.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

KATA-KATA HIKMAH

|

telah berkata para ulama dalam kitab Tanbiihul Ghoofiliin tentang :
  siapa  sahaje yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara:
1.من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.
1. barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahi cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.
2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى
2. barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahi perasaan syukur & ridha atas pemberian Allah.
3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب
3. barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahi perasaan sombong & kerasnya hati.
4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه
4. barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahi kebodohan & syahwat.
5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح
5. barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahi lalai & gurau senda.
6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahi berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.
7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات
7. barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambah perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.
8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع
8. barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia

TIDUR SELEPAS SUBUH

|

Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh. 

Sedikit perkongsian. Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh. Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati hati. Ape yg terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yg baik. Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ni.

Diberi peluang, aku terus bertanya. "ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"
Dia menjawabkan, "tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".
Ohhh, "jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh? "Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi. Aku bisik dalam hati "ada byk mazhab ke dia ni?". Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.

"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku"..."maaf ustaz". Aku ckp dekat dia, "dua dua mazhab lah ustz". Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati. Aku nak menangis. "Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yg aku tau, orang yg mcm ni dia jatuh KUFUR!"

Aku senyap. "kenapa ustaz?"  dia menjawab, orang yang mcm ni SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah!. Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidurrr. Umpama mcm kalau kau seorang yg jutawan, bawa duit yg berjuta juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi ape yg dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata "dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong plak tu". Aku tersentak. Dia berkata lagi "org yang tidur lepas subuh dan lepastu bangun, ada hati lagi nak dhuha, Allahuakbar. Orang mcmni lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah.

Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya org ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha". Allahuakbar. Bila duduk dengan org yg setiap masa takutkan Allah, baru sedar mcm mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ni. Jauh beza nak banding amalan kita yg tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari mcm tak rasa byk dosa. Allahhh... kita ni byk dosa, bukan setakat byk dosa bahkan bermandikan dosa. Dia kata lagi "orang yg riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yg sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis!? Allahuakbar. Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa mcm  nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi. Dia kata lagi "ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sbb tak cukup tidur malam tadi sbb main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"...

"Allah dah kata dlm Al quran siang aku jadikan utk kau bekerja, malam utk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sbb itulah hidup kau tunggang langgang. Kau siapa? Nak ubah sunnatullah! ?"Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yg takut dengan Allah. Orang yg dekat dengan Allah. Hidup mmg kena pandu Al quran dan hadis. Tapi, carilah orang yg boleh memperjelaskan lagi ape yg ada dlm al quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari org itu org ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada org bawa Al quran ke huku ke hilir. Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Idris al Marbawi pun ada menukilkan dlm bahrul madzi, dia mengatakan siapa yg melakukan sesuatu yg sia sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram. Jangan memandang haram itu seperti biasa. Umpamakanlah malam yg haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir. Seperti engkau meminum arak. Barulah rasa haramnya itu. Pakar motivasi kata, cerminlah diri sendiri tgok kesalahan. Tapi bagi ulama', nak cermin diri pergilah cari orang yg soleh, ulama', auliya', Ahlullah.

Baru kita tau perbuatan kita dari bangun tidur, sehingga kita tidur semula itu rupanya byk mendatangkan murka Allah. Kita sendiri tau antara org yg Allah tak berckp dgn mereka di akhirat adalah org yg miskin tapi sombong tak bersyukur. Kita ni miskin, miskin amalan. Janganlah kita sombong depan Allah. Nabi dah kata:

  احفظ الله، يحفظك
  Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.

Jangan rasa setiap amalan kita itu seperti diterima Allah. Takutlah Allah. Jagalah adab dengan Allah. Jadilah org yg tak sombong dengan Allah, in shaa Allah kita akan tiada masalah untuk bergaul dengan sesama manusia. Semoga dgn Asbab kita melihat pintu rahmat Allah itu sangat luas akan menjadikan kita ini menghargai org lain. Prihatin antara satu sama lain. Bukannya memandang diri sendiri mulia dengan amalan yg kita rasa seperti lebih baik berbanding org lain.

Sebab itulah punca hati ini su'zon. Allah dah kata, jangan lah kita bersangka kerana kebanyakkn dari dzon itu adalah sangka buruk. Ulama' sufi kata sebelum nak su'zon, kita perlu berhusnudzon 70 kali terhadap seseorang itu. Nampak tak disitu betapa ulama' mendisplinkan hati sebelum menghukum org lain. . Supaya apa, supaya hati kita ni letih nak bersu'dzon dan sbb itu diletakkan syarat perlu 70 kali supaya kita melupakan keburukkan org lain. Sedikit perkongsian. Semoga boleh menjadi resepi utk tidak tidur lepas subuh.

TRIBUT BUAT TUAN GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT

|

Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat…
Adalah anugerah Allah kepada ummat.
Dia lahir di DarulNaim, negeri yang dipenuhi niamat
Dia hadir ke tengah masyarakat menumpahkan khidmat
Dia mati dalam ketenangan malam jumaat yang berkat
Ketika didengarkan padanya suatu ayat …

Wahai jiwa yang tenang ,
Kembalilah kepada Tuhanmu 
Dalam keadaan redha dan diredhai..
Lalu masuklah kamu 
kepada golongan hamba-hamba Ku
Dan masuklah ke dalam syurga Ku …

Tuan Guru …
Dia adalah sang guru yang mendidik generasi …
Dia adalah murabbi pembina peribadi rabbani
Dia adalah ustaz sedari muda sampai pinggir lahdi
Dia adalah pendakwah penyuluh masyarakat madani 
Dia adalah pengemudi wadah politik bercitra islami
Dia adalah ulama pewaris perjuangan nabi-nabi
Dia adalah mursyid pembimbing jiwa sufi
Dia adalah khalifah … 
… sebuah wilayah makmur, memperoleh ampunan Ilahi 

Tuan Guru …
Dia adalah suami sejati pada Isteri yang solehah
Dia adalah bapa mithali pada anak-anak yang tabah
Dia adalah teman seperjuangan yang berhemah 
Dia adalah rakan bergulat  dipentas siyasah …
… namun bukan bermusuh, tapi sekadar adat berhelah
 
Tuan Guru …
Dia adalah Mahaguru …
Bukan hanya kerna dia berilmu …
Dia Mahaguru kerna dia mahu umat ini berilmu
Justeru …
Yang Melayu menyapanya Tuan Guru 
Yang Cina pun memanggilnya Tok Gulu
Yang India pun menyebut Tuan Gurru
Yang Bengali pun lagi suka  …
Kerna … citra serban Tuan Guru ..
…seiras dengan yang di pakai Nanak Sahib Guru

Tuan Guru …
Dia bukan Nabi
Namun …
… dia komited  membimbing umat mengikut ajaran Nabi
… dia istiqamah mengajak umat menghayati sunnah Nabi
Malah ... teramat kasih dia, padanya  Nabi …
Dan Hari ini …
Dia kembali untuk berjumpa Nabi  yang dirindui 
Dan kembali ke haribaan Ilahi ya Rabbi.

Zulldaud
Kajang
13 Februari 2015
Banjir besar di negeri Kelantan Baru2 Ini Rupanya Petanda Besar Kesedihan....Awan Terlebih Dahulu Menangis Kerana Mengetahui Akan Hilangnya Seorang Ulama Hebat...Bumi Pula Menerima Air Bagi Membersikan Dirinya Bagi Menerima Jasad Seorang Ulama Hebat...Moga Tenang Roh Beliau Disana...
Ketepikan Isu Politik...Kita Saudara Se Islam..
Al - Fatihah Buat T.G.N.A Nik Mat...

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

|

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

_ _ _ _ _ _

Semoga Allah tempatkan Tuan guru di kalangan orang2 yang peroleh kejayaan.. Aamiin.

Tarikh hilang seorang ulama

|

إن لله ما أخذ وله ما أعطى وكل شيء عنده بأجل مسمى 
إنا لله وإنا اليه راجعون

Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 940pm pada malam Jumaat yang agung.

Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H

Jantung

|

Ingatan utk semua ahli group

Kita
       makan
                   jantung
                                jalann.
Kita
       minum
                   jantung
                                jalan.
Kita
       tidur
               jantung
                             jalan.
Kita
       mandi
                  jantung
                               jalan.
Kita
       solat
                jantung
                              jalan.
Kita
       berjalan
                     jantung
                                  jalan.
Kita
       berlari
                  jantung
                               jalan.
Kita
       berhenti
                      jantung
                                   jalan.
Jantung
              
             berhenti

                          kita

               J A L A N
������انا لله وانا اليه راجعون����

RENUNGAN BERSAMA

|

Seorang suami mengadukan apa yang dia rasakan kepada seorang Syeikh. Dia berkata:

Ketika aku mengagumi calon isteriku seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan pere mpuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat banyak pula perempuan seperti dia.

Ketika aku sudah menikahinya aku lihat banyak sekali perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis daripada isteriku.

Syeikh berkata: "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"

Laki-laki itu terus berkata: Iya, mahu.

Syeikh: Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini pasti a*j**g yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu daripada mereka semua.

Laki-laki itu tersenyum masam, lalu ia bertanya: "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"

Syeikh: Kerana masalahnya terletak bukan pada isterimu. Tapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng dan kosong dari rasa malu kepada Allah; tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan.

Rasulullah bersabda:

"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "

"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang boleh memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.

Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia ini?

Laki-laki itu: Iya, mau sekali.

Syeikh: Tundukkan pandanganmu!

Sahabat sejati

|

KATA2 MUTIARA TEMAN SEJATI...

✔Sahabat dan teman itu seperti bintang Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati. Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan menghapusnya.

JAKIE CHAN DAPAT DATUK

|

Kenapa jackie chan dpt datuk:

....antara jasa jackie chan..

1. pencipta lagu rakyat chan mali chan.
2. share terbesar perabot chan
3. sekinchan jg di buka oleh datuknya
4. org2  mula mencipta belachan
5. pengarah animasi siri sin chan
6. Mempunyai rangkaian kedai emas wah chan
7. Pk cik dio tokey air Long Chan
8. Kawan pelakon dio, Amitha Bachan
Org Malaysia mmg tak det chan..
������

Ir chan

BERTAUBAT

|

Firman Allah swt:
إن الله يحب التوابين ويحب المتطهرين
Sesungguh nya Allah swt suka kpd orag2 yg bertaubat dan suka kpd org2 yg menyucikan dirinya yakni dri dosa

Nabi saw pernah bersabda:
كل بني  خطأ وخير الخطائين التوابين

Setiap anak adam yakni setiap manusia pasti melakukan kesilapan yakni dosa dn sebaik baik orang2 yang melakukan kesilapan ialah orang2 yg suka bertaubat.

Semoga Allah mematikan kita dengan sebaik baik kematian.
اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة...

KATA HIKMAH

|

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
______________________________
��kongsisama hari ini:
01hb. Februari 2015M
12hb. Rabiul Akhir 1436H.
(Ahad)

��Kata2 hikmah...

��"Bagi orang berilmu yang ingin meraih kebahagiaan di dunia maupun di akhirat, maka kuncinya hendaklah ia menyampaikan dan mengamalkan ilmunya kepada orang lain" 

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB