.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

nspiring...Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

|

Mutiara kata…..

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana,hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain.

Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan.

Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.

Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

USRAH

|

USRAH WHATSAPP (USWAH) SIRI 63

Dr Fathi Yakan dalam karya beliau Ihzaru Al-Aidz Al-Haraki menyatakan tentang penyakit perpecahan:

"Pada hari ini berlaku berbilang-bilang kelompok dalam lapangan perjuangan islam sehingga berlaku khilaf tanpa adab dan percanggahan pandangan tanpa menepati ilmu. Kelompok ini berlumba-lumba bersaing untuk sesuatu habuan dan ingin mengelakkan daripada tribulasi".

Ta'adud atau berbilang kelompok diatas satu perjuangan menegakkan islam sangat bahaya kepada peejuanga kerana akan timbul pergeseran. Sedangkan Islam datang untuk tujuan penyatuan dan ribat yang kukuh antara penegak kebenaran. Mengikut Al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna; apabila kelompok-kelompok sengaja diwujudkan dalam satu harakah islamiyah, ia pasti akan menyebabkan khilaf yang tidak berkesudahan dan akan ada dikalangan kelompok ini yang akan bersaing untuk mengatasi antara satu sama lain. Mereka yang berpegang pada dasar perjuangan akan selamat manakala yang memulakan pergeseran akan lenyap.

Tiada cara lain yang lebih baik melainkan kelompok yang baru muncul dan yang kononnya berperanan untuk membantu perjuangan asal supaya dimansuhkan dan kembali berada dalam harakah islamiyah yang awal. Dengan demikian, serigala tidak akan mampu menerkam bahkan dengan sendiri ia akan lari kecundang.

~Asri ed-Diwanie
15 Jamadil Awwal 1436

Drama isteri

|

Rileks jap......

Drama 1

Laki telefon,

Laki : Yang oii, Abang kat kedai mamak ni. Awak nak pesan apa-apa?
Bini : Tak mau bang, bini awak diet.

Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa. Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot. Siap majuk-majuk. Lari tidur bilik sebelah.

Bila laki tanya balik,
Laki : Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii.
Bini : Memangla orang kata tak mau apa-apa. Tapi belikan jer la apa-apa. Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr.
Laki : Eh, bini aku ni. Yang mana satu ni?

Drama 2

Laki telefon bini,

Laki : Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini : Alaaahhh. Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik kerja singgah kedai mamak tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben. Tiba-tiba. Bini jerit panggil suh makan!

Bini : Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiii. Tido bilik sebelah lagi!!

Laki : Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

Drama 3

Bini : Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang, awat abang tak kuar pi mancing ker. Pi main bola ke. Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii. Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta. Bila dah siap, kuar bilik. Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa.

Bini : Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

Drama 4

Bini : Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Laki : Abang keja lah yang
Bini : Abang hantar bini abang dengan hanak-hanak dah la bang, pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq, Esoknya, laki pon start keta. Nak balik KL. Baru sampai Taiping, talipon berbunyi. Bini dia talipon.
Bini : Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

Drama 5

Bini : Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker. Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.  Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang.

Laki pon, dengan muka rebel. Masuk bilik rahsia. Lipat kain. Sekali, bini masuk bilik nak usha line. Tetiba jer kena petir plak.

Bini : Apa awak lipat kain macam ni banggg? Kenapa sudut kanan tak align dengan sudut kiri nih? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? Kenapa spender ni awak lipat tiga? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Drama 6

Bini : Nah hambik anak ni bang. Pakaikan pampers, pakaikan baju. Bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi.

Laki : Nak bagi pakai baju mana ni Yang?

Bini : Alah abang ni  kan baju anak ada 8 bakul tu. Pakaikan jerlah baju mana-mana pon. Bukan ada orang nk tengok ponnn.

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju.

Bini : Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha....

drama 7
Laki :Nak mkn apa?
Bini : ikut suka la
Laki : mkn kat mak uda la
Bini : x nak la x reti nak mkn apa
Laki : mkn kt kak wok
Bini : santan kuah kat wok tu pekat la
Laki : abis tu nak mkn kt mana?
Bini : ikut abg la abg yg bwk keta

Kesian lelaki bergelar suami Alahaii.... hahaha

Hadith Application

|

Alhamdulillah, telah launching aplikasi Hadits 9 Imam di Android. Aplikasi ini sangat mudah, cukup search keywords yang ingin kita cari, maka akan muncul hadith dan terjemahnya. Dibezakan pula hadith dari riwayat imam yang lain yang terhubung (jika semua aplikasi ini di download semua) ketika membukanya...

lagi hebat.
semuanya 0 sen dan 0 rupiah dan filenya yang terbaek.

1. Shahih Bukhari
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.bukhari&referrer=utm_source%3Dgoogle%26utm_medium%3Dorganic%26utm_term%3Dlink+girfa+esuit+hadits&pcampaignid=APPU_C5WNVL_xHImouwTcyIKYDA

2. Shahih Muslim
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.muslim

3. Musnad Ahmad
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.ahmad

4. Muwatho Malik
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.malik

5. Jami' at Tirmidzi
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.tirmidzi

6. Sunan Nasa'i
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.nasai

7. Sunan Abu Dawud
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.abudaud

8. Sunan Ibnu Majah
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.ibnumajah

9. Sunan Darimi
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.darimi

Di share ya, semoga menjadi Amal baik untuk sahabat semua. Barokallahu fiikum

Copy paste

Cerita Sahabat

|

Buat smua sahabat2ku..hayati kisah ini bersama��

Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?

Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.

Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.

Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"

Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"

Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"

Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"

Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."

Ciku kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."

Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.

Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.

Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.

Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."

Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.

Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.

Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.

Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.

Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."

Love U All❤Sahabat2 baikku��

Smg pshbtn kita hgga ke Syurga��

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB