.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Tazkirah

|

*Tazkirah Hari Ini (18.05.2016)*

Berapa lama lagi kita akan hidup? 10, 20 atau sekadar lima tahun lagi? Saya yakin tidak ada orang yang mampu menjawabnya. Jika mendengar khabar ada sahabat, kenalan atau saudara kita meninggal dunia kerana kemalangan atau serangan jantung, apa perasaan kita?

Saya yakin tentu sekali masih banyak list-to-do (senarai perkara yang ingin dilakukan), tetapi tidak kesampaian. Mungkin antaranya adalah kata-kata cinta yang belum diluahkan kepada isteri atau suami, hasrat ingin meminta maaf kepada kedua-dua ibu bapa atau mungkin juga kesudiannya memberi maaf kepada insan tersayang, tetapi masih belum dilaksanakannya.

Jadi, bagi kita yang akan meninggal dunia dan tidak tahu pula saat kematian itu (sama seperti si mati sebelumnya), hakikat itu sewajarnya mengajar kita agar tidak bertangguh. Jangan sekali-kali menangguhkan ucapan-ucapan yang baik, perbuatan-perbuatan yang benar dan keputusan-keputusan yang tepat. Sementara masa masih ada, usia masih bersisa. Jadilah “si mati” yang telah beres segala kerjanya.

Bagaimana hendak mencapai rasa hati yang begitu? Mudah sahaja, ingat mati selalu. Ingatkan diri kita sendiri bahawa hari ini mungkin hari terakhir kita hidup di dunia.

(Ust Pahrol Mohd Juoi - Bicara Iman untuk Tenang)

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB