.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Bersyukur akan nikmat Allah

|

Tazkirah hari ini

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh          simen.. melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
    
Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit          syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri kanan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dgnnya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya . Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya . "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .
               
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh          ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.          Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
         
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki          itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan          serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
           
Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan syiling (REZEKI) , rahmat          atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita..... Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan          bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpaNucapan syukur.

         Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya          menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Semoga memberi manafaat

Mengingati Mati

|

BILA KITA INGATKAN MATI

Bila kita ingatkan mati.
Tiada lagi nak DENGKI-DENGKI.
Bila kita ingatkan mati.
Kita tak PENTING diri sendiri.
Bila kita ingatkan mati.
Kita boleh buangkan BENCI.
Bila kita ingatkan mati.
Semua orang kita AMPUNI.
Bila kita ingatkan mati.
Kita selalu INSAFI diri.
Bila kita ingatkan mati.
Kita BERUSAHA kuat lagi.
Bila kita ingatkan mati.
Kita saling MENASIHATI.
Bila kita ingatkan mati.
Kita telah MENGHIDUPKAN hati.
Bila kita ingatkan mati.
Tidak ada KESEDIHAN lagi.
Bila kita ingatkan mati.
Kita seronok hendak BERBAKTI.
Bila kita ingatkan mati.
Hidup menjadi lebih BERERTI
Bila kita ingatkan mati.
Kita ingat ALLAH kepada Nya kita KEMBALI

اللهم صل عل محمد وعل آل محمد

Muhasabah diri

|

RENUNGAN YG AMAT PENTING

"Wahai Sheikh..!" Seorang pemuda bertanya...

" Yang manakah yang lebih baik : seorang muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau seorang yang tidak beribadah tapi amat baik sikapnya kepada sesama manusia ?"

"Subhaanallah, kedua-duanya baik", ujar si alim sambil tersenyum.

"Mengapa boleh begitu?"

"Kerana orang yang tekun beribadah itu nantinya mungkin akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia bersebab ibadahnya. Manakala orang yang baik perilakunya itu, boleh jadi nantinya akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNYA."

"Jadi siapa yang lebih buruk?" Desak si anak muda.

Airmata mengalir di pipi si alim.

"Kita, anakku", ujar beliau.

"Kitalah yang selayak disebut buruk lantaran gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri."

Dalam esakan dan hiba tangisan, si alim menyambung kata....

" Sedangkan kelak, kita akan dihadapkan pada ALLAH dan dipersoal tentang diri kita, bukan tentang orang lain."

Muhasabah buat diri ini dan yang sudi

Imam Abu Hanifah

|

������

Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala, pernah berjalan bertentangan arah dengan seorang budak kecil yang berjalan mengenakan terompah kayu.

Si imam berkata: "Jaga-jaga Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir."

Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.

"Nu'man namaku", jawab si imam.

"O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'zhom (Imam agung) itu..?", tanya si budak.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab si Imam.

"Wahai si Imam, berhati-hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' daripada seorang budak kecil...

Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru ia datang dari lidah seorang budak.

Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu kerana POSISI YANG 'DIMULIAKAN', tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/HAJJAH, USTAZ, AL-FADHIL, SYAIKH, DOKTOR dan sebagainya.

Marilah kita berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN agar jangan sampai kita tergelincir...

Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia.

Ingatlah...
"Sepasang tangan yang menarik kita takkala terjatuh lebih kita percayai dari seribu tangan yang menyambut kita takkala tiba di puncak kejayaan.."

Mari kita hubungi sahabat-sahabat kita...
Kerana sahabat yg baik adalah pelita di kegelapan..
Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.

Ketahuilah...
"TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi." (Hadis riwayat Muslim).

JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT, WALAUPUN DATANGNYA DARIPADA SEORANG 'BUDAK HINGUSAN'

انظر ما قال ولا تنظر من قال
- "Perhatikan APA yang disampaikan dan jangan melihat SIAPA yang menyampaikan."

Semoga bermanfaat

Bapak kau hebat

|

Assalamualaikum...

Man: Bapak aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapak aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow ! Bapak kau keje apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Sobri yang dari tadinya mendengar perbualan rakan2nya tergelak sinis.
Man: Yang kau gelak nape mcm perli kita orang je?
Sobri: Ye la, korang sibuk nak up kan bapak masing2 sebab tu aku gelak!
Ali: Eleh! Bapak kau hebat sangat ke?
Sobri: Hebat giler beb. Lagi hebat dari bapak korang berdua.

Bapak aku tak buat apa2 pun, tapi orang confirm ikut dia. Bukan setakat tunduk je.
Berdiri, melutut, duduk. Semua orang ikut dia.
Man: Pergh ! Hebat giler. Apsal power sangt bapak ko sampai semua orang ikut dia?
Sobri: Ye lah... bapak aku kan IMAM, kalau tak nak ikut, baik sembahyang sorang2.

✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌✌

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB