MADAH HARI INI
Hari ini masih kuat dan gagah
Mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah
Hari ini kalau tidak dibuat suruhan Allah
Belum tentu esok ada lagi peluang dari Allah.
Hari ini realiti yang mesti dilalui dengan tabah
Kerana esok hari belum pasti boleh berubah
Hari ini ahli maksiat berasa bangga dan megah
Esok hari mungkin menyesal tak sudah-sudah
Hari ini berpakaian baju dan jubah
Mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah
Hari ini berpijak di atas tanah
Boleh jadi esok sudah jadi penghuni dalam tanah
Hari ini berkenderaan serba mewah
Mungkin esok hanya ada kereta jenazah
hari ini janganlah bermegah-megah
Kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah
Hari ini Banyakkan doa dan harap pada Allah
Semoga esok hidup dalam redha Allah
Hari ini kuatkan taat , amal ibadah
Moga esok masih istiqamah
Hari ini andai datang ketentuan Allah
esok terimalah ia dengan tabah
Hari ini andai ada silap dan salah
Jangan tunggu esok untuk istighfar dan taubah.
Hari ini kita dalam taqdir Allah
Besok hari hanya dalam ilmu Allah.
Hari ini kita berukhuwah dan bermadah
Semoga esok dikumpulkan bersama di jannah
SALAM JUMAAT
0 comments:
Post a Comment