Imran bin Hussin pernah bertanya kepada Rasullullah s.a.w " aku mempunyai penyakit buasir, bagaimanakah cara aku menunaikan solat? Sabda Rasullullah s.a.w : hendaklah kamu solat berdiri, jika tidak mampu duduklah dan jika tidak mampu juga mengiringlah".
Persoalannya bagaimanakah hendaka melakukan ibadah solat tersebut? berikut adalah beberapa kaedah untuk menunaikan solat ketika sakit yg dipetik dari buku Panduan Ibadah Sakit.
1. Solat boleh dilakukan dalam keadaan duduk (dengan cara yang paling selesa bagi pesakit). Biasanya boleh dialakukan dengan duduk di tempat yang rata atau dengan duduk di atas kerusi. Contoh solat dilakukan secara duduk :
Takbiratul Iharam : seperti biasa yg dilakukan bagi solat secara berdiri.
Rukuk : Bongkokkan badan sedikit/tunduk sedikit.
Sujud : Bongkokkan badan lebih daripada rukuk tadi. Iaitu bongkok lebih rendah daripada rukuk tadi.
0 comments:
Post a Comment