.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Sebelum dan Selepas Kawin..

|

Assalamualaikum WRT...Sekadar 'copy' dan 'paste'... Moga ada manfaat.

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara ditepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe : bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe : abang kan jadi Ultramannya

Makwe : kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe : Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe : Oh gitu....kalau saya jadi bunga

Pakwe : Abang jadi tukang kebunnya

Makwe : Kenapa bukan kumbang

Pakwe : Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe : Wah! hebatnya abg nie...begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar...tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe : Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe : Cilako! punyo tunggul kayu....buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu (rupa2nya si pakwe tu orang N9)...sayang takde apa2 ke?

Makwe : Takde sikit je bang...cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe : Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua...selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga...2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri : Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami : Masakan abg boleh lupa

Isteri : Kalau saya jadi bintang

Suami : Abang jadi beginilah

Isteri : Kenapa bukan Ultraman...

Suami : Kat Malaysia mana ada Ultraman...kat Jepun adalah....apa lah awak nie

Isteri : kalau saya jadi bunga

Suami : Abang jadi beginilah

Isteri : Apa abg nie...cakaplah betul2

Suami :Apo kono eh dongan ekau nie...dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu....kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu....yang mengado2 nak jadi bintang tu buek apo???

Isteri : Abe nie tok supo dulu....tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi

Suami : Takdo nak romantik kosmetik do....

Selepas puas duduk sambil berbalah,maka berjalan pulanglah keluarga tersebut....tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah.....

Isteri : Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami :Apo kono eh awak nie....buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!

* MORAL CERITA: Sebelum kahwin semuanya di mata indah2 belaka, selepas kahwin semuanya tak seperti sebelumnya...so, perkahwinan bukanlah semata-mata atas dasar cinta dan kasih sahaja, perlulah berlandaskan apa yg telah disyariatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w & agama Islam...

Aku mcm mana?? Renung2 dan fikir2kanlah..

KUSZA

|



Kahwin lagi bukan penyelesaian…

|

Adakah dengan membenar dan menggalakkan suami berkahwin lebih dari satu kerana tidak dapat mengekang hawa nafsu, menjadi penyelesaiannya?

Kenapa tidak memikirkan menambah ilmu agama di dada, supaya Allah mengukuhkan iman, menjaga mata dan hawa nafsu, supaya tidak tergoda dengan cubaan dunia?

Islam adalah agama yang menggalakkan monogami bukan menggalakkan poligami. Poligami dibenarkan tetapi tidak digalakkan. Sebabnyer dari kebanyakannya pada zaman Rasullulah s.a.w. terdapat ramai balu tentera Islam dan juga ramai anak yatim yang kehilangan suami tempat bergantung disebabkan perang, bukan kerana suami tidak dapat menahan hawa nafsu.

Tapi kat Malaysia sekarang ni macam mana?? Ader lagi ker perang?? Orang kata ramai “Andartu” kat Malaysia ni..Mungkin disebabkan oleh kurangnya kaum adam dari kaum hawa.. betul ker?? Lepas tu ader la yang berani buat kenyataan mengatakan “ kalau lah kami lelaki yang baik2 ni tak amik tanggungjawab (Poligami) ini.. sapa lagi yang nak amik?? Tak kan nak biarkan dan bagi kepada samseng jalanan, penagih dll..kemungkinan besar andartu ini tak terbela, lagi sengsara adala.. so mcm mana sekarang ni??

Isteri tak penting?? yeke??

|

Ini lagi satu yang aku dapat..
Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadikporak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru.

Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.
...Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai grade C. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop... Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceilingblindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan katasebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!!

Diari seorang lelaki..

|

Diari seorg lelaki (Yang pompuan udah kawen tu ….hehehe pass pass kat hubby u all )

teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler.. halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi...

Masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang
tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci.

Mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam .lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa?? teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya..

"wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg
mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek
atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia
akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Ni email yang aku dapat dari member..just masuk kan ke dalam blog sekadar renungan bagi kaum lelaki yang da berumahtangga.

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB