.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

KATA HIKMAH

|

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

��Kata2 hikmah...

5 Pesanan Buat Mu Wahai DIRI :

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.  
      
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI.

TERSEMBUNYI YANG DIKETAHUI

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.369) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Khamis, 8 Rabiulakhir 1436H. TERSEMBUNYI YANG DIKETAHUI

Jalan yang sunyi ke rumah Dolah,
Rumah terletak di Pokok Sena,
Amalan tersembunyi ketika beruzlah,
Bila sum'ah langsung tak guna.

Sum’ah merupakan amalan yang diperdengarkan. Kemudian menceritakan segala perbuatan pengibadatan walaupun sudah dikerjakan dengan penuh keikhlasan, namun pada akhirnya masih mengharapkan pujian. Tidak riya' dengan menunjukkan amalan, tidak juga ujub dengan kagum dan hairan sendirian. Tetapi memperdengarkan amalan agar diperkatakan orang juga adalah bukan satu kebaikan.

CERAH-CERAHKAN :
Kata sum’ah berasal dari kata samma’a (memperdengarkan). Contoh : Pada sebelah malam solat tahajud pada siang harinya menceritakan kepada rakannya bahawa dia telah melaksanakan solat tahajud supaya rakannya tahu bahawa dia seorang yang alim. Contoh ayat : "Malam tadi dalam pukul 2.30 pg aku dengar ada org yg seperti nak kopek rumah aku...masa tu aku tengah solat sunat tahajjud" Cerita seseorang pada rakannya...

Perbezaan riya', ujub dan sum’ah ialah riya' adalah amalan yang dilakukan untuk diperlihatkan kepada orang lain, ujub amalan yang dikagumi diri sendiri sedangkan sum’ah beramal supaya diperdengarkan dan diketahui oleh orang lain.

Riya' berkaitan dengan indra mata, ujub dengan indra hati sedangkan sum’ah pula  berkaitan dengan indra telinga. Dalam al-Quran Allah SWT telah mengingatkan kepada kita mengenai sifat  riyak dan sum'ah ini:

يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ  آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُوْا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْاَذَى كَالَّذِىْ يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ …

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya (sum'ah) dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya' kepada manusia…” (QS. Al-Baqarah : 264)

Imam ‘Izzuddin Abdissalam membezakan riya' dan sum’ah dengan berkata : “Riya' adalah beramal kerana selain Allah SWT. Sum’ah adalah menyembunyikan amal kerana Allah SWT, tetapi kemudian menceritakan amal itu kepada manusia.”

Namun demikian ada sebahagian qaul (pendapat) ulama' menyatakan tidak semua sum'ah adalah tercela, ada yang tercela dan ada yang terpuji. Sum’ah tercela apabila tujuan penceritaan amal itu demi pujian dan penghormatan manusia. Sum’ah terpuji apabila tujuan penceritaan supaya dicontohi oleh yang mendengarkannya kerana Allah SWT dan semata-mata mengharapkan redha-Nya.

Rasulullah SAW juga memperingatkan dalam hadisnya yang bermaksud : “Siapa yang berlaku sum’ah maka akan diperlakukan dengan sum’ah oleh Allah dan siapa yang berlaku riya' maka akan dibalas dengan riya'.” (HR : Bukhari)

Huraian hadis diatas adalah, diperlakukan dengan sum’ah oleh Allah maksudnya adalah diumumkan aib-aibnya di akhirat. Sedangkan dibalas dengan riya' ertinya diperlihatkan pahala amalnya, namun tidak akan diberi pahala kepadanya kerana beramal bukan kerana Allah semata-mata.

CHECKLIST :
1) Sum’ah merupakan amalan sendirian yang diperdengarkan kepada orang lain.
2) Riya' berkaitan dengan indra mata, ujub dengan indra hati sedangkan sum’ah pula  berkaitan dengan indra telinga.
3) Telah menyembunyikan amal kerana Allah, tetapi kemudian menceritakan amal itu pula kepada manusia.
4) Sum’ah yang terpuji apabila tujuan penceritaan supaya dicontohi oleh yang mendengarkannya kerana Allah.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Memang ada jenis orang yang tak boleh simpan kebaikan yang telah dilakukannya di waktu sendirian untuk diceritakan juga kepada orang lain. Contohnya, bila balik haji atau umrah macam-macam cerita ada terutamanya tentang amalannya di sana. Mudah-mudahan niatnya supaya orang yang mendengarkannya akan termotivasi untuk pergi haji atau umrah sepertinya dan tidak mengharapkan pujian orang.

Wallahhu a'lam - Amalan yang orang cuba sembunyikan sungguh-sungguh tanpa memperdengarkan kepada orang lain ialah berkahwin lagi satu secara senyap-senyap. Kalau tak percaya cuba puan tanyakan dengan suami puan di sebelah puan tu, mesti dia tak akan mengaku punya. Peace Yo ! Ikhlas dari Ust Kay. (UST. HJ. KAMIL SIDEK Undangan ceramah/forum/bedah buku : 0192319872)

DAPATKAN SEGERA BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) TERBITAN KARYA BESTARI KARANGKRAF DI KEDAI-KEDAI BUKU TERNAMA DI SELURUH NEGARA, SEBELUM KEHABISAN STOK..

Hailulah , Qoilulah dan A'ilulah?

|

Assalamualaikum,
Apakah itu Hailulah , Qoilulah dan A'ilulah?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Hantarkan kpd rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan

SUNNAH MENGGANGTUNG ROTAN DI RUMAH

|

[٢٥/‏١ ١٣:٤٢] ج ذولكفلي سهيلي: SUNNAH MENGGANTUNG ROTAN DI RUMAH (mengadabkan anak²)

عن ابن عباس رضي الله عنه،
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.

- رواه الطبراني في الكبير، بسند حسن.
- ورواه البزار عنه بلفظ : ضع السوط حيث يراه الخادم.
- ورواه البخاري في الأدب المفرد.
- ورواه أبو نعيم عن ابن عمر. 

Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda :

Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.

- Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.
- Riwayat Al-Bazar dengan lafaz "letakkan rotan dirumah mu supaya dilihat oleh org yg khidmat bg mu".
- Riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Adabul Mufrad.
- Riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar r.a.
_______________

Dalil Pukul Anak.

Perintahkan anak mu solat pada usia tujuh tahun,dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya”.

(HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn ‘Umar r.a)

Pukul mendidik.. rotan tapak kakinya.. bukan pukul ikut nafsu
_______________

Had angkat tangan ketika merotan

Jgn melebihi paras ketiak.. umpama kepit buku di ketiak.. jgn jatuh buku tu masa angkat tangan..

Pukul bukan ikut nafsu syaitan.. anak tu amanah Allah.. penghuni syurga.. jgn sampai kita dilaknat kerana menzalimi mereka.
[٢٥/‏١ ١٤:٣٠] a: Islam, Didikan dan Hukuman Rotan

Seorang sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol ” Tarbiah al-Aulad fi al-Islam” telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan.

Antara syarat untuk merotan anak-anak ialah sebagaimana berikut : 

1. Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan

2. Tidak merotan anak-anak semasa dalam kedaan terlalu mara yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak

3. Tidak merotan di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak

4. Tindakan merotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu rotan maka terus dirotan sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas dirotan sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Jangan merotan seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah.

5. Tidak merotan anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun….

6. Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan merotannya ketika mahu dirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka

7. Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik.

8. Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini

JIKA BAHAGIA BOLEH DIBELI

|

Jika KEKAYAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya ADOLT MERCKLE, orang TERKAYA dari JERMAN, tidak akan menyerahkan badannya ke KERETA API...

Jika KEKUASAAN  membuat orang BAHAGIA, tentunya G. VARGAS, Presiden BRAZIL, tidak akan menembak JANTUNGNYA...

Jika KECANTIKAN  membuat orang BAHAGIA, tentunya MARLIN MONROE, artis CANTIK dari USA, tidak akan meminum ALKOHOL dan UBAT DEPRESI hingga OVERDOSE...

Jika KESIHATAN bisa membuat orang BAHAGIA, tentunya THIERRY COSTA, Doktor terkenal dari PERANCIS, tidak akan membunuh dirinya akibat acara di TELEVISION..

Ternyata, BAHAGIA atau tidaknya hidup seseorang itu, BUKANNYA ditentukan oleh seberapa KAYA, FAMOUS, CANTIK, BERKUASA, SIHAT atau BERJAYA hidupnya.

Tapi yang membuat seseorang itu BAHAGIA adalah DIRINYA SENDIRI... mampukah dia MENSYUKURI semua yang sudah dimilikinya dlm segala hal.

"Kalau KEBAHAGIAAN boleh DIBELI, pasti orang² kaya akan MEMBELI KEBAHAGIAAN itu... kita tidak akan dapat KEBAHAGIAAN kerana sudah DI BORONG oleh merekα."

"Kalau KEBAHAGIAAN itu ada di suatu TEMPAT, pasti belahan lain di bumi ini akan KOSONG kerana semua orang akan kesana berkumpul dimana KEBAHAGIAAN itu berada ."

Untungnya KEBAHAGIAAN itu berada DI DALAM HATI setiap manusia.
Jadi kita tidak perlu MEMBELI atau pergi MENCARI KEBAHAGIAAN itu.

"Yang kita perlukan adalah HATI yang BERSIH dan IKLAS serta FIKIRAN yang JERNIH, maka kita boleh menciptakan rasa BAHAGIA itu bila2, dimana2 dan dalam apa jua keadaan pun."

KEBAHAGiAAN itu hanya dimiliki oleh "Orang² yang  BERSYUKUR".

"JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI APA YANG KAMU SUKAI, MAKA SUKAI LAH APA YG KAMU MILIKI SAAT INI".......������

BER"SYUKUR" adalah suatu kemampuan yg boleh DIPELAJARI oleh siapapun.....
��Jom muhasabah������
Copy & paste...

10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas.

|

Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.

Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.

Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja

2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.

8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam
kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT)

10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~

|

Jika Anda FAIL(gagal) jangan putus asa, sebab FAIL bermaksud First Attempt In Learning(Langkah Pertama Dlm Pembelajaran)

END(Tamat) bukanlah Pengakhiran malah END bermaksud Effort Never Die(Usaha Tidak Sesekali Mati/Berhenti)

Jika Anda dapat NO(Tidak) sebagai jawapan, ingatlah NO bermakna Next Opportunity (Peluang Seterusnya)

**Pegang dan sebati ayat ini, pasti hebat menjalani kehidupan..

KATA HIKMAH ARAB

|

لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia,
disukai dan disenangi oleh semua,
serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!

[Nukilan Almarhum Shaykh al-Tantawi, rahimahullah

PENTINGNYA BERSAHABAT

|

Pentingnya Bersahabat

Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

SAHABAT Ku..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

Oleh itu...
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.

WAHAI SAHABATKU
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI

ALLAHU AKHBAR

COUPLE ISLAMIK DAN MEREKA YANG TERTIPU.

|

Ini adalah masalah yang dialami
kebanyakan:
Mereka bertudung labuh.
Mereka berjubah.
Mereka berserban.
Mereka berdakwah.
Mereka yang taktau bahasa.
Erkkk. Tenenenene~
"Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan
yang buruk."
- Surah Al Isra', ayat 32.
Dekati zina pon tak boleh. Apatah
lagi nak berzina.
Masalah~ Masalah~ Harus dirungkai.
Nak tau tak alasan apa yang selalu
'geng islamik' ni bagi?
"Kami saling kejut-mengejut untuk
bangun tahajud."
"Mak ayah dah tau hubungan kami.
Lagipun ana memang sayangkan dia.
Dia juga sayangkan ana."
"Ana nak merubah dia supaya dia
jadi lebih baik."
Bla.. Bla.. Bla..
Malas nak dengan alasan lapok
macam tu.
Cinta itu fitrah. Nak bercinta tu tak
salah. Tapi harus la kena pada
tempatnya.
Bercinta lepas nikah.
Kebanyakkan 'geng islamik' ni ada je
yang keluar dating. Ni la masalah
besarnya. 'Geng islamik' ditipu oleh
nafsu dan syaitan.
Nak tau tak apa syaitan dah buat?
Nak tau tak apa nafsu dan goda?
Syaitan ni dia buatkan kamu
pandang perbuatan buruk tu sebagai
sesuatu yang baik dan pandang
perbuatan yang baik tu sebagai
sesuatu yang buruk.
Nafsu ni bagi kamu menghalalkan
segala niat tanpa memikirkan cara.
Jadi, 'geng islamik' ni fikir couple
tanpa ber-ailebiyu tu takpe.
Digantikan dengan 'till jannah'.
Ailebiyu = till jannah
Equation yang mantap! Pandai
hangpa aplikasikan ilmu matematik.
Wahai abang-abang, kakak-kakak,
adik-adik, tak semestinya kamu tak
berdating, ber-abang sayang, ber-
hubby baby kamu tak terlepas
daripada perbuatan zina.
Kenapa nak couple?
Tak sabar nak nikah?
Takut buah hati diambil orang?
Nak dakwah?
Nak mengeratkan ukhwah?
Orang-orang yang bagi alasan
macam ni pernah baca Al Quran
tak?
"Dan Kami ciptakan kamu berpasang-
pasangan."
-Surah An Naba', ayat 8.
Dah jelas Allah bagitau kita bahawa
setiap makhluk itu ada pasangan
masing-masing.
Cara yang paling halal adalah
pernikahan. Yang ni baru betul
caranya.
Jadi couple bukan la satu jalan
untuk menghalalkan niat kamu supaya
berpasang-pasangan!
Yakin dengan janji Allah. Ada baiknya
kamu persiapkan diri untuk menjadi
calon suami/isteri yang baik. Baiki
ilmu agama, skill rumahtangga,
ekonomi dan akhlak yang baik.
Setiap orang tu sudah ditetapkan
ajal, rezeki dan jodohnya. Semua tu
takkan tertukar. Jadi nak takut
apa?
Tak faham betul haku!
Dengar sini.
Seseorang yang telah ditakdirkan
menjadi milik kamu, Allah tidak akan
membiarkan dia menjadi hak orang
lain.
Faham tak?
Geng islamik yang mana masih lagi
kena tipu dengan syaitan dan nafsu,
sila la putus cepat.
"Sayang la nak putus dengan dia.
Hubungan kami dah bertahun-tahun."
Kalau la sayang tu benda yang solid
dan boleh nampak dengan mata
kasar, sila ambil sayang tu dan ketuk
kepala sendiri.
1 soalan perlu kamu jawab.
Sayang boipreng/gelpreng?
Atau..
Sayang iman dan taqwa?
Sendiri jawab la ye .

ANALOGI HUDUD

|

Ada pihak yang mendakwa hudud hanya 2% daripada keseluruhan ajaran Islam. Oleh itu tidak perlulah serius dalam perlaksanaan hudud. Kalau tidak ada hudud pun masih lagi negara Islam. Jalankan dahulu soal good governance, keadilan dan demokrasi. Semua itu juga dari ajaran Islam.

Ya, hudud bukan keseluruhan Islam. Bahkan Tuan Guru Ayah Chik dulu lagi pernah sebut, hudud cuma 0.001 peratus dari ajaran Islam. Tetapi ia tidak bermaksud hudud perlu diketepikan.

Walaupum kecil peratusnya, ia umpama paku bagi membina sebuah rumah kayu. Walaupun kecil, tanpanya seluruh bahagian rumah tidak akan bercantum. Sampai bila-bila rumah tidak akan siap.

Hudud adalah paku bagi ajaran Islam. Tanpanya, mustahil teori ekonomi, pembangunan, kemasyarakatan, pentadbiran, pertahanan yang diajar Islam boleh diterapkan dengan baik.

Sama juga mengikut teori politik moden. Jenayah dalam negara merupakan salah satu punca kemunduran ekonomi, sosial dan politik sesebuah bangsa. Pencegahan jenayah adalah suatu fokus yang besar bagi sesebuah negara, dan antara sektor yang mendapat peruntukan tinggi dalam bajet tahunan.

Hudud bermatlamatkan mencegah penularan jenayah dalam masyarakat agar mampu sebuah masyarakat madani yang harmoni dan selamat dari aktiviti jenayah. Hudud menyelamatkan ekonomi, memelihara pendidikan, mengawal pentadbiran dan menangani gejala sosial yang kian membimbangkan.

Persoalan kepada kita; adakah anda berasa selamat hidup di Malaysia sekarang? Adakah anda yakin anak-anak kecil anda boleh dibiarkan bersendirian di luar rumah? Adakah anda yakin isteri atau anak dara anda pulang lewat malam ke rumah dengan selamat tanpa sebarang khabar?

Tambah menghairankan, Malaysia ada undang-undang hukuman lengkap terhadap pesalah jenayah daripada denda sehingga gantung. Tetapi biasanya penjenayah yang telah menerima hukumanlah yang paling banyak meneruskan jenayah apabila. Kenapa mereka tidak serik?

Sedangkan Nabi menjanjikan, apabila Islam tertegak, seseorang boleh membiarkan isterinya merantau sendirian dari Sanaa ke Hadramaut (kira-kira 794km) tanpa takutkan sesiapa kecuali Allah SWT. Di mana lagi boleh dicari keamanan sebegini?

Jika negara ini sudah cukup Islam, ke mana perginya keamanan itu?

(Alang Ibn Shukrimun)

PUISI BAIK PUNYER..

|

Puisi buat Isteri...

Duhai isteriku.
Abang ingin beritahu.
Abang ingin kahwin lagi.
Bukannya dirimu telah ku benci.
Cuma hadirnya tanpa ku sedari.

Dia rakan abang di tempat kerja.
Selalu sangat abang bersama.
Dah tugas bukan di sengaja.
Abang takut syaitan menggoda.

Memang abang akui dia cantik.
Lenggok jalannya buat hati berdetik.
Dia juga dari golongan baik-baik.
Beradab bersopan juga cerdik.

Dia tak pernah cuba menggoda.
Cuma abang ini perasan saja.
Bila bekerja selalu berbincang bersama.
Entah kepala ini dah melayang ke mana.
Mungkin dia tak rasa apa-apa.

Bukan sayang sudah abang jemu.
Sayang masih lagi cantik seperti dulu.
Namun bukan cantik sayang yang abang perlu.
Layanan sayang itu yang buat tak jemu.

Cuma di office sayang tak ada.
Boring dan jemu datanglah juga.
Tak ada sapa nak ajak berbicara.
Itu sebab abang call hampir setiap masa.
Nak menunggu sampai dirumah tak terdaya.

Dirumah ayang sibuk nak uruskan anak pula.
Abang akui lengkap sudah dirimu.
Cuma abangkan berhak kawin dua.
Bahkan empat pun tak apa.
Sebab itu ketentuan Yang Esa..

DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya.
Lelaki memang sukar mengawal gelora.
Itu sebab dikurniakan akalnya sembilan.
Buat melawan kuat nafsunya.

Namun kekuatan nafsunya berpangkat sarjan.
Sembilan tentera mudah dikalahkan.
Lainlah perempuan nafsunya sembilan. 
Tapi nafsunya pangkat bawahan.
Akalnya pula berpangkat sarjan.

Duhai isteriku.
Maafkan abang mencari selainmu.
Ini demi menghalang maksiat berlaku.
Sebelum terlanjur godaan nafsu.
Kan lebih baik dihalalkan dulu.
Abang berjanji seadil yang mampu..
������

Di sebalik jenama Samsung

|

Wartawan Sinar Harian January 13, 2015
SAMSUNG didirikan oleh Lee Byung-chull pada 1938 sebagai syarikat perdagangan makanan.

Samsung ketika itu menghasilkan produk mi dan beribu pejabat di wilayah Daegu, Korea Selatan.

Perniagaan ini berjaya dan kemudian berpindah ibu pejabat ke Seoul. Setelah perang Korea selesai, Samsung mula melebarkan sayap perniagaannya.

Pada 1954, Samsung membangunkan kilang pakaian kapas terbesar di Korea Selatan. Berjaya di bidang perniagaan yang dirintisnya, Samsung akhirnya masuk ke perniagaan elektronik pada 1960.

Produk pertama mereka adalah televisyen berlayar hitam putih.

Mengikut bahasa Korea, Samsung bermakna tiga bintang dan dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia.

Kini Samsung ialah salah satu organisasi terbesar di Korea Selatan dan berada pada kedudukan 20 di dunia.

Di Korea, Samsung mempunyai peranan ekonomi yang sangat penting bagi Korea Selatan.

Dianggarkan, 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah daripada Samsung.

Produk dan perkhidmatan buatan Samsung juga mempengaruhi kehidupan masyarakat Korea Selatan daripada telefon pintar, tempat tinggal sehinggalah perlindungan insurans daripada Samsung.

Bahkan ada beranggapan Pengerusi Samsung lebih berkuasa berbanding presiden Korea Selatan.

Bagi pasaran di Malaysia, jenama Samsung dikenali ramai menerusi jualan telefon pintar yang menjadi antara pilihan teratas di kalangan pengguna.

Antara jenama telefon pintar keluaran Samsung adalah Samsung Galaxy, Samsung Note, Samsung Neo dan Samsung Galaxy Tab

ISU K-POP LAGI..

|

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Astaghfirullahal 'Azim, program K POP ini baru benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk dari liberal. Jauh lebih teruk dari memeluk anjing. 

Bapa & suami menjadi dayus dengan membiarkan anak gadis atau isterinya diperlakukan sedemikian, Gadis menjadi hilang bermaruah malah bergembira secara terbuka melakukan dosa. Biarkan diri dicabul atas nama suka dan disorak pula.

Tudung yang sepatutnya menutup aurat tubuh dari DILIHAT, nampaknya hanya sekadar hiasan & fesyen hingga membiarkan diri disentuh dan dipeluk cium.

Video ini telah tersebar dan si pelakunya juga tahu program ini tersiar langsung di media maka siarannya di sini tiada membuka aib pelakunya. Taubat wajib bagi mereka yang terlibat namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud youtube. 

Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه

Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Pihak media, ulama, tokoh dan pihak berkuasa agama wajar beri liputan hangat mengutuk seperti dilakukan ketika mengecam program-program menyentuh anjing kerana DOSA pelukan sepeti dalam video ini DAN pengaruhnya jauh lebih besar kepada masyarakat.

Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami dan mengenal dosa dan pahala serta mampu menjauhi kemurkaanMu.

TIDAK PERLU maki hamun di ruangan komen kerana tiada banyak nilainya, berfikir dan bertindaklah menasihati gadis-gadis peminat kpop di sekeliling kalian.

Link videonya
http://www.youtube.com/watch?v=6NKgbAU5HLU

CATATAN DHUHA

|

Mejar Zaidi dibuang kerja kerana isu dakwat tak kekal. Tidak mengapa! Mejar Zaidi pun akan mati, orang yang menzalimi beliau akan mati. Sebab itu Allah menjadikan manusia kena mati, supaya mendapat pengadilan sebenar. Di dunia hukuman tidak kekal seperti dakwat yang tidak kekal, tetapi di akhirat hukumannya kekal.  Hukum
lah sementara kamu berkuasa di dunia.

Saya yakin orang yang terlibat dengan kes ini tidak senang hati. Mungkin di luar mereka senyum tetapi di dalam hati mereka dibalas dengan penyakit keluh kesah sehingga mereka mati. Apa erti wang dan pangkat hebat tetapi tidak ada ketenangan. Ini baru di dunia. Saya doakan Mejar Zaidi dan keluarga diberi kekuatan ketenangan dan kesabaran. HasbunaLlah Wani'malwakil. 

Ustaz Idris Hj Ahmad 22 Rabiul Awal 1436/ 13 Jan 2015 Selasa.

DAKAPAN K-POP SATU LIBERALISASI AGAMA

|

Haji Darus Awang. AAP., AMP.

Tahun sudah kita disajikan dengan kegilaan anak-anak gadis dan juga isteri orang memegang anjing. Konon atas dasar untuk mengenal dan berbuat baik dengan mahluk Allah SWT bernama anjing. Kita boleh terima kes pelihara anjing kerana sebab-sebab tertentu. Itu telah kita perjelaskan di dalam beberapa artikel yang terdahulu.

Baru sepuluh hari kita menyambut tahun baru 2015, negara digemparkan dengan anak-anak gadis Melayu Islam dicabul di hadapan khalayak ramai. Di waktu mangsa musibah banjir tidur berlantaikan papan dan beratapkan plastik, kita berhibur dengan K-Pop. Mereka didakap dan mendakap idola yang membuatkan darah muda anak-anak gadis Melayu ini membuak-buak keghairahan dan kegatalan yang cukup menjolok mata.

Inilah satu proses liberalisasi agama. Merosakkan umat Islam secara halus dan lembut tetapi cukup terancang. Kita tidak menyedari jarum-jarum liberalisasi menembusi hati-hati anak-anak gadis kita melalui hiburan santai K-Pop ini. Secara tanpa disedari ibubapa mula menerima hakikat anak gadisnya didakap dan mendakap "jantan" di khalayak ramai adalah satu perkara biasa sahaja.

Kegilaan apa lagi yang mahu kita pertontonkan. Pedih sungguh mata memandang dan betapa dayusnya menjadi seorang bapa yang membiarkan anak gadisnya didakap dan mendakap "jantan" Korea yang diimport khas kononya  satu trend dan tarikan kepada belia masa kini. Dengan sejumlah wang yang banyak untuk membawa masuk mereka ini, kita seolah-olah berbelanja untuk membeli dosa dan kemukaan Allah SWT.

Kenapa begitu kotot dan bonzainya akal mereka yang membawa masuk K-Pop dengan alasan yang dangkal sekali. Ada banyak cara kita mengiktiraf golongan belia atau menjana ekonomi negara bukan dengan cara membawa budaya mungkar ke negara ini. Kita baru sahaja ditimpa musibah banjir sebagai satu peringatan daripada Allah SWT. Musibah apa lagi yang kita mahu tempah selepas ini.

Sekali sekala mohon belajar meletakkan rasa takut dan malu kita kepada Allah SWT. Ke mana perginya iman anak-anak gadis yang bertudung ini. Gadis Melayu Islam bertudung naik ke pentas kemudian merelakan dirinya diraba, disentuh, didakap dan dicium oleh "jantan" Korea seolah-olah dirinya heroin drama Korea. Kuat sungguh gadis Melayu kita terpengaruh dengan K-Pop dan drama Korea ini.

Benar sungguh apa yang disebut oleh Imam al-Ghazali: "Rosaknya rakyat disebabkan rosaknya pemimpin". K-Pop tidak datang secara sukarela dan kehendak hatinya melainkan mereka djemput dan dibayar dengan sejumlah wang yang banyak. Pada tahun 2012 sejumlah RM1.6 juta diperuntukan kepada artis K-Pop sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan.

Yang lebih menyedihkan pihak berwajib menjaga agama bisu seribu bahasa. Negara kita memiliki Mufti teramai di dunia. Mungkin juga kita memegang rekod Mufti paling senyap di dunia. Mereka melihat mungkar tanpa sepatah kata. Seolah-olah redha terhadap mungkar di hadapan mata kerana menjaga kedudukan dan pangkat di dunia yang fana ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Akan sampai kepada umatku suatu zaman di mana Islam itu hanya tinggal pada nama, al-Quran itu hanya tulisan sahaja, masjid besar tetapi sunyi daripada hidayah (tidak dimarahkan) dan ulama adalah sejahat-sejahat makhluk yang ada di antara lagit dan bumi, daripada mereka datangnya fitnah dan kepada mereka fitnah dikembalikan". (Terjemahan: Hadis Riwayat al-Baihaqy).

Di ketika kita merindui suara para alim ulama menegur kemungkaran, mereka mengambil sikap membisau dan berdiam diri sahaja. Benarlah kata junjungan besar Nabi Muhamad SAW bahawa akhir zaman nanti daripada alim ulama ini datang pelbagai fitnah dan kepada mereka fitnah dikembalikan. Berdiam dan membisu menjadikan fitnah ke atas golongan agama.

Kelebihan Seorang Penghafaz Al-Quran

|

Ibu bapa seharusnya bercita-cita menjadikan salah seorang anak mereka hafiz (orang yang menghafaz al-Quran). Tindakan ini akan membantu anak-anak itu menjadi anak soleh atau solehah pada zaman yang serba mencabar ini.

Anak soleh inilah yang menjadi aset dan saham akhirat ibu bapa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Allah s.w.t. melalui kalam Rasulnya telah menjanjikan banyak lagi kelebihan kepada mereka yang menghafal al-Quran.

1. Orang Istimewa Allah s.w.t.

Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu mcmpunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.”

Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat lbn Majah)

2. Hati Tidak Diseksa

Daripada Abdullah bin Mas‘ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal al-Quran. Sesungguhnya al-Quran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-Quran, maka hendaklah ia bergembira.” (Riwayat al-Darimi)

3. Memberi Syafaat kepada Keluarga

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

4. Ibu Bapa Memperoleh Pahala Khas

Kedua-dua orang tua penghafal al-Quran diberi dua helai pakaian baru dan bagus, malah harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua-dua orang tua itu kemudian bertanya: “Kenapa kami diberi pakaian begini?”Kemudian dijawab: “Kerana anakmu menghafal al-Quran.”

5. Dapat Tingkat Syurga Tertinggi

Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “jumlah tingkatan—tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim)

Dengan semua kelebihan yang dijaniikan itu, ibu bapa seharusnya lebih bersungguh-sungguh dalam memastikan anak-anak mereka menghafal al-Quran atau sebahagian daripadanya, seiringan dengan memberikan mereka ilmu pengetahuan duniawi.

Wassalam.

APABILA DI UJI

|

: وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ (١٥٥)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ (١٥٦)
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

: لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya

AL-HAFIZ @ AL-HABIS

|

Adalah menjadi tanggungjawab seorang hafiz untuk mengulang bacaan mereka setiap hari. Tanpa pengulangan ayat-ayat al-Quran, hafazan akan lupa secara beransur-ansur sekalipun seseorang itu mempunyai ingatan yang kuat.

Dalam mengulang-ulang hafazan yang telah lama diperolehi, Abu Najihat al-hafiz (2001:77-78) telah memberi beberapa peringatan kepada seorang penghafaz al-Quran:

Untuk lebih mendisplinkan masa dalam melaksanakan pengulangan, sebaiknya seorang hafiz mempunyai keyakinan bahawa memelihara dan menjaga hafazan adalah suatu kewajipan istimewa yang ada hubungan secara langsung dengan Allah s.w.t.

Adalah menjadi suatu kesalahan bagi seorang hafiz sekiranya dia mempunyai semangat bermusim dalam mengulangkaji hafazan. Janganlah sekali-kali mengulang satu kali khatam dalam satu hari ketika rajin kemudian dalam masa yang lama seperti tiga atau empat minggu tidak melakukan pengulangan kerana dilanda perasaan malas. Kebiasaan sebagaimana di atas dapat menjejaskan hafazan dan boleh jadi lambat laun akan lupa hafazannya kerana diselimuti perasaan malas yang berterusan.

Kebiasaan menunda dan menangguhkan pengulangan hanya akan menambah perasaan malas pada hari yang berikutnya. Hal ini sebenarnya merupakan pembawaan nafsu malas itu sendiri yang mengajak kepada menangguh-nangguhkan tugasan dari satu masa ke masa yang berikutnya. Untuk mengelakkan kemalasan ini,usaha pengulangan hendaklah dijadikan kewajipan khas setiap hari pada satu masa yang telah ditentukan sebagaimana ketentuan waktu di dalam solat lima waktu.

Tiga perkara di atas adalah sangat penting untuk diambil berat oleh golongan huffaz yang ingin berjaya dengan cemerlang dan mendapatkan syafaatnya pada hari kiamat kelak.

ANALOGI BANJIR

|

3 analogi menarik drpd intipati khutbah Jumaat Masjid Bt.Jong kelantan:

1.Banjir kerap blaku di Kelantan, sesiapa yg membuat persediaan dgn meninggikan rumah, menyediakn sampan, meninggalkan rumah lebih awal, menyediakn bekalan mknan mckupi dll, maka dia akn selamat drpd keperitan bencana bnjir..demikianlah kematian dan hri pembalasan akhirat pasti tiba, sesiapa yg bersiap sedia utknya, maka dia akan selamat drpd diazab.

2.Bila bnjir berlaku, kampung bergelap gelita tanpa bekalan elektrik, tanpa cahaya, penuh kegelapan dan ketakutan, cahaya lilin sangat diperlukn..demikianlah kegelapan di dalam kubur, hanya cahaya amal kebajikan yg diharapkan.

3.Banjir menyebabkan kesesakan lalu lintas, hanya yg berfaraf VIP Dunia mndpt bantuan kenderaan iringan bersiren utk melepasi kesesakan..demikianlah kesesakan di atas titian sirat di akhirat, hanya yg bertaraf VIP Akhirat dpt memecut sepantas kilat.

Kata-kata ulama

|

قال الحكماء :من جلس مع ثمانية أصناف من الناس زاده الله ثمانية أشياء:
1⃣من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.
2⃣ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى.
3⃣ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب.
4⃣ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه.
5⃣ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح.
6⃣ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة.
7⃣ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات.
8⃣ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع.

المصدر:تنبيه الغافلين

Berkata para ahli2 hikmah;barang siapa yg duduk bersama 8 orang kelompok manusia,Allah akan menambahi 8 perkara;

1.barangsiapa yg duduk dng orang2 kaya,Allah akan menambahi cinta kepada dunia&semangat tuk mendapatkan dunia.

2.barangsiapa yg duduk bersama orang2 miskin,Allah akan menambahi perasaan syukur&ridho atas pembagian Allah

3.barangsiapa yang duduk dng para pemimpin/raja,Allah akan menambahi perasaan sombong&kakunya hati

4.barangsiapa yg duduk dng perempuan,Allah akan menambahi kebodohan&syahwat

5.barangsiapa yg duduk dng anak2 kecil,Allah akan menambahi lupa&canda-an

6.barangsiapa yg duduk dng orang2 fasik,Allah akan menambahi berani atas dosa&kemaksiatan2&menyodorkan diri tuk berbuat maksiat serta menunda2 akan taubat

7.barangsiapa yg duduk dng orang2 sholih,Allah akan menambahi perasaan cinta akan perbuatan ketoatan2

8.barangsiapa yg duduk dng para ulama',Allah akan menambahi ilmu&perasaan tdk cinta atas dunia...
Sumber...kitab tanbihul ghafilin..

PERKONGSIAN BERSAMA

|


Air dan angin adalah antara "tentera" Allah. Banyak kisah terakam dalam Al-Qur'an mengenai kemusnahan akibat kedatangan angin dan taufan yang kencang, serta air bah yang laju dan deras. Kedua-duanya memusnahkan.

Melihat kerosakan dan kemusnahan yang amat banyak, sangatlah wajar untuk kita yang sihat dan perkasa ini, menghulurkan tenaga membantu mereka yang sedang diselimuti derita. Kampung dan kediaman persis bandar dan rumah tinggal.

Saya kongsikan catatan murabbi kami di UIAM, Puan Martinelli Hashim, mengenai adab menjadi sukarelawan. Hanya orang yang layak bisa menjadi pembantu, kerana dia tahu, bantuan itu diberikan semata-mata kerana Allah yang satu.

1) Sebelum pergi, solat dua rakaat, bersihkan hati, berdoa agar diberi petunjuk dan hikmah daripada Allah. Mudah-mudahan, apa yang bakal dilakukan dapat memberi manfaat kepada mangsa.

2) usah pergi sekiranya ia lebih menyusahkan daripada membantu.

3) Mereka yang ditimpa musibah biasanya sangat sensitif. Pastikan kehadiran kita bukan sebagai penonton sebagaimana orang melihat haiwan di zoo. Rendahkan hati, ringankan tulang, bukakan mata dan telinga sehingga mangsa berasa mereka adalah insan istimewa dengan bantuan kita.

4) Usah terlalu memilih siapa yang perlu dibantu, kerana sakit bencana sama sahaja, walau mereka berlainan fahaman politik, bangsa dan agama.

5) Usah menyebut siapa kita sekiranya tidak amat perlu. Apa yang diperlukan adalah bantuan kita, bukan nama atau pangkat kita.

6) Bawa buah tangan seperti coklat dalam kocek atau beg untuk diberikan apabila bertemu dengan kanak-kanak. Ia boleh menggembirakan mereka.

7) Bawalah keperluan peribadi yang diperlukan supaya kita tidak menyusahkan orang lain.

8) Utamakan membantu orang tua. Dekati mereka dengan penuh rasa hormat dan cinta.

9) Usah merasa diri atau kumpulan kita yang lebih hebat berbanding orang lain, kerana ia akan merosakkan misi kita. Mangsa memerlukan bantuan dan mereka tidak ada masa untuk memuji dan mengagumi kita.

10) Bertugaslah dengan penuh tawadhu' namun ceria semasa berhadapan dengan mangsa yang sedang kita bantu. Tanamkan rasa sayang tanpa syarat.

11) Jagalah 3 batas utama, iaitu batas pergaulan, batas aurat dan batas masa solat. Ketiga-tiga perkara itu akan membantu kita menjaga batas syariat yang lain.

12) Doakan mereka, kerana doa kebaikan untuk orang lain itu akan diaminkan oleh para malaikat. Imbuhannya, para malaikat juga akan mendoakan kebaikan buat kita yang berdoa.

Kata ulama', di Padang Mahsyar nanti akan ada orang yang sedang dinaungi dan duduk bersenang lenang. Mereka adalah orang yang semasa di dunia sibuk membantu orang lain, di saat orang lain duduk bersenang lenang dengan nikmat dunia.

Indeed, a tiny little love and a small help offered with sense of responsibility, may bring smile to their faces. Selamat mengisi kantung pahala dengan amal soleh. Sama-sama kita membantu

Nasihat Kpd Mangsa Banjir

|


Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.

Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV ,  peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.

Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.

Apa harus anda buat ......

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur.

JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL

3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru .... TOLONG C&P POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.

Mudah2an kita membantu ......

tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi

|

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, karena kaum muslimin akan mengurus jasadmu. Mereka akan melucuti pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanimu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, kuburan.

Akan banyak orang yang mengantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas; kunci kuncimu, kitab, koper, sepatu dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermnfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dg kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung!  Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan diperhitungkan untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu  akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yg mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arsip kenangan!

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, Akhirat!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesehatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan istri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan perenungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahasia, merahasiakan amal shalih, shalat malam, Semoga saja engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, karena peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

(Diterjemahkan oleh Ust. Ainul Haris, semoga Allah mengampuninya)

Selamat tahun baru

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Rabu                                            9 Rabiul Awal 1436H,
31 Disember 2014.                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah, di hari akhir tahun 2014 ini, kami memohon keampunan Mu dari segala keterlanjuran kami, segala kesilapan yang telah kami lakukan disepanjang tahun ini.

Ya Allah sayangilah kami dan tutupilah segala aib kami.

Ya Allah tambahkanlah rezeki kami dan cukupkanlah rezeki kami.

Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang lurus yang Engkau redha.

Ya Allah sihatkanlah kami agar kami selesa dalam menjalankan ibadah kami.

Ya Allah, ingatkan kami bahawa dalam kehidupan ini kami pasti diuji.

Ya Allah, ingatkan kami Ya Allah

• Bila kami melihat seseorang yang kaya dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diuji.

• Bila melihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

• Bila kami melihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

• Bila melihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

• Bila melihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

• Bila melihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

• Bila melihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

• Bila melihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan atau bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

Ya Allah berkatilah diri kami dan ampunilah kami atas kelalaian kami Ya Allah.

Ya Allah panjangkanlah umur kami agar kami dapat meningkatkan ibadah kami dan ketaatan kami kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmuMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkanlah kami jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepada kami supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai Ya Allah.

Ya Allah sesungguhnya kami bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya kami adalah orang-orang beriman Ya Allah.

Ya Allah hanya kepada Engkau kami memohon dan meminta pertolongan Ya Allah.
Ya Allah ringankanlah beban kami dan permudahkan  urusan kami Ya Allah.

Ya Allah sucikan jiwa kami  dan perlindungi kami daripada ilmu yang sesat dan menyesatkan.

Ya Allah jauhkan juga kami daripada sifat yang keji dan mungkar Ya Allah.

Ya Allah ringankanlah diri ini untuk memperbanyakkan  ibadah kami kepadaMu Ya Allah.

Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.

Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia  dan akhirat Ya Allah.َ

Ya Allah janganlah kami menghitung apa yang hilang, tetap biarlah kami melihat apa yang kami miliki sekarang dan bersyukur dengan segala nikmat yang telah kami terima sepanjang hidup kami.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak2 isteri2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَل

Bencana Akhir Zaman Terjadi Bila 15 Perkara Sudah Dilakukan

|

PENJELASAN Rasulullah SAW mengenai bencana sering dikaitkan dengan pra-kondisi sebelum terjadinya bencana tersebut. Hadist riwayat Imam Atturmudzi, dan yang menghimpun hadis ini adalah ulama Alwalial annajdwi yang menghimpun 40 hadis yang menerangkan tentang bencana. Ketika dia metafsirkan hadis ini beliau memberi judul “Lima Kedurhakaan / Kemaksiatan yang Dapat Menyebabkan Datangnya Bencana.”

Dari Ibnu Ali bin Abi Thalib berkata, bahwa Rasulullah telah bersabda : “Bilamana umatku telah mengerjakan 15 perkara ini, maka bala bencana pasti akan turun menimpa mereka.” Sahabat bertanya., “Apa 15 perkara itu ya Rasulullah?” Rasulullah bersabda, “Bala akan datang bilamana :

1. Harta Negara hanya beredar (dipegang) di kalangan orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah telah dijadikan sumber keuntungan.

3. Apabila zakat dijadikan hutang.

4. Bala akan datang bilamana suami menurut kemauan isteri.

5. Anak durhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbuat baik kepada teman sebayanya (pada kehidupan keluarga)

7. Menjauhkan diri dari ayahnya.

8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid

9. Pemimpin suatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.(banyaknya pemimpin yang dipilih dari golonganya sendiri dengan dalih kebenaran menurut golongan mereka sendiri).

10. Seseorang dimuliakan karena ditakuti kejahatannya.

11. Khamer / arak (minuman beralkohol) sudah diminum segala tempat.

12. Kain sutra banyak digunakan oleh kaum laki-laki.

13. Penyanyi disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat / menyalahkan generasi pertama yakni j sahabat radiallahu anhum ajmain.

Akhir dari sabda Rasulallah SAW adalah : “Maka hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka dirubah menjadi mahluk yang lain apabila mereka telah melakukan 15 perkara tersebut.” [Rayhan]

Salam Maulidur Rasul

|

JENTIK JENTIK SAYANG 25

Ramai dikalangan umat hari ini mengakui mencintai Baginta Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, malah kecintaan itu dibuktikan dengan menyambut hari kelahiran Baginda setiap tahun.

Bermula dengan perarakkan, selawat, ceramah dan lain2, demi membuktikan kecintaan, maka panas dan hujan tidak menjadi halangan, berpakaian cantik, baju melayu bersampin, butang sampai ke tekak, kuatnya selawat mengalahkan ketua yg menggunakan microfon.

Perarakkan yg jauh bagaikan dekat, bersesak2 tidak menjadi masalah, peluh menitis disapu bersih, dari pagi hingga tengah hari dirasakan sangat cepat, jam 11.30am berakhir majlis, jamuan makan hingga jam 12.30pm, kemudian bersurai, best kan??

TETAPI malangnya ketika muazzin azan jam 1.20pm, maka yg solat ZOHOR berjemaah tak lebih satu saff, ehhh mana yg ramai2 tadi? Kata cintakan Nabi! Bukankah solat berjemaah itu adalah sunnah yg sangat dicintai Nabi? Kenapa abaikan?? Allahu Akbar!

Begitu juga dengan program selawat, program sangat bagus dan baik, kekadang kita lihat masyarakat bersungguh menghadirinya Alhamdulillah, walaupun ke utara, selatan, ibu kota dan lain2 tempat tiada masalah walaupun jauh, semangat yg ditunjukkan sangat bagus, berjubah, serban, rida' (kain atas bahu), sejuk mata memandang.

TETAPI apabila solat fardhu lima waktu walaupun surau/masjid tepi rumah atau pun dalam taman, muazzin azan pun dengar jelas, tak pula nampak ke surau/masjid, kalau pun pergi kekadang pakai T'shirt sahaja, ehhh dimana pakaian sunnah?? Allahu Akbar!

Wahai Nabi, ramainya ummatmu yg retorik mencintai mu...

Ya Allah, janganlah Kau golongkan aku dikalangan hambaMu yg retorik dlm mencintai Nabi Mu, Aminnn!

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Mohamad Zuhdi Mat Piah
4/1/2014, 11.32pm.

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB