.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

JURULATIH

|

Semua peninju profesional memiliki JURULATIH.
Bahkan, petinju legenda sehebat MOHAMAD ALI sekali pun juga memiliki JURULATIH.
Yaitu ANGELO DUNDEE yang membantu ALI menjadi JUARA dunia sebanyak 3 kali.

Padahal jika mereka BERDUA BERADU BERTANDING, sangat JELAS Angelo Dundee tidak mungkin akan MENANG.

Mungkin kita tertanya tanya, mengapa org sehebat MOHAMAD ALI masih memerlukan JURULATIH kalau sudah JELAS dia pasti MENANG melawan jurulatihnya?

KETAHUILAH...
Bahawa MOHAMAD ALI perlukan JURULATIH bukan kerana jurulatihnya lebih HEBAT tapi kerana ia memerlukan seseorang untuk MELIHAT hal-hal yang "TIDAK DAPAT DIA LIHAT SENDIRI"

Hal yang tidak dapat kita LIHAT dengan MATA sendiri itu yang disebut : "BLIND SPOT" atau "TITIK BUTA".

Kita hanya boleh melihat "BLIND SPOT" dari bantuan orang lain.

Dalam hidup,  kita perlukan seseorang untuk mengawasi kehidupan kita, SEKALIGUS untuk MENGINGATKAN kita seandainya keutamaan hidup kita mulai keluar dari landasan.

Kita perlukan orang lain YANG :
×. MENASIHATI
×. MENGINGATKAN
×. MENEGUR

Jika kita MULAI melakukan SESUATU kesilapan yang MUNGKIN tidak kita sedari.

Kita perlukan KERENDAHAN HATI untuk :
×. Menerima KRITIKAN
×. Menerima NASIHAT
×. Menerima TEGURAN

Itulah yang  MENYELAMATKAN kita terpesong dari landasan matlamat..

Kita bukan manusia SEMPURNA. Jadi, biarkan orang lain menjadi "MATA" kita di area 'BLIND SPOT' kita, sehingga kita boleh MELIHAT apa yang tidak boleh kita LIHAT dengan 'PANDANGAN' kita SENDIRI.

Mari kita saling nasihat- menasihati dalam KEBAIKAN dan KESABARAN.........

KATA2 STEVE JOB

|

STEVE JOBS pemilik IT APPLE Co.
Kekayaan bersih USD 10.5 Billion atau setara RM 46 Billion. Meninggal pada 5  Oktober 2011.
Beliau lahir 24 Februari 1955.
Tamat usia pada usia 56 tahun.

Kata2 terakhir Steve Job sebelum meninggal :

Dalam dunia business,
aku adalah simbol dari kejayaan,
seakan-akan harta dan diriku tiada pemisahan,
karana selain kerja,
hobiku tak banyak.

Saat ini aku berbaring di hospital, merenungi jalan kehidupanku, kekayaan,
nama,
dan kedudukan,
semuanya itu tidak ada ertinya lagi.

Malam yang hening,
cahaya dan suara mesin di sekitar katilku,
bagaikan nafasnya maut kematian yang hampir pada diriku.

Sekarang aku mengerti,
seseorang hanya patut memiliki harta secukupnya untuk digunakan dirinya saja itu sudah cukup.
Mengejar kekayaan tanpa batas itu bagaikan monster yang mengerikan.

Tuhan memberi kita organ-organ perasa,
agar kita boleh merasakan cinta kasih yang terpendam dalam hati kita yang paling dalam.
Tetapi bukan kegembiraan yang datang dari kehidupan yang mewah — itu hanya ilusi saja.

Harta kekayaan yang aku perolehi semasa aku hidup,
tak mungkin boleh ku bawa pergi.
Yang aku boleh bawa adalah kasih yang murni yang selama ini terpendam dalam hatiku.
Hanya cinta kasih itulah yang mampu memberiku kekuatan dan ketenangan.

Katil apa yang termahal di dunia ini ?
Katil orang sakit. Orang lain boleh bukakan kereta untukmu,
orang lain boleh kerja untukmu,
tapi tidak ada orang boleh menggantikan sakitmu.
Barang yang hilang boleh didapatkan kembali,
tapi nyawa hilang tak boleh kembali lagi.
Saat kamu masuk ke bilik bedah,
kamu baru sadari bahawa kesihatan itu betapa berharganya.

Kita berjalan di jalan kehidupan ini.
Dengan berlalunya waktu,
suatu saat akan sampai tujuan.
Bagaikan panggung pentas pun,
tirai panggung akan tertutup,
pentas telah berakhir.

Yang patut kita hargai dan sayangkan adalah hubungan kasih antara keluarga,
cinta akan suami-istri dan juga kasih persahabatan antara teman.

HARGAI SETIAP DETIK DALAM KEHIDUPAN KITA,
ISI HIDUP KITA DENGAN PERKARA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DI BELI DENGAN WANG RINGGIT

bila rv Nti jdkn lh ia sbg teladan.

Sifat sombong dn bongkak

|

السلام عليكم ورحمةالله ...
سلام فجر ...

Intipati khutbah Jumaat di Masjidil Haram pada 18 Mac 2016.
Oleh: Imam Sheikh Dr. Su'ud Asy-Syuraim.

Tajuk: Degil terhadap kebenaran.

1. Taqwa adalah perjuangan di dunia dan kemenangan di akhirat.

2. Setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Bezanya sama ada melakukan taubat atau tidak.

3. Manusia yang meneruskan kesalahan dan dosa, sedang menyedari ianya salah hanyalah manusia yg memiliki sifat DEGIL dan BONGKAK dengan Allah.

4. Pernah suatu ketika, seorang lelaki makan dengan tangan kiri di samping Rasul s.a.w Ditegur oleh baginda agar makan menggunakan tangan kanan. Dia kata tidak  mampu melakukannya. Lantas Nabi berkata dia mampu namun enggan melakukannya kerana sombong. (petikan daripada riwayat Muslim).

5. Degil terhadap kebenaran adalah sifat bagi manusia yang kurang iman, kurang ilmu dan kurang hikmah. Ia hanya tanda bagi manusia sombong dan bongkak.

6. Degil didefinasikan oleh sebahagian ulama dengan melakukan dosa berterusan dan meninggalkan kewajipan berterusan serta enggan bertaubat.

7. Manusia yang degil hanya berpegang dan melakukan apa yang dia lihat dan mahu sahaja walaupun berlawanan dengan kebenaran dan diberikan pelbagai hujah kebenaran.

8. Ketua bagi setiap manusia degil terhadap  kebenaran adalah iblis. Dia tahu kebenaran Allah dan Rasul tetapi degil untuk mematuhi arahan Allah.

Nauzubillah. Kita ni degil belako. Tak takut buat maksiat.

#Terjemahan: Abu Ehsan Izziddin.
Makkah, 18/3/2016.

tambah ilmu

|

Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing..

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu..

��������

Cara Hidup vs Cara Mati

|

Tazkirah Hari Ini (17.03.2016)

Cara Hidup vs Cara Mati

Menurut Imam Ghazali,cara mati akan menentukan bagaimana cara kita dibangkitkan di padang mahsyar kelak.Jika seseorang mati dalam keadaan baik - husnul khatimah ,maka dia akan dibangkit di padang mahsyar dalam keadaan baik juga.Sebaliknya,ada pula orang derhaka yang dibangkitkan mengikut keadaan perangainya di dunia.

Seterusnya bagaimana keadaan seseorang di padang mahsyar itulah yang akan menentukan pula bagaimana nasib grand finalenya - sama ada ke syurga atau neraka.Di sinilah berlakunya kira bicara,timbang duga dan penerimaan keputusan sama ada amal diterima dengan tangan kanan atau kiri.

Jadi sifir mudahnya begini: Cara hidup menentukan cara mati,cara mati menentukan cara dibangkitkan di padang mahsyar,cara dibangkitkan di padang mahsyar akan menentukan sama ada ke syurga atau neraka.

Semuanya berkait antara satu sama lain seperti susunan domino,yakni apabila pangkal betul,yang menyusul selepasnya pun betul.Begitulah seterusnya.Tetapi sekiranya yang pangkal salah,semuanya akan salah dan begitulah seterusnya.

(Ust Pahrol Mohamad Juoi - Mukmin Profesional)

Koleksi doa

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
DO'A PAGI SELASA
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن
ِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang banyak .
Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhanku..
Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang menambah dosa-dosaku.
Aku berlindung pada Allah dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang kejam.
Ya Allah , Jadikan aku diantara pasukan-Mu, karena pasukanMu saja yang beroleh kemenangan. Jadikan aku diantara kekasih-kekasihMu, karena kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.Ya Allah Baikkan agamaku, karena itulah sandaran urusanku.Baikkan akhiratku, karena itulah kampung kembaliku, tempat lari menjauhi kejahatanku.Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan,Jadikanlah kematian tempat istirahat dari kejelekan. Ya Allah Sampaikan shalawat kepada Muhammad , kepada keluarganya dan  kepada para sahabatnya.Berilah aku pada hari Selasa, tiga hal:Jangan biarkan pada diriku dosa kecuali Engkau maafkan. Jangan biarkan pada diriku kesusahan kecuali Engkau hilangkan. Jangan biarkan pada diriku musuh kecuali Engkau tolakkan.Dengan asma Allah, sebaik-baik asma.Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi. Aku mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya.Aku mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya ridhoNya.Akhirilah hidupku dengan keampunan...
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ

Koleksi doa

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Doa Pagi Isnin
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram...
Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..

Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq.

Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`MU.

Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.
Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.

Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU.

Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Penyebab kerasnya hati

|

Kata al-Imam Sufyan al-Thauri, penyebab kerasnya hati ialah :
1. Lelaki yang masuk ke Masjid dan keluar darinya tanpa solat dua rakaat.

2. Tidak mendoakan keampunan dan kebaikan kepada orang-orang Islam.

3. Berlalu harinya tanpa membaca 100 ayat al-Quran setiap hari.

4. Datang orang alim ke tempatnya dan dia tiada mengambil manfaat ilmu daripada orang alim tersebut.

"Petikan kuliah Ustaz Nazrul Abd Nasir"

Koleksi doa

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Doa hari hari Ahad
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

A’udzubillah – aku berlindung pada Allah dari kekejaman manusia kejam, dari rekaperdaya manusia dengki, dari kezaliman manusia zalim
Aku memuji Dia di atas pujian semua yang memuji
Ya Allah,
Bimbinglah aku untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan aku mencapai ridhaMu
Bantulah aku menaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu..
Kasihanilah aku, palingkanlah aku dari maksiat pada-Mu, selama Engkau menghidupkan aku, tuntunlah aku pada apa yang bermanfaat bagiku selama Engkau menghidupkan aku
Dengan kitab-Mu, legakan dadaku
Dengan bacaannya, ringankan bebanku
Kurniakan padaku keselamatan agama dan diriku,
Jangan terlantarkan aku dari semua orang yang menjadi kerinduanku

ُ
Sempurnakanlah kebaikan-Mu padaku, pada seluruh sisa umurku, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umurku yang telah lalu..
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
ُ

Pelajar adalah AMANAH

|

Kenapa PELAJAR aku tak jd spt yg aku nak ��

��PELAJAR2 buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

��PELAJAR baik, PELAJAR cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.

��PELAJAR2 yang biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

��PELAJAR yang biasa2 ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati PELAJAR kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

��PELAJAR2 kita masih mentah, jiwa mereka rapuh. Yang salah kita, terlebih menghukum dari membina. Terlebih menyumpah dari membimbing. Terlebih marah dari nasihat. Terimalah mereka dengan penuh AMANAH.

��PELAJAR2 ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan PELAJAR2 kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa menjadi CIKGU..... belajarlah malu kepada ALLAH, DIA yang Maha Hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

��PELAJAR2 kita juga punyai hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri sepenuh perhatian akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Jangan berhenti untuk menjadi CIKGU yang BERILMU dan CEMERLANG!

PELAJAR SEPERTI ANAK (Amanah, Nasihat, Ajar, Kasih saysng) KITA.

"DON'T LABEL THE STUDENTS, BUT LABEL THE SERVICE".

Untuk renungan kita bersama....����

Ikhlas daripada saya: Haji Sam.

KEPUTUSAN SPM 2015

|

Assalamualaikum

=================================
KEPUTUSAN SPM 2015 KELUAR HARI INI
03 MAC 2016!
================================

UNTUK ANAK-ANAK YANG PERNAH BERSAMA PROGRAM SB Motivasi Transformasi Minda juga anak-anak geron Cikgu Alwardah Dolhalit , PARA GURU SERTA AYAH IBU

Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!

Ucapan tahniah ini saya tujukan kepada anak didik di program motivasi  cikgu S.B yang berjuang di medan peperiksaan SPM 2015. Tahniah atas usaha anda mendapatkan keputusan yang cemerlang atau tidak berapa cemerlang sama ada menaikkan nama sekolah anda atau tidak, itu bukan isunya nak di TAHNIAHKAN.

Cemerlang yang cikgu S.B tagih ialah bukan A semata-mata di atas kertas slip itu, tetapi straight A dari sudut akademik, sahsiah dan akhlak , kebolehan bergaul dan memimpin serta amat menghormati orang lain . Bukan jalan mudah jika tiada usaha dan doa untuk seimbangkan A dalam semua kepandaian itu.

Selangkah lagi anda akan berada di menara gading dan mungkin sahaja alam pekerjaaan, kamu akan bergerak untuk mencapai ambisi dan impian yang terbeku selama ini. Perjalanan kita hampir sama, cikgu di laluan membantu anda dilaluan memburu.  Masih panjang dan jauh.

Teruskan usaha kerana bukan setakat itu sahaja perjuangan anda dalam menuntut ilmu. Masih banyak lagi yang perlu kita ketahui. Ilmu sebenarnya telah tersedia di mana-mana tetapi sejauh mana pula usaha kita untuk mencari dan mengumpulkannya. Jika rajin maka banyaklah yang kita akan dapat, jika sikit usaha maka sikitlah yang akan diraih.

Tahniah sekali lagi!

Anda telah membuktikan sesuatu yang kadangkala dipandang remeh, tahap dan tahun pengajian bukan penghalang untuk berjaya. Jika niat menuntut ilmu kerana Allah dan bukan hendak mengejar kerjaya semata, maka kepuasan yang dirasai tatkala belajar berbeza bukan? Bukan anda sahaja, diri yang menulis juga merasainya. Jangan pernah merasakan rendah diri untuk belajar.

Ingat, jangan pula sombong untuk menuntut ilmu. Ilmu datangnya dari Allah. Bila kita ada ilmu, kita mudah untuk menghadapi 'dunia'.

Dan jangan pula tidak mengamalkan atau kedekut untuk berkongsi ilmu yang ada. Supaya ilmu itu sentiasa lekat di dada.

Tahniah para Guru-guru anak-anakku!

Tanpa dedikasi anda, tidak mungkin pelajar-pelajar akan terinspirasi untuk berusaha mencapai kejayaan. Sejak dari zaman saya masih sekolah saya melihat betapa gigihnya kamu mencari dan berkongsi kepada pelajar tentang ilmu.

Tambahan sekarang saya juga sebagai guru motivasi dan jurulatih bisnes di lapangan ..lagilah terasa perasaan ini

Tidak pernah sedikit ingin saya merasa sombong dan kedekut untuk berkongsi.

Tahniah juga buat para ayah ibu,

Sahabat-sahabatku, walau setinggi mana ilmu kita tanpa restu dan halalnya susu ibu serta kederat ayah, kita tidak ke mana .Di atas landasan yang sama para pelajar, dapatkan restu ayah ibu . Mohon ampun maaf dan berbakti kepada mereka sehingga mereka menutup mata. teruslah berjuang agar suatu hari nanti, ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat bila diamalkan dan dikongsi. Saya menulis kerana saya juga seorang ayah yang berusaha mencari yang halal demi anak-anak yang menimba ilmu.

Catatan Dhuha

S H A H B I N A
@Cikgu S.B

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB