.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Renungan hamba Allah

|

Sekadar utk renungan bersama:

RENUNGAN DARI HAMBA ALLAH
Ketika orang China hendak hidup  dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam 100 tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak 3kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu.
Masyarakat china ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka.
Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan Inilah yang kita perlukan untuk anak2 dan pelajar2 kita pada hari ini. Seorang orientalis berkata: kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara ialah.
1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan.
2. Runtuhkan sistem pendidikan.
3. Jatuhkan idola2 masyarakat yang berwibawa.
Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah.
Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka dikalangan para pelajar.
Untuk menjatuhkan idola2 masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ulama, biarkan mereka sibuk berpecah sesama sendiri sehingga masyarakat sekeliling hilang kepercayaan terhadap mereka.
MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA SIBUK MENCERCA SESAMA SENDIRI SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI.

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB