.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

KISAH RABIATUL ADAWIYAH

|

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita
yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan.
Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan
lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa
disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia.
Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan
mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu
menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan
kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. 

Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala
perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang
guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan
menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia
juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari
pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik
Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir.

Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah
tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam
bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya
melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja
melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit.

Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul
Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih
berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia
dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan
tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang
kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang
ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai
yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok
kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok
Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul
Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah
Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan
ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin
menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya
terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri
itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi
mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil
wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan.
Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki
yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak
harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar
orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang
itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta
itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari
Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi
berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira
kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada
suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana
dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun
menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan
kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia
berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada
Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk
menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul
Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-
bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera
ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesa
lahannya).
[Surah al-A'raf, ayat 201]

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB