Anak ini jumpa saya selepas ceramah dan bertanya : ustaz sayang anak ustaz tak? Comel anak ustaz. Sama nama dengan saya. Ustaz, mak ayah saya tak sayang saya. Diaorang cuma sayang adik saya je.
Saya tanya macam mana tahu mak ayah tak sayang adik. Sebab dia orang tak pernah pandang saya masa saya bercakap. Saya cakap je saya kena marah. Saya tolong jaga adik. Adik menangis, saya kena marah. Saya ambil botol susu adik. Saya lambat saya kena marah. Saya tengok tv saya kena marah. Lambat bangun tidur saya kena marah. Adik buat sepah saya kena marah. Adik menangis saya kena marah. Semua yang mak ayah janji semua tak pernah beri. Saya nak cerita semua kat mak ayah. Tapi mak ayah tengok tv je..saya buat semua salah dan asyik kena marah.. Ustaz, saya nak masuk asrama masa tingkatan 1. Ustaz doakan ye. Supaya saya tak kena marah dan biar mak ayah sayang adik je. Mak ayah saya garang sangat.
Saya sedih sangat. Teringat anak sendiri. Macam tulah anak-anak ingat semua janji kita pada mereka. Lihat apa yang kita buat pada mereka. Kita lebih sanggup mengadap hp dan gadget dari pandang muka anak. Allah..sedihnya.
Kita sayang cium anak masa baby je. Bagi anak-anak cinta sayang ialah masa. Beri masa dan dengar anak-anak yang semakin membesar. Rahmat Allah turun bila kita peluk, dukung, dengar cerita mereka. Cerita Nabi nabi pada mereka. Kenalkan Nabi dan sahabah. Cerita syurga dan neraka. Banyakkan cerita rahmat dan kebaikan.. Berilah masa kerana ini semua amanah yang akan disoal nanti. Pelajaran paling besar ialah iman mengenal Allah dan Nabi saw. Pengajaran yang utama selepas itu ialah Akhlak . kasih sayang yang dia akan dapat lihat bagaimana kasih sayang yang kita praktikkan.
Ya Allah maafkan kami kerana tidak buat sebaiknya sebagai ayah dan ibu (Ebit Lew)
0 comments:
Post a Comment