Di dalam riwayat al-Bukhari menyebut, “apabila kamu melihat kepada orang yang dilebihkan Allah dari segi harta benda dan kejadian, maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah taraf daripadanya”.
Huraian Hadith:
Orang yang beriman diperintahkan supaya melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya dalam hal-hal keduniaan dan di suruh melihat orang yang lebih tinggi daripadanya dalam hal-hal kebajikan dan akhirat.
kerana melihat kepada orang yang lebih bernasib baik menyebabkan seseorang itu merasa gelisah, tidak berpuas hati dan tidak bersyukur terhadap nikmat Allah, manakala melihat kepada orang yang lebih tinggi dari segi agama dan ibadah akan mendorong meningkatkan ibadah dan kebajikan.
0 comments:
Post a Comment