Assalamualaikum wth..
Renungan Dhuha
3 Febuari 2016
Semakin berilmu semakin penyayang
Disebutkan oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (wafat 751 Hijrah) ;
من علامات السعادة والفلاح أن العبد كلما زيد في علمه زيد في تواضعه ورحمته . وكلما زيد في عمله زيد خوفه وحذره .
'Salah satu tanda kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup ini ialah apabila seseorang hamba itu menjadi semakin bertambah ilmunya maka akan turut bertambah bersama-sama dengannya sifat tawadhuk dan penyayangnya.
Dan setiap kali bertambah amalannya maka akan bertambahlah pula pada dirinya rasa takut dan berhati-hati.
[Al-Fawa'id, Ibn Qayyim al-Jauziyyah]
# Sekiranya kita semakin berilmu namun semakin membenci, kasar dan pemarah itu tandanya ada sesuatu yang silap dan tidak kena di dalam dada atau di dalam kepala. Mungkin ilmunya salah, atau mungkin juga hati kita yang bermasalah!
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kemungkaran pada akhlak, amalan dan hawa nafsu!
PKA JASA KEDAH
0 comments:
Post a Comment