.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

akibatnya, aku tanggung..

|

Amir Muslim adalah seorang yang bertanggungjawab. baik. hormat orang tua. taat dalam beragama. yang penting pada zaman sekarang ialah sembahyangnya sempurna 5 waktu. tiada satu waktu pun tertinggal. bak kata orang, cukup perfect, sempurna untuk menjadi seorang suami.

ada ke suami yang sempurna zaman sekarang? ada! tapi mungkin 1 dalam 1000 or 1 dalam sejuta..

rumah tangga Amir Muslim tak pernah bergoyah atau dalam erti kata lain, tak de angin, ribut, taufan, puting beliung, semua itu tiada dalam rumah tangga nya. dia amat bertuah memiliki seorang isteri yang amat memahaminya. memahami dari sudut karier, masa, sikap, dan bagi Amir, isterinya cukup faham dan tahu apa kehendaknya, sama ada kehendak zahir dan kehendak batin.

selain daripada cantik, Afika Balqis juga seorang yang terpelajar. dia seorang yang amat lembut dan baik hati. sikap inilah yang menyebakan Amir sangat menyayangi Afika. dalam erti kata lain, tiada orang yang dapat menggantikan Afika.

setelah 5 tahun mereka menjalani hidup berdua. mereka tetap hidup dalam aman dan bahagia walaupun tidak dikurniakan dengan cahaya mata. mungkin Allah tahu, belum tiba masanya lagi untuk Amir Muslim mempunyai cahaya mata seperti mana yang diharapkan itu. walaupun begitu mereka tidak putus2 berdoa. tapi rezeki belum juga tiba. mereka hanya menyerah diri pada Allah, kerana Dia lah perancang segalanya.

"Fika.. Fika" Amir menjerit.
Afika terkecoh2 dari dapur naik ke tingkat atas. biasanya suaminya tidak akan menjerit begitu jika mahukan sesuatu. apa yang tak kena kali ni. pelik fikirnya.
"ye bang, ada apa? kalau ye pun jangan la jerit2. Fika kan ada ni. dekat je sayang" kata Afika manja.
"Fika, ni kenapa ni?"
"Ada apa bang?"
"pagi tadi kan abg dah pesan pada Fika."
"pesan?"

Afika kebingunggan. mungkin dia tidak mendengar pesanan suami nya kerana dia agak kelam kabut pagi tadi. tapi dia tetap berlembut dan memohon maaf.

"Fika mintak maaf bang. Fika tak dengar abang pesan apa pagi tadi. kan kita terlewat untuk ke pejabat tadi. mungkin Fika tak terdengar."
"habis tu kenapa Fika ia kan je apa yang abang bagitahu pagi tadi?"
"Fika mintak maaf. Fika tahu, Fika salah. Fika betul2 tak sengaja bang."
"Fika ni kan....Ish.." Amir mendengus marah.

api amarah Amir yang tak pernah naik selama ni, naik mendadak. entah kenapa dia patut marah kan Afika. Apa salah dia?

"abang ceraikan Fika dengan talak 1."
"abang.."

Amir berlalu. meninggalkan Fika di dalam bilik terkebil2. dia tidak menyangka bahawa hanya isu ini dia boleh di ceraikan oleh Amir.

"abang.. kenapa macam ni sayang? Fika mintak maaf. Fika sayang abang. Fika tak nak berpisah dengan abang. abang, kita bincang la dulu sayang.."

Afika teresak2. dia tak tahu kenapa dia harus di ceraikan. dia inginkan kepastian.

"abang ceraikan Fika talak 1." hanya itu yang Amir lafazkan.
"abang.. apa salah Fika bang?"

Amir mendesak marah.

"kalau Fika salah, Fika mintak maaf. Fika akan baiki sikap Fika. Fika tak kan buat abang marah lagi. 5 tahun kita hidup sama2 bang. abang tak pernah marah macam ni."

Afika menangis. dia tidak mahu kehilangan Amir, suaminya yang dia sangat cintai.

"abang, jangan lah macam ni sayang.."

Amir diam. dia berlalu pergi. beberapa minit kemudian dia kembali. dia menyatakan kenapa dan mengapa dia menceraikan isterinya. dan sekali lagi dia menyebut..

"abang ceraikan Fika talak 1."

Afika kelu lidah. tidak tahu apa yang patut dikatakan. dia menyebam muka nya ke bantal. menangis semahunya. menangis dan terus menangis. apa yang dia boleh buat. hanya itu yang dia ada. dia tidak mahukan perpisahan. dia tidak biasa hidup tanpa Amir.

baginya Amir lah segala2nya. segala2nya, dia abdikan pada Amir, suami kesayangannya. dia tidak biasa hidup tanpa Amir di sisi. Afika dapat bayangkan suasana tanpa Amir. tanpa gelak tawa Amir. tanpa senyum manja Amir. tanpa pelukan mesra Amir. tanpa AMIR!! dia tidak dapat membayangkannya.

selang beberapa jam. api amarah Amir mengendur. dia masuk ke bilik. Afika masih menangis. sudah bengkak matanya.

"Fika." Amir memanggil lembut. sambil mengusap manja bahu Afika. Afika masih seperti tadi. menangis.

"abang mintak maaf ye sayang. abang tak nak kehilangan Fika. tadi abang marah sangat sayang. abang tak dapat mengawalnya. abang janji, lain kali abang tak kan buat lagi."

Afika masih menangis. Amir tak pernah terfikir kenapa Afika menangis semahu2nya. Amir terus memujuk.

"apa guna abang pujuk Fika. Fika bukan isteri abang lagi."
"kita rujuk balik sayang."
Afika menggeleng. dia menangis kembali.
"Fika, abang mintak maaf. tadi abang tak dapat kawal marah abang. abang tak sengaja sayang."
"apa guna abang pohon maaf. abang dah ceraikan Fika dengan talak 3."

Amir melopong. sekarang dia sedar mengapa dan kenapa Afika menangis. dan dia ingat. dia memang melafazkan 3 talak beberapa jam yang lalu. kini giliran Amir menangis.

"Fika, abang tak boleh kehilangan Fika. tolonglah abang Fika. tolongla abang."
"abang, walaupun Fika dapat terima abang. tapi Allah tidak menerima ikatan kita sayang."
"Fika, jangan tinggalkan abang sayang.."
"Fika tak nak tinggalkan abang. tapi abang yang tinggalkan Fika. Fika tak tahu bang.. Fika tak tahu....."

apa yang dapat di buat lagi selain memfailkan pengesahan cerai mereka di mahkamah.

**********

"kenapa nak bercerai. kamu berdua ada masalah?"
kedua2nya menggeleng. hakim mengerutkan muka.
"habis kenapa kamu datang untuk mengesahkan penceraian?"
Afika sudah teresak2 menahan sedu sedan tanda tidak mahu melepaskan suaminya pergi.
"saya tersilap melafazkannya 3 x ya Arif."
hakim mengangguk tanda memahaminya. ada sesuatu yang dia tidak faham.
"atas sebab apa kamu melafazkannya?"
Amir kelu. Apakah alasan sekecil ini harus di sebut di mahkamah. di hadapan hakim dan hadirin yang hadir? tapi dia harus juga mengeluarkan kisah benar. membohongi mahkamah adalah 1 kesalahan yang besar. Amir menceritakannya dari awal hingga akhir sambil air matanya mengalir.
"betul Puan Afika?"
Afika tidak mampu berkata apa2. dia hanya mengangguk dan menjawab..
"ya, ya Arif."
*********

pengesahan sudah selesai dibuat. Afika hanya memandang Amir dengan air mata. dia menangis dan terus menangis. dia sudah kehilangan suaminya buat selamanya. dia tidak menyangka jodohnya hanya di sini bersama Amir Muslim. dia tidak menyangka bahawa hanya dengan sehelai kain pelikat yang di pesan oleh suaminya untuk di basuh, dia telah diceraikan. tapi dia tidak mendengar pesanan itu. dia tidak sengaja mengabaikan tanggungjawabnya. dia tidak sengaja sama sekali.

**********

nota kaki : cerita di olah dari fakta asal yang di dengar dalam mahkamah tempat aku praktikal.

pesanan untuk kaum suami : jangan senang untuk melafazkan cerai. kerana akibatnya anda yang sendiri tanggung. kerana cerai bukan perkara yang boleh dimain2 dan di perkotak katikkan.

2 comments:

Monkey D Luffy said...

meremang bulu roma aku baca

menakutkan

piNky LuCiA said...

lelaki kena sabar laa byk2.. hehe

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB