.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

KEAJAIBAN SEDEKAH

|


KELUARGA TUAN HAJI INI PORAK-PORANDA. LIHAT BAGAIMANA BELIAU MENYELESAIKAN MASALAHNYA DGN 1 TEKNIK SIMPLE (Anda pun boleh amalkan) :
.
.
Saya pernah mengenali seorang bisnesman berjaya. Setiap minggu saya akan ke rumahnya di kawasan elit Kuala Lumpur untuk mengajar Al-Quran.

Selalunya seusai kelas, sambil kami menghirup kopi di beranda rumah, beliau akan bercerita kisah kejayaan bisnesnya. Selaku orang muda, saya amat terpegun dengan kisahnya itu. Bisnes beliau menjalar ke seluruh dunia. Angka jutaan adalah mainan kecil baginya. Hidup beliau sekeluarga pada zahirnya kelihatan sempurna. Kereta mahal tersusun di garaj, rumah besar bak mahligai. Dengan kekayaannya, beliau mampu berbelanja apa saja yang diinginkan, 'ber'holiday' kemana sahaja yang dimahukan.

Saya berkesimpulan, beliau sudah sampai di puncak kejayaan hidup. Sukses.

Tetapi, disebalik semua kemewahan itu, masih ada kekosongan yang melanda hati & menyelimuti kehidupannya.

'Ustaz, sebenarnya masih ada sesuatu yang tidak mampu saya beli dengan wang'.

'Apa maksud tuan haji?' Saya bertanya, penuh teruja.

'Saya masih gagal membeli kebahagiaan', katanya dengan mata yang tampak berkaca-kaca.

Dia menghela nafas, menghirup sebentar kopi panas di meja, dan kemudian menyambung bicara.

'Saya punya anak 5 orang. Ustaz pun tahu kerana setiap minggu ustaz mengajar kami sekeluarga. Tetapi keluarga kami sudah 6 tahun tidak cukup 'korum' beraya...'

Saya maklum anak kedua keluarga ini, Ikram (bukan nama sebenar) sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga. Masalah keluarga, kata isteri Tuan haji. Ikram merajuk bila teruk dimarahi ayahnya akibat gagal habiskan pelajaran di London.

Dengarnya dia kini menetap di Liverpool, bekerja. Begitulah info terakhir yang disampaikan penyiasat persendirian upahan yang menjejakinya.

'Saya sedar, Ikram ini keras orangnya ustaz, sama macam saya. Tapi tak sangka pula dia sanggup berpatah arang, berkerat rotan dengan keluarga. Setiap kali isteri saya menangis di pagi raya teringatkan Ikram, saya merasa diri saya teruk. Gagal sebagai bapa...'

Benar sekali kata pujangga, 'anyone can be a father but it takes a real man to be a Dad'. Disebalik luahannya itu, saya melihat sisi 'Dad' masih tebal di hatinya. Beliau cuba mencari sinar, dan saya diberi ruang besar berkongsi pendapat ketika beliau bertanya :

What do you think I should do ustaz? What does our religion say about this matter?

'Apa kata tuan haji gandakan sedekah? Sebab yang saya faham dari nasihat Rasul, sedekah ni ibarat formula mujarab untuk apa jua masalah. Ia perisai harta, penyembuh penyakit, menghindar masalah & penenang hati.'

'Satu lagi, tuan guru kami kerap berkongsi nasihat 'jika kita ditimpa masalah dan telah lama berdoa tapi masih tidak dikabulkan, mintalah makhluk lain berdoa sekali untuk kita. Ikhtiarkan perkara ini dengan bersedekah'.

Begitulah lebih kurang pemahaman yang diambil dari Hadith Nabi 'Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua Malaikat yang turun, salah-satunya berkata: "Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang bersedekah. Sedangkan Malaikat yang lainnya berkata: "Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan Hartanya." (H.R. Bukhari & Muslim)

Perkara baik yang saya kagum tentang tuan haji ini ialah, beliau senang menuruti nasihat baik agama. Sebelum ini ketika dicadangkan 'tuan haji belajarlah Al-Quran sekeluarga', mudah sahaja diikuti. Kali ini sebelum saya pulang, beliau berjanji akan memandang serius perkara itu.

Perkara pertama dilakukannya ialah membantu anak setinggan sekitar rumahnya. Kebetulan berdekatan kawasan kediaman elit itu ada satu kawasan rumah setinggan. Semuanya dihantar tusyen. Percuma. Apa jua keperluan persekolahan yang perlu akan cuba dipenuhi.

Yang kedua adalah saudara-maranya. Isteri tuan haji bilang, selama ini ada beberapa anak saudaranya datang meminta bantuan tetapi ditolak kerana sengketa lama adik-beradik. Tetapi kali sengketa diketepikan demi menjemput barokah.

Satu demi satu kebaikan dilakukan. Selama menuruti perkembangan tersebut, saya tidak putus berharap agar

Yang Maha Esa sudi mengganti kekosongan hidup keluarga tuan haji ini dengan kegembiraan.

Benarlah, Allah pemilik mutlak kebahagiaan. Dialah Al-Fattah & Al-Latif. Maha pembuka dan pelembut hati. Apabila kita berusaha menjemput kebahagiaan dariNya, Dia dengan mudah berkongsi lebih dari yang kita jangka.

Akhirnya, jawapan tiba. Kegembiraan sudi bertandang semula ke pintu rumah keluarga ini.

Pagi hari raya ketiga tahun berikutnya, tidak semena-mena isteri tuan haji menelefon saya, 'ustaz wajib datang beraya rumah saya hari ini!'

'Kenapa puan?' Saya terkejut. Memang saya merancang beraya kerumah mereka, tetapi tidak sesegera ini.

'Ikram dah balik semalam. Saya ingin sekali ustaz berkenalan dengannya'.

Dari suaranya itu, saya pasti ia adalah suara kegembiraan seorang ibu yang sudah 7 tahun menghilang. Ia adalah sesuatu yang amat istimewa dan saya sedar, pelawaan ini tidak boleh ditolak kerana ia adalah jemputan kegembiraan 'dari Tuhan'.

Petangnya ketika bersembang dengan tuan haji, saya dapat rasakan 'puzzle' kegembiraan yang telah lama menghilang kembali menjelma.

Barokah memenuhi perbualan isi rumah ini.

Kata tuan haji 'Alhamdulillah, semalam saya tidur paling nyenyak. Tujuh tahun ustaz, something missing dari isteri saya. Semalam saya melihatnya semula. Dia kembali menjadi ibu rumahtangga ini. Kopi khas Sabah yang selama ini tidak pernah dibancuh, semalam saya dapat merasainya semula. Saya tahu Ikram sejak kecil sukakan kopi itu...'

Begitulah para sahabat semua, kisah kecil bagaimana sedekah menunjukkan keajaibannya. Kita barangkali berfikir 'benarkah ia sehebat ini?'. Saya hanya menjawab 'begitulah cara Tuhan berkongsi formula kebahagiaan hidup. What you give, you get back more from HIM'.

Jika anda ada merasai kekosongan hati, pernah merasa sesuatu hilang dalam hidup dan inginkan jawapan, cadangan saya : bersedekahlah seikhlas hati. Bersedekahlah sesungguh mungkin.

Pasti, anda akan menemui semula apa yang hilang. Pasti, Tuhan akan datangkan ketenangan kedalam 'kolam hati' anda.

Believe it!
.
.
P.S : Ini adalah petikan tulisan saya yang telah pun dibukukan. Cuba teka tajuk bukunya?

Oh ya, jika anda ingin dapatkan buku terkini saya, UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT yang padat berisi coretan saya mempelajari hikmah & ibrah dari Tuhan, bagaimana upgrade diri ketika menunaikan umrah, dapatkan bukunya di lnik ini :

----> www.umrahlangit.com

Berbaloi dapatkannya sekarang kerana ada DISKAUN 'serampang tiga mata'.

P.S 2 : Oh ya, tuan haji di atas merupakan antara anak murid pertama yg belajar Al-Quran dgn saya. Dulu bacaan Al-Qurannya amat 'merangkak'. Bilangnya, 'maaf ustaz, ilmu tajwid saya ni diwarisi dari darjah 4, lama dah tak upgrade...'. Alhamdulillah setelah di'overhaul' ilmu tajawidnya, kini beliau lebih yakin join tadarus di Masjid.

Anda nak saya 'overhaul' ilmu tajwid anda? 2 hari je insyaAllah, lepas tu, berdesuplah anda lebih lancar & confident baca Quran.

Hadiri seminar Tajwidluarbiasa. Daftar di sini :

----> www.tajwidluarbiasa.com
.

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB