Seorang yang berpendapatan hanya RM 2000 sebulan tidak akan mampu menggunakan sebuah Ferrari walaupun beliau mendapat ferrari tersebut secara percuma. Ini kerana Ferrari itu mahal dan semestinya 'kos-maintainence'nya juga tinggi yang tidak mampu ditampung oleh pendapatan beliau.
Seorang yang tinggal di kawasan pendalaman yg tidak mempunyai sumber bekalan elektrik gembira setelah berjaya membeli I-phone idamannya di bandar. Dia tidak sedar sebenarnya I-phone itu tidak sedikit pun berguna untuknya bila dia pulang ke rumah nanti.
___________________
Sebagaimana memiliki ferrari dengan pendapatan yang rendah,
sebagaimana mempunyai I-phone tetapi tinggal di kawasan tanpa elektrik dan coverage,
seorang yang menghafaz Al-Quran sebenarnya dia tidak mempunyai apa-apa sekiranya dia tidak mampu untuk meluangkan masa sehariannya untuk murajaah / mengulang Al-Quran.
Ingat para penghafaz Al-Quran, anda sudah mempunyai 'sesuatu' yang sangat mahal iaitu ingat Al-Quran. Dan semestinya kos-maintainence untuk 'sesuatu' yang mahal ini juga turut tinggi dan bernilai.
Maka sediakan diri kita untuk sentiasa mengulang/murajaah kerana di sinilah ruang untuk kita mengumpul pahala yang tidak terkira banyaknya.
Lupakah kita pada hadis Rasulullah SAW,
"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”
-Riwayat Tirmizi
#PINTAZ14 :)
0 comments:
Post a Comment