USRAH WHATSAPP (USWAH) SIRI 63
Dr Fathi Yakan dalam karya beliau Ihzaru Al-Aidz Al-Haraki menyatakan tentang penyakit perpecahan:
"Pada hari ini berlaku berbilang-bilang kelompok dalam lapangan perjuangan islam sehingga berlaku khilaf tanpa adab dan percanggahan pandangan tanpa menepati ilmu. Kelompok ini berlumba-lumba bersaing untuk sesuatu habuan dan ingin mengelakkan daripada tribulasi".
Ta'adud atau berbilang kelompok diatas satu perjuangan menegakkan islam sangat bahaya kepada peejuanga kerana akan timbul pergeseran. Sedangkan Islam datang untuk tujuan penyatuan dan ribat yang kukuh antara penegak kebenaran. Mengikut Al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna; apabila kelompok-kelompok sengaja diwujudkan dalam satu harakah islamiyah, ia pasti akan menyebabkan khilaf yang tidak berkesudahan dan akan ada dikalangan kelompok ini yang akan bersaing untuk mengatasi antara satu sama lain. Mereka yang berpegang pada dasar perjuangan akan selamat manakala yang memulakan pergeseran akan lenyap.
Tiada cara lain yang lebih baik melainkan kelompok yang baru muncul dan yang kononnya berperanan untuk membantu perjuangan asal supaya dimansuhkan dan kembali berada dalam harakah islamiyah yang awal. Dengan demikian, serigala tidak akan mampu menerkam bahkan dengan sendiri ia akan lari kecundang.
~Asri ed-Diwanie
15 Jamadil Awwal 1436
0 comments:
Post a Comment