.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Pengajaran ceramab

|

Beberapa pengajaran daripada ceramah motivasi Heliza Helmi malam tadi:

1) Melalui pengalamannya ke turkey, syria, palestin sebagai aktivis keamanan. ceritanya:

2)menjejaki kehebatan Sultan Muhammad alFateh sebagai sebaik raja dan memiliki sebaik tentera, sentiasa berdamping dengan ulama dan sangat hebat perancangannya dan ibadah taqarubnya dengan Allah SWT.

3)Menjejaki remaja idola muhammad ammar sang pemikir memartabatkan agama ditempat tertinggi, anak yg soleh, pernah ke syria membantu mujahidin dan bermimpi berjumpa bidadari akhirnya syahid sebgai penuntut ilmu Allah SWT di Turkey.

4) Menemui 2orang anak perempuan yatim piatu yg ke sekolah sedang suasana perang di palestin mengatakan aku bersekolah untuk ke syurga Allah , agar dapat berjumpa ibu ayah di sana dan agar dapat membantu perjuangan membebaskan palestin. matlamat belajar y jelas dari 2 anak perempuan kecil.

5) Berjumpa kanak2 untuk diberikan hadiah diambil tapi tidak mahu lebih kerana ramai kawan2 mereka yg xhadir ada yg hilang tangan, kaki, mata dan seluruh anggota sahaja pun ada kecuali kepala dan badan dan mereka minta untuk diberikan pada mereka.

6) ada anak2 lelaki tak mahu terima hadiah dan berkata tak perlu kasihan pada kami kerana Allah dah uji kami dengan kesusahan sehingga kami tahu matlamat hidup kami dan kamu kasihanlah anak2 diluar sana yg diuji dengan kemewahan sehingga melupakan Allah SWT.

7) bercerita seorang pemuda syria 18thn yg tak tinggal solat malam,puasa isnin khamis keluar rumah minta doa daripada ibu bapa supaya dikurniakan syahid dan akhirnya doanya dimakbulkan. Adik perempuannya bermimpi abangnya mengatakan jangan sedih kerana dia sedang berada di syurga.

8) pengajaran yg terakhir adalah heliza sedang mencari jodoh dan sangat berminat dengan Al Hafiz lagipun dia dapat membaca Quran dan Hadis dengan baik. ��

Kesimpulannya ceramahnya dapat menginsafkan saya tentang pentingnya niat dalam perjuangan kita, tentang banyaknya nikmat Allah pada kita yg belum kita syukuri dan betapa mewahnya kita dan mengembalikan semangat mahu mati sebagai syahid.

Semoga bermanfaat..

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB