.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Cara didik anak

|

Assalamualaikum..

Di majlis ilmu parenting bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri utk istiqomah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Quran, puasa Isnin Khamis dsbnya... tambah2 lagilah utk mendidik org lain... maka bersabarlah dlm mendidik. Dlm banyak keadaan matlamat kita utk anak2 sudah benar tp kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah ilmu berterusan walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jgn label anak. Blh kata anak malas tp jgn label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dgn nama yg baik sb itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yg jelas kpd anak. Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dgn acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK drp didik anak jadi CERDIK.

5. Anak bukan milik kita tp amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jgn bawa anak2 kpd kita, bawalah anak2 kpd Allah.

6. Ibu sama dgn Ramadhan sbb ibu adalah madrasah anak2 dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kpd anak drp ayah.

Sbb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan anak2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya.

Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan... didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dgn Al Quran. Ibnu Sina hafiz pd masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah dididik oleh ibu yg hafizah.

Kita bukan hafiz tp pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kpd anak2. Pemimpin yg baik adalah yg besar pengaruhnya kpd anak2. Skrg ni anak2 tadika lebih percaya ustazah di sekolah dari ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dari ibu bapanya... akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.

10. Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rmhtangga, dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya...

11. Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

12. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan spt sedekah banjir dsbnya sebg tawasul anak2 menjadi baik. Cth: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..

13. Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan krna dia sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak2 kuda lumba utk kebanggaan kita. Anak dpt result yg baik terus war2kan... anak yg tak dpt elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita... jgn membezakan anak2 yg pandai dgn yg kurang pandai...
Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama walaupun diri serba kekurangan...
Wallahua'lam..

Lawak abu

|

Cikgu : murid2, sebutkan nama binatang yg bermula dgn huruf G ?

Abu : Gajah ��

Cikgu : bagus !!! Sekarang sebutkan nama binatang bermula dengan huruf D ?

Abu : Dua gajah ����

Cikgu : abu, jangan main2 !!... berdiri !!... murid2 lain ada jawapan ?

Semua murid senyap tak tahu jawapan...

Cikgu : sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf M ?
Murid2 lain sentap.. tiba2.....

Abu : Mungkin gajah...��

Cikgu : abu..... main2 lagi..pegi berdiri diluar kelas !!
Murid2 diam tak tahu jawapan...

Cikgu : sebutkan nama binatang yg bermula dengan huruf J ?
Semua murid diam tak tahu jawapan.. tiba2..... kedengaran suara dari luar kelas...

Abu : Jangan jangan gajah...��

Cikgu betambah marah �� lalu menyuruh Ali menutup pintu kelas..

Cikgu : sebutkan nama binatang yg bermula huruf A ?
murid2 semua jg diam...tiba2 abu menyampuk dari luar tingkap..

Abu : Anak gajah..��

sekali lagi cikgu menyuruh ali menutup tingkap..
selang beberapa minit suara abu tidak lagi kedengaran...
cikgu menyuruh ali keluar mencari abu..tapi tiada..

Cikgu : takpa murid2..biarkan abu...
cikgu bertanya lagi soalan pada murid2nya...

Cikgu : sebutkan nama binatang yg bermula dgn huruf K ?
murid2 semua juga diam...
.........tiba2.....suara abu dgn pembesar suara.....

Abu : Kompom gajahhh ��������
������

Jagalah Dirimu dan keluargamu dari api neraka

|


Motivasi : Harapan

|


Doa untuk menggengam hati

|


Doa untuk anak ikut cakap ibu bapa


Ayuh MARA

|

Mari mari kita mara,
Ayuh sama kita bela,
Gagah berani kita bertahan,
Tangkas melangkah kita gandakan

Umat ini lemah lesu,
Nasib terbiar kian membisu,
Siapa pembela selain daku,
Nusa agama tanya merindu

Dengan berani ayuh lafazkan,
Kebenaran sama dipertahankan,
Takut hanya pada yang esa,
Segalanya kita sandarkan

Ingat kembali janji kita,
Dialam roh dan dialam nyata,
Amanah bara yang kita genggam,
Maruah dibela bumi dijaga

Andai leka berangan selesa,
Anak cucu milik durjana,
Jika kita terus alpa,
Dunia dijajah akhirat merana

Wahai warisan pembela,
Yang berjiwa satria,
Tekad perteguh kesatuan (ya rabb),
Kembalikan lah kekuatan

Ayuh bina peribadi,
Imbaulah kenangan silam,
Kuat dan taat denyutan nadi,
Gagah tamadun di bangunkan

Huru hara akhir zaman

|

Info Terkini : Petanda Akhir Zaman.
Ribut Pasir Luar Biasa Melanda Arab Saudi. Apakah "Tanda" yang ingin ALLAH sampaikan kepada seluruh Umat MUHAMMAD S.A.W??? (ISLAM)
Ambillah iktibar dan pengajaran bahawa seluruh Dunia sudah mulai ditimpa Musibah Petanda Kiamat sudah hampir di Zaman dimana kita berada sekarang.
Ketahuilah Kiamat tidak berlaku sehingga ALLAH S.W.T munculkan cucu kandung NABI MUHAMMAD S.A.W iaitu Imam Al Mahdi.
Dan Imam Al Mahdi takkan muncul sehingga berlaku Huru Hara di Kota Madinah.
Saat munculnya Imam Al Mahdi nanti, seluruh Dunia tidak lagi menggunakan Teknologi Moden.
Ini disebabkan oleh beberapa Faktor yang dilihat semakin dekat saatnya akan terjadi.
1. Perang Dunia Ke3 dijangka berlaku sebelum Tahun 2020.
Dijangkakan Perang Moden kali ini akan mengakibatkan Kehancuran Total di seluruh Dunia.
Ianya berpunca dari Penggunaan Senjata Moden berteknologi Nuklear.
Perang ini melibatkan Blok Barat berperang dengan Blok Timur. Dimana ianya melibatkan Kuasa Besar Dunia Amerika vs China & Russia.
Sebab itu tidak pelik jika berlaku Konspirasi terhadap Pesawat Malaysia Airline (MH370 dan MH17).
Dan kini Amerika sedang sedaya upaya untuk mengukuhkan Nilai Dollar untuk "menekan" China supaya menurunkan Nilai Yuan.
Strategi Ekonomi sedang diguna pakai oleh Amerika untuk melumpuhkan Kekuatan Ekonomi China.
Kesannya turun melibatkan Ekonomi Global yang semakin tidak menentu.
Jika keadaan ini berterusan maka tidak mustahil Perang Dunia Ke3 akan berlaku bila² mulai sekarang.
Ikutilah Perkembangan Semasa dimana Russia dan China sedang mengadakan Latihan Peperangan dalam Skala Besar.
Pihak Amerika turut mengadakan Latihan Peperangan dlm Skala Besar dengan Negara Sekutunya di Timur (Korea & Japan)
2. NASA mengesahkan bahawa Bumi ini sedang memasuki Arus Sungai Meteor.
NASA menganggarkan lebih kurang 1300 buah Meteor dijangka akan menghentam Bumi.
Dan Bumi akan bergelap selama beberapa malam (ada mengatakan Bumi bergelap akibat Debu Meteor selama 40 Hari) disebabkan oleh Debu² Meteor hasil dari Hentaman Meteor keatas Muka Bumi.
Wahai Umat ISLAM... Kembalilah kepada Ajaran ISLAM. Banyakkanlah Beramal Ibadah dan menuntut Ilmu Agama khasnya berkaitan dgn Ilmu Peristiwa Akhir Zaman (Rukun IMAN Ke5) Menjelang Kemunculan Imam Al Mahdi, Dajjal Laknatullah dan Turunnya NABI ISA A.S.
Sesungguhnya Dunia ini tidak lama... Kita sekarang berada diambang Peperangan antara Blok Barat dan Blok Timur.
Jika ini berlaku... Maka semua Perdagangan Antarabangsa akan terhenti akibat Peperangan.
Kerana itu Pakar Ekonomi menjangkakan Tahun 2016 Ekonomi Global akan menjadi lemah akibat Kemelesetan Ekonomi China dan Ketidaktentuan Ekonomi Amerika.
Jadi kita sudah kesuntukan masa... Sementara Dunia masih aman. Maka Pesan NABI MUHAMMAD S.A.W perbanyakanlah AMAL sebelum berlakunya Huru Hara Akhir Zaman.
Sebelum munculnya Imam Al Mahdi, Dajjal dan turunnya Nabi Isa A.S. Dunia ini akan mengalami Huru Hara akibat Peperangan, Bencana Alam dan Hentaman Meteor. Semua Teknologi Moden akan lumpuh sama sekali.
Semoga Jemaah Haji Malaysia terselamat dari musibah yang sedang menimpa Jemaah Haji di sana.
Dilaporkan sebuah Kren runtuh dan menghempap Jemaah Haji.
Ramai yang terkorban. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka...
*Bukalah Youtube dan dengarkanlah dengan teliti Kuliah Agama yang disampaikan oleh Para Ustaz mengenai Peristiwa Akhir Zaman, Huru Hara Akhir Zaman, Imam Al Mahdi, Dajjal Laknatullah dan Nabi Isa A.S.
Berikut adalah Ustaz Pilihan yang kerap membicarakan mengenai Tajuk diatas.
1. Ustaz Zulkifli Md.Ali Lc.
2. Ustaz Jafri Abu Bakar.
3. Ustaz Fawwaz Mat Jan.
4. Ustaz Wadi Anuar.
Sebar dan sampaikan kepada saudara dan sahabat kita yang lain.
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua untuk perbanyakanlah AMAL IBADAH sebelum HURU HARA AKHIR ZAMAN tercetus kelak. Wallahu'alam..

Ayuh Dhuha

|

BAB 31 : Hutang Dhuha

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.  Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “  Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian.  Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis, pembaca & pengirimnya...

Lawak kacang

|

Sangat menyayatkan hati.. Ambil pengajaran ...

Ada sepasang suami isteri tua baru tiba di jeti Kuala Perlis dari Langkawi. Setelah menahan sebuah/  teksi mereka duduk di tempat duduk penumpang belakang. Tiba2 selepas 10 minit si Isteri bertanya kepada pemandu teksi.        
Makcik : Dik .. O .. Dik, kamu nak makan kacang?
       
Pemandu Teksi : Boleh juga Makcik. Sambil dia menghulur tangan ke arah nenek tu tanpa menoleh ke belakang. Setelah melihat tapak tangannya penuh dgn pelbagai jenis kacang, lalu terus memasukkan ke dalam mulut.
      
Pemandu teksi: oii, sedap kacang makcik ni. Fresh ... tak bergaram...Sepuluh minit kemudian makcik tu bertanya lagi.         
Makcik: Dik, kamu nak lagi?         
Pemandu teksi: Buleh juga.. Sambil menghulurkan tangan menadah..lalu dimasukkan ke dalam mulut.        
Pemandu teksi: Makcik dengan Pakcik tak makan kacang ke?         
Makcik: ... Kau tau lah ... Kami ni tak dak gigi ... beli coklat kat Langkawi tadi ... ada kacang kami kulum makan coklatnya saja...kacangnya masih elok !         
Pemandu teksi : JAHANAM.......

Indahnya iman

|

Video yang menunjukkan tindakan seorang lelaki di Arab Saudi yang cacat penglihatan pergi berjemaah ke masjid telah mendapatkan perhatian ramai.

Kecekalan lelaki berkenaan yang berumur dalam lingkungan 50-an yang berjalan kaki secara perlahan sambil memegang tali yang telah diikatnya dari rumah hingga ke tiang elektrik berhampiran pintu masjid untuk memudahkan beliau pergi berjemaah.

Rata-rata netizen meluah rasa kagum dengan lelaki berkenaan yang sanggup berjalan kaki walaupun buta dan tidak segagah orang muda lagi.

Apa yang lebih mengagumkan beliau dikatakan pergi berjemaah ke masjid berkenaan pada setiap waktu masukknya waktu solat.

Cacat pengelihatan dan uzur tidak dijadikan alasan oleh lelaki ini untuk tidak menjalankan kewajipannya sebagai seorang hamba Allah.

Kerana kecekalan lelaki ini juga ia dikatakan menjadi inspirasi kepada umat Islam lain terutamanya golongan muda yang berat kaki untuk ke masjid.

Berdasarkan laporan daily Al-Saudeh, sebenarnya video berkenaan telah dimuatnaik sejak Disember 2012 lalu tetapi walaupun ianya sudah tiga tahun berlalu tetapi kecekalan lelaki berkenaan pergi menunaikan solat berjemaah walaupun tidak dapat melihat wajar dipuji.

Dikatakan juga lelaki berkenaan sememangnya sudah uzur dan ada orang kampung menasihatinya supaya hanya melakukan solat dirumah kerana mereka kesihan melihatnya tetapi dia tetap berkeras untuk ke bersama jemaah lain menunaikan solat bersama-sama di masjid.

"Allah telah melucutkan nikmat pandangan daripada matanya tetapi Allah sentiasa memelihara imannya," 

Pesanan untuk ibu bapa

|

Azizan Osman
Pesanan saya buat mereka yang ada anak!

Anak kita, urusan dan tanggungjawab kita! Itulah mesej saya kepada ibu bapa pagi ini di majlis penutup Kem Khalifah Super Insan.

Ada 5 pesanan utama saya:-

1/ Anak-anak hari ini lebih mudah terdedah kepada sesuatu yang tidak baik

2/ Ibu bapa tidak peruntukan masa untuk "mengenali" anak-anak kita. Kita tidak tahu siapa kawan dia, bagus tak kawan dia? Ada tak kawan yang "rahsia"? Ada tak buat perkara2 yang "rahsia"? Kena suspect dan inspect bukan untuk sangka anak kita jahat tetapi kita kena surprise dia sebelum dia surprise kita nanti naudzubillah

3/ Sistem pendidikan di sekolah hari ini telah gagal untuk mendidik anak-anak yang soleh dan solehah serta beradab walaupun di sekolah agama, ia tidak menjamin anak-anak kita akan menjadi seorang anak yang soleh atau solehah. Banyak sekolah agama memberikan ilmu tetapi tidak akhlak dan adab.

Saya sendiri menghantar anak-anak saya sekolah cina untuk sekolah rendah dan petang sekolah agama, result UPSR mereka Alhamdulillah bagus tetapi kemudian bila masuk sekolah menengah, Insya Allah saya mampu untuk hantar mereka sekolah swasta sistem british, jepun atau cina tetapi saya pilih hantar anak saya yang sulong dan kedua ke madrasah yang dhaif atau biasa-biasa kerana saya mahu mereka belajar ilmu Al-Quran dan kitab serta belajar adab dan akhlak, biasakan susah tidur atas lantai alas papan atau tilam nipis. Kadang-kadang dalam hati ini menangis juga melihatnya tetapi saya tabahkan kerana saya mahu mereka belajar susah agar hati mereka kuat serta hanya ada Allah swt dan Rasulullah saw serta Al-Quran mudah-mudahan. Bila mereka cinta Allah swt dan Rasulullah saw, hal dunia itu tidak susah Insya Allah. Saya mahu mereka berniaga Insya Allah satu hari nanti, Insya Allah itu saya boleh ajar, ilmu itu banyak kemudian boleh belajar. Ilmu Al-Quran No.1 dan kemudian hidupkan dalam hidup. Biar menangis hari ini jangan menangis kemudian.

4/ Mak bapa selalu ajak anak tonton tv, tengok wayang, pergi shopping, jalan-jalan. Cuba peruntukan masa ajak anak ke masjid, solat berjemaah setiap hari paling kurang Suboh, Maghrib dan Isyak. Pastikan tv adalah haram dibuka pada waktu maghrib. Ajak mengaji bersama selepas maghrib 1-2 muka surat.

5/ Anak lelaki kena jaga ketat ibarat pagarkan dia letak seekor harimau jaga jangan bagi keluar atau masuk. Tetapi anak perempuan kena jaga letak 70 ekor harimau jaga tetapi harus diingat, Ipad, Youtube, Facebook , TV, Movie dalam rumah adalah saluran untuk merosakkan anak-anak kita.

Jika anda tidak sayang anak anda hari ini dan akan datang. Anda tidak perlu baca dan ikut cadangan ini.

Ini adalah ingatan dari saya untuk diri saya dan ingatan buat yang suka diingatkan.

Solat Berjemaah
MukaSurat Al-Quran (Bukan mukabuku)
Spend time bercakap dengan mereka setiap hari.
"Siasat" apa yang mereka buat.
Sentiasa bawa mereka ke masjid dan majlis ilmu sejak dari kecil.

Anak adalah aset kita dunia akhirat tetapi boleh menjadi liabiliti dunia akhirat.

#IngatanBuatDiri

Love
#AzizanOsman
Majlis Penutup Kem Khalifah Super Insan bersama Dr Azizan Osman anjuran Richworks.

Gaji yang berkat

|

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.

Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.

Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham.

Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.
Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?

Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya'ir:
ﺟﻤﻊ ﺍﻟﺤﺮﺍﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺤﻼﻝ ﻟﻴﻜﺜﺮﻩ
ﺩﺧﻞ ﺍﻟﺤﺮﺍﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺤﻼﻝ ﻓﺒﻌﺜﺮﻩ
Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang harampun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.
_____

Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerjabuat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.

Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.

Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.
Kendaraan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah.

Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.

Kening selalu berkerut. ��
Satu persatu penyakit datang menghampir. Akhirnya gaji yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik.

Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat.

Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat !

~  skadar renungan brsama..

Motivasi pelajar

|

Dr Shukri Abdullah
2 hrs · Edited ·

Anak Masuk Universiti ?
Bawa Bersama Michael Jordan !!

Tahniah Mak-Ayah ...
Anak Anda Daftar Program Ijazah Universiti Hari Inikan ?
Satu Nasehat Dari Pengalaman ...

Banyak tahun lalu salah seorang anak saya daftar kat UMS, K.Kinabalu.
Saya beritahu dia : "Husna dari kuliah hari pertama lagi, target 4.0"
4 tahun kemudian di Majlis Konvokesyen dia dipilih untuk memberi ucapan valedictorian - ucapan perpisahan pelajar kpd universiti di majlis gemilang itu. Dia dapat ijazah kelas pertama walaupun giat dan memanjang bermain basketball, aktif dalam pimpinan pelajar, 2 kali mendaki Kinabalu, mengembara di Sungai Padas, menyelam di Sipadan, cruise Sungai Kinabatagan, travel ke Beijing ... dsb. Syukur dia kini sedang menghabiskan PhD di University College of London.

Dalam ucapan valedictorian itu saya cadangkan dia ambil satu petikan dari Michael Jordan. Ini yang saya nak share untuk mak-ayah minta anak-anak yang baru daftar ke universiti beri perhatian.

Kata Michael Jordan, jika seseorang itu mahu berjaya tanya diri sendiri tiga soalan:

How good you want to be ?
Haw far you want to go ?
How hard you want to work ?

Diterjemahkan untuk anak tuan2-puan2 yang mendaftar ke universiti, tanya diri sendiri:

Sehebat mana aku nak jadi ?
Sejauh mana aku nak pergi ?
Sekuat mana aku nak studi ?

Sehebat mana nak jadi : Nak jadi best student atau student biasa2.
Sejauh mana nak pergi : Nak buat setakat ijazah pertama saja atau nak teruskan sampai PhD.
Sekuat mana nak studi : sungguh2 atau "macam orang lain"

Rahsia kejayaan di universiti:
Bawa semangat Michael Jordan !!
Target 4.0 dari hari pertama.
Studi dan usaha secara konsisten.
Bersedia sebelum kuliah.
Buat assigment yang diberi pensyarah bersungguh2.
Rajin berjumpa untuk minta bantuan pensyarah/tutor bila ada keperluan.

Kemudian:
Jaga ibadah. Banyak berdoa.
Selalu ingat pengorbanan dan kasih sayang Mak-Ayah.
Make new friends.
Namun jangan ikut kawan memanjang.
Kena ada prinsip dan pendirian sendiri dalam berkawan.
Ada perkara kita buat sorang.
Ada perkara berbicara dan berdiskusi bersama kawan.
Lupakan dulu bercinta. Sekurang-kurangnya buat sementara.
Ada jodoh tak kemana !
Banyak membaca selain bahan kuliah. Luaskan horizon.
Join kelab2 yang berkaitan dengan bidang pengajian/pengkhususan.
Lebarkan kawan kepada pelbagai eknik.
Melayu, kenali Cina, India, Kadazan, Iban dan lain2.
Usah hadkan kepada satu bangsa, malah satu negeri sahaja !!!!!
Aktif dalam persatuan.
Try new experiences (selagi tidak menyalahi syarak)

Extra nasehat untuk generasi hari ini:
Kawal handphone. Bukan handphone kawal kita.
Control media sosial. Bukan media sosial tenggelamkan kita.
Tanpa dikawal, tanpa disiplin diri: handphone dan media sosial akan jadi "pembunuh impian No. 1" anak anda.

Best wishes.
Selamat maju jaya.
Tahniah pada si anak. Pada si ibu. Pada si ayah.

Kebanyakan manusia tidak memikirkan

|

Motivasi

|

Dr Shukri Abdullah
( Pakar Motivasi Malaysia )
Melayu Mundur & Layu Kerana Sikap Melayu!!!!

Memang mudah tuding jari kepada DAP

Memang senang tuduh MCA atau MIC

Betul ke Cina dan India yang menyebabkan Melayu mundur?

Melayu alpa.
Melayu merempit.
Melayu ambil dadah.
Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.

Di dewan - konsert,
Di padang - konsert,
Di stadium - konset,
Di TV - konsert.

Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Bintang Tua!

Dari Idola Kecil ke Kilauan Emas

Angkara Cina dan Indiakah semua tu?

Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.

Dalam sektor swasta mereka kuasai.

Sukar anak Melayu nak naik pangkat.

Dunia perniagaan mereka control.

Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.

Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.

Melayu juga ada yang diskriminasi Cina dan India.

Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.

Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.

Hingga kini bukan saja remaja Melayu

Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan

Barangkali tok dan tok wan Melayu juga!

Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun leka menyanyi.

Leka bergencok.
Leka berlenggang.
Leka, alpa & lupa diri.

Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.

Jadi kalau ramai yang tau solat tapi tak bersolat.

Terlalu ramai Melayu tak pernah berjemaah di masjid,

Salah Cina dan India lagikah????

Siapa perintah negara setakat ini ....
Cina dan India?

Siapa kesemua PM setakat ini ....
Cina dan India?

Siapa hampir kesemua MB & KM setakat ini ...
Cina dan India?

Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini ...
Cina dan India?

Siapa Ketua Polis dan Ketua Turus Tentera setakat ini ...
Cina dan India?

SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.
Perbaiki bangsa kita.
Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita.
Perbaiki pelajar kita

Dengan menoleh ke dalam diri kita

Dengan muhasabah kesilapan kita

Dengan ikhlas merenung kekurangan kita

Dengan usaha perkasakan bangsa kita.

Hanya Melayu yang Islam boleh maju ke depan.

Melayu yang semakin layu semakin sukar, lambat dan tak nampak jalan kembali!
Kembalilah kpd Islam...

Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.

Kan berkemundang "Haiyya Alal Falah"

Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah ... 5 kali sehari.

Mari berjaya.
Come to success.

Tetapi "Haiyya Alal Falah" didahului dengan "Hayya Alal Solah"

Marilah berjaya ikut acuan Islam.

Mari bersolat,
Mari berjaya.

Come to solat,
come to success.

Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan bangsa sendiri.
Muhasabah kealpaan bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh Cina dan India.

Kita tambah dengan Kadazan dan Iban

Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.

Itu salah kita selama ini.
Usah beralasan lagi.

Marilah kita bersama-sama mencari jalan
Keluar dari kemelut permasalahan

Ayuh Melayu ... sama-sama fikir, sama-sama renung.
Sama-sama bertindak dengan bijaksana.

Bukan emosi tak tentu hala!
Bukan menuding kpd orang lain
Salah diri sendiri kita lupa!!!
Melayu semakin melayu!!!

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB