.:: Debestthinker ::.

.:: Debestthinker ::.
ASSALAMUALAIKUM...AHLAN WA SAHLAN...PASTIKAN SETIAP LANGKAH YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK KEBAIKKAN

isteri paksa suami kahwin???

|

isteri paksa suami kahwin??? ye ke ade kes macam ni? percaya atau tidak, memang ade kes ni. nak ke tak nak memang kena laa percaya.

ade kes di pejabat agama, isteri paksa suami kahwin lain. poligami. tapi suami pulak tak nak. masalah nya, isteri pulak paksa2 suami. si suami tetap berkeras tak nak jugak poligami. pelik. tapi benar.

si isteri oleh kerana tak tahan suami tak nak poligami, telah pergi pejabat agama. kenapa? kerana untuk memohon cerai di sebabkan keengganan suami kahwin lain. ish, makin pelik. tapi suami tetap jugak berkeras tak nak kahwin.

tapi setelah dinasihatkan oleh kadi pejabat agama, mereka rujuk balik.

kenapa ini boleh terjadi?

cerita nya bermula, apabila si isteri telah melahirkan anak perempuan. anak pertama perempuan. anak kedua juga perempuan. akan tetapi si suami berkehendakkan anak lelaki. apabila di soal siasat, kenapa mereka tidak meneruskan usaha untuk mendapatkan anak lelaki? jawapannya, atas nasihat doktor si isteri tidak digalakkan mengandung kerana tulang belakang nya bengkok walaupun usia mereka masih muda.

oleh kerana masalah berada di pihak isteri, si isteri telah memaksa si suami berpoligami. maka berlaku lah pergaduhan. dunia memang pelik.

hm, kepada kaum lelaki, cuba bayangkan kalau inilah isteri anda. adakah anda akan mengambil langkah untuk berpoligami? atau anda akan terus mempertahankan hak anda untuk tidak berpoligami.?? tepuk dada tanya iman.

info diperolehi semasa aku mengikuti seminar kefahaman poligami menurut perspektif islam pada 4. jun. 2009. aku dihantar oleh mahkamah untuk ke seminar tu.

1 Comentário:

piNky LuCiA said...

kesah yang menarik. ;p

 

©2009 .:: DeBest_Thinker ::. | Template Blue by TNB