Assalamualaikum
=================================
KEPUTUSAN SPM 2015 KELUAR HARI INI
03 MAC 2016!
================================
UNTUK ANAK-ANAK YANG PERNAH BERSAMA PROGRAM SB Motivasi Transformasi Minda juga anak-anak geron Cikgu Alwardah Dolhalit , PARA GURU SERTA AYAH IBU
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Ucapan tahniah ini saya tujukan kepada anak didik di program motivasi cikgu S.B yang berjuang di medan peperiksaan SPM 2015. Tahniah atas usaha anda mendapatkan keputusan yang cemerlang atau tidak berapa cemerlang sama ada menaikkan nama sekolah anda atau tidak, itu bukan isunya nak di TAHNIAHKAN.
Cemerlang yang cikgu S.B tagih ialah bukan A semata-mata di atas kertas slip itu, tetapi straight A dari sudut akademik, sahsiah dan akhlak , kebolehan bergaul dan memimpin serta amat menghormati orang lain . Bukan jalan mudah jika tiada usaha dan doa untuk seimbangkan A dalam semua kepandaian itu.
Selangkah lagi anda akan berada di menara gading dan mungkin sahaja alam pekerjaaan, kamu akan bergerak untuk mencapai ambisi dan impian yang terbeku selama ini. Perjalanan kita hampir sama, cikgu di laluan membantu anda dilaluan memburu. Masih panjang dan jauh.
Teruskan usaha kerana bukan setakat itu sahaja perjuangan anda dalam menuntut ilmu. Masih banyak lagi yang perlu kita ketahui. Ilmu sebenarnya telah tersedia di mana-mana tetapi sejauh mana pula usaha kita untuk mencari dan mengumpulkannya. Jika rajin maka banyaklah yang kita akan dapat, jika sikit usaha maka sikitlah yang akan diraih.
Tahniah sekali lagi!
Anda telah membuktikan sesuatu yang kadangkala dipandang remeh, tahap dan tahun pengajian bukan penghalang untuk berjaya. Jika niat menuntut ilmu kerana Allah dan bukan hendak mengejar kerjaya semata, maka kepuasan yang dirasai tatkala belajar berbeza bukan? Bukan anda sahaja, diri yang menulis juga merasainya. Jangan pernah merasakan rendah diri untuk belajar.
Ingat, jangan pula sombong untuk menuntut ilmu. Ilmu datangnya dari Allah. Bila kita ada ilmu, kita mudah untuk menghadapi 'dunia'.
Dan jangan pula tidak mengamalkan atau kedekut untuk berkongsi ilmu yang ada. Supaya ilmu itu sentiasa lekat di dada.
Tahniah para Guru-guru anak-anakku!
Tanpa dedikasi anda, tidak mungkin pelajar-pelajar akan terinspirasi untuk berusaha mencapai kejayaan. Sejak dari zaman saya masih sekolah saya melihat betapa gigihnya kamu mencari dan berkongsi kepada pelajar tentang ilmu.
Tambahan sekarang saya juga sebagai guru motivasi dan jurulatih bisnes di lapangan ..lagilah terasa perasaan ini
Tidak pernah sedikit ingin saya merasa sombong dan kedekut untuk berkongsi.
Tahniah juga buat para ayah ibu,
Sahabat-sahabatku, walau setinggi mana ilmu kita tanpa restu dan halalnya susu ibu serta kederat ayah, kita tidak ke mana .Di atas landasan yang sama para pelajar, dapatkan restu ayah ibu . Mohon ampun maaf dan berbakti kepada mereka sehingga mereka menutup mata. teruslah berjuang agar suatu hari nanti, ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat bila diamalkan dan dikongsi. Saya menulis kerana saya juga seorang ayah yang berusaha mencari yang halal demi anak-anak yang menimba ilmu.
Catatan Dhuha
S H A H B I N A
@Cikgu S.B
0 comments:
Post a Comment