Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat…
Adalah anugerah Allah kepada ummat.
Dia lahir di DarulNaim, negeri yang dipenuhi niamat
Dia hadir ke tengah masyarakat menumpahkan khidmat
Dia mati dalam ketenangan malam jumaat yang berkat
Ketika didengarkan padanya suatu ayat …
Wahai jiwa yang tenang ,
Kembalilah kepada Tuhanmu
Dalam keadaan redha dan diredhai..
Lalu masuklah kamu
kepada golongan hamba-hamba Ku
Dan masuklah ke dalam syurga Ku …
Tuan Guru …
Dia adalah sang guru yang mendidik generasi …
Dia adalah murabbi pembina peribadi rabbani
Dia adalah ustaz sedari muda sampai pinggir lahdi
Dia adalah pendakwah penyuluh masyarakat madani
Dia adalah pengemudi wadah politik bercitra islami
Dia adalah ulama pewaris perjuangan nabi-nabi
Dia adalah mursyid pembimbing jiwa sufi
Dia adalah khalifah …
… sebuah wilayah makmur, memperoleh ampunan Ilahi
Tuan Guru …
Dia adalah suami sejati pada Isteri yang solehah
Dia adalah bapa mithali pada anak-anak yang tabah
Dia adalah teman seperjuangan yang berhemah
Dia adalah rakan bergulat dipentas siyasah …
… namun bukan bermusuh, tapi sekadar adat berhelah
Tuan Guru …
Dia adalah Mahaguru …
Bukan hanya kerna dia berilmu …
Dia Mahaguru kerna dia mahu umat ini berilmu
Justeru …
Yang Melayu menyapanya Tuan Guru
Yang Cina pun memanggilnya Tok Gulu
Yang India pun menyebut Tuan Gurru
Yang Bengali pun lagi suka …
Kerna … citra serban Tuan Guru ..
…seiras dengan yang di pakai Nanak Sahib Guru
Tuan Guru …
Dia bukan Nabi
Namun …
… dia komited membimbing umat mengikut ajaran Nabi
… dia istiqamah mengajak umat menghayati sunnah Nabi
Malah ... teramat kasih dia, padanya Nabi …
Dan Hari ini …
Dia kembali untuk berjumpa Nabi yang dirindui
Dan kembali ke haribaan Ilahi ya Rabbi.
Zulldaud
Kajang
13 Februari 2015
Banjir besar di negeri Kelantan Baru2 Ini Rupanya Petanda Besar Kesedihan....Awan Terlebih Dahulu Menangis Kerana Mengetahui Akan Hilangnya Seorang Ulama Hebat...Bumi Pula Menerima Air Bagi Membersikan Dirinya Bagi Menerima Jasad Seorang Ulama Hebat...Moga Tenang Roh Beliau Disana...
Ketepikan Isu Politik...Kita Saudara Se Islam..
Al - Fatihah Buat T.G.N.A Nik Mat...
0 comments:
Post a Comment