.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan mesti cegah mungkar ini.

|


Oleh : Nasrudin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

1. Oktober Fest Carlsberg Malaysia ( Pesta Arak ) yang dipromosikan secara meluas bermula 24 sept dan kemudiannya berlanjutan pada 25, 26, 27 Sept seterusnya bersambung 1, 2, 3, 4, 10 dan berakhir 12 Okt akan datang mesti dicegah segera oleh pihak berkuasa. Bermula daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Tempatan.

2. Saya tidak nafi hak arak bolehkan diminum oleh mereka yang agamanya membenarkan mereka minum arak. Tetapi dalam sebuah negara yang Islam menjadi Agama Persekutuan seperti negara kita Malaysia , hak itu mestilah ditunai secara tertutup dan tidak dipromosi apa lagi dipestakan secara besar besaran begini.

3. Pesta arak yang dipromosi besar - besaran ini telah menjadi mungkar terbuka meskipun ia dilakukan dalam ruang bangunan tertutup. Sekaligus ia mencabar sensitivity ummat Islam. Samalah seperti aktiviti hubungan seks luar nikah (pelacuran) yang dipromosi kepada umum, ia menjadi maksiat terbuka yang wajib ke atas pihak berkuasa dan seluruh Islam bangkit mencegahnya.

4. Jangan biarkan negara membangun dengan budaya mungkar dan maksiat. Kelak binasa tamadun dan maruah pula hilang keberkatan justeru dimurkai Allah swt.

"إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء"، فقيل: وما هن يا رسول الله؟ قال: "إذا كان المَغْنَمُ دُولًا، والأمانة مغنمًا، والزكاة مغرمًا، وأطاع الرجلُ زوجته، وعقَّ أمه، وبرَّ صديقه، وجفا أباه، وارتفعت الأصوات في المساجد، وكان زعيمُ القوم أرذلَهم، وأُكرم الرجل مخافة شره، وشُربت الخمور، ولُبس الحرير، واتخذت القَيْنات والمعازف، ولعن آخرُ هذه الأمة أولها، فليرتقبوا عند ذلك ريحًا حمراء، أو خسفًا، ومسخًا".

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, lalu ditanya apakah 15 perkara itu Ya Rasulullah ? Jawab Rasulullah saw  :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang
Ulasan – nak dapat zakat susah. Penerima zakat tergolong daripada kroni atau orang tertentu.

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.

7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

Ulasan – masjid dijadikan medan/tempat berkelahi. Sumpah di masjid untuk kepentingan sendiri.

9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.

Ulasan – Org yg paling hina- yg tiada ilmu agama dan tiada akhlak.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Ulasan – Contohnya, takut kepada pihak berkuasa kerana dibimbangi ia berlaku zalim terhadap diri kita.

11. Arak sudah diminum secara berleluasa.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). - mempersenda sahabat-sahabat Rasulullah.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

5. Saya juga menyeru pihak berkuasa agama seperti Jabatan dan Majlis agama Islam disemua peringkat tidak memandang sepi fenomena ini. Ambillah tindakan wajar. Jangan hanya memberi alasan kononnya perkara ini berada di luar bidang kuasa sedang akibatnya kelak akan melanda ummat tanpa mengenal dimana kuasa dan kedudukan mereka. Bangkitlah sebelum terlewat.

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB