.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Makanan sunnah

|


ثمانية أطعمة طيبة تبعد الأمراض
*Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit*
‎الرمان
delima
‎الروب
yogurt
‎الثوم
bawang putih
‎البصل
bawang besar
‎الشاي الأخضر
teh hijau
‎الشوفان
oat
‎القرع
labu
‎البروكلي
brokoli
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
*Tiga perkara membawa penyakit*
‎1) الكلام الكثير .
banyak bercakap
‎2) النوم الكثير .
banyak tidur
‎3) الأكل الكثير .
banyak makan
‎ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة أشياء تهدم البدن :
*Empat perkara merosakkan badan*
‎1) الهم .
dukacita
‎2) الحزن .
sedih
‎3) الجوع .
kebulur
‎4) السهر .
tak tidur mlm
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
*Empat perkara menambah seri wajah*
‎1) التقوى .
taqwa
‎2) الوفاء .
jujur
‎3) الكرم .
pemurah
‎4) المروءة .
jaga kehormatan
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎وأربعة تجلب الرزق :
*Empat perkara menarik rezeki*
‎1) قيام الليل .
qiamulail
‎2) كثرة الاستغفار بالأسحار.
byk istighfar waktu 2/3mlm
‎3) تعاهد الصدقة
biasa bersedeqah
‎4) الذكر أول النهار وآخر
berzikir waktu awal pagi dan petang
‎ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
‎
*Jangan kedekut untuk sebarkan kepada kawan kawan mu dan orang yang anda kasihi..*

Hari Suami Sedunia

|

*SELAMAT HARI SUAMI SEDUNIA*

Kepada mereka yg belum tahu, hari ini adalah Hari SUAMI Sedunia..

LELAKI adalah ciptaan
TUHAN yg paling indah.
Dia banyak MENGALAH dari  umur yg sangat muda.

Dia membelanjakan
semua duit, untuk beli HADIAH, untuk yang dia CINTA, hanya untuk melihat
dia TERSENYUM..

Dia KORBANKAN masa
Bujangnya hanya untuk
seorang WANITA....

Dia KORBANKAN masa
mudanya demi istri dan anak2nya dengan bekerja sampai malam TANPA MENGELUH.

Dia bina MASA DEPAN
mereka Sekeluarga
dengan hutang dan membayar hutang sampai stress.

Dia telah bersusah payah tapi masih *dimarahi ISTERI* dan BOSS. Kehidupan Dia berakhir hanya untuk MENGALAH demi KEBAHAGIAAN orang lain..

Kalau dia keluar rumah,
org kata dia MERAYAU...

Kalau dia tinggal dirumah, org kata dia MALAS....

Kalau dia marahi anak2,
org kata dia GARANG...

Kalau dia tak marah, org kata dia ayah yg TAK TEGAS...

Kalau dia tak benarkan isteri bekerja, org kata dia Seorang yg MENGONGKONG...

Kalau dia benarkan isteri
bekerja, org kata dia MAKAN gaji isteri...

Kalau dia dengar apa kata ibunya, org kata dia ANAK MAK..

Kalau dia dengar cakap isteri, org kata dia GTB
(Geng Takut Bini)..

Kalau dia banyak MENOLONG wanita yg memerlukan, dikata HIDUNG BELANG...

Kalau tak mau tolong
wanita lain, katanya KEJAM..

Tapi di tengah terpaan
segala macam tuduhan,
dia tetap TEGAR.... KUAT

Dia lah *LELAKI@SUAMI*

HARGAILAH setiap *LELAKI@SUAMI@AYAH* dlm hidup anda.

Anda tidak akan pernah
tahu apa *PENGORBANAN* yg sudah dia dilakukan buat Anda...

Kirimkanlah ke semua
LELAKI supaya mereka TERSENYUM dan kpd
semua wanita supaya
mereka SEDAR bahawa
LELAKI itu amat BERHARGA!

😀😀😀👍👍👍🙏🙏

PAK SAMAT

|

PEMIKIRAN LUAR KOTAK

SETIAP hari Pak Samat melalui sempadan Siam dengan menunggang motosikal. Beberapa guni besar tersandang di belakang motosikalnya.

Pegawai kastam yang mahu menahan beliau bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Pak Samat."Turun dari motor, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pegawai Kastam terus mengambil guni-guni tersebut dan dengan pantas membukanya.

Sementara pasir itu diperiksa, Pak Samat ditahan di dalam lokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dengan diteliti, ternyata pasir yang dibawa memang pasir tulen dan tiada bahan lain selain dari pasir semata-mata.

Pak Samat dibebaskan. Pasir kepunyaannya juga dimasukkan semula ke dalam guni dan dia dibenarkan melalui sempadan Malaysia untuk ke Siam. Keesokan harinya perkara yang sama berlaku. Pegawai Kastam bertanya, "Apa yang kau bawa kali ini?", "Pasir" jawab Pak Samat.

Pegawai Kastam tidak berpuas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, namun guni tersebut tidak mengandungi benda lain selain daripada pasir semata-mata.Maka Pak Samat dibenarkan melalui sempadan dengan motosikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama 20 tahun. Akhirnya pegawai kastam itu telah pun bersara dan tidak lagi berkhidmat sebagai pengawal sempadan.

Pada suatu hari secara kebetulan dia berjumpa dengan Pak Samat di pekan. Pegawai Kastam itu mengajak Pak Samat minum di sebuah kedai.Pegawai Kastam itu pun bertanya, "Aku hairan tengok kau melintas sempadan setiap hari tapi cuma bawa pasir, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Motosikal" jawab Pak Samat ringkas.

😂😂😂

SEORANG DEMI SEORANG

|

SEORANG DEMI SEORANG

1. SEMASA ZAMAN REMAJA
Seorang demi seorang budak-budak kampung kita keluar meninggalkan kampung. Ada yang meninggalkan kampung kerana bersekolah dan tinggal di asrama. Ada yang menuntut di universiti dan ada yang mencari kerja di bandar. Sampai masanya kita pula mengikut giliran mereka yang terdahulu, meninggalkan kampung kerana menuntut ilmu atau mencari kerja.

2. SELEPAS TAMAT BELAJAR
Seorang demi seorang kawan-kawan kita memasuki alam pekerjaan di sektor awam atau swasta. Akhirnya tiba pula giliran kita mendapat pekerjaan dan dapat merasai nikmat makan gaji setelah sekian lama menganggur sambil mencari pekerjaan.

3. SELEPAS BEKERJA
Seorang demi seorang kawan-kawan kita menamatkan zaman bujang. Mereka berkahwin dan beranak pinak. Setelah tiba masanya, kita pula mengikut jejak mereka berkahwin dan seterusnya beranak pinak.

4. SETELAH LAMA BEKERJA
Seorang demi seorang kawan-kawan kita yang senior mula bersara. Kita pula sedang menghitung tahun, bulan, minggu dan hari untuk turut bersara seperti kawan-kawan kita yang telah bersara.

5. DITIMPA SAKIT
Seorang demi seorang, orang-orang yang sihat mulai kurang sedap badan dan ditimpa sakit. Mula-mula sakit ringan dan seterusnya semakin memberat dan semakin uzur sehingga menghampiri kematian. Nanti bila tiba masanya, kita yang sedang sihat tidak mustahil mengalami situasi yang sama dengan mereka yang diuji dengan kesakitan.

6. TIBA AJAL
Seorang demi seorang, orang-orang yang hidup sama ada tua atau muda, sihat atau sakit pergi menghadap Ilahi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Akan tiba masanya nanti, kita yang sedang menikmati kehidupan di dunia ini turut akan dijemput oleh Allah untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

Kesimpulannya, setiap orang ada gilirannya untuk sesuatu perkara atau urusan sama ada giliran itu menyeronokkan, menyusahkan, menyedihkan, mahu, tidak mahu dan sebagainya. Kalau hari ini giliran orang lain, suatu hari nanti pasti giliran kita pula.
(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)

Tidak redha

|

Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pd kita?"
Jawapan ustaz ringkas ja,
tapi agak menyentap jiwa :
"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."
Jika kita tak redha,
Tak maafkan orang lain,
Kita akan LEWAT
MENITI TITIAN SIRAT.
Ia akan MELEWATKAN
AMALAN KITA DIHISAB.
Mahu ke?
SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang2 yang kita tak redha tu. Sorang2 akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke?
Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak..
Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"
Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.
Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas.
Biarlah Allah menghakimi.
Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak.
Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.
Kita akan lebih tenang.
Inshaa Allah.
*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF kpd ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH & SILAP YG SENGAJA @ X DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA DGN SAYA.*
*ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN*
Selamat menyambut thn baru 2017
Selamat tinggal 2016.

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB