.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

KOLEKSI DOA

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Doa Pagi Isnin
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram...
Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..

Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq.

Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`MU.

Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.
Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.

Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU.

Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

KOLEKSI DOA

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Doa hari hari Ahad
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

A’udzubillah – aku berlindung pada Allah dari kekejaman manusia kejam, dari rekaperdaya manusia dengki, dari kezaliman manusia zalim
Aku memuji Dia di atas pujian semua yang memuji
Ya Allah,
Bimbinglah aku untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan aku mencapai ridhaMu
Bantulah aku menaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu..
Kasihanilah aku, palingkanlah aku dari maksiat pada-Mu, selama Engkau menghidupkan aku, tuntunlah aku pada apa yang bermanfaat bagiku selama Engkau menghidupkan aku
Dengan kitab-Mu, legakan dadaku
Dengan bacaannya, ringankan bebanku
Kurniakan padaku keselamatan agama dan diriku,
Jangan terlantarkan aku dari semua orang yang menjadi kerinduanku

ُ
Sempurnakanlah kebaikan-Mu padaku, pada seluruh sisa umurku, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umurku yang telah lalu..
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
ُ

KOLEKSI DOA

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami, pasangan hidup dan anak2 kami, zuriat dan keturunan kami, guru2 kami,  sahabat2 kami, jiran tetangga kami, masyarakat dan saudara2 seIslam kami...

Ya Allah..
Jadikanlah hari SABTU ini bg kami lebih baik drpd semalam...
Ya  Allah..
Jika hari ini ada diantara kami..
Yang sedang sakit,
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezeki
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Karena hanya Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari  ini ada di antara kami
Yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-Mu...
Mohon Kuatkanlah dia utk dapat bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu.

Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kemudahan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ia ya Allah..

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Pedoman Prof Muhaya

|

Bait2 ayat Prof Muhaya menarik utk dijadikan sedikit pedoman kita.

Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..

Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Waktu kita "Miskin" baru kita insaf  pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita..

Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat ...

Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...

Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai

Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......

Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..

Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita

-prof muhaya

banyakkan berdoa

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Doa hari hari Ahad
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

A’udzubillah – aku berlindung pada Allah dari kekejaman manusia kejam, dari rekaperdaya manusia dengki, dari kezaliman manusia zalim
Aku memuji Dia di atas pujian semua yang memuji
Ya Allah,
Bimbinglah aku untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan aku mencapai ridhaMu
Bantulah aku menaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu..
Kasihanilah aku, palingkanlah aku dari maksiat pada-Mu, selama Engkau menghidupkan aku, tuntunlah aku pada apa yang bermanfaat bagiku selama Engkau menghidupkan aku
Dengan kitab-Mu, legakan dadaku
Dengan bacaannya, ringankan bebanku
Kurniakan padaku keselamatan agama dan diriku,
Jangan terlantarkan aku dari semua orang yang menjadi kerinduanku

ُ
Sempurnakanlah kebaikan-Mu padaku, pada seluruh sisa umurku, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umurku yang telah lalu..
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
ُ

Pengajaran ceramab

|

Beberapa pengajaran daripada ceramah motivasi Heliza Helmi malam tadi:

1) Melalui pengalamannya ke turkey, syria, palestin sebagai aktivis keamanan. ceritanya:

2)menjejaki kehebatan Sultan Muhammad alFateh sebagai sebaik raja dan memiliki sebaik tentera, sentiasa berdamping dengan ulama dan sangat hebat perancangannya dan ibadah taqarubnya dengan Allah SWT.

3)Menjejaki remaja idola muhammad ammar sang pemikir memartabatkan agama ditempat tertinggi, anak yg soleh, pernah ke syria membantu mujahidin dan bermimpi berjumpa bidadari akhirnya syahid sebgai penuntut ilmu Allah SWT di Turkey.

4) Menemui 2orang anak perempuan yatim piatu yg ke sekolah sedang suasana perang di palestin mengatakan aku bersekolah untuk ke syurga Allah , agar dapat berjumpa ibu ayah di sana dan agar dapat membantu perjuangan membebaskan palestin. matlamat belajar y jelas dari 2 anak perempuan kecil.

5) Berjumpa kanak2 untuk diberikan hadiah diambil tapi tidak mahu lebih kerana ramai kawan2 mereka yg xhadir ada yg hilang tangan, kaki, mata dan seluruh anggota sahaja pun ada kecuali kepala dan badan dan mereka minta untuk diberikan pada mereka.

6) ada anak2 lelaki tak mahu terima hadiah dan berkata tak perlu kasihan pada kami kerana Allah dah uji kami dengan kesusahan sehingga kami tahu matlamat hidup kami dan kamu kasihanlah anak2 diluar sana yg diuji dengan kemewahan sehingga melupakan Allah SWT.

7) bercerita seorang pemuda syria 18thn yg tak tinggal solat malam,puasa isnin khamis keluar rumah minta doa daripada ibu bapa supaya dikurniakan syahid dan akhirnya doanya dimakbulkan. Adik perempuannya bermimpi abangnya mengatakan jangan sedih kerana dia sedang berada di syurga.

8) pengajaran yg terakhir adalah heliza sedang mencari jodoh dan sangat berminat dengan Al Hafiz lagipun dia dapat membaca Quran dan Hadis dengan baik. ��

Kesimpulannya ceramahnya dapat menginsafkan saya tentang pentingnya niat dalam perjuangan kita, tentang banyaknya nikmat Allah pada kita yg belum kita syukuri dan betapa mewahnya kita dan mengembalikan semangat mahu mati sebagai syahid.

Semoga bermanfaat..

Kanak berhati mulia

|

Seorang kanak-kanak yang sedang menjaja kerepek tiba-tiba didatangi seseorang memberinya rm100, terus dipecahkan duit tersebut di kaunter Aman Palestin dan memasukkan rm30 ke dalam tabung Aman Palestin.

Kehidupan yang dilalui telah mengajarnya erti kesusahan dan pengorbanan. Kesusahan hidup telah mengajarnya erti pengorbanan.

Adakah kita mampu melahirkan generasi anak-anak kita erti pengorbanan.

Adik ni selalu jual petai dan kerepek untuk bantu keluarga. Selalu diejek oleh kawan-kawan kerana jual petai. Sangat mulia hatinya. Dalam kesusahan pun masih ada ruang dalam lubuk hatinya untuk bantu orang lain yang lebih susah. Berjiwa "Mujahid" walaupun masih belum mengerti perkataan itu.

Sumber: FB Ustaz Sharipudin AB Kadir

#indahnyaislam

Himpunan doa

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

AJAIBNYA DHUHA

|

✳ SOLAT DHUHA
M e n a r i k  b a n t u a n
A l l a h  s w t

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan

[sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu dzuhur]

YANG PERTAMA
D o s a  t e r a m p u n

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”

(HR Tarmidzi)

YANG KEDUA
O r a n g  b e r t a u b a t

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

(HR Hakim)

YANG KETIGA
T e r c a t a t  s e b a g a i
o r a n g  t a a t

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.

Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.

Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.

Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."

(HR At-Thabrani)

YANG KEEMPAT

M a s u k  s y u r g a  d a r i
p i n t u  y a n g  k h a s

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”

(HR At-Thabrani)

YANG KELIMA

R e z e k i  b e r e s

Allah swt mencukupkan rezekinya.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”

(HR Abu Darda)

YANG KEENAM

S u d a h  b e r s e d e k a h

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.

Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.

Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."

(HR Muslim)

Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja.

Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah.

SEMOGA DAPATKAN SEBARKAN KEPADA SAHABAT SEISLAM
SELAMAT BERAMAL....ALLAHHUAKBAR...

REALITI AKHIR ZAMAN

|

REALITI DI ZAMAN KITA SEKARANG INI

Banyak rumah besar --- keluarganya makin kecil

Tingkat pendidikan makin tinggi --- akal sehat makin rendah

Sistem perubatan makin canggih --- kesihatan makin buruk

Travelling keliling dunia --- tak kenal dengan jiran tetangga

Pendapatan bertambah --- tak ada ketenteraman jiwa

Kualiti ilmu tinggi --- kualiti emosi rendah

Manusia makin banyak --- rasa kemanusiaan makin menipis

Pengetahuan makin bagus --- kearifan makin berkurang

Perkahwinan makin meriah --- kesetiaan hampir punah

Banyak teman di dunia maya --- tak punya sahabat sejati

Minuman memabukkan makin banyak --- air bersih makin berkurang

Pakai jam tangan mahal --- selalu kekurangan waktu

Ilmu semakin tersebar --- adab dan akhlak makin lenyap

Al Qur’an banyak dihafal --- sedikit sekali yang mengamalkan

Belajar semakin mudah --- guru makin tak berharga

Teknologi informasi kian canggih --- fitnah dan aib makin banyak tersebar

Orang yang sedikit ilmu banyak bicara --- orang yang banyak ilmu terdiam

Akhir zaman… tampak jelas dihadapan kita wahai sahabat

Cerita budak gagap

|

Cerita Budak Gagap.

Guru : Hai salleh .apa khabar!!     
Salleh : ka..ka.ka...khabar baik cik.cik...cikguu..       
Guru : Cikgu nak tnya boleh??
Salleh : Bo..bo..bo..boleh cikgu..        
Guru : Kenapa kamu gagap,
x boleh cakap dgn lancar.
Salleh : Bu..bu..bu..bukan saya so..so..so..soorang jer yang ga..ga..ga..gap ni cikgu..ta..ta..tapi ada orang yang
ba...ba..baca whatsapp ni
po..po..pon gagap  ju..ju..jugak cikgu...

BEZA ANTARA MELAYU DAN ISLAM

|

BEZA ANTARA MELAYU DAN ISLAM

Orang Melayu Kata Kalau
Ada Rezeki Baru Kahwin ,
Tapi Islam Kata Nak Dapat
Rezeki Kena Kahwin.
.
Orang Melayu Kata Nak
Senang Kena Simpan Duit ,
Tapi Islam Kata Nak Senang
Kena Banyak Keluar Sedekah.
.
Orang Melayu Kata Dah Kaya
Baru Bantu Orang Miskin ,
Tapi Islam Kata Kalau Nak
Kaya Bantu Orang Miskin.
.
Orang Melayu Kata
Makan Sampai Kenyang ,
Tapi Islam Kata Berhenti
Sebelum Kenyang.
.
Orang Melayu Kata
Sakit Itu Bala ,
Tapi Islam Kata
Sakit Itu Penghapus Dosa.

Inilah Keindahan Islam
Yang Sentiasa Positif Dalam Kehidupan ...

Puasa isnin khamis

|

Kajian Pakar Neurosains Tentang Puasa Dua Kali Seminggu | Universiti South Carolina, USA

Setelah kajian saintifik tentang manfaat puasa dua kali seminggu dibuktikan oleh para saintis, masyarakat barat kini sudah mula berjinak-jinak untuk berpuasa dua kali seminggu.

Masyarakat barat menamakan amalan puasa dua kali seminggu ini sebagai "intermittent fasting" ataupun "5:2 diet",yang bermaksud 5 hari makan seperti biasa dan dua hari berpuasa.

Jika diamati, amalan "intermittent fasting" atau "5:2 diet" ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW.Baginda menyarankan agar kita berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis--dua hari dalam seminggu.

Dalam jurnal Stem Cell & American Journal of Clinical Nutrition, pakar neurosaintis telah mengkaji bahawa puasa dua kali seminggu dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan sel-sel otak yang baru.Sel-sel saraf akan menghantar isyarat kepada DNA untuk menghasilkan sel-sel baru yang sihat dan sel-sel lama dimusnahkan.

Pakar neurosaintis menerangkan tentang mekanisma sel di dalam badan sewaktu kita menahan lapar dan dahaga. Sewaktu kita berpuasa, tenaga dapat dijimatkan kerana sistem penghadaman dapat berehat untuk sekurang-kurangnya 12 jam.

Pada waktu inilah tenaga yang dijimatkan dapat digunakan oleh DNA untuk menghasilkan sel-sel baru dengan efisyen.

Begitulah manfaatnya berpuasa dua kali seminggu, atau dalam erti kata lainnya puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW pasti ada manfaatnya.Ayuh,marilah istiqamah dalam membudayakan amalan puasa dua kai seminggu-- Isnin dan Khamis. ��

ETIKA PARA HUFFAZ

|

Yusuf Qardhawi – Menghafaz Al-Quran (03 Etika Para Huffaz)
By mufiasNovember 11, 2012No Comments
Para penghafaz  Al  Quran  mempunyai etika-etika yang harus  diperhatikannya. Dan  mereka  mempunyai  tugas  yang harus dijalankan,  sehingga  mereka  benar-benar menjadi “keluarga Al Quran”, seperti sabda Rasulullah SAW tentang mereka:

“Allah mempunyai keluarga dari kalangan manusia. Beliau ditanya: siapa mereka wahai Rasulullah? Beliau bersabda: Ahli Al Quran, mereka adalah keluarga Allah Saw dan orang-orang dekat-Nya”  1.

Selalu Bersama Al Quran.

Di antara etika itu adalah: selalu bersama Al Quran, sehingga Al Quran tidak hilang dari  ingatannya. Yaitu dengan terus membacanya dari hafazannya, atau dengan membaca mushaf,  atau juga dengan mendengarkan pembaca yang bagus, dari radio atau kaset rekaman para qari yang terkenal. Berkat ni`mat Allah SWT, di beberapa negara Islam terdapat siaran Al Quran al Karim, yang memberikan perhatian pada pembacaan Al Quran, tajwidnya serta tafsirnya.

Dari Ibnu Umar r.a.: bahwa Nabi Muhammad Saw bersabda:

“Perumpamaan orang yang hafaz Al Quran adalah seperti pemilik unta yang terikat, jika ia terus menjaganya maka ia dapat terus memegangnya, dan jika ia lepaskan maka ia akan segera hilang.” Hadits diriwayaktan oleh Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menambah dalam riwayatnya:

“Jika ia menjaganya, dan membacanya pada malam dan siang hari, maka ia dapat terus mengingatnya, sedangkan jika tidak, maka ia akan melupakannya” 2.

Makna  “al  mu`aqqalah”  adalah:  terikat  dengan  tambang,  yaitu  tambang  yang dipegang kerana takut terlepas. Dan pluralnya adalah `uqul.

Dari Abdullah bin Mas`ud r.a. ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Amat buruk orang yang berkata: “Aku telah melupakan hafazan ayat ini dan ayat itu, namun sebenarnya ia dilupakan. Terus ulang-ulanglah hafazan Al Quran, kerana ia lebih cepat pergi dari dada manusia, dari perginya unta dari ikatannya” 3.

Makna  kata  “nussia“  adalah:  Allah  SWT  yang  membuatnya  lupa,  sebagai hukuman terhadap kesalahan yang ia lakukan.

Dari Abi Musa al Asy`ari r.a. dari Nabi Saw bersabda:

“ Teruslah jaga hafazan Al Quran, kerana Dzat yang jiwa Muhammad berada dalam genggaman-Nya, ia lebih cepat lepas dari lepasnya unta dari ikatannya.” Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dan riwayat Bukhari dengan kata “asyaddu tafashshian”  4.

Penghafaz  Al  Quran  harus  menjadikan  Al  Quran  sebagai  temannya  dalam kesendiriannya, serta penghiburnya dalam kegelisahannya, sehingga ia tidak berkurang dari hafazannya. Qasim bin Abdurrahman berkata: Aku bertanya kepada sebagian kaum sufi: tidak ada  seorangpun  yang menjadi teman kesepianmu di sini? Ia mengulurkan tangannya  ke  mushaf,  dan   meletakkannya  di  atas  batu  dan  berkata:  inilah  temah kesepianku!

As Suyuthi berbicara tentang hukum melupakan Al Quran, ia berkata: melupakan hafazan Al Quran adalah dosa besar, seperti dikatakan oleh An Nawawi dalam kitab “Ar Raudhah” dan ulama lainnya. Dengan dalil hadits Abi Daud:

“Dosa-dosa umatku diperlihatkan kepadaku, dan aku tidak dapati dosa yang lebih besar dari dosa  seseorang yang diberi ni`mat hafaz Al Quran atau suatu ayat, kemudian ia melupakannya” 5. Dan ia meriwayatkan pula hadits:

“Siapa yang membaca (hafaz) Al Quran namun kemudian melupakannya, maka ia akan bertemu  Allah  SWT  pada  hari  kiamat  dalam  keadaan  terserang  penyakit  sopak”  6. Demikian pula hadits Ibnu Mas`ud dan Abi Musa  sebelumnya.

Sedangkan hadits Abi  Daud yang pertama,  diriwayatkan oleh Tirmizi, dan ia berkata: hadits itu gharib (atau dha`if). Dan ketika Imam Bukhari ditunjukkan hadits itu, ia tidak mengetahuinya dan melihatnya hadits yang gharib 7. Sedangkan hadits kedua dikomentari oleh Al Munziri: dalam sanadnya adalah Yazid bin Abi Ziyad, ia tidak dapat dijadikan hujjah, dan ia juga munqathi` 8.

Jika  hadits-hadits  yang  dijadikan  landasan  orang  yang  mengatakan  bahwa melupakan  Al Quran adalah dosa besar, telah jelas kelemahannya, maka yang tersisa adalah celaan terhadap  tindakan melupakan Al Quran itu. Kerana sang penghafaz itu jarang  mengulangnya,  namun  tidak  sampai  kepada  keharaman,  apalagi  menjadi  dosa besar.

Namun  yang  paling  kuat  adalah,  ia  merupakan  perkara  yang  makruh  dengan sangat. Dan tidak pantas bagi seorang Muslim yang memiliki perbendaharaan hafazan Al Quran yang amat berharga ini menyia-nyiakannya, hingga hilang darinya.

Yang membuat kami mengatakan hal ini adalah: kami takut (ancaman dosa besar) ini membuat orang enggan menghafaz Al Quran, kerana ia mempunyai kemungkinan melupakan hafazannya itu, dan akibatnya ia mendapatkan dosa besar, sementara jika ia tidak menghafaznya sama sekali, ia tidak terancam mendapatkan dosa sedikitpun.

Berakhlaq dengan Akhlaq Al Quran.

Orang yang menghafaz Al Quran hendaklah berakhlak dengan akhlak Al Quran. Seperti  Nabi  Muhammad Saw.  Aisyah  r.a. pernah  ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW, ia menjawab:

“Akhlak Nabi Saw adalah Al Quran”  9.

Penghafaz  Al  Quran  harus  menjadi  kaca  yang  padanya  orang  dapat  melihat aqidah Al Quran, nilai-nilainya, etika-etikanya, dan akhlaknya, dan agar ia membaca Al Quran dan ayat-ayat  itu  sesuai dengan perilakunya, bukannya ia membaca Al Quran namun ayat-ayat Al Quran melaknatnya.

Dari Abdullah bin Amru bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang membaca (menghafaz) Al Quran, berarti ia telah memasukkan kenabian dalam  dirinya,  hanya  saja  Al  Quran  tidak  diwahyukan  langsung  kepadanya.  Tidak sepantasnya seorang penghafaz Al Quran  ikut maraj bersama orang yang marah, dan ikut bodoh bersama orang yang bodoh, sementara dalam dirinya ada hafazan Al Quran”  10.

Makna kata “yajidu” adalah dari al wajd atau al wijdan, yang berarti: amat marah atau  amat   sedih.  Dengan   pengertian   ia  dikuasai  oleh  perasaannya,   dan  hal  itu mempengaruhi perilakunya.

Ibnu Mas`ud r.a. berkata: penghafaz Al Quran harus dikenal dengan  malamnya saat manusia tidur, dan dengan siangnya saat manusia sedang tertawa, dengan diamnya saat  manusia  berbicara,  dan  dengan  khusyu`nya  saat  manusia  gelisah.  Penghafaz  Al Quran harus tenang dan lembut, tidak keras, tidak sombong, tidak bersuara kasar atau berisik dan tidak cepat marah.

Ibnu Mas`ud r.a. seakan sedang berbicara kepada dirinya sendir, kerana ia adalah salah seorang imam penghafaz Al Quran, dan ia menjadi orang yang betul-betul sesuai dengan prediket penghafaz Al Quran.

Ibnu Mas`ud  juga mengecam orang-orang  yang:  Al Quran diturunkan kepada mereka   agar   mereka  mengamalkan  isinya,  namun  ia  hanya  menjadikan  kegiatan mempelajari Al Quran itu sebagai amalnya!  Salah seorang dari mereka dapat membaca Al  Quran  dari  awal  hingga  akhirnya  tanpa  salah  satu  huruf-pun,  namun  ia  tidak mengamalkan apa yang terdapat dalam Al Quran itu!

Seorang zahid yang terkenal; Fudhail bin `Iyadh, berkata: pembawa (penghafaz) Al Quran  adalah pembawa bendera Islam, maka ia tidak boleh bermain-main bersama orang-orang yang senang bermain, tidak lupa diri bersama orang yang lupa diri dan tidak bercanda bersama orang yang bercanda,   sebagai bentuk penghormatan terhadap hak Al Quran.

Ia berkata: seorang penghafaz Al Quran harus tidak butuh kepada orang lain, tidak   kepada   para   khalifah,   dan   tidak   pula   kepada   orang   yang   lebih   rendah kedudukannya. Sebaliknya, ia harus menjadi tumpuan kebutuhan orang.

Sebagian salaf berkata: “ada seorang hamba yang saat memulai membaca satu surah Al Quran, maka malaikat akan terus berdoa baginya hingga ia selesai membacanya. Dan ada orang yang membaca satu surah Al Quran, namun malaikat terus melaknatnya hingga ia selesai membacanya”.  Seseorang bertanya kepadanya: “mengapa bisa terjadi seperti itu?”. ia menjawab: “Jika ia  menghalalkan apa yang dihalalkan Al Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan Al Quran  maka malaikat akan berdoa baginya, namun jika sebaliknya maka malaikat akan melaknatnya!”.

Sebagian ulama berkata: ada seseorang yang membaca Al Quran dan ia sedang melaknat  dirinya  sendiri,  dengan  tanpa  sadar.  Ia  membaca:  “ala  la`natullah  `ala  azh zhaalimiin” (sesungguhnya laknat Allah diberikan kepada orang-orang zalim), sementara ia  adalah  orang  yang   zalim!  dan  membaca  “  ala  la`natullah  ala  al  mukdzibiin” (sesunguhnya laknat  Allah ditimpakan  kepada para pendusta), sementara ia termasuk golongan yang mendustakan itu!

Inilah makna perkata Anas bin Malik r.a.: Ada orang yang membaca Al Quran, dan Al Quran itu melaknatnya!

Al Hasan berkata: Kalian menjadikan membaca Al Quran sebagai stasion-stasion, dan menjadikan malam sebagai unta (kendaraan), yang kalian kendarai, dan dengannya kalian melewati  stasion-stasion itu. sementara orang-orang sebelum kalian jika melihat risalah-risalah dari  Rabb  mereka, maka mereka segera mentadabburinya pada malam hari, dan melaksanakan isinya pada siang hari!

Maisarah berkata: Yang aneh adalah Al Quran yang terdapat dalam diri orang yang senang melakukan perbuatan dosa!

Keanehan itu terjadi kerana Al Quran  berada di satu lembah, sementara akhlak penghafaz Al Quran itu dan perilakunya berada di lembah lain!

Abu Sulaiman Ad Daarani berkata: Neraka Zabbaniah lebih cepat dimasuki oleh penghafaz  Al  Quran  –yang  melakukan  maksiat  kepada  Allah  SWT—dibandingkan penyembah  berhala,   saat   mereka  melakukan  maksiat  kepada  Allah  SWT  setelah membaca Al Quran!

Sebagian ulama berkata: Jika serang anak Adam membaca Al Quran kemudian ia berlaku buruk, setelah itu ia kembali membaca Al Quran, Dia berkata kepada orang itu: “Apa hakmu membaca firman-Ku, sementara engkau berpaling dari-Ku?!”.

Ibnu  Rimah  berkata:  Aku  menyesal  telah  menghafaz  Al  Quran,  kerana  aku mendengar  bahwa  orang-orang  yang  menghafaz  Al  Quran  akan  ditanyakan  dengan pertanyaan-pertanyaan sama yang diajukan kepada para Nabi pada hari kiamat! 11.

Tidak aneh jika para penghafaz Al Quran dari kalangan sahabat adalah mereka yang berada di barisan pertama saat shalat di Masjid, yang berada di garis terdepan saat jihad,  dan orang yang pertama melakukan kebaikan di tengah masyarakat.

Dalam sebagian peperangan perluasan wilayah Islam, ada orang yang berteriak:

Wahai para penghafaz surah Al Baqarah, hari ini sihir tidak telah lenyap! Seperti terjadi pada perang Yamamah  yang terkenal dan dalam perang melawan kelompok murtad.

Huzaifah  berkata  pada  hari  yang  menegangkan  itu:  wahai  para  penghafaz  Al Quran, hiasilah Al Quran dengan amal perbuatan kalian.

Pada hari  Yamamah  (peperangan  melawan  gerakan  riddah)  Salim  maula  Abi Huzaifah,  saat  ia  membawa  bendera  pasukan  Islam,  ditanya  oleh  kaum  Muhajirin: “Apakah engkau tidak takut jika kami berjalan di belakangmu?” Ia menjawab: “Sepaling buruk penghafaz adalah aku, jika  aku  sampai berjalan di belakang kalian dalam perang ini!” 12.

Dalam peperangan Yamamah, saat memerangi Musailimah al Kazzab, sejumlah besar  penghafaz Al Quran mendapatkan mati syahid, kerana mereka selalu berada di barisan terdepan.  Hingga ada yang mengatakan: mereka berjumlah tujuh ratus orang. Inilah  yang  mendorong  dilakukannya  pembukuan  Al  Quran,  kerana  ditakutkan  para penghafaz Al Quran habis dalam medan jihad.

Cara menghafaz mereka membantu mereka untuk melaksanakan isi Al Quran itu. Perhatian mereka tidak hanya untuk menghafaz kalimat-kalimat dalam Al Quran itu saja. Namun yang mereka perhatikan adalah memahami makna dan mengikutinya, baik dalam bagian perintah maupun larangan.

Imam Abu Amru Ad Dani menulis dalam kitabnya “Al Bayan” dengan sanadnya dari Utsman dan Ibnu Mas`ud serta Ubay r.a.: Rasulullah SAW   membacakan kepada mereka sepuluh ayat, dan mereka tidak meninggalkan ayat itu untuk menghafaz sepuluh ayat selanjutnya, hingga mereka telah belajar untuk menjalankan apa yang yang terdapat dalam  sepuluh  ayat  itu.  Mereka  berkata:  kami  mempelajari  Al  Quran  dan  beramal dengannya sekaligus.

Abdurrazzaq meriwayatkan dalam Mushannafnya dari Abdurrahman As Sulami, ia  berkata:  Kami,  jika  mempelajari  sepuluh  ayat  Al  Quran,  tidak  akan  mempelajari sepuluh ayat selanjutnya, hingga kami mengetahui halal dan haramnya, serta perintah dan larangannya (terlebih dahulu) 13.

Dalam kitab Muwath-tha Malik ia mengatakan: disampaikan kepadanya bahwa Abdullah bin Umar mempelajari surah Al Baqarah selama delapan tahun.

Hal  itu   terjadi   kerana   ia   mempelajarinya   untuk   kemudian   mengamalkan kandungannya,  ia  memerintahkan  dengan  perintahnya,  dan  melarang  dari  larangan- larangannya, dan berhenti pada batas-batas yang diberikan oleh Allah SWT .

Oleh  kerana  itu  Ibnu  Mas`ud  berkata:  Kami  merasa  kesulitan  menghafaz  Al Quran,   namun   kami   mudah   menjalankan   isinya.   Sedangkan   orang   setelah   kami merasakan mudah menghafaz kalimat-kalimat Al Quran, namun mereka kesulitan untuk menjalankan isinya.

Dari Ibnu Umar ia berkata: Orang yang mulia dari sahabat Rasulullah SAW dari generasi pertama umat ini, hanya menghafaz satu surah dan sejenisnya, namun mereka diberikan  rezki untuk beramal sesuai dengan Al Quran. Sementara generasi akhir dari umat ini, mereka membaca Al Quran, dari anak kecil hingga orang buta, namun mereka tidak diberikan rezki untuk mengamalkan isinya!

Mu`adz bin Jabal berkata: “Pelajarilah apa yang kalian hendaki untuk diketahui, namun  Allah  SWT  tidak  akan  memberikan  pahala  kepada  kalian  hingga  kalian beramal!” 14

Ikhlas dalam Mempelajari Al Quran.

Para pengkaji dan penghafaz Al Quran harus mengikhlaskan niatnya, dan mencari keridhaan   Allah  SWT  semata,  dan  semata  untuk  Allah  SWT  ia  mempelajari  dan mengajarkan Al Quran itu, tidak untuk bersikap ria (pamer)   di hadapan manusia, juga tidak untuk mencari dunia. Imam Al Qurthubi menulis dalam pembukaan tafsirnya “ Bab Tahzir Ahli Al Quran wa al Ilmi min Ar Riya wa Ghairihi” ia berkata:

Allah SWT berfirman:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.” (An Nisaa: 36). Dan Allah SWT berfirman:

“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.” (Al Kahfi: 110)

Muslim  meriwayatkan  dari   Abi   Hurairah   r.a.  ia  berkata:  aku  mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang pertama kali disidangkan pada hari Kiamat ada seorang yang dinilai mati syahid. Orang itu dihadirkan, kemudian kepadanya dibeberkan ni`mat-ni`mat Allah yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakui hal itu. kemudian Allah SWT bertanya: Apa yang engkau lakukan sebagai rasa syukur terhadap ni`mat-ni`mat itu? Ia menjawab: Aku berperang membela-Mu hingga aku mati  syahid. Allah SWT mengomentari: “engkau berdusta, kerana engkau berperang hanya untuk dikatakan sebagai si pemberani, dan itu sudah dikatakan orang”. Maka vonisnya kemudian  diputuskan, dan ia diseret dengan muka menghadap tanah, hingga ia dilemparkan ke neraka.  Kemudian seseorang yang telah  mempelajari  Al  Quran,  mengajarkannya  dan  membaca  Al   Quran.   Orang  itu dihadirkan, kemudian kepadanya dibeberkan ni`mat-ni`mat Allah yang telah  diberikan kepadanya, dan ia mengakui hal itu. kemudian Allah SWT bertanya: Apa yang engkau lakukan sebagai rasa syukur terhadap ni`mat-ni`mat itu? ia menjawab: Aku mempelajari Al Quran, dan mengajarkannya kepada manusia, dan aku membaca Al Quran demi-Mu. Allah  SWT mengomentari  jawapannya    itu:     “Engkau    berdusta,    kerana    engkau mempelajari Al Quran agar dikatakan orang sebagai orang alim, dan engkau membaca Al Quran agar manusia mengatakan: dia seorang qari. Dan itu sudah dikatakan orang. Maka vonisnya kemudian diputuskan, dan ia diseret dengan muka menghadap tanah, hingga ia dilemparkan ke neraka. Selanjutnya seseorang yang Allah SWT berikan keluasan harta, dan  kepadanya  diberikan  seluruh  macam  kekayaan.  Orang  itu  dihadirkan,  kemudian kepadanya  dibentangkan ni`mat-ni`mat  Allah  yang  telah  diberikan  kepadanya,  dan  ia mengakui hal itu. kemudian Allah SWT bertanya: Apa yang engkau lakukan sebagai rasa syukur terhadap ni`mat-ni`mat itu? Ia menjawab: Setiap  aku mendapati jalan dan usaha kebaikan  yang  Engkau  senangi  agar  aku  nafkahkan  hartaku  untuknya,  aku  segera menginfakkan hartaku demi-Mu. Allah SWT mengomentari jawapannya itu: “Engkau berdusta, kerana engkau melakukan itu semua agar dikatakan sebagai seorang dermawan, dan  itu  telah  dikatakan  orang.  Maka  hukumannya  kemudian  diputuskan,  dan  ia  diseret dengan  muka  menghadap  tanah,  hingga  ia  dilemparkan  ke  neraka” 15.  At  Tirmizi meriwayatkan hadits ini: kemudian Rasulullah SAW menepuk lututku dan bersabda: “Wahai Abu  Hurairah, tiga orang itu adalah makhluk Allah SWT yang pertama yang dibakar oleh api neraka pda hari  kiamat.” Ibnu Abdil Barr berkata: hadits iadalah bagi orang yang berniat dengan ilmu dan amalnya bukan kerana Allah SWT.

Diriwayatkan dari Nabi Muhammad Saw bahwa beliau bersabda:

“Siapa yang mencari ilmu bukan kerana Allah –atau ia bertujuan bukan untuk Allah—maka bersiap-siaplah ia menempati tempatnya di neraka”  16.

Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa  yang   mempelajari  ilmu  yang   seharusnya  semata  untuk  Allah,  namun  ia mencarinya untuk mendapatkan dunia, maka ia tidak dapat mencium bau surga pada hari Kiamat” 17. Artinya: baunya. Tirmizi berkata: hadits ini hasan.

Tirmizi  meriwayatkan  dari  Abi  Hurairah  r.a.  ia  berkata:  Rasulullah  SAW bersabda:

“Berlindunglah kalian kepada Allah SWT dari Jubb al Huzn”. Mereka bertnya: Apa itu Jubb al Huzn wahai Rasulullah? Beliau menjawab: “Ia adalah sebuah lembah di dalam neraka, yang neraka sendiri memoh perlindungan kepada Allah SWT darinya seratus kali setiap hari”. Ada yang bertanya: “Wahai Rasulullah Saw, siapa yang memasuki lembah itu? beliau menjawab: “Para pembaca  (penghafaz Al Quran) yang memamerkan amal-amal mereka” 18. Ia berkata: hadits ini gharib.

Para penghafaz Al Quran dan penuntut ilmu harus bertakwa kepada Allah SWT dalam dirinya, dan mengikhlaskan amalnya kepada-Nya. Sedangkan perbuatan dan niat buruk yang pernah terjadi sebelumnya, maka hendaknya ia segera bertaubat dan kembali kepada Allah SWT, untuk kemudian memulai dengan keikhlasan dalam menuntut ilmu dan beramal.

`Alqamah meriwayatkan dari Abdullah bin Mas`ud ia berkata: apa yang akan kalian lakukan jika kalian mendapatkan fitnah yang membuat anak kecil menjadi segera menjadi dewasa dan membuat orang tua  menjadi tua renta, dan itu dijadikan “sunnah” (tradisi)  yang diikuti oleh manusia, jika hal itu ia merubah sedikit saja hal itu, maka ada yang segera mengatakan: Apakah  engkau mau merubah sunnah?! Seseorang bertanya: kapan itu terjadi wahai Aba Abdirrahman? Ia menjawab: hal itu terjadi jika para qurra (pembaca dan penghafaz Al Quran) kalian banyak, namun  sedikit ulama sejati kalian, para pemimpin kalian banyak, namun sedikit mereka yang jujur dan  amanah, engkau mencari dunia dengan amal akhirat, dan mempelajari agama bukan untuk tujuan agama 19.

Sufyan bin `Uyaynah berkata: Kami mendapat berita bahwa Ibnu Abbas berkata: Kalau para penghafaz Al Quran mengambilnya dengan haknya dan apa yang seharusnya, niscaya mereka akan dicintai oleh Allah SWT. Namun mereka mencari dunia dengan Al Quran itu, sehingga Allah SWT marah terhadap mereka, dan merekapun menjadi hina di hadapan manusia.

Diriwayatkan dari Abu Ja`far bin Ali dalam firman Allah SWT:

“Maka mereka (sembahan-sembahan itu) dijungkirkan ke dalam neraka bersama-sama orang-orang  yang sesat.” ( Asy Syu`araa: 94), ia berkata: mereka adalah kaum yang menceritakan  kebenaran   dan  keadilan  dengan  lidah  mereka,  namun  mereka  justru melakukan yang sebaliknya!.

Sumber – Menghafaz Al-Quran, Dr Yusuf Al-Qardhawi

Doa yang menarik..

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Doa Pagi Isnin
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram...
Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..

Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq.

Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`MU.

Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.
Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.

Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU.

Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Amat sedikit

|

SEDIKIT.

Amat sedikit orang yang beriman.
Amat sedikit orang yang bertaqwa.
Amat sedikit orang yang bersyukur.
Amat sedikit orang yang faham islam.

Amat sedikit orang yang amalkan islam sungguh-sungguh.

Amat sedikit orang yang sungguh-sungguh nak tinggalkan maksiat.

Amat sedikit orang yang bertaubat dari dosa.

Amat sedikit orang yang menangis di tengah malam merindui Allah.

Amat sedikit orang yang berdakwah mengajak kepada kebaikan.

Amat sedikit orang yang mentarbiah manusia, membina manusia dan berusaha menjadi asbab hidayah buat manusia.

Dan..

Amat sedikit orang yang AMAL apa yang dia CAKAP.

Umar Alkhattab sering berdoa:

"Ya Allah, jadikanlah aku di kalangan orang yang sedikit".

Kerana apa?

Kerana, amat sedikit orang yang masuk syurga.
��

Ampunkan kami Allah!

#tarbiahsentap

Di salin dari group tarbiahsentap

Lawak Sabun

|

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN dengan menggunakan KANGKUNG...
.

Caranya:
1. Petik kangkung yg masih segar dikebun
ambil yg masih muda...
2. Cuci dengan air bersih,
bersihkan kotorannya....
3. Ikat batangnya satu persatu dengan baik...
Kemudian bawa dan jual ke pasar.
wangnya belikan sabun mandi untuk mandi..

SELAMAT MENCOBA...!!!

Best pesanan ni..

|

Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri)

Terima kasih cikgu2.

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tazkirah

|

Assalamualaikum wth..

Renungan Dhuha
3 Febuari 2016

Semakin berilmu semakin penyayang

Disebutkan oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (wafat 751 Hijrah) ;

من علامات السعادة والفلاح أن العبد كلما زيد في علمه زيد في تواضعه ورحمته . وكلما زيد في عمله زيد خوفه وحذره .

'Salah satu tanda kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup ini ialah apabila seseorang hamba itu menjadi semakin bertambah ilmunya maka akan turut bertambah bersama-sama dengannya sifat tawadhuk dan penyayangnya.

Dan setiap kali bertambah amalannya maka akan bertambahlah pula pada dirinya rasa takut dan berhati-hati.

[Al-Fawa'id, Ibn Qayyim al-Jauziyyah]

# Sekiranya kita semakin berilmu namun semakin membenci, kasar dan pemarah itu tandanya ada sesuatu yang silap dan tidak kena di dalam dada atau di dalam kepala. Mungkin ilmunya salah, atau mungkin juga hati kita yang bermasalah!

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kemungkaran pada akhlak, amalan dan hawa nafsu!

PKA JASA KEDAH

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB