.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Apa itu wahabi

|

"ustaz, Wahhabi tu apa? Mohon pencerahan..."

Ok, disebabkan saya malas dah nak jawab secara skema (sebab dah dijawab dalam post yang lepas secara skema dan saksama), kali ni saya nak jawab cara sketsa...

Al-kisah disebutkan bahawa Pak Mat mempunyai dua orang anak yang taat pada bapanya. Seorang nama Wahhab, seorang lagi nama Syafi'e.

Mereka berdua selalu berlumba-lumba untuk penuhi apa sahaja kemahuan ayah kesayangan mereka.

Pada suatu hari....

Pak Mat (PM): Uhuk! uhuk! (batuk), sape-sape tolong ambil air untuk ayah kejap... (kata beliau kepada dua orang anaknya).

Wahhab dan Syafi'e pun berlari-lari untuk mendapatkan air. Tetapi yang anehnya, Wahhab berlari ke tandas manakala Syafi'e berlari ke dapur.

Tak lama lepas tu, masing-masing menghadap ayah mereka. Di tangan Wahhab ada sebaldi air dari tandas dan di tangan Syafi'e ada secawan air tapisan mesin Korea dari dapur.

PM: Eh Wahhab, kenapa kau bawa air sebaldi ni??

Wahhab (W): Kan ayah cakap "bawakan air", jadi berdasarkan teks ungkapan ayah, air mesti dibawa kepada ayah. Saya bawalah air ni. Saya telah menunaikan tanggungjawab saya.

PM: Tapi ayah mintak air untuk minum la....bawak secawan sudah la... (muka sedih)...

W: Apa dalil dari teks arahan ayah yang menunjukkan ayah nak air untuk minum? Dalil mana, dalil? Ayah cakap nak air je, tak cakap pun nak minum ke, nak secawan ke? Kalau tak ada dalil, ianya jadi bidaah dan perlu ditolak."sesungguhnya setiap yang baru itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat, dan setiap yang sesat itu akan ke neraka...."

PM: *kelepek!* (tampar dahi sendiri)..adoi la... wahhabi punya anak...!

W: Apa salah saya? Hanya kerana saya ingin kembali kepada teks asal ayah yang sahih, saya dituduh Wahhabi? (sedih sambil berselfie) *kechak!*

(pastu update status dalam fb: "sesungguhnya dakwah salafiyyah ini penuh rintangan, sungguh memedihkan apabila ayah sendiri merupakan ahli bidaah, ‪#‎pray4PakMat‬ ").

PM: Haa, kamu Syafi'e, tahu pulak ayah nak air secawan? Ayah tak cakap pun nak air secawan untuk minum?

Syafi'e: Oh.. itu mudah saja ayah. Sebelum saya memahami apa-apa arahan daripada ayah melalui "teks-teks/ayat-ayat perintah" yang keluar daripada mulut ayah, saya akan melihat seluruh keadaan dan dalil-dalil lain.

Saya lihat ayah terbatuk, batuk itu sering diqiyaskan dengan sakit tekak atau tekak berkahak, jadi secara dalil umum, dapat diketahui orang yang batuk minta air itu pasti untuk diminum.

Kemudian saya lihat pula keadaan ayah yang sedang bersandar di kerusi, tak mungkin ayah nak basuh kereta, maka fahamlah saya bahawa kehendak sebenar daripada "arahan ayah" tadi ialah bawakn air secawan untuk diminum.

Jadi selepas saya meneliti semua dalil yang ada, sababul wurudnya (sebab-sebab arahan tu dikeluarkan),kaedah nahunya dan semua sisi, lalu saya berijtihad dengan segala kemampuan yang ada tanpa hanya bergantung kepada makna zahir teks yang asal, maka keputusan akhir saya dalam memahami perintah ayah itu ialah ayah perlukan secawan air.

PM: Haaaaaa.... macam ni lah kehendak ayah yang sebenar.... memang terbaiklah...! ayah doakan kamu dikekalkan kefahaman agama seperti ini dan yang mengikutimu sehingga kiamat.

Via ustaz ibnu batoota

Keistimewaan bulan sya'ban

|

IRSYAD FATWA KE-28: BULAN SYA’BAN: KEISTIMEWANYA MENGIKUT NERACA NAS
DITULIS OLEH ADMIN PMWP PADA 27 MEI 2015. DITERBITKAN DI DALAM IRSYAD FATWA

Mukaddimah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan kepada nabi Muhammad SAW begitu juga keluarga, para sahabat dan yang menikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Dalam ruangan tazkirah ringkas ini, suka saya nyatakan isu berkaitan bulan Sya’ban dan beberapa hukum fiqh agar kita benar-benar memahami mengikut neraca nas syarak.

Dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami akan kemukakan berkenaan dengan isu Bulan Sya’ban: Keistimewanya Mengikut Neraca Nas. Semoga kita diberi kefahaman dengan sebaiknya dalam isu ini.

Kelebihan Puasa Bulan Sya’ban

Ada banyak dalil yang menunjukkan galakan berpuasa pada bulan Sya’ban termasuk amalan Rasulullah SAW. Antaranya:

Pertama: Daripada Abu Salamah RA berkata, aku bertanya kepada  Aisyah R.Anha tentang puasanya Nabi SAW. Lantas beliau menjawab:

كانَ يَصومُ حتَّى نَقولَ قَد صامَ ويُفطِرُ حتَّى نَقولَ قد أفطَرَ ولم أرَهُ صامَ مِن شَهْرٍ قطُّ أَكْثرَ مِن صيامِهِ من شعبانَ كانَ يَصومُ شَعبانَ كُلَّهُ كانَ يَصومُ شعبانَ إلَّا قَليلًا

Maksudnya: "Beliau biasanya berpuasa sampai kami mengatakan sungguh telah berpuasa (terus). Dan beliau berbuka sampai kami mengatakan sungguh beliau telah berbuka. Dan aku tidak melihat beliau   berpuasa  yang lebih banyak dibandingkan pada bulan Sya’ban. Biasanya beliau berpuasa pada bulan Sya’ban semuanya, dan biasanya beliau berpuasa pada bulan sya’ban kecuali sedikit."

Riwayat Muslim (1156)

Kedua: ‘Aisyah RAnha memberitahu Abu Salamah:

لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ

“Nabi SAW tidak pernah berpuasa pada suatu bulan yang lebih banyak dari bulan Sya’ban. Beliau berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya.”

Riwayat al-Bukhari (1834)

Para ulama berbeza pendapat dalam memahami hadis ini. Sebahagian daripada mereka menyatakan kadangkala Rasulullah berpuasa penuh, dan adakalanya Rasulullah berpuasa pada sebahagian besar dari keseluruhan bulan Sya’ban. Manakala sebahagian lagi berpendapat menyatakan bahawa Rasulullah SAW hanya berpuasa sebahagian besar dari bulan Sya’ban dan tidak pernah berpuasa untuk keseluruhan bulan Sya’ban.

Dari perbezaan pendapat yang timbul ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menguatkan pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah hanya berpuasa pada sebahagian besar dari keseluruhan bulan Sya’ban dan bukan keseluruhan dari bulan Sya’ban. Beliau menukilkan perkataan Imam Ibn al-Mubarak:

جائر في كلام العرب إذا صام أكثر الشهر أن يقول صام الشهر كله ويقال قام فلان ليلته أجمع ولعله قد تعشى واشتغل ببعض أمره

“Menurut konteks bahasa Arab, apabila seseorang berpuasa pada sebahagian besar dari sesuatu bulan maka boleh dikatakan dia berpuasa sebulan penuh. Dikatakan si fulan solat sepanjang malam padahal ada kemungkinan dia masih makan malam serta sibuk dengan urusan lain.”[1]

Ini dikuatkan lagi dengan hadis-hadis yang lain sebagaimana disebutkan di atas daripada ‘Aisyah yang mafhumnya,

“Aku tidak pernah mengetahui Rasulullah SAW berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan.”

Hadis Riwayat al-Bukhari (1833)

Juga berdasarkan kefahaman yang dapat diambil daripada sabda Rasulullah SAW:

لَا يَتَقَدَّمَنَّ أَحَدُكُمْ رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمَيْنِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمَهُ فَلْيَصُمْ ذَلِكَ الْيَوْمَ

Maksudnya:“Jangan salah seorang di antara kamu mendahului puasa Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya melainkan bagi orang yang sudah biasa berpuasa pada hari tersebut, maka bolehlah dia berpuasa pada hari tersebut.”

Riwayat al-Bukhari (1781)

Maka dari apa yang dapat difahami di sini kita disunnahkan supaya memperbanyakkan puasa sunnah di dalam bulan Sya’ban berbanding bulan-bulan selainnya. Dan tidak dianjurkan berpuasa sebulan penuh sebagaimana pendapat yang lebih tepat.

Ketiga: Daripada A’isyah R.Anha, beliau mengatakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  يَصُوم
ُ حَتَّى نَقُولَ: لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ: لاَ يَصُومُ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ

Maksudnya: “Terkadang Nabi SAW puasa beberapa hari sampai kami katakan: Beliau tidak pernah tidak puasa, dan terkadang beliau tidak puasa terus, hingga kami katakan: Beliau tidak melakukan puasa. Dan saya tidak pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa sebulan penuh kecuali di bulan Ramadhan, saya juga tidak melihat beliau berpuasa yang lebih sering ketika di bulan Sya’ban.

Riwayat Bukhari (1969) dan Muslim (1156)

Antara sebab Rasulullah SAW berpuasa pada bulan Sya’ban pada kebanyakkan harinya telah dinyatakan sendiri oleh Baginda SAW.

شعبانُ بين رجبَ ورمضانَ يغفلُ الناسُ عنه تُرفعُ فيه أعمالُ العبادِ فأُحِبُّ أن لَا يَرْفَع عَمَلِي إَلَّا وأنَا

صَائِمٌ

Maksudnya: Bulan Sya’ban, ada di antara bulan Rajab dan Ramadhan, banyak manusia yang melalaikannya. Saat itu amal manusia diangkat, maka aku suka jika amalku diangkat ketika aku sedang puasa.

Riwayat An-Nasai, 1/322 dalam kitab Al-Amali. Hadith Hasan

Keempat: ‘Usamah Ibn Zaid pernah bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada suatu bulan sebagaimana engkau berpuasa pada bulan Sya’ban?” Rasulullah menjawab:

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya:“Sya’ban adalah bulan yang terletak di antara Rejab dan Ramadhan yang sering dilupakan oleh manusia. Ia adalah bulan yang di dalamnya amal-amal perbuatan akan diangkat ke sisi Tuhan semesta alam. Maka aku lebih suka apabila amalku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa.”

Riwayat al-Nasa’i (2357)

Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan kelebihan malam Nisfu Sya’ban antaranya:

Pertama: Sabda Rasulullah SAW  

إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إِلَّا لِمَشْرِكٍ أَوْ مُشَاحنٍ

Maksudnya: Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)

Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. 3/135.

Sebahagian ulama hadis mensahihkannya, manakala sebahagian lain pula mengingkari kesahihannya. Hadis ini diriwayatkan dari jalur sanad beberapa sahabat, iaitu Mu’az Ibn Jabal, Abu Tha’labah al-Khusyani, ‘Abdullah Ibn ‘Umar, Abu Musa al-Asyari, Abu Hurairah, Abu Bakar al-Siddiq, ‘Auf Ibn Malik, dan ‘Aisyah R.Anhum. Hadith ini antaranya telah diriwayatkan oleh Ibn Majah, Ibn Abi Syaibah, ‘Abd al-Razzaq, al-Tabarani, al-Bazzar, dan al-Mundziri.

Secara umum antara ulama yang mensahihkannya adalah Ibn Hibban, Ibn Hajar al-Haithami, dan lain-lain. Manakala antara yang menjelaskan kedhaifannya adalah Syeikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwadzi bi Syarah Jami’ al-Tirmidzi.

Seandainya sahih sekalipun hadis ini, maka ia hanya menunjukkan keutamaan malam Nisfu Sya’ban secara umum. Sebagaimana kata Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, “Dalam hal ini, pendapat yang dipegang oleh majoriti atau sebahagian besar ulama sama ada dari kalangan sahabat kami ataupun dari selainnya, mereka menyatakan bahawa malam nisfu Sya’ban adalah malam yang memiliki keutamaan.”[2]

Oleh karena keutamaan  malam Nisfu Sya’ban memiliki dasar yang sangat kuat, umat Islam sejak generasi salaf banyak yang menghidupkannya dengan aneka ragam ibadah seperti solat, doa dan lain-lain.

Kami kemukan di sini beberapa pendangan ulama berkenaan dengan malam Nisfu Sya’ban antaranya:

Pertama: Al-Imam al-Syafi’i berkata dalam kitab al-Umm sebagai berikut:

بَلَغَنَا أَنَّهُ كان يُقَالُ إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ في خَمْسِ لَيَالٍ في لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ من رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ من شَعْبَانَ

Maksudnya: “Tel
ah sampai kepada kami bahwasanya selalu dikatakan bahwa permohonan akan dikabulkan dalam lima malam, yaitu malam Jum’at, malam hari raya Idul Adha, malam hari raya Idul Fitri, awal malam di bulan Rajab dan malam Nisfu Sya’ban[3]

Kedua: Syeikh al-Islam IbnTaimiyah, dalam fatwanya menyebut berkenaan solat malam Nisfu Sya’ban , lantas beliau menjawab:

إِذَا صَلَّى اْلإِنْسَانُ لَيْلَةَ النِّصْفِ وَحْدَهُ أَوْ فِيْ جَمَاعَةٍ خَاصَّةٍ كَمَا كَانَ يَفْعَلُ طَوَائِفُ مِنَ السَّلَفِ فَهُوَ حَسَنٌ. وَقَالَ فِيْ مَوْضِعٍ آخَرَ : وَأَمَّا لَيْلَةُ النِّصْفِ فَقَدْ رُوِيَ فِيْ فَضْلِهَا أَحَادِيْثُ وَآَثاَرٌ وَنُقِلَ عَنْ طَائِفَةٍ مِنَ السَّلَفِ أَنَّهُمْ كَانُوْا يُصَلُّوْنَ فِيْهَا فَصَلاَةُ الرَّجُلِ فِيْهَا وَحْدَهُ قَدْ تَقَدَّمَهُ فِيْهِ سَلَفٌ وَلَهُ فِيْهِ حُجَّةٌ فَلَا يُنْكَرُ مِثْلُ هَذَا.

Maksudnya: “Apabila seseorang menunaikan solat pada malam Nisfu Sya’ban, sendirian atau bersama jamaah tertentu sebagaimana dikerjakan oleh banyak kelompok kaum salaf, maka hal itu baik.” Di tempat lain, Ibn Taimiyah juga berkata: “Adapun malam Nisfu Sya’ban, telah diriwayatkan banyak hadits dan atsar tentang keutamaannya dan telah dikutip dari sekelompok kaum salaf bahwa mereka menunaikan solat pada malam itu. Jadi solat yang dilakukan oleh seseorang sendirinya pada malam tersebut, telah dilakukan sebelumnya oleh kaum salaf dan ia mempunya hujjah, oleh karena itu hal seperti ini tidak boleh diingkari.[4]

Ketiga: Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali, dalam kitabnya Lathaif al-Ma’arif  menyatakan:

وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ التَّابِعُوْنَ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ يُعَظِّمُوْنَهَا وَيَجْتَهِدُوْنَ فِيْهَا فِي الْعِبَادَةِ، وَكَانَ خَالِدُ بْنِ مَعْدَانَ وَلُقْمَانُ بْنِ عَامِرٍ وَغَيْرُهُمَا مِنْ تَابِعِي الشَّامِ يَقُوْمُوْنَ فِي الْمَسْجِدِ لَيْلَةَ النِّصْفِ، وَوَافَقَهُمُ اْلإِمَامُ إِسْحَاقُ ابْنُ رَاَهَوْيه عَلىَ ذَلِكَ، وَقَالَ فِيْ قِيَامِهَا فِي الْمَسَاجِدِ جَمَاعَةً : لَيْسَ ذَلِكَ بِبِدْعَةٍ .

Maksudnya: “Malam Nisfu Sya’ban, kaum Tabi’in dari penduduk Syam mengagungkannya dan bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada malam tersebut. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan lain-lain dari kalangan tabi’in Syam mendirikan shalat di dalam Masjid pada malam Nisfu Sya’ban. Perbuatan mereka disetujui oleh al-Imam Ishaq Ibnu Rahawaih. Ibnu Rahawaih berkata mengenai shalat sunnah pada malam Nisfu Sya’ban di Masjid-masjid secara berjamaah: “Hal tersebut tidak termasuk bid’ah.”[5]

Nas Yang Dikatakan Tidak Benar atau Maudhu’.

Terdapat beberapa nas yang selalu kita dengar tetapi dibahaskan oleh ulama secara panjang lebar antaranya dikatakan.

Pertama: Ali RA bahawa Nabi SAW bersabda:

إذا كانَ ليلةُ النِّصفِ من شَعبانَ ، فقوموا ليلَها وصوموا نَهارَها ، فإنَّ اللَّهَ يَنزلُ فيها إلى سماءِ الدُّنيا ، فيقولُ: ألا من مُستَغفرٍ فأغفِرَ لَهُ ، ألا مِن مُسترزقٌ فأرزقَهُ ألا من مُبتلًى فأعافيَهُ ألا كذا ألا كذا ، حتَّى يطلُعَ الفجرُ

Maksudnya: Jika sekiranya malam nisfu syaban maka hendaklah kamu melakukan qiyam dan berpuasa pada keesokan harinya. Kerana sesungguhnya Allah turun pada malamnya tatkala tenggelamnya mata hari kelangit duni seraya berfirman: Adakah dikalangan orang yang minta ampun kepadaku nescaya aku ampunkannya Adakah dikalangan orang yang minta rezki nescaya aku rezkikannya. Adakah orang yang terkena bala atau sakit nescaya aku sembuhkannya, adakah begian, adakah begian, sehingga terbitnya fajar

Riwayat Ibn Majah dan dinukilkan oleh Ibn Rajab Dalam Lathaif al-Ma’arif

Perbahasan Hadith Ini

Hadis ini dihukum maudhu’ oleh pengarang al-Manar. Ini kerana pada sanadnya Abu Bakar bin Abdullah bin Muhammad yang ma’ruf dengan nama Ibn Abi Sabrah. Imam Ahmad mempertikaikannya. Yahya bin Ma’in berkata beliau adalah yang mendustakan hadis.

Syeikh Muhammad Rasyid ridha berkata hadis ini maudhu’ dan seumpama ini tidak harus mengithbatkan hukum syarie dengannya.

Kedua: Hadis daripada Aisyah R.Anha katanya: Rasulullah SAW mafhumnya :

“Sesungguhnya Allah turun pada malam Nisfu Sya’ban kelangit dunia dan mengampunkan manusia lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kalb.

Riwayat Imam Ahmad: 2610, Turmuzi, 739, Ibn
Majah: 1389. Imam Turmuzi menyebut bahwa Imam Bukhari mendhaifkannya. Imam Syaukani menyebut pada hadis A’syah terdapat dhaif dan terputus.

Walaupun begitu sebahagian ulama mutaakhirrin mansahihkannya kerana banyak jalannya. Saya cenderung kepada pendapat mutaakkhirin berkenaan dengan hadis Aisyah ini.

Penutup

Beramal untuk kehidupan kita janganlah dibatasi hanya pada hari dan malam tertentu kecuali terdapatnya nas sahih atau dhaif bukan madhu’ atau dusta. Berkenaan dengan apa yang dinukilkan oleh Ibn  Rejab dalam Lathaif al-Ma’arif halaman 441 dengan bersandarkan kepada perbuatan tabien dan ahli Syam ada pendapat mengatakan bahawa mereka mengambil pendapat athar Israeiliyat yang mana kebanyakkan ulama Hijaz menganggapnya sebagai bida’ah.

Saya nyatakan di sini beberapa perkara, jika kita ingin beramal pada bulan Sya’ban terutamanya malam Nisfu Sya’ban.

Pertama: Pandulah mengikut hadis yang sahih ataupun yang dhaif.

Kedua: Jangan sesekali berpegang dengan hadis maudhu’ kerana ia dusta

Ketiga: Jangan beriktikad apa yang tiada nas sebagai syariat

Keempat: Lihatlah juga secara ihtiyat  supaya tidak tergelincir daripada perbuatan yang menyalahi nas. Imam Syaukani pernah berkata, “Dalam al-Fawaid al-Majmuaah halaman 15, telah diriwayatkan solat pada malam ini (nisfu Sya’ban) mengikut pelbagai sumber semuanya batil dan maudhu’.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk beramal mengikut neraca syariat yang sebenarnya. Marilah sama-sama kita muhasabah diri sebelum kedatangan Ramadhan untuk mengislahkan diri dalam mencapai mardhatillah, Amin.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

____________________________________

[1] Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/214

[2] Iqtidha’ ash-Shirathal Mustaqim, 1/302

[3] al-Umm [1/231]).

[4] Majmu’ Fatawa Ibni Taimiyah [3/131-132].

[5]

Didik Anak mu..

|

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

semoga bermanfaat

Doa

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Isnin                                                       
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah ampunilah dosa dosa kami, Ya Allah sanyangilah kami, Ya Allah tutupilah aib kami, Ya Allah tambahkanlah rezeki kami, Ya Allah berilah kami petunjuk, Ya Allah sihatkanlah kami dan Ya Allah maafkan kami.

Ya Allah berilah kami hati yang jernih agar kami selalu bersyukur diatas kekurangan yang kami miliki agar kami merasa cukup dalam kekurangan.

Ya Allah ajar kami untuk redha dan ikhlas agar kami tidak mengeluh bila kebahagiaan kami tidak lagi sempurna.

Ya Allah jika kami tiada rezeki wang ringgit yang banyak, berilah kami rezeki kesihatan dan jadikan kami lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Ya Allah jika tiada rezeki rumah yang besar, berikan kami rezeki makanan yang tidak pernah putus.

Ya Allah, ingatkan kami jika tiada rezeki hari pada hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Ya Allah bahagiakanlah kami dengan rezeki yang tidak dijangka.

Ya Allah, sekiranya kami
keluar dari landasan`Mu, berikanlah kami petunjuk`Mu yang lurus dan yang haq.

Ya Allah, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami berikanlah Nur cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Ya Allah, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.

Ya Allah sesungguhnya hanya kepada`Mu-lah kami berserah diri.

Ya Allah, seandainya saatnya tiba, Engkau memanggil kami untuk kembali ke sisi`Mu, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`Mu.

Ya Allah segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`Mu. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`Mu hanya Engkau-lah yang menilai semua perbuatan kami.

Ya Allah jadikanlah kami bermuhasabah diri, bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa dan bertawakal. Hanya Allah Yang Maha Adil dan penentu segala-galanya.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

GURU JUTAWAN

|

#5 M Untuk Bergelar Jutawan Akhirat#

Antara tajuk tazkirah yang tidak boleh saya lupakan ialah bagaimana menjadi guru seperti Rasulullah. Jika berjaya, seorang guru itu mungkin mampu bergelar jutawan di akhirat kelak.  Gelaran 'jutawan akhirat' itu benar-banar menarik perhatian saya.  Siapa tidak mahu bergelar jutawan?  Di dunia lagi gelaran ini sudah menjadi idaman apatah lagi bergelar jutawan di akhirat sana! Jika serius mahu ke syurga dengan tiket seorang guru, seriuslah juga membentuk diri menjadi guru seperti Rasulullah s.a.w. Kata Ustaz Shopuan Anuar semasa berkursus di Langkawi 2010, jika mahu menjadi guru seperti Rasulullah s.a.w, guru perlu ada dan faham tentang  personaliti 5M berikut:

Guru sebagai MUDARRIS
Mudarris bermaksud pengajar iaitu menyampaikan segala ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada anak didik. Guru perlu mengajar tanpa jemu dan bosan sebagaimana Rasulullah tabah berdakwah bertahun lamanya kepada penduduk Mekah.  Kesannya mungkin tidak serta merta tetapi percayalah jika air sentiasa menitis di batu pasti tampak lekuknya satu hari nanti!

Guru sebagai MUALLIM
Muallim bermaksud orang yang berilmu dan menyampaikan. Bererti guru perlu berilmu terlebih dahulu. Guru jangan menyampaikan sesuatu ilmu yang dia sendiri kurang pasti.  Bimbang yang diajar menjadi sesat.  Seharusnya guru bersungguh-sungguh mendalami sesuatu ilmu sebelum mengajarkannya kepada orang lain. Seperti Rasulullah s.a.w yang berguru terus dengan Allah sebelum menyampaikan dakwah kepada umatnya.

Guru sebagai MUADDIB
Muaddib bermaksud pendidik adab dan akhlak.  Guru bukan sekadar mengajar ilmu tetapi juga bertanggungjawab dalam menyemai sifat-sifat mahmudah ( sifat terpuji ) di kalangan anak didiknya.  Tidak kira apa mata pelajaran yang diajar, guru mesti menerapkan nilai-nilai murni seorang mukmin.  Jangan anggap  tugas mendidik akhlak dan rohani pelajar ini tanggungjawab guru-guru agama sahaja!

Guru sebagai MURABBI
Murabbi bermaksud penjaga dan pemelihara.  Bagaimana guru boleh menjaga dan memelihara?  Di sinilah uniknya sifat pekerjaan seorang guru.  Seperti Tuhan, Dia menciptakan hambanya kemudian adakah Dia membiarkan begitu sahaja?  Tidak sama sekali. Setiap hamba dipelihara perjalanan hidup dan rezekinya oleh  Allah.  Begitu juga guru.  Bukan sekadar mencipta pelajar-pelajar yang pandai dan cemerlang tetapi guru juga perlu memelihara kebajikan para anak didiknya.

Guru sebagai MURSYID
Mursyid bermaksud pembimbing jalan yang benar.  Guru harus membimbing manusia ke arah kebenaran.  Satu tugas warisan para nabi dan rasul. Membimbing jiwa-jiwa yang jauh terleka kembali berada di atas landasan yang diredhai Allah.  Hebatnya tugasan ini. Hanya bergelar  seorang guru sudah persis seorang pendakwah di alam maya ini!

Kesimpulannya di sini, guru perlu mencorak peribadinya terlebih dahulu sebelum mencorak peribadi anak-anak pelajarnya.  Rasulullah s.a.w sendiri menjadikan dirinya ‘Qudwah Hasanah’ ( contoh terbaik ) dalam berdakwah kepada manusia.  Ini kerana sifat manusia cenderung menurut apa yang dilihatnya.  Janganlah sampai terkeluar lagi istilah guru “kencing berdiri, murid kencing berlari”. Kuasailah personaliti hebat 5M ini. InsyaAllah anak-anak pelajar yang dibentuk oleh kita pasti akan hebat mindanya, hebat jiwanya, hebat sahsiahnya dan yang paling penting dialah hamba Allah yang cemerlang di dunia dan akhirat sana.

Jika seorang pelajar begini sudah memberi puluhan pahala kepada gurunya, bayangkan jika ada ribuan lagi pelajar yang sama.  Bererti tidak sedikit lagi pahala yang dikaut.  Maka sudah pasti teramat  layaklah  guru itu bergelar "jutawan akhirat"!

#Selamat Hari Guru 16 Mei 2015#

7 SUNNAH NABI

|

7 SUNNAH NABI SAW YANG LAYAK DIHIDUPKAN .

Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, juga sebagai buah tangan buat sahabat sekalian - mari kita laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
➖➖➖➖➖
Tahajjud, karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah.

Kedua:
➖➖➖➖➖
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat..

Ketiga:
➖➖➖➖➖
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
➖➖➖➖➖➖
Jaga sholat dhuha, karena kunci rezeki terletak pada sholat dhuha. Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
➖➖➖➖➖
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat  ganda.

Keenam:
➖➖➖➖➖
Jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu sholat walau ia sedang tidak sholat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia yaa Allah”.

Ketujuh:
➖➖➖➖➖
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga memberi manfaat pada semua.

Lawak

|

Ada sepasang suami isteri dlm perjalanan balik ke kampung, mereka telah bergaduh...sepanjang perjalanan.
Mereka langsung tidak bercakap...kemudian, mereka memandu melalui kawasan hutan yg penuh dgn monyet2 yg sedang berkeliaran...
Si suami menjeling isterinya sambil berkata dgn penuh sinis:
"saudara awak ke?"...lalu si isteri menjawab dgn penuh selamba:
"A,ah....sebelah mentua.."

RESET MINDA GURU

|

RESET MINDA GURU
- Prof. Dr. Muhaya

1. Guru ialah orang memberi ilmu. Seorang guru mudah masuk syurga dan mudah juga masuk neraka.

2. Jika guru fokus apa yang dapat dalam kerjaya guru, guru tidak akan bersemangat.

3. Jadikan diri kita Hamba Allah yang taat dahulu, nescaya kemegahan dunia & penghargaan manusia akan datang sendiri.

4. Niatlah menjadi guru kerana Allah, tujuan hidup, mencari redha Allah dan ladang pahala.

5. Guru perlu mengubah minda dengan menjadikan KPI Allah SWT ( Aqidah + Ibadah + Akhlak) menjadi tujuan utama dalam proses pembelajaran, bukannya KPI manusiawi dan duniawi.

6. Jangan jadi guru yang malang, memaksa murid cemerlang dalam peperiksaan untuk mengejar status & populariti diri.

7. Jangan jadi guru yang sentiasa mencari kesilapan muridnya, carilah potensi, kebaikan dan kehebatannya.

8. Bukan guru disiplin tetapi guru kasih sayang. Fikir setiap perkara atau tindakan yang dilakukan akan kebaikannya. Jika perlu marah kanak-kanak atau murid marahlah kerana sikapnya bukan dirinya sebagai insan.

9. Guru tolong sayang anak murid seperti anak-anaknya.

10. Mengajar bukan untuk menunjuk pandai tetapi dengan niat memberi manfaat.

11. Jangan rasakan diri kita lebih baik daripada orang lain kerana ia tanda awal kejatuhan diri kita.

12. Jangan selalu mengherdik. Orang yang cepat marah harga dirinya rendah.

13. Orang yang selalu beri manfaat, masalahnya akan berkurangan. Orang yang bermasalah banyak masalah.

14. Ilmu bukan milik kita, semua ilmu milik Allah SWT: Usah berbangga atau riak dengan ilmu yang ada.

15. Lihatlah anak murid sebagai individu yang tiada batasan kebolehan dan berpotensi besar.

16. Jadilah manusia hebat yang mengubah persekitaran dan manusia di sekelilingnya.

17. Jangan jadi manusia yang menghancurkan hidup anak murid dengan mencerca dan mengutuk kelemahan murid......

Perkongsian tazkirah untuk kita yang bergelar guru. ‍‌‌‌‌‌‌‌‍‌‌‌‌

ABC

|

Kelebihan ABC...Z

A llah

B eri kita hidup

C uma seketika

D i dunia ini...

E lok kita muhasabah

F ikir akan akhir hayat

G erbang akhirat pun

H ampir tiba

I nilah hakikat hidup

J anji Allah itu pasti

K alimah syahadah

L ailaha Illallah

MuhammadurRasulullah

N ak di ucap tak pasti

O rang muda atau tua

P asti merasai mati

Q ualiti Iman jaminan syurga

R asulullah s.a.w sabda :

S iapa ucap jaminannya syurga

T api..jika gagal...

U ntuk mereka adalah neraka

V isi kita adalah akhirat

W alaupun dunia dpn kita

Y ang pasti semua akan tinggal...

Z alimnya kita jika tak ada Iman dn Amal..

SELAMAT HARI GURU 2015

|

GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
Tema hari guru tahun ni 2015

Sedap sajak A. Samad Said

Murid sekarang..Ya Allah amat menguji keimanan cikgu. Sabarlah cikgu..jgn hilang pertimbangan ..

Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah

Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dlm saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu

Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala

Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput

Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.

Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman

Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...

Counter Insurgency Warfare ( Peperangan Menentang Insurgensi )

|

Pengenalan

Peperangan Menentang Insurgensi Atau Perang Gerila Ialah Satu Taktik Peperangan Hutan.Taktik Ini Pernah Digunakan Semasa Zaman Darurat.Peperangan Ini Juga Dinamakan Ciw.

Perkara Perkara Yang Terdapat Di Dalam Ciw

♣ Pengkalan Hutan

♣ Ronda

♣ Serang Hendap

♣ Serang Khemah Sementara Musuh

♣ Tembak Dan Gerak

♣ Tindakan Serta Merta (Tsm)

Pangkalan Hutan

Jenis Pangkalan

1.Pangkalan Sementara

2.Pangkalan Tetap

-Bulat

-Tiga Segi

Kawad-Kawad Menduduki Pangkalan

1.Memutus Jalan

2.Tinjauan

3.Menduduki Pangkalan

4.Pemeriksaan Perimeter

5.Ronda Pembersihan

6.Pengawal

7.Kerja Biasa

8.Siap Sedia

Ronda

Tujuan Ronda

1.Untuk Mengekalkan Daya Usaha

2.Untuk Memperolehi Maklumat

3.Mengharu Musuh

4.Untuk Keselamatan

5.Untuk Perlindungan

Jenis Ronda

1.Ronda Tempur

2.Ronda Tinjau

3.Ronda Tetap

Serang Hendap

Urutan Aktiviti Dalam Serang Hendap

1.Persiapan

2.Menduduki Tempat Serang Hendap

3.Perlaksanaan

4.Pengunduran Atau Penjejakan

Serang Khemah Sementara Musuh Peringkat-Peringkat

1.Persiapan

2.Serangan

3.Penjejakan

4.Menggelidah

5.Penarikkan Keluar

Tembak Dan Gerak

Prinsip-Prinsip

1.Kawalan

2.Sudut Tembakan

3.Kepantasan Bergerak Dan Bertindak

4.Tanah

5.Pergerakkan Tanpa Tembakan Perlindungan Dielakkan

Teknik Tembak Dan Gerak

1.Lompat Katak (Berkumpulan/Perseorangan)

2.Ulat Bulu (Berkumpulan/Perseorangan)

3.Buddy-Buddy System

Tindakan Serta Merta (Tsm)

Kawad Asas

1.Baring (Down)

2.Rangkak (Crawl)

3.Pandang (Observe)

4.Tenang (Aim)

5.Tembak (Fire)

Jenis-Jenis

1.Tempur Hadapan

2.Tempur Belakang

3.Serang Hendap Serta Merta

4.Serang Balas Keatas Serang Hendap

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB