itu pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang seorang yang bany
ak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah agama. Ramai orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat tahajjud.”
Mereka yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada sifat mufti itu. Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat. Tapi, mengapa Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian. Sehinggalah, si isteri meneruskan ceritanya.
”… Cuma, saya kadang-kadang saya terdengar suami saya merungut sesuatu. Sewaktu dia bangun untuk solat malam, dia berkata, ’Susahnya jadi orang Islam. Kena solat, kena buat itu … kena buat ini … . Jadi orang agama lain kan senang? Tak perlu nak susah-susah buat semua tu’.”
Kadang-kadang, kita tak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sebab itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal mengapa Allah melarang kita berbuat itu dan berbuat ini. Kadang-kadang, dengan niat yang salah pun Allah murka!
Kita juga tidak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan ’senyuman’ Allah. Sebab itulah, kita mesti berusaha untuk melakukan segala kebaikan dan jangan banyak soal mengapa Allah perintahkan kita berbuat itu dan berbuat ini. Dengan niat yang baik pun, Allah suka!
Berhati-hatilah tatkala anda memberi pendapat mengenai sesuatu pelaksanaan hukum-hukum Allah. Tidak takutkah anda dimurkai Allah? Siapa kita untuk mempertikaikan perintah Allah?
************************************************
p/s: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsilah bersama-sama rakan-rakan yang lain 

Sifat Tawaduk

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Rabu, 6 S'ban 1435H)
Apakah Itu Tawaduk?

Tawaduk adalah sikap merendah diri yang bersumber rasa memiliki kekuatan, kemuliaan, penghormatan pada orang lain, dan bukannya rendah diri yang bersumber dari rasa memiliki kekurangan, kelemahan, kehinaan, dan keperluan kepada orang lain (inferiority complex). Sikap ini adalah sifat yang mulia warisan nabi-nabi, rasul-rasul, sahabat dan tabiin sejak zaman dahulu kala.

PENCERAHAN :
Keadaan-keadaan yang menunjukkan bahawa seseorang itu memiliki sifat tawaduk antaranya ialah ;
1. Menerima dengan redha apa sahaja ketetapan dan takdir Allah SWT kepada dirinya.
2. Bersangka baik dengan Allah SWT dengan menganggap bahawa sesuatu ketentuan itu pasti ada kebaikannya.
3. Mentaati perintah dan hukum Allah SWT tanpa mempersoal. Contoh mengenai kewajipan menutup aurat, poligami atau seperti hukum hudud, qisas, takzir
4. Mengerjakan amal fardhu dan sunat dengan merendah diri dan mengharap amalan itu diterima oleh Allah SWT.
5. Mengaitkan setiap pujian yang diberikan kepada Allah SWT dengan mengucapkan syukur kepada Allah.
6. Mendahulukan suruhan Allah SWT dari hal-hal keduniaan dan kepentingan diri sendiri.
7. Memuliakan Rasulullah SAW dan sunnah baginda SAW (surah, sirah, sarirah) dengan mengamalkannya.
8. Tidak bersikap sombong kepada golongan yang lebih lemah atau rendah dari kita.
9. Bercampur gaul dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira tahap dan kedudukan mereka.
10. Tidak menunjuk-nunjuk ketinggian ilmu dan kemahiran kepada orang ramai atau di media sosial.
11. Tidak berbahas-bahas tentang perbezaan pandangan kumpulan masing-masing seolah-olah tidak ada jalan tengah ataupun menganggap golongan lain tetap salah.
12. Menghormati guru yang menyampaikan ilmu walaupun mempunyai pandangan yang berbeza.
13. Menerima teguran dengan hati yang terbuka walaupun yang menegur adalah orang yang lebih rendah statusnya.
14. Sanggup menerima pertolongan dan bantuan dari seorang s
ekalipun dianggap musuh/ tidak digemari.
15. Menerima kenyataan bahawa seorang yang lain lebih baik dari dirinya.
16. Mengaku kesalahan diri dan meminta maaf. Tidak menganggap bahawa memberi maaf itu petanda kalah atau kelemahan diri.
17. Bermuzakarah secara profesional dan tidak menyerang peribadi lawan untuk menjatuhkannya.
18. Memuliakan orang alim dan mendahulukan mereka dalam setiap perkara.
19. Tidak memperlihatkan harta kekayaan yang dimiliki dengan tujuan menandingi orang lain.
20. Tidak berbangga-bangga dengan kecintaan seseorang terhadap dirinya.
21. Tidak taksub dengan pendapat kumpulan sendiri sehingga menutup pintu muzakarah atau menyebabkan orang lain tidak berani menegur kesalahan kita.
22. Tidak mencari alasan untuk menghalalkan apa-apa kesalahan yang telah dilakukan dengan mengemukakan pendapat pihak-pihak lain yang menyokong.

HIKMAH BERSIFAT TAWADUK ;
1. Mendapat keredaan dan rahmat dari Allah SWT di dunia dan diakhirat.
2. Ilmu yang dipelajari dari mana-mana guru mudah masuk meresap ke dalam hati.
3. Menggalakkan pengamalan dari ilmu yang diperolehi dan bukannya sekadar bahan untuk perbahasan bagi menunjukkan kelancaran lidah dan ketinggian ilmu.
4. Membuka jalan untuk melihat kesilapan diri sekaligus dapat memperbaiki dan memajukan diri.
6. Disenangi ramai orang ramai.
7. Dihormati teman dan musuh.
8. Dijauhi dari sifat bongkak dan sombong.
9. Rezeki dari sumber yang suci dan tiada unsur haram.
10. Mendapat darjat ibadah yang tinggi di sisi Allah.

CARA UNTUK MENDAPATKAN SIFAT TAWADUK;
1. Tidak taksub dengan pendapat kumpulan sendiri.
2. Memandang kebaikan orang lain walaupun kelemahan orang itu terlampau banyak berbanding kebaikannya.
3. Melihat kelemahan diri sendiri walaupun mempunyai pelbagai kelebihan yang diiktiraf ramai orang.
4. Menjadikan kritikan musuh sebagai cermin untuk melihat kelemahan diri sendiri.
5. Memahami bahawa sesuatu kejayaan tidak akan kita perolehi tanpa izin dari Allah SWT.
6. Membiasakan diri mengaitkan sesuatu kebaikan yang kita perolehi dengan kekuasaan dan ke
izinan dari Allah SWT dan bukannya asbab usaha diri kita sendiri.
5. Berkawan dengan orang yang lemah/kekurangan berbanding diri kita untuk menimbulkan rasa syukur (bukan untuk membangga diri) dan memuliakan mereka.
6. Mengamalkan sunnah dengan hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan harta yang ada.
7. Mengurangkan perhiasan dan kemasan di dalam rumah kerana dikuatiri menimbulkan rasa bangga diri dan lalai.
8. Merujuk sesuatu permasalahan kepada orang yang lebih berpengalaman sebelum mengambil keputusan.
9. Mengambilkira pandangan staf atau rakan sepejabat sebelum sesuatu keputusan diambil ditempat kerja.
10. Menghormati hak jiran tetangga dan elakkan kelakuan yang menyakiti hati mereka.
11. Elakkan membiasakan diri dengan helah bela diri (defend mechanism).
12. Sentiasa beranggapan bahawa seseorang yang kelihatan jahil dan lalai itu berpotensi untuk menjadi lebih baik dari dirinya.
13. Tidak menghina orang lain atas kejahilan dan kelemahan mereka.
14. Memenuhi undangan walaupun si pengundang menjemput anda atas perantaraan orang lain dan redha dengan apa sahaja makanan yang dihidangkan.
15. Membiasakan diri melakukan setiap pekerjaan sendiri atau membantu pembantu rumah sekiranya mereka letih.

KESIMPULAN :
"Barangsiapa yang bersikap tawaduk karena mencari ridha Allah, maka Allah akan meninggikan darjatnya. Ia menganggap dirinya tiada berharga, namun dalam pandangan orang lain ia sangat terhormat. Barangsiapa yang menyombongkan diri maka Allah akan menghinakannya. Ia mengaggap dirinya terhormat, padahal dalam pandangan orang lain ia sangat hina, bahkan lebih hina daripada anjing dan babi"
(HR : Al-Baihaqi)

Seseorang belum dikatakan tawaduk kecuali jika telah melenyapkan kesombongan yang ada dalam dirinya. Semakin kecil sifat kesombongan dalam diri seseorang, semakin sempurnalah ketawadukannya dan begitu juga sebaliknya. Wallahu a'lam - Khusyuk dan tawaduk, bukan tunduk dan mengantuk. Ukay's.

JANGAN TERTIPU

|

Sahabat2ku:
Jangan tertipu
dengan usia MUDA
karena syarat Mati
TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SEHAT
karena syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT

Jangan terperdaya dengan
Harta Kekayaaan
Sebab
Si kayapun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma Selembar.

Mari Terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn Nasihatmu

Cukup lah اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.

Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA

Sahabat2ku:
:)

"Waktu yang ku sesali adalah
jika pagi hingga
matahari terbenam,
'Amalku tidak bertambah
sedikitpun,
padahal aku tahu saat ini
umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)

Istighfar..

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Isnin, 4 S'ban 1435H)
The Miracles Of Istighfar !

Istighfar ialah lafaz permohonan ampun kepada Allah SWT atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah, insya Allah...

PENCERAHAN :
uk.Tahukah kita kelebihan yang terbesar di dalam istighfar? Telah jelas dan nyata, bahawa dengan bertaubat, akan dikurniakan rahmat dari-Nya. InsyaAllah, makbul doa kita jika sentiasa terus menerus beristighfar kepadanya. lihat sahaja kisah mengenai Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu Mazhab Hanbali.

Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya. Keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.

Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. uk.Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.

Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam. Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti
mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi”.

Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?. Jawab lelaki itu ” Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal” Maka kata Imam Ahmad : ” Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”

Janganlah segan beristighfar kerana ia termasuk di dalam perbuatan sunnah.

عَنْ الْأَغَرِّ الْمُزَنِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِي وَإِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ فِي الْيَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ

Dari Al Aghar Al Muzanni, salah seorang sahabat Rasulullah SAW, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya hatiku tidak pernah lalai dari zikir kepada Allah, sesungguhnya Aku beristighfar seratus kali dalam sehari." (HR : Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Keajaiban Istighfar sebagaimana yang disebutkan Allah di dalam surah Nuh ayat 10 hingga 12, antaranya ialah:
1. Dapat menurunkan hujan
2. Dapat elak kefakiran
3. Dapat anak (bagi yang mandul / tiada anak). Dalilnya;
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (QS. Nuh : 12)

4. Doa akan dikabulkan kerana rajin berzikir beristighfar.
5. Takdir musibah yang berat diringankan oleh Allah.
6. Mengurangkan pertengkaran suami isteri. Dalilnya;
Ibnu Abbas r.a bahawa ia bercerita kepadanya, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka."
(HR : Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad) uk.

7. Menjauhkan dari fitnah, dalilnya:
Dari Umar bahwa Nabi SAW selalu berlindun
g diri dari sifat pengecut dan bakhil, nyanyuk, seksa kubur, dan dari fitnah dada. Waki’ menerangkan; iaitu seseorang meninggal di atas fitnah dan dia tidak beristighfar kepada kepada Allah dari fitnah tersebut. (HR : Ibnu Majah dan Ahmad)

8. Termasuk sebagai penghuni Syurga
Di dalam hadis sahih Bukhari tercatat bahawa dengan membaca:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Baginda Nabi bersabda: "Jika ia mengucapkan di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka ia termasuk dari penghuni syurga. Dan jika ia membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk dari penghuni syurga." (HR : Bukhari, Timidzi, Ahmad dan Nasa'i)

9. Manfaat Istighfar Turut Dinikmati Orang Lain.
Dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza Wajalla akan mengangkat darjat seorang hamba yang soleh di syurga, hamba itu kemudian berkata; 'Wahai Rabb, dari mana semua ini? ' maka Allah berfirman; 'Dari istighfar anakmu.'"
(HR : Ahmad, Baihaqi, Tabarani dan Haitsami)

KESIMPULAN :
Nabi yang maksum yang terpelihara dari segala dosa pun sentiasa melafazkan istighfar dan memperbanyakkan bertaubat, tapi Ust Kay yang sukar untuk melarikan diri untuk tidak berbuat dosa amat sukar untuk melafazkan istighfar. Allahu Allah... Sedarkah kita, segala kesulitan yang kita terima selama ini mungkin adalah kerana hasil dosa-dosa yang telah kita lakukan, hanya taubat dapat mengatasi rasa sulit tersebut.
Wallahu a'lam - Jom istighfar ! Ukay's.

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH

|


KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman

 Harakahdaily: 1.6.2014

Kata-kata Hikmat Syeikh Al-Tantawi

|

لايلزمأنتكون وسيما لتكونجميل

Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولامداحا لتكونمحبوبا

Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا

Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

جميلا ومحبوباو سعيدا يكفي أنترضيربكوهو سيجعلك عند الناس

Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لوأصبت99 وأخطأتمرةواحدة

Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

99لعاتبوك بالواحدةوتركوا ال

Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر !

Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت99 مرة وأصبتمرة

Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال99 وقبل الواحدة

Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هوربي

Itulah Dia Tuhanku!

Kedudukan wanita

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Ahad, 3 S'ban 1435H)
Anak Perempuan

Sungguh menjadi suatu kebanggaan, sekiranya anda di lahirkan sebagai seorang muslimah kerana Islam telah mengangkat martabat kedudukan wanita begitu tinggi dan mulia. Bukan lagi sebagai barang hadiah atau dilihat hanya sebagai objek seks oleh orang lelaki pada zaman Jahiliyyah dahulu. Malah ibu bapa ketika itu merasa aib jika memperolehi anak perempuan dan bertindak menanamnya hidup-hidup.

Malangnya, pemikiran orang-orang zaman sekarang pun masih sama seperti mereka di zaman Jahiliyah dahulu.
Pernah Ust Kay terdengar perbualan seorang bapa bertanyakan jantina bayi yang baru dilahirkan oleh isterinya di wad bersalin.

Setelah dimaklumkan jururawat bertugas yang si ibu dikurniakan bayi perempuan, saya terdengar nada suara si ayah sedikit mengeluh, “Oh.. anak perempuan lagi…” Ust Kay yang mendengar, sedikit ralat, seolah-olah si bapa kecewa dan tidak bersyukur dengan anugerah Allah SWT.

uk.Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.”
(HR : Ahmad dan Al-Hakim)

Malah, rahmat Allah ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (HR : Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.,dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya : “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memeliha
ra anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(HR : Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi harapan pemuda...eh ! Pemudi tiang negara.uk.

Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka. Tengok-tengokkan anak-anak perempuan kita;

Jangan pakaiannya ketat, sendat, padat dan melekat.
Singkat sampai nampak pusat,
Jantan mana yang tidak terpikat,
Melihat pemandangan yang begitu hebat,
Mula-mula jauh lama-lama dekat,
Akhirnya berlaku perbuatan maksiat,
Bila nafas tersekat-sekat,
Lupa Allah, Rasul dan Malaikat,
Lupa emak bapak agama dan adat,
Akhirnya berlakulah perbuatan terlaknat,
Mengalirlah benih jantan keparat,
Anak dara yang kempis menjadi bulat,
Akhirnya bayi yang comel yang cukup sifat,
Dibuang merata tempat...

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata-kata orang tua,? Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan. Memang agak melampau perbandingannya itu. Kemungkinan ini ada benarnya, bila kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan
terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama. Sebagaimana firman Allah SWT ;

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS. Al-Ahzab : 59)

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. uk.Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar di akhirat nanti.

KESIMPULAN :
Berbanggalah anda jika anda seorang Anak Perempuan atau mempunyai Anak Perempuan kerana dengan didikkan sempurna boleh menjadi asbab kepada anda dimasukkan kedalam syurga Allah SWT. Insya Allah !
Wallahu a’lam - Ust Kay 'Wali Limo' bukan Wali Songo. Ukay's

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB