Seorang yang kaya melihat keluar pintu keretanya dan ternampak seorang yang miskin mengambil sesuatu didalam tong sampah.... Dia pun berkata, Terimakasih Allah, saya tidak miskin.
Orang yang miskin tadi melihat sekelilingnya dan melihat seorang lelaki yang bertelanjang dan berkelakuan tidak senonoh dijalan raya... Dia pun berkata, Terimakasih Allah, saya tidak gila.
Orang yang gila itu melihat ada sebuah ambulan membawa pesakit...Dia pun berkata, Terimakasih Allah saya tidak sakit.
Orang yang sakit dihospital melihat ada orang yang telah meninggal dunia diatas trolley.... Dia pun berkata, Terimakasih Allah saya belum lagi mati.
Hanya orang yang Mati sahaja tidak boleh berterimakasih kepada Allah.
Kenapa tidak kita berterimakasih kepada Allah hari ini atas segala apa yang diberikan olehnya dan untuk kehidupan serta nyawa yang kita ada sementara kita hidup.
*Apakah itu KEHIDUPAN *
Untuk memahami apakah itu kehidupan dengan lebih mendalam kita perlu pergi ke tiga lokasi iaitu:
1) Hospital
2) Penjara
3) Kubur
Dihospital, kita akan memahami bahawa tidak ada apa yang lebih indah selain kesihatan yang baik.
Dipenjara, kita akan memahami bahawa tidak ada yang lebih berharga selain Kebebasan.
Dikubur, kita akan memahami bahawa kehidupan didunia adalah kosong semata-mata kerana muka bumi yang kita pijak ini suatu hari nanti akan menjadi bumbung untuk kita suatu hari nanti.
Marilah kita sentiasa menjadi orang yang merendah diri dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada disamping sentiasa berdoa dan terus istiqamah melakukan apa yang diwajibkan oleh Allah terhadap kita.
Apakah itu KEHIDUPAN
| author: debest_thinkerPosts Relacionados:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment