.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

|

TAZKIRAH UNTUK MALAM KE-23. SEMOGA BERTEMU LAILATUL QADAR...Insyaallah..

Isu Terkini.
(Baca dengan hati yang tidak memberontak)

Kapal hilang : #pray4mh370

Kapal kena tembak : #pray4mh17

Gaza diserang : #pray4gaza

Syiria dizolimi : #pray4syiria

Mesir ditindas : #pray4Rabaah

Sabah di serang : #pray4sabah

Macam2 pray sudah kita buat...
Tetapi apa yang ada sebalik 'pray' tu.

1. Arak jual atas kapal, ada mana2 NGO pernah buat bantahan?? Bantah jer kena kata pembangkang.

2.Anak2, adik2, akak2, keluar date, n tak tutup aurat buat x kisah

3. Pramugari pakai separuh telanjang,
Pernah buat flashmob di airport?

4. Ulama' dan asatizah berdakwah kembangkan Islam di sabah, perlukan dana, di mana kita?

5. Minta sebut 5 majalah hiburan, Mangga, 360, Macam2 lagi.
Minta sebut 5 kitab2 tauhid, fiqh, macam mana?
Masbuk muafiq pun masih keliru.

6. Mak, akak, adik tak tutup aurat,
Senyum jer..

Ingat Israel nak takut dengan kita?
Dia gelak saja tengok kita terus mcm ini.
Ade Kawan saya pergi Rusia,
Orang Rusia gelak jer.
Dia kata kita Muslim Coca cola.. (Coca cola milik Yahudi)
Bila buka buih melimpah.
Tapi sekejap jer lenyap..
Malu kita..

Negara penuh dengan maksiat..
Akhlak runtuh, macam mana Allah nak terima doa kita.
Kita menumpang orang2 soleh ja.
Bila orang soleh banyak meninggal,
Bencana kian banyak..
Kalau kita terus macam ini..
Tak mustahil Rakyat Palestine pula
#Pray4Malaysia

Sudah letih melihat ummah dalam kepura-puraan.
Bukan marah...
Tapi kita harus bangkit...
Biar Islam sebati dengan darah daging kita.saya nampak ramai umat islam pada hari ini tp sye tak nampak islam itu.
mohon maaf dgn kate2 sye..pikir2 kanlah..
Wallahu a'lam


Bersyukur Dengan Nikmat Yang Diberi

|

Di dalam riwayat al-Bukhari menyebut, “apabila kamu melihat kepada orang yang dilebihkan Allah dari segi harta benda dan kejadian, maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah taraf daripadanya”.
Huraian Hadith:
Orang yang beriman diperintahkan supaya melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya dalam hal-hal keduniaan dan di suruh melihat orang yang lebih tinggi daripadanya dalam hal-hal kebajikan dan akhirat.
kerana melihat kepada orang yang lebih bernasib baik menyebabkan seseorang itu merasa gelisah, tidak berpuas hati dan tidak bersyukur terhadap nikmat Allah, manakala melihat kepada orang yang lebih tinggi dari segi agama dan ibadah akan mendorong meningkatkan ibadah dan kebajikan.

Pantun raya

|

Pantun raya -2014-

          Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

           Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

               Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

                Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

              Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

      Negeri Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor & K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

                 Perak
Gulei tempoyak ikan mayong
Doroyan busok tebok dek tupei
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampei

                Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

               Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

               Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

                Sabah
Gunong kinabalu tinggi bah,
Org sabah bawah bayu..
Hari raya jgn lupa bah,
Ok bah kalau kau...

               Sarawak
Bulan posa sik boleh bebulak,
Makan megi betapok tapok,
Iboh takut asuk menyalak
rilek lah pok.....

                  Hatyai
ดังนั้นที่นี่คุณชอบไม้โอ๊ค
ฉันรักคุณชอบว่าวโอ๊ค
วันหลังจากวันพรุ่งนี้ raye
โอ๊ค โอ๊คพอ ๆ กันความสุข

Soalan handphone

|

Soalan: kenapa tiada seorangpun pemain bola sepak membawa handphone mereka masuk padang ketika perlawanan bola sepak?

Jawapannya: Sebab tiada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus kepada permainan mereka.

Persoalan yang diberikan oleh TG Syeikh Nuruddin Al-Banjari: Jadi kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah/masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah bermain bola itu perlu lebih fokus/khusyuk daripada solat?

Pesanan Syeikh: Mulai sekarang, belajarlah... belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone/netbook/laptop dalam rumah Allah kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah. Jaga adab kita dengan Allah..:)

Renungan hamba Allah

|

Sekadar utk renungan bersama:

RENUNGAN DARI HAMBA ALLAH
Ketika orang China hendak hidup  dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam 100 tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak 3kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu.
Masyarakat china ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka.
Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan Inilah yang kita perlukan untuk anak2 dan pelajar2 kita pada hari ini. Seorang orientalis berkata: kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara ialah.
1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan.
2. Runtuhkan sistem pendidikan.
3. Jatuhkan idola2 masyarakat yang berwibawa.
Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah.
Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka dikalangan para pelajar.
Untuk menjatuhkan idola2 masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ulama, biarkan mereka sibuk berpecah sesama sendiri sehingga masyarakat sekeliling hilang kepercayaan terhadap mereka.
MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA SIBUK MENCERCA SESAMA SENDIRI SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI.

SAHABAT..

|

Imam Al Syafi'ie berpesan:

"Jika engkau punyai teman - yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat, dan jangan se sekali kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali"

Sahabatku fillah, luangkanlah waktu sejenak untuk membaca hadith yg mulia berikut ini....!!!

Diriwayatkan bahwa :

Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka  yang selalu bersama mereka dahulu di dunia.  Mereka akan bertanya tentang sahabat mereka kepada اللّهُ سبحانه و تعالى ..

"Yaa Rabb... Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, shalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami...?

"Maka اللّهُ سبحانه و تعالى berfirman:

"Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada Iman walaupun hanya sebesar zarrah."

(HR. Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Bashri berkata: "Perbanyaklah sahabat-sahabat mu'minmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari kiamat".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabat nya sambil menangis:

"Jika kalian tidak menemukan aku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada اللّهُ تعالى tentang aku:

"Wahai Rabb Kami...  Hamba-Mu fulan bin fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU.  Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

Sahahabatku fillah ...
Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang اللّهُ تعالى.  Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga dengan redha-Nya.

Yaa Rabb...
Aku memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku
sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di Akhirat dengan-Mu...

& يَا مُجِيْبَ السَّائِلِيْنَ

Wahai sahabatku sekalian..

Jika kalian tidak menemukan diriku di Syurga, sudilah kiranya sahabat sekalian memanggil namaku dan bertanya pada Allah tentang diriku, dan semoga Allah redha menyelamatkanku dari Neraka.

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB