.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Mesej dari penjara

|

MESEJ DARI PENJARA

Pegawai penjara Pokok Sena Tuan osniezal 65
Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong² radio & di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah² yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh & sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut & kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut & dibiarkan tergantung sampai mati. Harap² dijauhkan, amin…

Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar & juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri & ia diklasifikasikan sebagai senjata & ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara² yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil & terus pasang. Ada empat jenis tali & tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir & ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka & hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun² sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan & Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman & di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam.  Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari & kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin solat, tak kira agama, menunggu dengan tenang & sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat² terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samsul, ‘Ada sesetengah banduan puas hati & beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata² terakhir seorang banduan untuk anak²nya, yang masih Samsul ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai T-shirt putih & seluar solatnya. Ada yang memilih kot & tali leher. Ada yang pakai kasut kulit berharga RM300. Mati penuh bergaya, kata banduan itu dengan jenaka,’ cerita Samsul.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah & doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samsul, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira² 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samsul, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit & banduan akan diturunkan & diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering ingatkan pembantu² saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh ketua saya dahulu,’ kata Samsul.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samsul. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai² murni kepada anak² mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

‘Segala²nya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah
berkaitan dengan dadah.

Kongsilah sbb ini penting untuk mendidik anak² kita ..

Wat sek

|

WAT SEKS....

Sebelum akad nikoh. Tok kadi ngesohke nama ic pengateng laki. Kodi kato nok tanye soalang sket. Pengateng laki deba doh ni.

Kodi: Lame doh kenaa hok puang ni?
Pengantin: Dlm 2 tahung lebih gok
Kodi: Hoo.. molek la.. Mesti gi dating sokmo ni dok?
Pengantin: Kdg2 je Tok, dia dok tengganu saya dok temerloh
Kodi: Doh tok jupe la? Org muda leni ngorat pastu 'wat sek' sokmo la ni

*terangkat punggung pengantin & wali dengor soklang tu*

Pengantin: Mana ada Tok, harang tu!
Kodi: Bakpe harangnyo, kang ada niat nok nikoh. 'Wat sek' la. Barang free! Dop payoh bayor..
Wali: Hoi! Mung tok kodi jgn wat aib anok natu aku gitu depang orang rama ning!!!!
Kodi: Ce wat mari tipong mung aku nak cek
Pengantin: Tipong saya ikut suka saya la nak save mende pung!
Wali: Wi la awang weh kalu mu rasa mu dok wat

***ketor tgn pengantin bg fon ke kodi, muko meroh merang doh***

Kodi: Doh ni fail natang mende?! 'Wat sek' le ning.. ke org panggil mende gining?

***wali cepat2 bangun gi tgok, pengantin pun sama.

Ramai2 pakat kata : "Ooooooo.... WHATSAPP!!!!!!
........������
Hahahahahahaha
P/s: tu pntingnye English Education ..

����������

Wat sek

|

WAT SEKS....

Sebelum akad nikoh. Tok kadi ngesohke nama ic pengateng laki. Kodi kato nok tanye soalang sket. Pengateng laki deba doh ni.

Kodi: Lame doh kenaa hok puang ni?
Pengantin: Dlm 2 tahung lebih gok
Kodi: Hoo.. molek la.. Mesti gi dating sokmo ni dok?
Pengantin: Kdg2 je Tok, dia dok tengganu saya dok temerloh
Kodi: Doh tok jupe la? Org muda leni ngorat pastu 'wat sek' sokmo la ni

*terangkat punggung pengantin & wali dengor soklang tu*

Pengantin: Mana ada Tok, harang tu!
Kodi: Bakpe harangnyo, kang ada niat nok nikoh. 'Wat sek' la. Barang free! Dop payoh bayor..
Wali: Hoi! Mung tok kodi jgn wat aib anok natu aku gitu depang orang rama ning!!!!
Kodi: Ce wat mari tipong mung aku nak cek
Pengantin: Tipong saya ikut suka saya la nak save mende pung!
Wali: Wi la awang weh kalu mu rasa mu dok wat

***ketor tgn pengantin bg fon ke kodi, muko meroh merang doh***

Kodi: Doh ni fail natang mende?! 'Wat sek' le ning.. ke org panggil mende gining?

***wali cepat2 bangun gi tgok, pengantin pun sama.

Ramai2 pakat kata : "Ooooooo.... WHATSAPP!!!!!!
........������
Hahahahahahaha
P/s: tu pntingnye English Education ..

����������

Tazkirah

|

��������������������

Prof Dr Muhaya :-

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.

• Allah akan sibukkan kita dengan harta.

• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada
orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu
menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun
ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

��������������������

CARA UNTUK JADI KAYA

|

Ustaz Azhar Idrus

July 30 at 1:50pm · 

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

SHARE utk semua dgn harapan kita semua menjadi orang KAYA...

Iktibar kisah ikan

|

Ulama' memberi perumpamaan.
Ada seekor katak yg nampak nelayan sedang memancing. Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan. Katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu. Katak itu beritahu pada ikan. "jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akan dibakar atas api. mereka akn makan makan kau ( sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat )".

Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar. Dia yakin yg dia akan di bakar, kulitnya akan disiat, perutnya akan dibelah.

Ikan itu sangat menyesal. Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.
Ulama' beritahu.

Keadaan sama pada kita manusia, bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja. Bila sudah mati ,hijab akhirat akan dibuka. Kita nampak manusia yg dibakar atas api. Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran. Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yg berlaku di atas darat. sahabatku yg disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini. Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam. semoga Allah beri kita kefahaman .
Aamiin Allahumma Aamiin...
.
#BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH

Cerita orang bini emepat

|

Cerita orang bini empat...

RAJA DAN 4 ISTERINYA

ملك كان متزوج 4 زوجات
Seorang raja memiliki 4 orang isteri.

كان يحب الرابعة حبا جنونيا
ويعمل كل ما في وسعه لإرضائها .
Raja sangat mencintai isteri yang ke-4, cinta yang tergila-gila. Bahkan dia terus berupaya mendapatkan redhanya.

��
أما الثالثة فكان يحبها أيضا ولكنه يشعر أنها قد تتركه من أجل شخص آخر .
Adapun isteri yang ketiga, juga sangat dicintainya. Tapi dia berasa isteri ini berpotensi meninggalkannya dan bernikah dengan lelaki lain.
��
الثانيه كانت هي من يلجأ إليها عند الشدائد وكانت دائما تستمع إليه وتتواجد عند الضيق .
Adapun isteri yang kedua, adalah tumpuannya selama ini dalam susah dan duka. Dialah yg selalu memperhatikan suaminya dan berada disampingnya di kala sempit.
��
أما الزوجة الأولى فكان يهملها ولا يرعاها ولا يؤتيها حقها مع أنها كانت تحبه كثيرا وكان لها دور كبير في الحفاظ على مملكته .
Adapun isteri pertama, sering diabaikannya, tidak dirawatnya dan tidak ditunaikan hak-haknya. Padahal dialah isteri yang paling mencintainya, dan berperanan penting dalam menjaga kerajaannya.
��
مرض الملك وشعر باقتراب أجله ففكر وقال :
أنا الآن لدي 4 زوجات ولا أريد أن أذهب إلى القبر وحيداً .
Suatu hari raja jatuh sakit dan berasa ajalnya sudah dekat. Dia merenung dan berkata kepada dirinya: Aku punya 4 isteri. Aku tidak mahu sendirian masuk kubur.
��
فسأل زوجته الرابعه :
أحببتك أكثر من باقي زوجاتي ،
ولبيت كل رغباتك وطلباتك ،
فهل ترضين أن تأتي معي لتؤنسيني
في قبري ❔
فقالت : ( مستحيل )
وانصرفت فورا بدون إبداء أي تعاطف
مع الملك ❕
Maka dia bertanya kepada isteri yang ke 4: Engkaulah isteri yang paling aku cintai daripada semua isteri-isteriku. Dan aku penuhi semua keinginan dan permintaanmu. Sekarang, mahukah kamu menemani aku di kubur dan menghiburkanku?
Isteri ke 4 menjawab: Mustahil aku lakuan itu.
Dia pun berlalu meninggalkan suaminya dan tidak mempedulikannya.
��
فأحضر زوجته الثالثه :
وقال لها : أحببتك طيلة حياتي فهل ترافقيني في قبري ❔
فقالت : ( بالطبع لا )
الحياة جميلة وعند موتك سأذهب وأتزوج من غيرك ❕
Dipanggilnyalah isteri ke 3: "Aku mencintaimu sepenuh hidupku. Mahukah kamu menemaniku di kuburku?"
Isteri ke 3 menjawab: "O pastilah aku tidak mahu. Kehidupan sepeninggalmu terlalu indah. Aku akan kahwin dengan lelaki lain...."
��
فأحضرالزوجة الثانيه :
وقال لها : كنت دائما ألجأ إليك عند الضيق وطالما ضحيت من أجلي وساعدتيني ،
فـهل ترافقيني في قبري ❔
فقالت : سامحني لا أستطيع تلبية طلبك ،
ولكن أكثر ما أستطيع فعله هو ،
أن أوصلك إلى قبرك ❕
Lalu dia panggil isteri ke 2: Aku dulu selalu bersandar kepadamu di kala susah. Dan engkau selalu berkorban utukku. Mahukah kamu menemaniku di kuburku?
Isteri ke 2 menjawab: "Maafkan aku, aku tidak boleh menemanimu. Tetapi aku akan menghantarmu sampai ke liang kuburmu.."
��
حزن الملك حزنا شديدا ،
على جحود هؤلاء الزوجات .
Raja sangat sedih sekali, kerana semua isterinya telah durhaka kepadanya...
��
وإذا بصوت يأتي من بعيد ويقول :
Tiba-tiba ada suara dari jauh, berkata:
أنا أرافقك في قبرك ❕
أنا سأكون معك أينما تذهب ❕
"Aku akan menemanimu di kuburmu... aku akan selalu bersamamu ke manapun kau pergi....!"
��
فـنظر الملك ، فـإذا بزوجته الأولى ،
وهي في حالة هزيله ضعيفه مريضه ،
بسبب إهمال زوجها لها ،
فـندم الملك على سوء رعايته لها ،
في حياته .
Raja menengok ke arah suara itu, rupanya isterinya yang pertama, keadaannya sangat kurus, lemah dan sakit, kerana telah disia-siakannya. Maka raja pun menyesal atas buruknya perhatiannya kepada isteri pertama selama hidupnya.

وقال :
كان ينبغي لي أن أعتني بك أكثر من الباقين
ولو عاد بي الزمان لكنت أنت أكثر من أهتم به من زوجاتي الأربعه .
Suami berkata: "Seharusnya aku lebih memperhatikanmu berbanding yang lain. Kalau waktu boleh kembali, nescaya engkaulah yang paling aku perhatikan daripada seluruh isteriku.

��
{ في الحقيقه أحبائي الكرام }

كلنا لدينا 4 زوجات ؛
Sebenarnya wahai saudara tercinta, semua kita mempunyai 4 isteri.
��
{ الرابعه }
الجسد :
مهما اعتنينا بأجسادنا وأشبعنا شهواتنا ،
فستتركنا الأجساد فورا عند الموت .
Yang ke 4 itu adalah jasad kita. Betapapun kita memperhatikannya, menuruti syahwatnya, kita akan segera meninggalkan jasad kita ketika mati.
��
{ الثالثه }
الأموال والممتلكات :
عند موتنا ستتركنا وتذهب لأشخاص آخرين .
Yang ke 3 adalah harta dan aset kita. Ketika kita mati ia akan pergi berpindah tangan kepada pemilik yang lain.
��
{ الثانيه }
الأهل والأصدقاء :
مهما بلغت تضحياتهم لنا في حياتنا ،
فلا نتوقع منهم أكثر من إيصالنا للقبور ،
عند موتنا .
Yang ke 2 adalah keluarga dan teman-teman, betapapun pengorbanannya kepada kita selama hidup, maka saat mati takkan lebih pengorbanannya daripada menghantarkan ke kuburan.
��

{ الأولى }
العمل الصالح :
ننشغل عن تغذيته والاعتناء به ،
على حساب شهواتنا وأموالنا وأصدقائنا ?
مع أن اعمالنا هي الوحيدة التي ستكون معنا في قبورنا .
Yang pertama adalah amal soleh. Kita terlanjur sibuk dan lalai daripada memberinya makanan dan perhatian, demi memenuhi syahwat, harta, dan teman-teman kita. Padahal amalan kitalah satu-satunya yang akan bersama kita dalam kubur.
��
يا ترى إذا تمثل عملك لك اليوم
على هيئة إنسان ........
كيف سيكون شكله وهيئته ؟؟؟...
هزيل ضعيف مهمل ؟
أم قوي مدرب معتنى به ؟
Kira-kira, seandainya amalanmu hari ini tampil di hadapanmu dalam bentuk manusia, bagaimanakah kira-kira bentuknya? Kurus, lemah dan terlantar? Ataukah kuat, cergas dan terurus?
��
Allahul Musta'an...

Pengajaran jerebu

|

Satu prkongsian buat rakan2 group ...pasal
Jerebu dengan asap jerebu yang menyesakkan sistem pernafasan.

Teringat pada ucapan himpunan mingguan (khutbah jumaat) oleh khatib di Masjid As-Solihin Padang Jawa pada 18 September yang lalu, "Kita sibuk mencari siapakah yang bertanggungjawab membakar hutan di Indonesia akan tetapi kita tidak menghiraukan siapakah yang mengawal angin membawa asap hingga ke Malaysia, siapakah yang menentukan bencana, siapakah yang berkuasa ke atas setiap ketentuan; iaitu Allah swt". Khatib yang menyampaikan khutbah tanpa teks tersebut juga mengaitkan suasana semasa dengan peristiwa yang tercatit dalam Surah Ad-Dukhan (Surah Asap). "Jerebu adalah bala daripada Allah dan bukan sekadar fenomena alam biasa", ayat-ayat tersebut masih lagi segar walaupun setelah 9 hari.
.
Sukar untuk diterima, namun hakikatnya manusia masa kini (khususnya umat Islam) semakin jauh dari cara hidup sebenar (Islam). Dari sudut Sains dan ilmu pengetahuan yang berfokuskan fakta sebab dan akibat, memang tidak dinafikan asap jerebu tebal disebabkan pembakaran hutan luas dan terbuka seterusnya Malaysia turut menerima kesan jerebu diakibatkan oleh pergerakan angin. Dari sudut pandang ilmu pengetahuan tersebut, amat mudah untuk kita terus menyalahkan mereka yang bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan tersebut.
.
Namun demikian, tidaklah lengkap ilmu pengetahuan tanpa ilmu pengenalan. Bertepatan dengan pandangan Syed Naquib al-Attas terhadap ilmu yang perlu dilengkapi dengan husul (tiba makna dalam diri) dan wusul (tiba diri pada makna), umat manusia beruntung kerana dapat  al-Quran, "kitab yang tiada keraguan padanya" (2:2), sebagai sumber utama dalam menghadirkan diri pada makna.
.
Berbalik kepada konteks ilmu pengenalan mengenai jerebu, kejadian ini merupakan satu bala, ancaman dan peringatan dari Allah azza wa jalla. Ucapan ceramah daripada Almarhum Ustaz Fadzil Noor pada 2 dekad lepas antara teks mengenai bala jerebu yang popular dikongsi di internet. Beliau yang dalam ucapannya telah menghuraikan kisah kaum terdahulu di dalam Surah ad-Dukhan, turut menyimpulkan kejadian jerebu berpunca daripada kemaksiatan dan kederhakaan manusia dalam menuruti perintah Allah.
.
Justeru, kita seharusnya saling menasihati dan mengingati untuk kembali kepada cara hidup Islam dari segala aspek termasuk kemasyarakatan, politik, perundangan dan kewangan.
.
Adakah kita yakin mengikuti Islam andai fitnah/syak/mengumpat menjadi buah mulut dan andai status/pangkat/bangsa menjadi penghalang silaturrahim?
Adakah politik kita menepati Islam andai khianat dan pecah amanah menjadi kebiasaan serta penipuan menjadi perkara halal?
Adakah perundangan kita mengikuti syariat Allah andai hukum Islam tidak digazetkan dan andai terdapat golongan yang kebal daripada perundangan?
Adakah kewangan kita menuruti Islam sepenuhnya jika melakukan transaksi dengan perusahaan patuh syariah tanpa menggunakan matawang dinar?
.
.
(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama. Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan. (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!. [Ad-Dukhan 44:9-12]
.
Jerebu bukan hanya bala, ia juga sebagai peringatan. Andai kita tidak mengambil iktibar, tunggulah saat jerebu yang berlarutan sehingga 40 hari.

DOSA BESAR

|

"DOSA YG LEBIH BESAR DARI ZINA"

RENUNGAN BUAT KITA

Satu senja seorang perempuan melangkah kaki menghampiri kediaman Nabi Musa as, setelah memberi salam dia pun masuk ke dalam rumah Nabi Musa as sambil menundukkan mukanya.

Sambil menangis dia berkata, Wahai Nabi Allah, tolong lah saya doakan agar Allah mengampunkan dosa keji saya.

Apakah dosa kamu tanya Nabi Musa as lalu dijawab oleh perempuan itu, saya takut untuk mengatakannya.

Katakanlah jangan ragu-ragu desak Nabi Musa, maka perempuan itu pun dengan takut memberitahu yang dia telah berzina hingga melahirkan anak kemudian dia mencekik anak itu hingga mati.

Nabi Musa yang mendengar cerita itu merasa marah sehingga kepalanya terangkat, hatinya tersentak dan mata berapi-api lalu Baginda mengherdik perempuan itu dengan berkata.

Wahai perempuan celaka keluar lah dari rumah aku kerana aku tidak mahu dosa jatuh ke dalam rumah aku jerit Nabi Musa kepada perempuan itu dengan pandangan yang jijik.

Hati perempuan itu bagai kaca membentur batu, hancur luluh, sambil menangis dia pun keluar dari rumah Nabi Musa dan tak tau lagi tempat mengadu. Bila seorang Nabi sudah menolaknya bagaimana pula manusia lain menerimanya.

Setelah perempuan itu pergi Jibril pun datang menemui Nabi Musa lalu berkata, mengapa engkau menolak perempuan yang hendak BERTAUBAT DARI DOSANYA? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar dari berzina, soal Jibril.

Nabi Musa terkejut, dosa apa yang lebih besar dari kekejian perempuan penzina dan pembunuh itu lalu Baginda bertanya kepada Jibril, apakah ada dosa yang lebih besar dari itu.

Jawab Jibril, ya ada iaitu ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA DAN TIDAK MENYESAL.

Dosanya lebih daripada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan Jibril Nabi Musa pun memanggil perempuan tadi lalu memohon ampunan kepada Allah.

Nabi Musa menyedari yang orang yang meninggalkan solat tanpa penyesalan menganggap remeh perintah Allah sedangkan bertaubat dan menyesali dengan bersungguh atas dosa yang dilakukan masih mempunyai IMAN di dadanya dan yakin yang ALLAH ITU ADA.

JADIKAN KISAH INI SEBAGAI PENGAJARAN.

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB