.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Tazkirah subuh

|

السلام عليكم
Kuliah subuh, 23.8.2015 bersama Ust. Azim.

1. Allah sentiasa memberi kita peluang untuk memperbaiki diri.

2. Ukuran kejayaan di negeri akhirat  bersandarkan apa yang kita lakukan di dunia.

3. Segala amalan hendaklah yang disandarkn kepada ilmu.

4. Segala yang kita lakukan hendaklah membawa kebaikan dan keuntungan kepada agama.

5. Di antara orang2 yang soleh sentiasa berada dlm majlis ilmu. Jika ada yang melakukan kesalahan maka akan nampak jelas kecacatan itu.

6. Di antara orang yang tidak melakukan tanggung jawab ialah orang yang berdusta.

7. Akhlak yang buruk ialah apabila berbicara dia berdusta.

8. Untuk bersihkan  jiwa perlu selalu membaca Al-Quran, melakukan solat2 sunat dan perkara2 yang baik.

9. Golongan yang degil & bebal dalam melakukan arahan Allah akan kekal dalam neraka.

10. Golongan munafik ialah orang yang di luar nampak Islam tetapi di dalam dia kafir.

11. Akhlak dgn ilmu perlu selari. Cara hidup perlu ikut Islam (ikut Quran & Hadis)

12. Tinggalkanlah perkara2 yang meragukan.

13. Orang yang dekat dengan Allah ialah orang yang berilmu dan melakukan perkara2 yang boleh menguntungkan / menyelamatkan diri di negeri akhirat.

14. Ada perkara2 yang tidak boleh ditimbang dengan akal semata2 tetapi agama.

15. Orang yang tidak berkhlak baik jiwanya akan sentiasa tidak tenteram. Eg. Orang yang kedekut. Untuk jalan Allah sepatutnya didahulukan dan dilebihkan).

16. Allah tidak suka orang yang zalim.

17. Seorang muslim sejati tidak akan jadi pendusta.

18. Orang yang banyak bercakap akan banyak berdusta. Untuk elakkan banyak berdusta banyakkanlah membaca Al-Quran.

19. Ada 3 golongan yang tidak masuk syurga iaitu :
/ Orang tua yang berzina.          
/ Pemimpin yg berbohong.   
/ Orang miskin yang sombong. (Tidak ingat Allah)
Wallahu"alam...

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB