.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

Cerai secara baik..

|

Walaupun perceraian adalah suatu yang amat dibenci Allah, namun sekiranya perkahwinan itu tidak lagi dapat melahirkan suasana mawaddah dan rahmah dalam kehidupan pasangan, maka perceraian jalan keluar disediakan Islam. Cerai merupakan jalan yang terakhir sekiranya tiada jalan lain dah untuk nak selamatkan rumah tangga

Firman Allah yang bermaksud: “…… dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.” (Surah al- Ahzab, ayat 49)

So..bagaimana prosedur untuk nak failkan penceraian tersebut??

Apabila kedua belah pihak bersetuju untuk bercerai, maka prosedur sesuai diikuti adalah permohonan bercerai atas persetujuan bersama. Jika di Selangor, permohonan boleh dibuat mengikut Peruntukan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003

Tapi sebelum datang ke mahkamah syariah, pasangan berkenaan hendaklah pergi ke Pejabat Agama berdekatan terlebih dahulu bagi sesi kaunseling untuk mendapatkan laporan dari pejabat Agama.

Setelah mendapat laporan dari Pejabat Agama..Apa yang perlu dilakukan??? Salah satu pihak sama ada suami atau isteri boleh membuat permohonan untuk bercerai di mahkamah rendah syariah berdekatan

Bagi yang bukan asal dari Selangor pulak mcm mana?? Cth : Terengganu, Perak, Kedah dll.. Jika rumah yg anda tinggal sekarang, rumah sendiri maka anda hanya perlu bawa bil air dan bil elektrik. Jika rumah yg anda tinggal itu adalah rumah sewa, maka anda perlu mengisi borang pengesahan pemustautinan.

Selepas dapat borang isi borang penceraian tersebut dan lengkapkan.. Kalau tak faham blh tny staf-staf dikaunter mahkamah tersebut..jadikan ia sebanyak 3 set. Dibelakang borang tersebut anda perlu mendapatkan pengesahan dan tandatangan dari Pesuruhjaya Sumpah yang Islam sahaja.

Dokumen yang perlu dibawa bersama-sama adalah:

# Salinan kad pengenalan Pelantif (Pemohon) dan Defendan (Respondan)
# Sijil nikah
# Sijil kelahiran anak.
# Laporan Pejabat Agama.

Jadikan semua dokumen diatas ini juga sebanyak 3 salinan.

Selepas lengkap segala dokumen tersebut anda blh daftarkan dan membuat pembayaran. Biasanya RM 25 ringgit kalau saman tersebut Plantif yang serah sendiri kepada Defendan dan RM 29 kalau Plantif minta mahkamah yang serahkan saman tersebut kepada Defendan.

Tapi tu bayaran untuk dalam negeri Selangor jer.. Kalau saman luar bidang kuasa biasanya bayaranya RM 58 ringgit. Contohnya, kalau defenden berada di negeri Johor dan sebagainya…

Selesai pendaftaran pemohon akan diberi tarikh sebutan pertama dalam masa 21 hari daripada tarikh permohonan perceraian difailkan dan pada tarikh sebutan pertama itu, jika mahkamah berpuas hati tiada peluang untuk kedua-dua pihak bersama semula dan atas persetujuan kedua belah pihak untuk bercerai, maka mahkamah boleh membenarkan suami melafazkan cerai pada tarikh berkenaan di hadapan mahkamah.

Kebenaran mahkamah itu dengan syarat isteri mesti berada dalam keadaan suci. Jika tidak satu tarikh sebutan lain akan diberikan iaitu ketika isteri berada dalam keadaan suci bagi membolehkan suami melafazkan talak di hadapan mahkamah.

Kedua belah pihak akan memperoleh surat cerai, selepas tamat tempoh edah isteri iaitu dengan membawa surat keputusan atau perintah perceraian daripada mahkamah ke pejabat agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal untuk mendapatkan surat cerai.

Perlu diingat bahawa sesuatu lafaz cerai yang ingin dilafazkan mestilah dengan kebenaran mahkamah syariah dan di hadapan mahkamah. Jika berlaku lafaz cerai di luar mahkamah dan bukan dengan kebenaran mahkamah, maka ia bersalahan dengan peruntukkan undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya mengikut Seksyen 125 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Saya menasihatkan pihak yang datang ke mahkamah supaya memahami dan mengetahui apa yang ingin dimohon di mahkamah bagi mengelakkan kes tertangguh. Segala dokumen yang difailkan di mahkamah hendaklah dibawa bersama bagi memudahkan kedua belah pihak membuat rujukan jika ditanya mahkamah.

7 comments:

mohd zainal said...

assalamualaikum..saya ingin bertanya sekiranya suami cerai diluar mahkamah tanpa setuju isteri..dan apabila si suami ingin mendapatkan surat cerai si isteri tidak mahu bekerjasama untuk hadir ke mahkamah syariah..bagaimana si suami ingin mendapatkan surat cerai perkara ini sudah 3 bulan dan si isteri tidak mahu datang ke mahkamah..bagaimana caranya??

c-da Wmwgurl said...

Assalamualaikum..saya br bt penbatalan permohonan cerai..setelah menjalani kehidupan selepas hr pembaTalan saya dapati sy dan suami tidak lagi dpt mewujudkan suasana yg tenang antara kami layari rmh tgga bersama malah sering dan makin teruk berbalah. Setelah berbincang lg..sy ingin meneruskan permohonan cerai tersebut. Adakah saya perlu melalui prosedur seperti mula2..iaitu sesi kaunseling..sain surat sumpah dsb. Memandangkan masa yg diperlukan amat byk. (5bln) utk selesai.

rozie najib said...

Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya,jika isteri failkan
Permohonan cerai cara baik,
Berapakah jumlah denda yang isteri patut bayar?
Jika tidak dapat bayar segera,apakah isteri bole memohon pada mahkamah untuk membuat bayaran denda secara ansuran atas faktor kewangan.

norashiqin abd.rahman said...

salam saya nak tanye cerai fasakh saya boleh tuntut nafkah saya dan berapa lame proses pnceraian

norashiqin abd.rahman said...

salam saya nak tanye cerai fasakh saya boleh tuntut nafkah saya dan berapa lame proses pnceraian

Liyana Yana said...

Assalam..sya nk tnye mcm sya bleh k nk memohon perceraian sbb sya ade surat doktor dn laporan polis atas kes perderaan dia jga ade ugut2 sya

Liyana Yana said...

Assalam..sya nk tnye mcm sya bleh k nk memohon perceraian sbb sya ade surat doktor dn laporan polis atas kes perderaan dia jga ade ugut2 sya

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB