.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.

|


1. Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana2 pintu ( kecuali bilik air) sebab port2 syaitan kbiasaannya di pintu2.

2. Lazimi membaca dn memasang ayt suci alquran di rumah.

3. Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.


4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.

5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam2 elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.

6. Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.

7. Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.

8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan
bila tidur rambut kene letak bawah kepala, ( jangan lepaskan ke atas bantal.)

9. Bagi rumah yg pintu2nya berhadapan dgn pintu2 lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu2 yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus

10. Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.

11. Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.

12. Elakkan duduk di pintu.

13. 'Pagar' rumah setiap hari.

14. Selalu2 baca surah AlBaqarah.

15. Selalu alih2kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda2 mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.

Bangga tidak ke mana..

|

Ada orang bangga dengan suaminya...
akhirnya suaminya itu CURANG padanya.

Ada orang bangga dengan anaknya...
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya.

Ada orang bangga dengan hartanya...
akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.

Ada orang bangga dengan jawatannya...
akhirnya dia diberhentikan kerja.

Ada orang bangga dengan kecantikkannya...
akhirnya kena STROK. Habis herot-berot.
Hilang kecantikkannya.

Ada orang bangga dengan ketampanannya...
akhirnya dia mengalami kemalangan.
Pecah mukanya. Putus kakinya. CACAT.

Ada orang bangga dengan pimpinannya...
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa.
Tak sedar orangnya BERPECAH-BELAH.

Ada orang bangga dengan ilmunya...
akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak
mengamalkan ilmunya itu.

Siapa kita untuk berbangga dengan apa
yang kita ada di atas dunia? Semua itu
Allah bagi pinjam. Tak perlu nak bangga
dengan apa yang kita ada. Sedangkan
pengakhirannya kita tak tahu akan jadi
apa.


TUNAIKANLAH SELAGI DIBERI KESEMPATA - DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH

|


Perjanan terjauh.. Masjid

|

Perjalanan Terjauh Dan Terberat
Wahai anakku.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Ramai orang yg kaya raya tidak sanggup utk mengerjakannya. Jangankan sehari lima waktu, bahkan ramai pula yg seminggu sekali pun terlupa. Tidak jarang pula seumur hidup, tidak pernah singgah ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu menemukannya. Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah, Rusia dan juga Amerika.

Mampu melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dgn semangat yg membara. Namun ke masjid, tetap sahaja perjalanan yg tidak mampu mereka tempuh, walaupun telah bergelar Dr. Falsafah.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Pemuda yg kuat dan bertubuh sihat yg mampu menakluki puncak Gunung Tahan dan Kinabalu juga Everest pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid.
Alasan mereka pun beragam. Ada yg berkata sebentar lagi, ada yg berkata takut dikata alim.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila dari kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid. Bagi ayah, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yg paling ayah banggakan selain drp perjalananmu ke masjid.
Biar ku beritahu rahsianya kepadamu. Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan utk menemui Rabmu. Itulah perjalanan yg diajarkan oleh nabi serta perjalanan yg akan membezakanmu dgn orang-orang yg lupa akan Rabnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.
Maka lakukanlah walaupun engkau harus merangkak dlm gelap subuh, demi mengenal Rabmu.

Nalai manusia

|

Manusia dan sebiji botol...

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1��

2. Kalau diisi jus, harganya RM 8 ��

3. Kalau diisi Madu Yaman akan berharga RM200 ☺

4. Kalau diisi minyak wangi odd, akan berharga RM1000 ��

5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka. ��

Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab isi dalamnya berharga.. manusia semua sama, yang membezakannya adalah IMAN & AMAL dalam dirinya yg akan myebabkan dia berharga di sisi ALLAH �� atau dia di pandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka. ��

Muhasabah kepada kita semua sebelum mati ��

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB