.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Sunah memanah

|

KENAPA Memanah itu Sunnah? Siri 1 (Muqadimah)

Setiap pekerjaan melontar, ada sikap dan sifatnya. Begitu juga dengan memanah.
Memanah bekerja DALAM sistem. Memanah bekerja DENGAN sistem.

Dalam memanah adanya sistem simetri, sistem biometrik, sistem biomekanikal.
Sistem ini berkaitan dengan sistem neuro, sistem tulang, sistem otot, sistem endokrin, sistem limfatik (imuniti).

Dari sudut sistem neuro, setiap pergerakan tubuh daripada mula melihat busur sehingga melihat sasaran, sehinggalah kepada pergerakan kecil ke besar, besar ke kecil.

Ianya melibatkan sistem neurotransmitter, yang secara tidak langsung meransang sistem otak.
Menaakul maklumat sasaran dan arah. Menafsir keupayaan dan kesedaran.

Sepertimana Solat, seperti itu jugalah memanah. Kita melihat pada tempat sujud.
Namun itu bukan arah pandangan kita yang sebenar

Ada bezanya Lihat dan Pandang. Maka, pandangan kita yang sebenar adalah khusyu'.

Begitulah dalam memanah, perlu bezakan Titik Sasaran (Aiming Point) dan Titik Fokus (Focus Point).

Dalam solat : Titik sasaran ( tempat sujud), titik fokus (khusyu').

Ringkasnya, Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam tidak tinggalkan sesuatu yang sekadar permainan semata-mata kepada umat Baginda.

Kerana Assunnah adalah Al Hayah (Kehidupan). Hanya orang yang 'HIDUP' sahaja memahami, merai, mengamalkan dan menghidupkan Sunnah.

(Sedutan dari buku "Panah dan Kehidupan 7S") Bakal diterbitkan selepas musim Haji nanti, InsyaALLAH.

Secara amnya, pemanah terdahulu mempunyai suatu sikap (Displin) dan sifat (Istiqomah) dalam latihan mereka.

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB