.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

KISAH KENTUT

|

Kisah kentut ketika mesyuarat sedang berlangsung di antara para guru dan guru besar, tiba2 terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu para guru masing2 memberikan komen :

Guru Maths : Hmmm.. Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi..

Guru Muzik : Wahh... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.

Guru Fizik : Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa. 

Guru Biologi : Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya.

Guru Agama : Ini la salah satu penyebab batalnya wuduk. 

Guru Geografi : Kedudukannya mengikut arah mata angin.

Guru Kaunseling : Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun. 

Guru Sastera : Perkataannya boleh diuntai ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.

Guru Bahasa : Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkap predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi menjadi ayat tanya.

Guru Sejarah : Salah satu penyebab berlakunya perang mulut.
Guru Besar : Sememangnya saya yang kentut...

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB