.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Kedudukan wanita

|

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Ahad, 3 S'ban 1435H)
Anak Perempuan

Sungguh menjadi suatu kebanggaan, sekiranya anda di lahirkan sebagai seorang muslimah kerana Islam telah mengangkat martabat kedudukan wanita begitu tinggi dan mulia. Bukan lagi sebagai barang hadiah atau dilihat hanya sebagai objek seks oleh orang lelaki pada zaman Jahiliyyah dahulu. Malah ibu bapa ketika itu merasa aib jika memperolehi anak perempuan dan bertindak menanamnya hidup-hidup.

Malangnya, pemikiran orang-orang zaman sekarang pun masih sama seperti mereka di zaman Jahiliyah dahulu.
Pernah Ust Kay terdengar perbualan seorang bapa bertanyakan jantina bayi yang baru dilahirkan oleh isterinya di wad bersalin.

Setelah dimaklumkan jururawat bertugas yang si ibu dikurniakan bayi perempuan, saya terdengar nada suara si ayah sedikit mengeluh, “Oh.. anak perempuan lagi…” Ust Kay yang mendengar, sedikit ralat, seolah-olah si bapa kecewa dan tidak bersyukur dengan anugerah Allah SWT.

uk.Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.”
(HR : Ahmad dan Al-Hakim)

Malah, rahmat Allah ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (HR : Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.,dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya : “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memeliha
ra anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(HR : Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi harapan pemuda...eh ! Pemudi tiang negara.uk.

Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka. Tengok-tengokkan anak-anak perempuan kita;

Jangan pakaiannya ketat, sendat, padat dan melekat.
Singkat sampai nampak pusat,
Jantan mana yang tidak terpikat,
Melihat pemandangan yang begitu hebat,
Mula-mula jauh lama-lama dekat,
Akhirnya berlaku perbuatan maksiat,
Bila nafas tersekat-sekat,
Lupa Allah, Rasul dan Malaikat,
Lupa emak bapak agama dan adat,
Akhirnya berlakulah perbuatan terlaknat,
Mengalirlah benih jantan keparat,
Anak dara yang kempis menjadi bulat,
Akhirnya bayi yang comel yang cukup sifat,
Dibuang merata tempat...

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata-kata orang tua,? Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan. Memang agak melampau perbandingannya itu. Kemungkinan ini ada benarnya, bila kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan
terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama. Sebagaimana firman Allah SWT ;

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS. Al-Ahzab : 59)

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. uk.Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar di akhirat nanti.

KESIMPULAN :
Berbanggalah anda jika anda seorang Anak Perempuan atau mempunyai Anak Perempuan kerana dengan didikkan sempurna boleh menjadi asbab kepada anda dimasukkan kedalam syurga Allah SWT. Insya Allah !
Wallahu a’lam - Ust Kay 'Wali Limo' bukan Wali Songo. Ukay's

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB