.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Kate-kata Arab

|

الأبكم يتمنى أن يرتل كتاب الله،
Orang yang bisu itu begitu berharap untuk membaca Kitabullah (Al-Quran)

والأصم يت منى أن يسمعه،
Manakala orang yang pekak itu begitu berharap untuk mendengar (alunan bacaan Al-Quran)
والأعمى يتمنى أن يراه
Dan orang yang buta itu begitu berharap untuk melihatnya (Al-Quran)

ونحن أهلكتنا هواتفنا
Namun, kita (yang sempurna) ini telah dibinasakan (kesibukan) oleh telefon bimbit.����

Renungkan..
Semoga Allah membimbing kita ke arah kebaikan. Aameen.

ASSEMBLY TEXT

|

Cikgu Saari..

|

* 10 mesteri kebaikan cg.saari berbanding satu keburukkan yang sering kita perkatakan...

1.walaupun cg.saari tidor dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid.
* cg kini bukan saja takat tidor kadang2 tak masuk kelas pun.

2.walaupun gb.memarahi cg.saari tetapi dia tidak memarahinya dihadapan murid sebaliknya di bilik gb.
* sekarang kita sering mendengar seorang guru dimarahi oleh gb.didepan murid.

3.gb dan cg.saari saling hormat menghormati antara satu sama lain.
* guru sekarang tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh harta kuasa dan ego masing2.

4.cg.saari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggujawab sebagai guru.
* guru sekarang sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih.

5.cg.saari sentiasa berdisiplin dan kemas semasa berada di sekolah.
* guru sekarang tidak lagi menghiraukan etika berpakain semasa berada di sekolah.

6.semasa meninggalkan bilik mesyuarat dia sempat berpesan bahawa dia akan akur apa keputusan mesyuarat.
* guru sekarang akan membantah sekiranya sebarang keputusan tidak disukainya.

7.cg.saari merupakan seorang yang setia dan menghormati masa.
* kebanyakkan guru kini tidak pentingkan masa dan setia pada tugas.

8.sebelum pergi kesekolah dia hanya minum secawan kopi dan sebiji pisang.sarapan yang seimbang pada waktu pagi.
* guru sekarang suka mengambil sarapan yang berat diwaktu pagi dan banyak menghabiskan masa di kantin.

9.cg.saari tidak pernah membawa masalah rumahtangganya  kesekolh.
*guru sekarang terbawa2 masalah dirumah ke sekolah yg.jadi mangsanya adalah murid.

10.akhirnya cg.saari menjadi guru yang berjaya..mana tidaknya diakhir cerita dia menjadi gb.

Walaupun satu keburukkan yang hanya kita nampak...tetapi banyak mesteri pengajaran yg.perlu kita ambil...itulah masej sebenarnya yang hendak disampaikan oleh tan sri p.ramlee kepada generasi kini.

HAI MELAYU!!!

|

Pedihnya sajak A. Samad Said ni ...
HAI MELAYU..

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.......
Pedih menyengat..... Untuk muhasabah diri kita

*JIKA TAK NAK BERUBAH, TERUSLAH JADI MELAYU YANG LAYU DI TANAH SENDIRI.

Feel mutaadi dan lazim

|

Feel mutaadi ni perlu ada mafulul bih.
Cth: كتب محمد الرسالة.
Jadi كتب adalah feel mutaadi.
Jadi,kalau cth ayat ni: ذهب محمد إلى المدرسة
Jadi ذهب bukan feel mutaadi, feel lazim.

Selalunya budak pondok guna teori ni nak tahu feel mutaadi, tapi tak tepat sangat.
Feel mutaadi ni kita guna separuh anggota badan kita.
Cth. Muhammad menulis...menulis kan guna tangan so feel mutaadi.

Mcm muhammad pergi ke sekolah.. Takkan kaki dia je yg pergi sekolah.mst seluruh anggota dia pergi kn . so ini adalah feel lazim.

15 min sehari untuk AlQuran

|

Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Belum tidur.
Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"
Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)
Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.

Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"
Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.

Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"
Anaknya mengangguk.

Abah: "Baiklah. Dengar baik baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir. Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan. Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."
Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.

Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al Quran?"
Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."
Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."
Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."
Abah: "Baiklah, setengah jam."
Anak: "15 minit bolehlah."
Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.

Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al Quran tu."
Anak: "Tak faham."

Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al Quran. Belajar, perlu Al Quran. Jodoh, perlu pada Al Quran. Berjaya, perlu Al Quran. Akarnya pada Al Quran."
Anak: "Hm.."

Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al Quran, in/sya Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."

Anak: "Adoilah."

Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? Dah boleh jadi hafizah."

Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"

Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al Quran. Abah taknak anak abah ikut jejak langkah yang sama."
Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, abah berkata kata untuk lihat anaknya di Syurga.

CARA MANDI RASULULLAH SAW

|

Cara mandi yang diajarkan oleh
Rasulullah SAW:

1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.

2. Segayung di betis.

3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.
Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang. Setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.

Hikmahnya: Seperti pada gelas yang
diisi air panas kemudian kita isi
dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak !!!
Jika tubuh kita, apa yang retak? Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi
jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang
harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.
Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik
mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh
jadi kita sering masuk angin kerana
cara mandi kita yang salah. Boleh
jadi kita sering migrain kerana cara
mandi yang salah.
Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang
mempunyai sakit diabetes, darah
tinggi, kolesterol dan migrain/sakit
kepala sebelah.

Inn shaa Allah..

****Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi
untuk manfaat bersama....

Hidup biar bermanfaat

|

ASSALAMUALAIKUM...
Bismillahirrohmanirrohim.

KEHIDUPAN KITA INI SANGAT SINGKAT.

Dunia ini pinjaman sementara..
Akhirat jualah yg kekal selama2nya..

Maka itu... berebut2lah dalam useha berbuat kebaikan...

Jangan sesekali melakukan sebarang kerosakan....

JIKA TAK MAMPU NAK BERSEDEKAH...
SEKURANG2NYA JANGAN MENINDAS ORANG LAIN.

JIKA TAK MAMPU NAK MENYATUKAN...
SEKURANG2NYA JANGAN SAMPAI MEMECAHKAN...

JIKA TAK MAMPU NAK BETERIMA KASIH..
SEKURANG2NYA JANGAN SAMPAI JADI MUSUH.

SEKIRANYA TAK MAMPU UNTUK MENJERNIHKAN..
SEKURANG2NYA TIDAK MENAMBAH KAN LAGI KEKERUHAN.

JIKA TAK MAMPU UNTUK MENGEMAS DAN MENYUSUN..
SEKURANG2NYA TIDAK MENYEPAH DAN MENABURKAN.

JIKA TAK MAMPU NAK JADI PENYAPU..
SEKURANG2NYA JANGAN JADI SAMPAH.

JIKA TAK MAMPU NAK MELAKUKAN KEBAIKAN..
SEKURANG2NYA JANGAN SAMPAI MELAKUKAN KEROSAKAN.

JIKA TAK MAMPU UNTUK MEMUJI...
SEKURANG2NYA JANGAN SAMPAI MENGEJI DAN MEMFITNAH...

JIKA TAK MAMPU NAK BERSANGKA BAIK..
SEKURANG2NYA JANGAN BERSANGKA BURUK.

Janganlah berjalan seperti gunting..
Meskipun lurus tetapi dia memisahkan apa yg sudah menyatu...

Jadilah seperti jarum..
Meskipun menusuk dan menyakitkan.. tetapi ianya dapat menyatukan apa yg sudah terpisah.

Kelebihan puasa enam

|

Alhamdulillah, kita baru selesai melaksanakan ibadat puasa Ramadan dengan jayanya. Semoga Allah kurniakan kepada kita penerimaan segala ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan sama ada yang wajib mahupun yang sunat. Dengan menjelmanya Syawal, disamping kita berhari raya dengan penuh kesyukuran, kita juga digalakkan untuk melaksanakan puasa enam Syawal. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan. Dalam Irsyad Fatwa kali ini, banyak persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan Hukum Qadha’ Puasa Ramadan Bersekali Dengan Puasa 6 Syawal. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini akan menjawab persoalan berkaitan dengan isu ini. Semoga kita semua menjadi hamba-hamba Allah yang bertakwa dan cintakan amalan soleh.

Kelebihan Puasa Enam

Terdapat hadis yang menunjukkan kelebihan puasa enam. Antaranya:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالٍ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ

Maksudnya: “Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”

Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Turmuzi, Al-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain. Imam al-Turmuzi berkata hadis hassan.

Ini menunjukkan bahawa maksud puasa Ramadan seolah-olah setiap hari mewakili 10 hari. Justeru, ditambah dengan enam hari Syawal, maka jadilah ia 360 hari. Itulah tafsiran sebahagian ulama.

Hukum Puasa Qada’ Beserta Dengan Puasa Sunat Syawal

Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:.

PERTAMA: SAH

Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat. Inilah pendapat:
Imam Ibn Hajar al-Haitami
Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah (1/162) dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
Imam al-Barizi. Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)
Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir (1/427)
Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin
KEDUA: TIDAK SAH

Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ tidak kepada puasa sunat Syawal. Inilah pendapat:
Imam al-Asnawi
Syeikh Ibn al-Solah
Abu M
akhramah
Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)
Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.

Tarjih

Setelah meneliti dua hujah, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas. Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.

Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).

Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ dan puasa enam Syawal. Sekian.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Salam Ramadan

|

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

Ya Allah.

Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada pada kami dosa yang belum Engkau ampuni dan dosa yang menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah.

Terimalah puasa kami dengan sebaik-sebaik penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaanMu Ya Allah, sehingga Engkau  memenangkan kami dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Engkau curahkan di bulan ini.

Selamatkan kami di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam dan dosa yang berterusan. Demikian jua dengan rahmatMu, golongkan kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) di malam Lailatul Qadar. Malam yang telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan kami dengan Ramadan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dapat kembali bertemu pada Ramadan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.

آمــــــــــــــــــين
يا ربّ العالمين

Salam Aidil Fitri.
Maaf Zahir & Batin

Kisah Menarik

|

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yang pertama adalah seorang bayi keguguran dan baru berusia 6 bulan tetapi sudah cukup sifatnya.

Yang kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya mahu kongsi dengan teman-teman pasal anak kecil yang mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yang masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yang lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yang menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah “pergi buat selamanya”.

Arwah asyik mengira duit-duit raya yang diperolehinya. Kadang-kadang sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya, “Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dengan tudung?”

Ibu saudaranya bertanya, “Kenapa?”. Anak kecil ini menjawab… dia takut kalau dia mati, tetapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini, semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota.

“Ibuku sayang, duit yang Along tinggalkan ini untuk ibu. Ibu gunalah untuk beli baju kurung yang tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yang nampak rambut, tapi hanya nampak wajah ibu yang cantik sahaja. Along sayang ibu… Along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along tak nak ibu dibakar api neraka. Along sayangkan ibu dan keluarga kita semua. Sayang Ibu, ALONG”…

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka, tidakkah kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahua’lam.

Al-fatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yang sudi berkongsi cerita ini selepas saya kafankan jenazah Along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa Along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor

SEDIH RASA BACA PUISI NI

|

(Puisi Dr Maza)

kalian rampas subsidi kami,
entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu,
wang mesti dicatu, kita menuju maju...

kalian kata: jika tidak,
semua menderita, habis harta negara...

kalian berbahasa: bukan barang naik harga,
cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...

kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...

jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...

tapi dapatkah kami dibohongi,tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?

papa semakin parah?
wang semakin lelah?

jika semalam berlauk,
hari ini cuma berkuah...

kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...

jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...

apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?

makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...

jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...

akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..

atau kami jadi insan curang...

kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?

tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...

pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...

kami yang semput bagai melukut di kota kedekut...

kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa,
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...

baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri... tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini.. tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang,
poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi,
kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?

jika kalian berhati suci,
wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?

jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...

hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Dr MAZA

Doa

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, ya Tuhan kami,
Di pagi hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.
يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. َ

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB