.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Sulh produk baru Mahkamah Syariah

|

MASALAH kes tertangguh di Mahkamah Syariah dijangka berkurangan selepas kaedah sulh diperkenalkan. Kaedah sulh atau mediasi yang mengutamakan instrumen penyelesaian pertikaian secara perdamaian, dilihat satu produk terbaru Mahkamah Syariah yang bakal diperluaskan ke semua Mahkamah Syariah seluruh negara.

Jika sistem perbankan ketika ini terkenal dengan pelbagai skim muamalah seperti Mudharabah, Bai Bithamanin aji atau Qardu Hasan, maka sulh pula adalah skim perundangan Mahkamah Syariah ketika ini.

Sulh yang mengetengahkan elemen perdamaian memenuhi tuntutan Islam dan satu cara mencegah persengketaan berpanjangan di kalangan umat Islam.

Ini kerana, walau umat Islam berselisih pendapat atau hak mengenai sesuatu perkara, biarlah diselesaikan melalui jalan permuafakatan serta mengikut perasaan kasih sayang sesama insan.

Justeru, umat Islam dilarang bermusuhan-musuhan, apatah lagi tindakan sedemikian akan mencacat imej Islam di kalangan bukan Islam.

Inilah di antara hikmah tersurat dan tersirat dalam penggubalan kaedah sulh dalam enakmen atau akta prosedur mal Mahkamah Syariah negeri hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman mengakui sulh adalah antara kaedah terbaik yang seharusnya dimanfaatkan pihak bertikai, demi menghilangkan perasaan dendam. Di samping itu, keadaan itu dapat mengukuhkan persaudaraan ahli keluarga akibat pertikaian kedua-dua pihak.

Katanya, kedua-dua pihak yang bertikai tidak sepatutnya berpuas hati selepas berjaya mengalahkan pihak lawan dalam menuntut sesuatu haknya dalam perbicaraan.

Beliau yang juga Ketua Hakim Syarie berkata, berkemungkinan kemenangan diperoleh itu disebabkan pihak lawan kurang teliti ketika mengemukakan hujah sehingga menyebabkan tuntutan atau rayuannya ditolak oleh Mahkamah Syariah.

Secara tidak langsung, katanya, ia menyebabkan ketidakpuasan, lalu mewujudkan jurang permusuhan antara satu dengan lain. Sesungguhnya, memang benar apa yang diucapkan Sheikh Ghazali itu.

Sebagai seorang berpengalaman dalam bidang kehakiman Islam, beliau tentu memahami dan mengerti apakah yang berlaku setiap kali penghakiman dijalankan.

Bagi kes tuntutan harta sepencarian umpamanya, ada pihak tidak berpuas hati kerana haknya yang sebenar gagal diputuskan Mahkamah Syariah, disebabkan kelemahan diri mengemukakan fakta kes atau kebijaksanaan peguam pihak lawan. Bagaimanapun, masalah sebegini tidak berlaku jika dilakukan melalui kaedah sulh.

Ini kerana, sulh beramal di atas prinsip reda-meredai dan tolak ansur antara satu dengan lain.

Mengikut kaedah sulh, penuntut dan yang dituntut atau peguam dilantik akan menghadiri majlis perbincangan membabitkan timbang tara serta tolak ansur kedua-dua pihak yang dipengerusikan pegawai sulh.

Apabila kedua-dua pihak mencapai persetujuan, pegawai sulh akan membuat perakuan persetujuan berserta syarat untuk dikemukakan kepada hakim yang akan membuat perintah persetujuan.

Dalam pada itu, kes berkenaan akan berakhir selepas tamat majlis sulh.

Jelas di sini, penyelesaian melalui sulh tidak sesekali menimbulkan kebencian dan dendam mana-mana pihak kerana diselesaikan secara muafakat.

Paling membanggakan, penyelesaian melalui kaedah ini turut menampakkan keadilan kepada kedua-dua pihak.

Perkara ini turut diakui oleh ijmak ulama (kesepakatan ulama) mengenai sulh, iaitu penyelesaian secara sulh dalam pertikaian. Lebih tepat lagi untuk mencapai keadilan disebabkan kedua-dua pihak mengetahui hak yang sepatutnya mereka peroleh ke atas apa yang didakwa.

Berdasarkan perkembangan mutakhir, beberapa negeri sudah menerima konsep sulh dan akan menjadikannya sebagai enakmen atau salah satu subseksyen dalam Kanun Prosedur Mal Syariah masing-masing.

Contohnya, dalam Bahagian 14 Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah (Selangor) 1991, Seksyen 87 serta bahagian dan seksyen sama Ordinan Acara Mal Syariah (Sarawak) 1991 memperuntukkan mengenai sulh dan Seksyen 88 mengenai penyelesaian.

Sesungguhnya, satu langkah diambil bagi memantapkan kaedah sulh dan mempercepatkan penyelesaian kes di Mahkamah Syariah serta menyelaraskan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

Sheikh Ghazali berkata, langkah berkenaan yang dilaksanakan Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil pada peringkat Persekutuan bagi menyediakan satu draf iaitu Kaedah-Kaedah Prosedur Mal (Sulh).

Natijahnya, kata beliau, satu kaedah sulh digubal iaitu Kaedah-kaedah Sulh Wilayah Persekutuan 1996.

Berikutan perkembangan itu, Selangor mengorak langkah lebih awal dengan mewartakan kaedah sulh melalui Kaedah-kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001.

Dengan pewartaan kaedah ini, beberapa pegawai syariah dilantik secara kontrak untuk berkhidmat sebagai Pegawai Sulh di 10 mahkamah rendah syariah daerah seluruh Selangor.

Pelaksanaan Kaedah-Kaedah Prosedur Mal (Sulh) itu turut meningkatkan fungsi pendaftar Mahkamah Syariah kerana bertanggungjawab mempengerusikan Majlis Sulh iaitu satu tugas yang sebelum ini dijalankan unit lain.

Justeru, Sheikh Ghazali mencadangkan Bahagian Pentadbiran atau Kewangan Mahkamah Syariah dikaji dan disusun semula dengan mengambil kira fungsi baru pendaftar mengikut Kaedah-Kaedah Prosedur Mal (Sulh) terutama mewujudkan Unit Sulh atau menambah bilangan Pendaftar Mahkamah Syariah.

Katanya, Manual Kerja Sulh menggariskan beberapa kaedah pengendalian proses perdamaian dijalankan.

"Pegawai sulh selaku pengerusi majlis sulh hendaklah meminta pihak plaintif dan defendan mengambil tempat masing-masing, memperkenalkan diri dan membaca doa.

"Pegawai sulh hendaklah memaklumkan kedua-dua pihak mengenai prosedur yang dipakai, sambil memberi keyakinan kepada mereka mengenai prosedur sulh seperti bercakap mengikut giliran dengan pihak lain mendengar dan memberi perhatian.

"Bercakap tenang dan tidak meninggikan suara, bercakap dengan sopan dan tidak menyerang peribadi pihak lain, tidak bercakap sesama mereka tanpa kehadiran pegawai sulh dan membuat aku janji akan mematuhi peraturan itu," katanya.

Sesungguhnya, kaedah sulh bakal menaikkan imej Mahkamah Syariah sebagai institusi kehakiman Islam yang terulung di negara ini dengan kaedah mengurangkan kes tertangguh.

Oleh itu, negeri lain perlu mewartakan segera Kaedah-Kaedah Sulh. Ini kerana, kejayaan daripada sulh tidak dinafikan lagi.

Kajian JKSM mendapati kaedah itu berjaya mengurangkan hampir 65 peratus kes di Mahkamah Syariah Selangor sejak kaedah itu diperkenalkan tahun lalu. Perkara sama berlaku di Singapura di mana sebanyak 60 peratus kes berjaya diselesaikan melalui kaedah itu.

BERITA HARIAN
17 SEPTEMBER 2002

Hukuman denda punca kesalahan khalwat dipandang remeh

|

Berita Harian 21 mei 2009

SAYA mengikuti kes khalwat di negara ini sejak undang-undang diwujudkan. Saya melihat hakim hanya menjatuhkan hukuman denda dan kadangkala denda serta penjara. Tidak bolehkah undang-undang diseragamkan dengan semua pesalah khalwat dikenakan hukuman penjara. Ini menampakkan seolah-olah hukuman di Mahkamah Syariah bertaraf rendah.

Warga Prihatin,
Kuala Lumpur.

Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan: “Lelaki yang didapati berada bersama seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isterinya atau mahramnya di mana-mana tempat terselindung atau dalam rumah atau bilik dalam keadaan boleh menimbulkan syak mereka melakukan perbuatan tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan”.

Apabila sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Peruntukan itu jelas menunjukkan kesalahan khalwat bukan saja membabitkan seorang lelaki dengan perempuan, malah juga antara seorang atau ramai lelaki dengan seorang atau ramai perempuan bukan muhrim.

Mereka berada sama ada dalam sebuah rumah, bilik atau tempat terselindung (dalam kereta atau di celah pokok) yang keadaan mereka ketika itu boleh mendatangkan syak sedang melakukan maksiat. Hukuman yg boleh dijatuhkan ke atas tertuduh ialah salah satu daripada tiga hukuman yg diperuntukan iaitu denda tidak melebihi 3000 atau penjara tidak melebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ini peruntukan undang-undang dan kuasa menjatuhkan hukuman yang diberikan kepada hakim Mahkamah Syariah. Mereka tidak boleh melangkaui kuasa diberikan. Namun, berdasarkan peruntukan seksyen 29 mahkamah mempunyai budi bicara menjatuhkan hukuman secara khusus (penjara atau denda saja), tidak perlu menurut turutan.

Peruntukan berkenaan menggunakan perkataan ‘boleh dihukum’ yang tidak mengikat mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut turutan seperti dalam peruntukan. Seksyen itu juga menggunakan perkataan ‘atau’ yang diertikan sebagai pilihan.

Apa yang berlaku, hakim mengambil pendirian mengenakan denda. Dalam menentukan hukuman, perlu dipertimbangkan adakah ia boleh menjadi iktibar, inzar, pengajaran, peringatan dan balasan bukan saja kepada tertuduh malah masyarakat Islam, supaya tidak melakukan kesalahan sama.

Dalam kes hukuman takzir, kuasa mahkamah menentukan hukuman agak luas. Merujuk kitab Al Ahkam As Sultaniyyah karangan Al-Mawardi menyebut: “Takzir juga istilah yang jika disebut secara tunggal akan bermaksud hukuman atau keseksaan. Bagi maksud kesalahan ia perlu disebut kesalahan takzir. Sebagai hukuman fuqaha mendefinisikannya sebagai hukuman atau keseksaan yang tidak ditentukan secara terperinci oleh syarak dan dilaksanakan sama ada untuk kepentingan individu atau masyarakat dalam semua kes selain kes hudud dan qisas.”

Kitab Al-Fiqh al-Islami waadillatuh pula menyebut: “Takzir adalah hukuman ke atas jenayah atau maksiat yang tidak ditentukan hukuman had atau kaffarah.”

Dr Aziz Aamir dalam kitab At-Ta’zir Fi Al-Syariah Al- Islamiah menyebut: “Fuqaha mentakrifkan (takzir) sebagai satu pembalasan yang ditetapkan kadarnya, diwajibkan sama ada sebagai hak Allah atau manusia, dalam setiap maksiat yang tiada pembalasan had atau kaffarah, mempunyai tujuan sama seperti pembalasan had (hudud) iaitu memberikan pengajaran (takdib), mengadakan pemulihan (islah) dan mewujudkan ingatan yang menakutkan (zajr).”

Dalam memutuskan hukuman pesalah khalwat, hakim masih tertakluk kepada peruntukan hukuman seksyen 29 itu. Apa yang penting, hakim perlu pastikan hukuman dijatuhkan terhadap seseorang pesalah adalah setimpal.

Hukuman boleh dijadikan panduan, mendidik tertuduh serta masyarakat supaya patuh kepada perintah Allah, Rasul dan pemimpin.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman! Taatilah Allah dan Rasul-Nya dan pemimpin kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu maka hendaklah kembalikan ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (sunnah).” (Surah an-Nisa’, ayat 59). Pemimpin yang kita pilih inilah yang membuat undang-undang dilaksanakan ke atas kita.

Jawapan disediakan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang.

|

...اَللّهُمَّ ارْحَمْهُ، فَإِنِيْ أَرْحَمْهُ

Ha...bagi pasangan suami isteri yang hendak menambah kemesraan, kasih dan sayang dalam rumahtangga..bacela doa ini setiap kali menyentuh suami atau isteri...kalu suami sentuh isteri, tukar sahaja perkataan "hu" diatas dengan perkataan "ha"...

Bagi yang belum berkahwin bagaimana pulak?? Hmm anda blh amalkan doa ini ketika anda menyentuh ibu atau bapa, anak saudara, adik dan sape2la..pada kawan karib pun blh amal juga…tapi kalu nak sentuh tu, bg yg muhrim jela..

Amalkanla doa ini selalu krn doa ini pernah diamalkan oleh nabi Muhammad saw ketika menyentuh cucunya hasan dan husin..yela benda baik kan? Lebih baik kita amalkan? Lagipun pendek je kan doanya..pada sentuh saja suami tu, baik bace doa sekali..

Rahmat dan berkat pun dapat..kasih dan saying pun dapat..barula suami tak lari cari yg lain…betul tak?? Hehe..bagi pasangan yang tidak tahu dan susah nak hafal doa dalam bahasa arab tu, blh gak bace yg terjemah punya..

"Ya Allah ya Tuhanku sayangilah dan kasihilah dia ( suami atau sesiapa sahaja yg kita sentuh )kerana sesungguhnya aku juga menyayanginya"..

Manusia semuanya sama..

|

Yup!! Manusia semuanya sama jer..kaya ker miskin ker ape2lah..so jgnlah kita berbangga dengan kelebihan dan nikmat yg Allah kurniakan kepada kita..kerana idup ini tak lama, paling tinggi pun 60 taun jer..tapi ada yg da meninggal dulu pun sebelum mencecah umur 60 tu..jadi insanf2lah..

Kita semua sebenarnya hidup di dunia ini sama-sama bertanggungjawab untuk mengabdikan diri kepada Allah. Dan janganlah nak bangga-bangga diri..Sebab kita semuanya sama, Asal dari 1 bapa iaitu sebagai zuriat Nabi Adam..

Rasulullah SAW ada berpesan semasa menunaikan Haji Wada` maksudnya:

Wahai sekalian manusia. Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu. Sesungguhnya tidak ada kelebihan orang Arab terhadap orang bukan Arab, tidak juga bukan Arab terhadap Arab. Tidak ada kelebihan orang yang berkulit merah ke atas orang yang berkulit hitam dan orang yang berkulit hitam ke atas orang yang berkulit merah, melainkan dengan takwa.

(Riwayat Ahmad)

Dengan ucapan ini Rasulullah memperkuatkan lagi mesej yang disampaikan oleh al-Quran kepada seluruh manusia melalui surah al-Hujurat [49]:13 mafhumnya:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.”

Namun dalam ayat ini yang menetapkan persamaan antara manusia, Tidak pula membatalkan mengkhususkan rumpun-rumpun bangsa. Al-Quran mengiktiraf bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan tujuan mereka dapat saling kenal-mengenal...


GLOBALISASI MENURUT AL-QARDAWI

|

Ketika mengulas mengenai definisi globalisasi, al-Qardawi telah memetik pandangan Dr. Muhammad Abid al-Jabiri yang menyatakan globalisasi bermaksud menjadikan sesuatu berada di peringkat antarabangsa. Iaitu memindahkan sesuatu dari kawasan yang terhad dan dapat diawasi ke kawasan tanpa had yang jauh daripada sebarang pengawasan.

Justeru, globalisasi mencakupi maksud membatalkan sempadan negara, beridentitikan kebangsaan dalam lapangan ekonomi dan membiarkan segala urusan dapat bergerak bebas menyeberangi alam dan ruang angkasa yang berada dalam lingkungan planet Bumi. Bertolak dari sini maka negara-negara beridentiti kebangsaan, kerajaan dan sesuatu umat berada dalam zaman yang ditunjangi oleh globalisasi.

Globalisasi (‘Aulamah) dan Kesejagatan (‘Alamiyyah)

Menurut al-Qardawi, secara eksplesit, erti globalisasi hampir sama dengan kesejagatan ataupun universal yang dibawa oleh Islam. Kesejagatan disebutkan dengan jelas oleh al-Quran dalam surah al-Anbiyaa’ [21]:107 mafhumnya:

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”.

Tegasnya kesejagatan dalam Islam adalah berdasarkan kepada memuliakan semua keturunan manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra’[17]:70 mafhumnya:

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam”

Allah menjadikan manusia sebagai khalifahnya di muka Bumi. Semua yang ada di langit dipermudahkan Allah untuk mereka. Kesejagatan juga ditegakkan atas asas persamaan antara manusia dari sudut kemuliaan kemanusiaannya dan dari segi taklif dan tanggungjawab. Manusia semuanya sama-sama bertanggungjawab untuk mengabdikan diri kepada Allah. Mereka semuanya sama sebagai zuriat Adam sebagaimana sabda Rasulullah SAW di hadapan perkumpulan ramai semasa Hajj Wada` maksudnya:

“Wahai sekalian manusia. Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu. Sesungguhnya tidak ada kelebihan orang Arab terhadap orang bukan Arab, tidak juga bukan Arab terhadap Arab. Tidak ada kelebihan orang yang berkulit merah ke atas orang yang berkulit hitam dan orang yang berkulit hitam ke atas orang yang berkulit merah, melainkan dengan takwa.

(Riwayat Ahmad)

Dengan ucapan ini Rasulullah memperkuatkan lagi mesej yang disampaikan oleh al-Quran kepada seluruh manusia melalui surah al-Hujurat [49]:13 mafhumnya:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.”

Namun dalam ayat yang menetapkan persamaan antara manusia ini, al-Quran tidak pula membatalkan kekhususan rumpun-rumpun bangsa. Al-Quran mengiktiraf bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan tujuan mereka dapat saling kenal-mengenal.

Sedangkan globalisasi menurut faham Barat seperti yang nyata kepada kita melalui propagandanya hingga ke hari ini adalah, pemaksaan pengaruh politik, ekonomi, pengetahuan, budaya dan sosial dari Amerika Syarikat kepada dunia, khususnya dunia Timur atau dunia ketiga, lebih khusus lagi dunia Islam. Inilah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat berbekalkan kemajuannya dalam bidang ilmu dan teknologi, kekuatan ketenteraannya, keupayaan penguasaan ekonominya dan keangkuhannya yang menganggap dirinya sebagai ketua dunia ini.

Globalisasi ala Amerik bukan bererti layanan saudara terhadap saudaranya sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam, malah bukan juga bererti layanan sekutu terhadap sekutunya sebagaimana yang dikehendaki oleh orang-orang yang terhormat dan merdeka di mana-mana tempat di dunia ini, tetapi ia sebenarnya bermaksud layanan tuan-tuan kepada hamba abdinya, gergasi kepada si kerdil dan orang yang membesarkan diri terhadap orang yang lemah.

Menurut al-Qardawi lagi, globalisasi dalam gambaran yang sangat ketara pada hari nin bererti membaratkan dunia atau dengan kata lain mengamerikakan dunia. Ia adalah nama yang digunakan untuk penjajahan bentuk baru. Digunakan nama yang baru untuk disesuaikan dengan zaman yang baru dengan tujuan hendak menguasai dunia di bawah satu ungkapan yang lunak iaitu globalisasi. Jadi, ia bererti pemaksaan pengaruh Amerika ke atas dunia. Mana-mana negara yang berani menentang atau melawan mesti diajar atau dihukum sama ada dengan sekatan ekonomi, ancaman ketenteraan, atau diserang secara langsung sebagaimana halnya yang terjadi kepada Iraq, Sudan, Iran dan Libya. Ia juga bererti pemaksaan polisi-polisi yang diinginkan oleh Amerika Syarika melalui pertubuhan-pertubuhan atau organisasi-organisasi antarabangsa yang kebanyakannya dikuasai oleh Amerika seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) dan lain-lain lagi.

Globalisasi turut bermaksud, pemaksaan budaya Amerika yang khusus yang tegak di atas falsafah materialisme (kebendaan) dan utilitarianisme (mengutamakan kepentingan diri dan membuka kebebasan seluas-luasnya sehingga ke tahap menghalalkan apa sahaja). Segala prasarana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencanangkan tujuan tersebut melalui muktamar-muktamar atau persidangan-persidangan antarabangsa. Semua rumpun bangsa dikerah supaya menyetujui objektif tersebut sama ada dengan cara ugutan atau pun dengan cara pujuk rayu atau janji-janji manis.

Menurut al-Qardawi, hal ini nampak jelas dan ketara dalam Persidangan Penduduk yang dilangsungkan di Kaherah pada musim panas tahun 1994M. Matlamat muktamar atau persidangan tersebut ialah untuk mencanangkan satu deklarasi yang menghalalkan pengguguran anak secara mutlak, biar apa pun sebabnya, menghalalkan perkahwinan sejenis, memberikan kebebasan mempraktikkan seks di kalangan anak-anak, memperakui kelahiran yang bukan melalui perkahwinan yang sah, sehingga hal-hal lain yang bercanggah sama sekali dengan mana-mana agama langit dan bercanggah dengan mana-mana peraturan yang diketahui oleh rumpun masyarakat kita. Padahal perkara-perkara merupakan salah satu elemen yang membentuk masyarakat dan tamadunnya.

Bertolak dari sini menurut al-Qardawi lagi, kita dapati Universiti al-Azhar, Rabitah al-‘Alam al-Islami di Makkah, Republik Islam Iran dan pelbagai jamaah Islam mengambil pendirian yang seiringan Vatican (Roman Khatolik) dan tokoh-tokoh gereja untuk menentang aliran yang merosakkan ini. Semuanya dapat merasai bahawa bahaya besar sedang menanti dan mengancam nilai-nilai keimanan kepada Allah dan risalah-Nya, serta mengancam keluhuran akhlak yang menjadi sebab Allah mengutuskan para Rasul-Nya.

Kesan globalisasi juga nampak ketara melalui Persidangan Wanita yang diadakan di Peking, China pada tahun 1995M. Ia adalah lanjutan, pengukuhan, dan penyempurnaan kepada persidangan yang diadakan di Kaherah (1994).

Menurut al-Qardawi, Islam memperakui kekhususan-kekhusasan yang telah ditentukan kepada mana-mana bangsa kerana ia merupakan satu isu yang penting agar manusia tidak mengambil sikap melampaui terhadap manusia yang lain sehingga menyebabkan mereka berusaha memadam kehendak naluri orang lain tanpa kerelaannya dan memaksa orang lain mengikut kehendaknya.

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB