KITAB MUHIMMAH
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
KESABARAN SAIDINA UMAR R.A
Seorang lelaki pernah datang ke rumah Saidina Umar bagi mengadu tentang sikap buruk isterinya. Ketika tiba di rumah Umar, lelaki itu berdiri di pintu rumah Umar dan menunggu Umar keluar. Tiba-tiba beliau terdengar isteri Umar berleter panjang sedangkan Umar hanya mendiamkan diri. Lelaki itu berpaling untuk pulang ke rumah sambil berkata, “jka Amirul Mukminin pun begini, apatah lagi aku.”
Tidak lama kemudian, Umar keluar daripada rumahnya dan ternampak lelaki itu sedang melangkah pulang. Lalu Saidina Umar memanggilnya, “kenapa kau datang ke mari?” lelaki itu menjawab, “wahai Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu tentang sikap buruk isteriku yang selalu menyakiti hatiku. Tetapi aku terdengar isterimu juga begitu. Jadi aku mahu pulang ke rumah sambil berkata, ‘jika Amirul Mukminum dan isterinya pun begitu, apatah lagi aku.’”
Saidina Umar menjawab, “saudaraku, aku menanggung sikap buruknya itu atas beberapa hak dimilikinya ke atasku. Dia memasakkan makanan untukku, mencuci pakaianku, menyusukan anak-anakku, sedangkan semua itu tidak wajib ke atasnya, sebaliknya adalah kewajipanku. Dia juga membantu aku menetapkan hati daripada melakukan perkara yang haram. Jadi aku bersabar dengan sikapnya.”
Lelaki itu berkata, “begitulah juga isteriku.” Saidina Umar berkata, “sabarlah, sesungguhnya marahnya itu tidak lama.”
Wallahuaklam......
Mohon maaf dan teguran diatas kekurangan dan kesilapan.
Ikhlas & Rahmat Allah bersama kita.
Kongsikan dan sebarkan..sesungguhnya ianya ILMU ALLAH TAALA..
Dipanjangkan oleh :
UmaR Zunnun
Berleter Seorang Isteri Satu Hiburan-UAI
https://www.facebook.com/AkuNakJadiPENDAKWAH?ref=bookmarks
0 comments:
Post a Comment