.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Level iman

|

UJIAN UNTUK MENGETAHUI LEVEL KEIMANAN

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

⏩ Perjuangan agama (mendekatkan diri kepada Allah) ini banyak levelnya... Ada manusia, kemampuannya hanya setakat hablum minanallah sahaja dan ada yang maju ke depan dalam hablum minannas.

⏩ Dakwah adalah satu KEWAJIPAN ke atas semua mukallaf. Dakwah melibatkan hablum minannas. Di sinilah beberapa amalan agama yang membawa maksud dakwah berlaku. Antaranya
�� Ad-Din An-Nasihat....
�� Wa Tawasau bil Haq wa tawasau bis sobr.... Wa tawasau bil marhamah
�� Wa ta'wanu 'alal bir wat taqwa...
�� Mereka yang tidak melakukan kerja ini dikira sebagai rugi... Sila rujuk dan tadabburkan Surah Al-'Asr.

⏩ Dakwah ini menduduki maqam ihsan level kedua (hablum minannas). Level pertama ialah hablum minanallah. perhatikan ayat di bawah. Di dalamnya terkandung makna IHSAN dan dakwah mengikut keutamaannya. Yang lebih dekat dengan kita, lebih wajib didakwahkan dan diihsani.

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
�� Mereka yang tidak kerja ihsan ini, dikira sebagai sombong...

⏩ Dakwah bermaksud melakukan kerja amar makruf dan nahi mungkar. Apa yang disuruh oleh Allah dan RasulNya adalah perkara makruf dan ianya sangat patut dikerjakan dan menggalakkan orang lain supaya melakukannya. Perkara mungkar ialah perkara yang ditegah ke atas kita daripada melakukannya oleh syarak. Dari sudut DISIPLINNYA, amar makruf mesti lebih banyak daripada nahi mungkar.

Di sana juga ada sekumpulan manusia yang hanya mampu membuat amar makruf sahaja dan tidak 'berani' membuat nahi mungkar. Di dalam nahi mungkar ini, menasihati dan mencegah kemungkaran 'orang besar' adalah kerja yang paling susah. Di sinilah kerja para Nabi

(Takut kepada manusia kerana akibat berdakwah itu menunjukkan kerendahan imannya... Tidak sepatutnya dia takutkan manusia sedangkan yang dituntut ialah TAKUT HANYA KEPADA ALLAH. Bukankah rezekinya ditanggung oleh Allah SWT sepenuhnya?)

(Sudah sepatutnya seseorang itu bersabar menghadapi kerenah manusia kerana berdakwah. Para Nabi sendiri ditegur oleh Allah SWT apabila tidak sabar dalam berdakwah. Sabar itu tanda iman)

⏩ Kerja para Nabi bermakna, melakukan semua kerja hablum minallah dan hablum minannas)(yang disebut di dalam Al-Quran) lebih banyak daripada orang ramai. Yang membantu para Nabi ini digelar sebagai As-Siddiqin. Mereka ini dipanggil juga
sebagai Al-Hawariyun. (Telah dikhabarkan di dalam hadis, As-Siddiqin akan tinggal bersama Nabi SAW di dalam syurga)

⏩ Dakwah ilallah bermakna MENGUMPUL dan MEMBINA  manusia supaya hidup berjamaah, berkasih sayang dan saling bertakaful di antara satu sama lain. Mereka ini dinamakan juga sebagai Ulul Albab. Hasilnya ialah masyarakat islam yang menepati ciri-ciri Al-Quran.

⏩ Sila baca Surah Ar-Ra'ad ayat 19 - 25 untuk mengetahui serba sedikit mereka yang dinamakan sebagai Ulul Albab. Di situ juga ada diterangkan mereka yang mendapat laknat. Mereka inilah yang dihadapi oleh para Nabi dan semua yang memiliki ciri Ulul Albab.

⏩ PERHATIKAN level amalan yang telah dinyatakan secara ringkas di atas ... Semakin tinggi amalan tersebut semakin kuranglah yang mampu beramal dengannya. Banyak do and don't yang perlu diperhatikan supaya senang naik ke atas. Perlu diingati, perkara di atas mesti dilakukan secara istiqamah.

عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ سَعْدٍ، قَالَ: سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلَاءً؟ قَالَ: «الْأَنْبِيَاءُ، ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ، يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ، فَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ صَلَابَةٌ زِيدَ صَلَابَةً، وَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ رِقَّةٌ، خُفِّفَ عَنْهُ، وَلَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَمْشِيَ عَلَى الْأَرْضِ مَا لَهُ خَطِيئَةٌ»
Daripada Mus’ab bin Saad dari bapanya (Sa’ad bin Abi Waqqas) RA, Nabi SAW telah ditanya, “Siapakah manusia yang paling kuat diuji.” Jawab Nabi SAW, “(Manusia yang paling hebat menerima ujian adalah para nabi kemudian mereka yang berada dibawahnya dan seterusnya. Seseorang lelaki akan diuji berdasarkan agamanya (kemampuannya untuk mentaati perintah Allah SWT). Sekira agamanya ada kekuatan dan ketahanan, ujiannya akan bertambah. Jika (hatinya dilihat tidak mampu menanggung),    ujiannya akan dikurangkan. Akan sentiasa seseorang hamba itu diuji sehinggalah (matang) dan dia mampu berjalan di atas muka bumi di dalam keadaan tiada lagi melakukan kesalahan.”
�� Sentiasa diuji itu, samada untuk menaikkan darjat atau mematang seseorang pada sesuatu darjat, yang melayakkannya diganjari dengan pertolongan Allah SWT dan ganjaran syurga
�� Di saat dakwah ini sentiasa berlaku dalam pelbagai lapisan masyarakat, mereka yang melakukannya secara istiqamah tidak akan dimudaratkan imannya dengan pelbagai ujian.... Kerana dia telah lepas ujian dan sedang membangunkan jiwa manusia yang lain...
�� Tiada melakukan kesalahan bukanlah bermakna boleh PERASAN @ SYOK SENDIRI dengan amalan yang telah sedia ada.  Sepatutnya semakin takut dan tawaduk kepada Allah SWT.

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB