Assalam boh2...Selepas mencadangkan rakyat buat dua kerja untuk tambah pendapatan, Datuk Ahmad Maslan berbangga beritahu dia sendiri buat tiga kerja iaitu ahli parlimen, timbalan menteri dan ketua penerangan umno.
Bagi saya, tiga kerja tu sikit sangat. Ada orang buat lebih banyak kerja, tapi relak je, tak heboh2 pun, contohnya cikgu sekolah.
Bermula pukul 7.20 pagi hingga 3.00 petang mereka kerja sebagai guru. Sambil-sambil tu, mereka juga jadi kerani untuk siapkan 1001 dokumen, jadi jururawat dan doktor rawat pelajar sakit, jadi pegawai penyiasat tangani salah laku murid dan pelbagai kerja sampingan lain.
Sebelah petang mereka sambung kerja jadi coach bola, coach hoki, coach olahraga dan coach segala macam permainan lagi. Keluar rumah pukul 7.00 pagi, balik semula rumah lewat petang, kadang2 disambut dengan azan maghrib.
Bila ada pertandingan kat luar, mereka kerja supir bawa budak2 sertai kejohanan. Dalam poket kena standby pitih banyak sikit, sebab kadang2 budak2 ni pau minta belanja air dan sebagainya. Kalau tak kerja supir pun, mereka akan jadi pengadil, hakim dan pegawai pertandingan. Majoriti pertandingan dibuat di luar waktu persekolahan, sama ada petang atau hujung minggu.
Malam2 mereka bekerja sebagai keluang man, masukkan pelbagai jenis data e-prestasi, e-kasih, e-profil, e-pangkat, e-spbt dan berpuluh-puluh e lagi. Dengan pelayan internet yang lembab macam siput khinzir sakit gout, kadang2 keluang man ni bekerja sampai pukul 3-4 pagi. Walaupun dalam hati mereka membara eeeeeeee-geramnya, tapi mereka relak je.
Kalau tidak kerja sebagai coach atau pegawai sukan, petang yang lain mereka akan kerja polis, bomba, kadet, JPAM, PBSM dan pelbagai kerja beruniform lain. Latih budak2, bawa ke pertandingan kawad, pertandingan menembak dan pelbagai pertandingan luar waktu sekolah, perkhemahan hujung minggu dan sebagainya.
Ada juga yang kerja sebagai komposer melatih murid2 menyanyi, koir dan sebagainya, semua tu adalah kerja di luar waktu persekolahan. Walaupun mereka sendiri suara macam katak batuk kering, diajarnya juga budak2 tu menyanyi. Walaupun mereka sendiri tergagap-gagap, dilatih juga budak2 tu berpidato, debat, pantun dan sebagainya.
Pada musim peperiksaan, mereka kerja sebagai guru tuisyen. Diminta mengajar kelas tambahan siang dan malam, hari minggu dan hujung minggu. Diarah mengajar dipelbagai kem skor A, kem semua A, kem berderet-deret A, kem confirm A, kem kalau kau tak dapat A aku ketuk kepala dan lain-lain.
Akibat terlalu banyak buat kerja2 tambahan ini, kadang2 cikgu2 ni jarang ada peluang untuk berlama-lamaan dengan anak sendiri, kebanyakan masa dihabiskan untuk anak orang lain. Saya tak dapat bayangkan kalau cikgu2 ini dicadangkan untuk buat kerja lain lagi untuk tambah pendapatan dek kenaikan kos sara hidup sekarang, seperti yang dicadangkan oleh timbalan menteri itu, Dato Ahmad Maslan jeng2 bang2gang2. Allahuakbar!
Copy dr group lain.
0 comments:
Post a Comment