Kenapa PELAJAR aku tak jd spt yg aku nak
PELAJAR2 buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.
PELAJAR baik, PELAJAR cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.
PELAJAR2 yang biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.
PELAJAR yang biasa2 ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati PELAJAR kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.
PELAJAR2 kita masih mentah, jiwa mereka rapuh. Yang salah kita, terlebih menghukum dari membina. Terlebih menyumpah dari membimbing. Terlebih marah dari nasihat. Terimalah mereka dengan penuh AMANAH.
PELAJAR2 ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan PELAJAR2 kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa menjadi CIKGU..... belajarlah malu kepada ALLAH, DIA yang Maha Hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.
PELAJAR2 kita juga punyai hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri sepenuh perhatian akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.
Jangan berhenti untuk menjadi CIKGU yang BERILMU dan CEMERLANG!
PELAJAR SEPERTI ANAK (Amanah, Nasihat, Ajar, Kasih saysng) KITA.
"DON'T LABEL THE STUDENTS, BUT LABEL THE SERVICE".
Untuk renungan kita bersama....
Ikhlas daripada saya: Haji Sam.
0 comments:
Post a Comment