.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Umur

|

Noraidin Nordin:
Pakat-pakat amal....

Bayangkan baki umur kita.
Jika kita ditetapkan usia di dunia hanya 63 tahun (ambil usia Rasulullah صلى الله عليه وسلم)

*Usia sekarang*.       *Baki*
        20.                            43
        25.                            38
        30.                            33
     *31.5*.                    *31.5*
        35.                            28
        40.                            23
        45.                            18
        50.                            13
        55.                              8
        60 (pencen).             3

Baki usia bermaksud baki masa untuk beramal ibadah wajib, tunaikan amanah, tutup aurat, untuk :
1. Husnul Khatimah
2. Boleh jawab soalan kubur.
3. Selamat daripada *disalai* dalam kubur
4. Selamat daripada kesempitan kubur.
5. Selamat daripada dipatuk ular, sengatan kala jengking.
6. Selamat daripada pukulan malaikat.
7. Elak daripada dibangkitkan dengan rupa haiwan.
8. Supaya muka tidak diseret (berjalan dengan muka)
9. Selamat daripada belenggu api neraka.
10. Selamat daripada ejekan dan penghinaan di dalam neraka.
11. Supaya dapat nikmat kubur, buku amalan dengan tangan kanan dan masuk ke dalam syurga penuh nikmat tanpa kesusahan.

Nilai prestasi kerja anda

|

Seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil. Setelah dia membayar satu tin minuman dan mendapatkan baki duit syiling, dia terus mendapatkan set telefon berbayar yang terletak dihujung kaunter tadi. Sungguh berhati-hati dia mendail dan mula berbual. Tuan punya kedai runcit turut memasang telinga mendengar perbualan pemuda berkenaan.

Pemuda: "Puan, bolehkah saya mendapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah puan?"

Puan: "Saya sudah ada pekerja..".

Pemuda: "Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu".

Puan: "Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu".

Pemuda (merayu): "Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya jamin di hari minggu halaman rumah puan akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah yang berada di situ".

Puan: "Tidak, terima kasih".

Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut bersimpati, dan mendekati pemuda tadi.

Pemilik Kedai: "Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin menawarkanmu pekerjaan".

Pemuda: "Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!".

Pemilik Kedai: "Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan".

Pemuda: "Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya cuma mahu memastikan apakah kerja yang selama ini saya lakukan memuas hati majikan saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja untuk puan dalam telefon tadi!"

Hebat Pemuda tadi! Kita juga patut menilai prestasi kerja yang kita lakukan di tahun 2016 untuk memastikan kualiti yang lebih baik lagi di tahun 2017.

Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2017 yang lebih mencabar...

Amanah seorang guru

|

Assalamualaikum.. 

Buat tatapan diri saya dan sahabat2 yang dihormati..  Beberapa hari lagi, kita akan meneruskan rutin kita sebagai Murabbi/Muaddib/Muallim/Mursyid  dan Mudarris.. Selain mempersiapkan peralatan seperti baju, kasut beg tangan, dan segala kelengkapan pakaian dan peralatan, persiapan rohani juga eleman yang penting utk kita sebagai pendidik..  Justerus, saya kongsikan satu artikel yg mungkin kita boleh ambil manfaatnya..  semoga saya dan sahabat2 semua dapat menjalani ibadah mendidik dengan baik lantas diberkati oleh Allah swt... 

#Artikel ini dalam Bahasa Indonesia..

Peradaban yang selamat dan menyelamatkan membutuhkan sosok guru yang terampil mengajarkan ilmu (pengajar) dan bisa jadi suri tauladan (pendidik).

Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh aku telah diutus (oleh Allah) sebagai seorang pengajar.” (HR Ibnu Majah). Sebagai pengajar, Rasulullah SAW merupakan sosok yang bijaksana, melimpah kasih sayangnya, metode pengajarannya menyenangkan, ucapannya lugas dan jelas, cerdas, memiliki perhatian yang besar kepada siapa saja muridnya.

Sebagai pendidik, Rasulullah SAW merupakan pribadi dengan akhlak yang mulia (QS Al-Qalam: 4). Ketika anak-anak kita menunjukkan perilaku tidak beradab di tengah-tengah masyarakat, maka para guru mesti bermuhasabah, masihkah para guru komitmen dan konsisten mengamalkan adab menjadi seorang guru? Adab merupakan akhlak, moral, tata krama, etik, nilai, atau pandangan hidup (Pusat Bahasa Kemdiknas, 2008).

Jadi, adab guru adalah akhlak guru atau nilai-nilai yang mendasari keyakinan guru dalam berpikir dan bersikap. Ada lima adab yang harus istiqomah diamalkan guru sebagai pengajar maupun pendidik.

*Pertama*, mengajar bukan karena tujuan ingin mendapatkan imbalan dan bukan pula karena mengharapkan ucapan terima kasih. Mengajar diniatkan sebagai salah satu cara untuk beribadah dengan mengharapkan ridha Allah SWT.

*Kedua*, mengingatkan murid akan akhlak yang buruk dengan ungkapan kasih sayang, tidak secara terang-terangan, dan dengan ungkapan yang lemah lembut bukan celaan. Alangkah lebih baiknya para guru merenungi kata-kata hikmah dari Imam As-Syafie: “Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu.” Nasihatilah murid-murid kita dengan kasih sayang dan menutupi aibnya agar tidak diketahui orang lain.

*Ketiga*, dianjurkan saat memberikan pelajaran, guru memberikan penjelasan secara gamblang agar bisa dipahami oleh semua murid, bahkan oleh murid dengan kemampuan daya tangkap rendah sekali pun. Imam Tirmidzi dalam Kitab Asy-Syamail meriwayatkan dari Aisyah ra bahwasanya ia berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah berkata dengan tergesa-gesa sebagaimana yang biasa kalian lakukan. Akan tetapi, beliau berkata dengan ucapan yang sangat jelas dan rinci, sehingga orang lain yang duduk bersamanya akan dapat memahami setiap perkataan beliau.” (HR Imam Tirmidzi).

*Keempat*, guru menyayangi murid-muridnya seperti mereka menyayangi anak-anaknya sendiri. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku bagi kalian tiada lain hanyalah seperti orangtua kepada anaknya. Aku mengajari kalian.” (Ibnu Majah melalui Abu Hurairah).

*Kelima*, hendaknya guru berbuat sesuai dengan ilmunya, tidak mendustakan antara perkataan dan perbuatan. Allah SWT berfirman, “Apakah kamu menyuruh manusia (melakukan) kebajikan dan kamu melupakan (untuk menyuruh) diri kamu sendiri...” (QS. Al-Baqarah: 44).

Ketika murid tak mau mendengarkan dan mengikuti nasihat guru, alih-alih kita marah dan menyalahkan perilaku murid, marilah bertanya dahulu pada diri sendiri, “Apakah saya sudah menjadi guru yang beradab? Sudahkah saya melakukan apa yang saya katakan kepada murid-murid?” Jangan pernah berdusta pada diri sendiri dan para murid! Jika murid saja tak suka apalagi Allah SWT (QS Ash-Shaff: 3).

Selamat Beribadah...

CONTOH KARANGAN SPM & STAM

|


.الصلاة وآثارها في حياة المسلم

لا شك ولا ريب أن الصلاة ركن من أركان الاسلام وهي تلعب دورا مهما في حياة المسلم. الصلاة عماد الدين, من أقامها فقد أقام الدين

وجدير بالذكر أن الصلاة رمز لعبودية العبد الى ربه. وهي وسيلة التقرب الى الله والمسلم الذي يقام الصلاة يضع وجهه الكريم على الأرض طاعة له. القلب الذي يطيع يدوم على طاعته يحي لا يموت ولا يغفل. والصلاة أيضا تزكي النفوس وتطهرها من الذنوب والمعاصي. قال الله تعالى: ان الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر

ومن المعلوم لدينا أن الصلاة تهذبنا على احترام الأوقات والقوانين والشروط المعينة. الصلوات الخمسة لها أوقات خاصة وعلى سبيل المثال صلاة الصبح, فوقتها من طلوع الفجر الى شروق الشمس, فلا تصح صلاة الصبح في وقت الظهر

واضافة الى هذا, أن الصلاة تربي المسلم الاهتمام على النظافة. النظافة من الايمان. ولها أيضا حكم وأسرار لا تعد ولا تحصى, وعلى سبيل المثال صلاة الجماعة. سينبت روح التعاون في نفوس المسلمين لكثرة مقابلتهم بينهم

وفي الحقيقة أن الصلاة تربي المسلم أن تغرس الصفات المحمودة في نفوسهم. ومن الصفات المحمودة الاخلاص والصبر وهلم جرا. والصلاة تربينا هذه الصفات

وحلاصة القول, لا نبالغ في القول اذا قلنا ان الصلاة تلعب دورا مهما في حياتنا وهي فريضة على كل مسلم

SOLAT DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Tidak dapat dinafikan bahawa solat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan muslim. Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agamanya.

Patut dinyatakan bahawa solat adalah lambing penghambaan hamba terhadap Tuhannya. Ia juga adalah jalan kea rah mendekatkan diri kepada Allah. Orang Islam yang mendirikan solat akan meletakkan wajahnya yang mulia di atas bumi kerana mentaati-Nya. Hati yang sentiasa mentaati Allah dan mengingati-Nya akan sentiasa hidup, tidak mati dan tidak lupa. Ia juga membersihkan jiwa manusia dan menyucikannya daripada dosa dan maksiat. Allah berfirman maksudnya, “Sesungguhnya solat itu mencegah dari kejahatan dan kemungkaran”.

Kita sedia maklum bahawa solat mendidik kita agar menghormati masa, peraturan dan syarat-syarat tertentu. Solat lima waktu mempunyai masa-masa tertentu, sebagai contohnya solat subuh, waktunya dari terbit fajar hingga syuruq matahari, maka tidak sah solat subuh pada waktu zohor.

Di samping itu, solat mendidik orang Islam agar mengambil berat tentang kebersihan. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Solat juga mempunyai hikmat-hikmat dan rahsia-rahsia yang tidak terhitung dan tidak terkira, contohnya solat berjemaah. Semangat kerjasama akan tumbuh di dalam jiwa orang-orang Islam kerana kerap bertemu sesame mereka.

Sebenarnya, solat juga mendidik orang Islam agar menanam sifat-sifat mulia di dalam jiwa mereka. Di antara sifat-sifat terpuji adalah ikhlas, amanah dan sabar dan sebagainya. Ibadat solat mengajar kita semua sifat itu.

Kesimpulannya, tidak keterlaluan kalau kita katakan bahawa solat memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan ia merupakan satu kewajipan ke atas setiap orang muslim..

Kuiz Arab

|

Latihan Bahasa Arab Untuk Orang Awam

==================================================

1. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat saya sudah baca surat itu.

A  قَرَأْتُ الرِّسَالَة C قَرَأْنَا الرِّسَالَة
B قَرَأَ الرِّسَالَة D أَقْرَأُ الرِّسَالَة

2. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat kami telah menziarahinya (L) minggu lepas.

A زُرْنَاهَا فِي الأُسْبُوع المَاضِي  C زُرْنَاهُ فِي الأُسْبُوع المَاضِي
B زُرْتُهُ فِي الأُسْبُوع المَاضِي  D زُرْنَاكَ فِي الأُسْبُوع المَاضِي

3. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat Lokman telah pergi ke sekolah sebentar tadi.

A ذَهَبَتْ لُقمَان إِلَى المَدْرِسَة قَبْلَ لَحَظَات. C يَذْهَبُ لُقمَان إِلَى المَدْرِسَة قَبْلَ لَحَظَات.
B ذَهَبَ لُقمَان إِلَى المَدْرِسَة قَبْلَ لَحَظَات. D ذَهَبُوا لُقمَان إِلَى المَدْرِسَة قَبْلَ لَحَظَات.

4. Tandakan pada struktur ayat nafi yang betul untuk ayat penyata أَكَلْتُ.

A لَا أَكَلْتُ C لَنْ آكُلْ
B لَمْ أَكَلْتُ D لَمْ آكُلْ

5. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat saya tidak keluar kelmarin.

A لَا أَخْرُجُ أَمْسِ C لَنْ أَخْرُجَ أَمْسِ
B لَمْ أَخْرُجْ أَمْسِ D مَا أَخْرُجُ أَمْسِ

6. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat lelaki itu tergamam dan terdiam sejenak.

A يَرْتَبِكُ الرَّجُلُ وَيَسْكُتُ بُرْهَةً C اِرْتَبَكَ الرَّجُلُ وَسَكَتَتْ بُرْهَةً
B اِرْتَبَكَ الرَّجُلُ وَسَكَتَ بُرْهَةً D اِرْتَبَكَتْ الرَّجُلُ وَسَكَتَ بُرْهَةً

7. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat saya berpuas hati akhirnya.

A أَقْتَنِعُ أَخِيرًا C اِقْتَنَعَ أَخِيرًا
B اِقْتَنَعْتُ أَخِيرًا D اقْتَنَعْنَا أَخِيرًا

8. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat dia (P) belajar di Mesir.
A يَدْرُسُ فِي مِصْر C دَرَسْنَا فِي مِصْر
B دَرَسَ فِي مِصْر D دَرَسَتْ فِي مِصْر

9. Tandakan pada struktur ayat nafi yang betul untuk ayat penyata ضَحِكَ الرَّجُلُ.

A الرَّجُلُ لَا يَضْحَكُ C الرَّجُلُ لَمْ يَضْحَكْ
B الرَّجُلُ لَنْ يَضْحَكَ D الرَّجُلُ لَمْ ضَحِكَ

10. Tandakan pada struktur ayat nafi yang betul untuk ayat penyata أَخْرَجَ آدَمُ مِحْفَظَتَهُ.

A آدَم لَا يُخْرِجُ مِحْفَظَتَهُ C آدَمَ لَمْ يُخْرِجْ مِحْفَظَتَهُ
B آدَم لَنْ يُخْرِجَ مِحْفَظَهُ D آدَمَ مَا يُخْرِجُ مِحْفَظَتَهُ

11. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat dahulu dia pernah datang ke sini.

A أَتَى هُنَا C كَانَ يَأْتِي هُنَا
B يَاْتِي هُنَا D كَانَ هُنَا

12. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat tadi saya sedang memandu kereta.

A قُدْتُ السَّيَّارَة C أَقُودُ السَّيَّارَة
B كُنْتُ أَقُودُ السَّيَّارَة D قَدْ قُدْتُ السَّيَّارَة

13. Tandakan pada jawapan yang betul untuk soalan adakah dia telah makan atau belum lagi?

A أَكَلَ C قَدْ أَكَلَ
B كَانَ أَكَلَ D كَان قَدْ أَكَلَ

14. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat saya terserempak dengannya kelmarin.

A صَادَفْتُهُ أَمْس C أُصَادِفُهُ أَمْس
B قَدْ صَادَفْتُهُ أَمْس D صَادَفْتَهُ أَمْس

15. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat ketika saya sedang berjalan tadi..

A بَيْنَمَا أَسِير C بَيْنَمَا كُنْتُ أَسِير
B بَيْنَمَا سِرْتُ D بَيْنَمَا كُنْتُ سِرْتُ

16. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat saya sedang solat tadi.

A صَلَّيْتُ C أُصَلِّي
B كُنْتُ أُصَلِّي D كُنْتُ صَلَّيْتُ

17. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat الإِسْلَام يَدْعُو إِلَى السَّلَام.

A Islam menyeru kepada kedamaian.
C Islam telah menyeru kepada kedamaian.
B Islam sedang menyeru kepada kedamaian.
D Islam akan menyeru kepada kedamaian.

18. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat kanak-kanak perlukan bimbingan.

A الأَطْفَال احْتَاجُوا إِلَى الإِرْشَاد
B الأَطْفَال كَانُوا احْتَاجُوا إِلَى الإِرْشَاد
C الأَطْفَال يَحْتَاجُونَ إِلَى الإِرْشَاد
D الأَطْفَال كَانُوا يَحْتَاجُون إِلَى الإِرْشَاد

19. Tandakan pada terjemahan yang betul untuk ayat Islam menolak keganasan.

A الإسْلَام كَانَ يَرْفُضُ العُنْفَ  C الإسْلَام كَانَ قَدْ يَرْفُضُ العُنْفَ
B الإسْلَام قَدْ يَرْفُضُ العُنْفَ  D الإسْلَام يَرْفُضُ العُنْفَ

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB