.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

BOIKOT SECARA BERADAB

|

1- Hendaklah kalian fahami
bahawa produk-produk itu
adalah halal, tidak haram.
Jangan sesekali
mengeluarkan perkataan
produk itu haram, dan
sebagainya.

2- Jauhilah mengeluarkan
perkataan-perkataan seperti
'Pekerja McD bekerja
dengan pembunuh, tak ada
perkemanusiaan dan
sebagainya..' Sesungguhnya
perkataan sedemikian
adalah perkataan hawa
nafsu. Mereka bekerja
mencari rezeki yang halal,
dan bukan hak kita berkata
sedemikian kepada mereka.

3- Jauhi sifat-sifat buruk
seperti pergi bawa makanan
lain dan makan dalam McD,
atau saja-saja masuk McD
untuk guna tandas mereka
atas alasan untuk naikkan
kos operasi mereka, atau
berkumpul di hadapan kedai
mereka. Sesungguhnya
mereka membayar sewa
untuk premis perniagaan itu,
dan tindakan mengganggu
kehadiran pelanggan
mereka adalah tindakan
yang melanggar akhlak
Islami dan melanggar hak
orang yang sudah
membayar sewa untuk
premis tersebut.

4- Fahamilah, boikot ini
satu ijtihad politik. Ia bukan
satu perkara yang qathie/
pasti wajibnya. Ia akan
sentiasa ada pro dan cons
kerana ia satu ijtihad dalam
bab keduniaan.

5- Ingatlah, saudara-
saudara kita bukan hanya di
Gaza, bahkan yang sedang
mencari rezeki bekerja itu.

6- Memboikot adalah hak
seorang pengguna. Kita
sebagai pengguna berhak
boikot, dan ajak orang
boikot. Tetapi kita tiada hak
mengganggu perniagaan
orang yang sah dengan
berdiri di depan kedai
mereka, di pintu kedai
mereka, apatah lagi masuk
ke dalam premis mereka,
atau mensabotaj supaya
kos operasi mereka
meningkat.

7- Saya memilih boikot,
kerana itu hak saya sebagai
seorang
pengguna.
Inilah pendirian saya. TITIK.
Wallahua'lam.

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB