.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Sifat sombong dn bongkak

|

السلام عليكم ورحمةالله ...
سلام فجر ...

Intipati khutbah Jumaat di Masjidil Haram pada 18 Mac 2016.
Oleh: Imam Sheikh Dr. Su'ud Asy-Syuraim.

Tajuk: Degil terhadap kebenaran.

1. Taqwa adalah perjuangan di dunia dan kemenangan di akhirat.

2. Setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Bezanya sama ada melakukan taubat atau tidak.

3. Manusia yang meneruskan kesalahan dan dosa, sedang menyedari ianya salah hanyalah manusia yg memiliki sifat DEGIL dan BONGKAK dengan Allah.

4. Pernah suatu ketika, seorang lelaki makan dengan tangan kiri di samping Rasul s.a.w Ditegur oleh baginda agar makan menggunakan tangan kanan. Dia kata tidak  mampu melakukannya. Lantas Nabi berkata dia mampu namun enggan melakukannya kerana sombong. (petikan daripada riwayat Muslim).

5. Degil terhadap kebenaran adalah sifat bagi manusia yang kurang iman, kurang ilmu dan kurang hikmah. Ia hanya tanda bagi manusia sombong dan bongkak.

6. Degil didefinasikan oleh sebahagian ulama dengan melakukan dosa berterusan dan meninggalkan kewajipan berterusan serta enggan bertaubat.

7. Manusia yang degil hanya berpegang dan melakukan apa yang dia lihat dan mahu sahaja walaupun berlawanan dengan kebenaran dan diberikan pelbagai hujah kebenaran.

8. Ketua bagi setiap manusia degil terhadap  kebenaran adalah iblis. Dia tahu kebenaran Allah dan Rasul tetapi degil untuk mematuhi arahan Allah.

Nauzubillah. Kita ni degil belako. Tak takut buat maksiat.

#Terjemahan: Abu Ehsan Izziddin.
Makkah, 18/3/2016.

0 comments:

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB