Assalamualaikum semua.. Ermm nak tanya pendapat ni.. Ada sapa² tau boleh la bg pendapat.. Dh lama nk tanya tapi tkde masa yg sesuai.. Mungkin dlm ramai² kat group ni tau ke.. Tkpe la.. Cuma nk bincang.. Cerita sini habis sini.. Dah tnya ramai kawan², tp still tak dapat nak selesaikan.. Takut jgk nk tanya.. kot silap group.. kadang aku cakap semua tk faham.. kadang aku serious diorg cakap aku main².. Tp tetap kena tanya jgk.. sbb korg org lama.. harap korg jwb yg sebetulnya.. jgn tipu²..... Kang tk pasal² huru hara... Tp rasa ok kot, tp tk tau la pulak.... Ni sebenarnya nk tanya......Betul ke roti gardenia tu enak dimakan begitu saja?
Jawapan : Pertanyaan tu bagus.. Soalan yg bernas seperti ini lah yg kite tunggu2 saban hari.. Individu yg mengajukan soalan seperti ini lah yang negara kita perlukan dalam usaha mengorak langkah untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara2 maju diluar sana.. Merujuk kepada pertanyaan td, utk menjawab persoalan ini kita memerlukan daya pemikiran yg matang, tahap kecerdasan minda kelas pertama dan pemikiran yang efektif bagi memuaskan semua pihak agar tidak bercanggah dengan pemikiran org lain.. Untuk membincangkan isu ini kita akan pecahkan kepada 3 skop iaitu keluarga, masyarakat dan negara.. Untuk itu tnye lah dorg betul ke roti gardenia tu sungguh enak dimakan begitu saja..
0 comments:
Post a Comment